Saturday, December 31, 2011

Goodbye and Hello



Hari terakhir untuk 2011 :')


Banyak suka duka, dan banyak jugak perkara yang jadi secara drastic sepanjang 2011. Mulakan tahun 2011 dengan penuh stress dan busy when I decided to working and study on the same time. Sumpah penat. Tapi sempat lagi panjangkan kaki ke Penang time tengah peak dengan assignment just untuk celebrate birthday. The best birthday celebration told you but I wish for more ahmazzziingg birthday celebration on 2012, can ha?? ;D


Then life macam biasa sampai la jumpa bulan may. First final as degree student. Sebulan exam kurasakan bagaikan sehari. Sebab aku jenis belajar last minute, maklum la banyak makan semut kata ko. So bila dah belajar last minute and nak cover benda yang belajar setahun, memang bole meletup kepala and luckily ada buddies yang sudi ajak study sama-sama :')


Then berlaku perkara yang sangat drastic start bulan june. Time ni life goes UP and DOWN. Like seriously! Sangat! Sampai aku rasa macam nak mati. And after all, I just realized it was one of the way HE called me to be on the right track back, syukran :')


Then life berjalan seperti biasa sampai la jumpa november. Awesome sangat!! Sabah sangat best, serious. Walaupun takde apa sangat tapi bagi aku it was PERFECT!! Laut sangat bersih, hijau dan jernih subhanallah!  Orang-orang dia yang nampak macam gangster tapi rupanya baik-baik belaka dan always care about each other what i mean based on apa yang aku nampak sepanjang aku shopping kat Sabah. 


Then now December. Awal-awal hari tu ada down sikit tapi still under control and now dah dapat biasakan diri dengan environment baru. 


Bila aku fikir-fikir, kadang-kadang Allah tu tarik segala nikmat kita untuk bagi kita sedar supaya kita datang balik kat dia. Bagi kita ujian supaya kita akan luangkan lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan dia. Walaupun, family aku tak complete macam orang lain, tapi aku rasa sangat bahagia dengan diorang walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, teett!! 


Dan azam untuk 2012, akan menjadi lebih baik dari sebelum dan jugak won't let my past ruin my present and future life. Thank you all and Allah :)


Happy new year everyone!!!




Everytime I listen to this, it make me feels so touched :')




Thursday, December 1, 2011

Wordless Wednesday #4







Sunday, November 20, 2011

Vacation Part I


Last monday aku terbang ke negeri dibawah bayu, boleh bah kalau kau !! Hahaha. At first planning aku ajak datang sini nak panjat gunung kinabalu tu, tapi akak aku tersalah pilih tarikh makanya tak jadi. Dia book just untuk 3hari 2malam. Ingat pegi melaka agaknya setakat 3 hari tapi bagus jugak, tu pun duit dah macam air dah keluar, mentang mentang first time keluar duit sendiri kan, baru laa terasa betapa banyak nya nak kena keluar duit tapi tu pun ada cucuk mama sikit-sikit :P


Bagus jugak kali ni abang doremon ada ikut so dia dah google and plan semua activity. Aku tak kisah laa mana korang nak pegi yang penting aku nak pegi manukan nak pegi manukan !!! Malam before pegi tu, dah terbayang-bayang dah aku duduk tepi pantai sambil tengok sunset, weeewuu !! 


Hari isnin pukul 3 pagi dah gerak pegi KLIA, part ni lagi aku panassss. Mama, ayang, abang ali and abang alin (doremon) should be naik firefly, sebab last minute kate nak ikut. Aku and akak aku dah book air asia siap-siap dah. Ntah macam mana, seminggu before fly, management firefly kate flight diorang cancel, menggelupur laa akak aku pegi call center dia nak tau kenapa. pum pang pum pang pum pang, diorang kate flight pegi KK, MAS dah take over so settle itu ini and at the end diorang tukar flight dari firefly ke MAS. Waahhh. kemain lagi korang kan, seronok bronok dok perhangat kitorang kan?? Geramm !!Takpe laa, rezeki mereka. TT___TT





Hantar orang-orang eMAS =.='



Orang eMAS tengah check-in


Time dah settle check in, counter luggage tak bukak lagi, so isi perut dulu. Pegi food court semua kedai tak bukak lagi, yang doremon nak mcD pulak, layankan aje. Aku dah la tak gemar betul fast food punya breakfast ni, terpaksa la jugak telan, tu pun order porridge. heh!




Al-maklum aku tak pernah breakfast dekat fast food, so tetibe nampak benda ni aku adalah jakun. wakakak !! Abang aku dah buat muka menyampah gila tengok aku jakun nak mam. kekeke. Maap laa, biasa breakfast makan nasi lemak je. :P



Then diorang dah send luggage and all, aku and akak aku terus pecut ke LCCT, sampai sana tunggu kawan kakak aku, kak nel then terus check in. Time semua memang ngam ngam, pandai budget kan. 




Cakni and kak nel


Kitorang pun ada rezeki jugak, masa pegi dapat HOT seat, mwehehe !! Bagus, sangat selesa, tapi bila dah sampai KK, konon nak berlagak laa dengan orang-orang eMAS yang kitorang dapat HOT seat, kena boooo ada laa. grrr !!



Tak lama lepas depart, aku terus krooh krooh krooh, terjaga time dah nak sampai. Masa tu tengok luar nampak ada laut, dalam hati berkata, ni mesti aku tengah lalu laut china selatan. wakakaka !! Ske hati kau je kann.







Rumah yang dari atas nampak macam kotak kotak je aku tengok, rapat dan padat.


Keluar je dari airport melilau cari orang-orang eMAS. Driver apartment dah tunggu dah ni, tapi diorang bayang pun tak nampak, kate kat tempat taxi jenuh la aku berjalan sampai ke hujung nun, sekali rupa-rupanya diorang dekat airport lagi satu. Baru la kitorang tau dia ada 2 terminal =.='



Ole-ole dari orang eMAS :P


Then dah fetch diorang terus check in, letak barang and settle apa yang patut. Aku stay Marina Court Apartment, betul betul menghadap laut, manyak syiookk owhh. Apartment ni ok, as for me laa tapi service macam harem sikit. Akak aku and yang lain semua taknak stay sini dah tapi ntah, bagi aku ok je. 


Ada 3 bilik, kitchen, hall washing machin semua ada. And paling best, swimmping pool sebelah bilik je. hahaha. Dia punya service poor sikit sebab tempat ni private, kau kalau nak stay memang contact dengan owner rumah je, takde kena mengena dengan apartment punya service ke apa makanya jangan la kau harap dapat service macam kat hotel, nan hado !! Minta tukar towel pun dari kitorang baru keluar rumah sampai laa nak check out dah, bayang pun tak nampak. 


Then kitorang menuju ke kedai makan. Lapo ni, orang orang eMAS ye laa dah kenyang kan. Kata pun first time ke sana kan, so tatau mana tempat agak murah and sedap untuk makan. Kat depan apartment tu ada restoran-restoran menghadap laut, so makan kat situ je. 





Muka-muka lapoo, aikk? macam mana muka aku tetibe boleh jadi besar tu?? Hak hak hak !! Ampunnn..




















Yang licin tu memang pinggan aku lahh. Sedap jugak laa, tapi aku tatau kenapa aku boleh makan selicin tu. umpphh ummphh. Settle makan, mencari tempat bot nak pegi ke pulau. Tepi restoran tu ada pasar, pasar filipina tak silap aku. Kitorang lalu situ, bertanya laa kat mana boleh dapat bot nak pegi pulau. "kau jalan terus aja, dekat aja, terus aja nanti kau sudah nampak". Kamipun berjalan berjalan dan berjalan.




Sempat lagi. 



Lagi sempat




Anak dara terakhir dalam family, eyh????




Penjual ikan terhebat abad ini.




Ayang and me







Bonda




Teruskan perjalanan.



We found this. Nampak tak?



Yes !! Dah sampai jetty !! Tapi takde bot pun *full of question marks on our head*
"Oh jetty nya di depan lagi bah, kau terus lagi, sikit aja lagi"


Teruskan perjalanan yang dah terasa macam marathon. Jauh gile dah ni. 


But seems like situation turn to crazy and out of control.













Dan akhirnya, kami jumpa. And bila check GPS, rupanya kitorang berjalan 5km. Terus aku lapar balik lepas tu, dasar !!





Sekian selamat malam, aku sambung nanti. Ngantukk !! Hahahahah !!









Sunday, November 13, 2011

Vacation !!!



Bye bye KL  :D





Can't wait to be there 





Finally ! but I'm not packing yet, dush ! @@



Friday, November 4, 2011

My Nuffnang Story



Today nak cerita experience aku yang tak seberapa dengan nuffnang tapi every moment aku sangat berkualiti dan manis. Aku start blogging around 2009 tapi tak sure bulan berapa, mula-mula buat just for fun. Nak membebel-bebel sesuka hati melepaskan amukan la biasanya, sampai laa somewhere in 2010 aku baru join Nuffnang ni. Early of 2010 kot aku rasa.



Memula aku pun tak reti sangat, nak letak banner toksah cakap laa meracau macam mana kan, sampai tanya oraang sana sini macam mana nak letak. Sungguh terasa diri begitu bodoh sebab benda senang pun tak boleh buat, padahal Nuffnang ada bagi instruction tu, but still tersalah letak jugak. =.='



Memula aku letak Nuffnang ni sesuka hati je, sebab aku taktau pulak yang Nuffnang ni memang ada buat macam-maca aktiviti untuk jadi rapat and get into dengan ahli-ahli dia. Memang tak pilih kasih la kalau kau dah join Nuffnang. Dia tak pandang rupa, tak pandang kau pandai ke, kurang pandai ke or apa-apa je. lagi kau aktif join diorang, lagi banyak benefit yang kau akan dapat, bukti? Aku yang suam-suam kuku ni pun dah pernah ada experience yang aku sendiri tak pernah terfikir aku akan dapat cuba benda tu.



Aktiviti pertama aku join dengan Nuffnang is, Premiere Screening : You Again. Aku ada snap gambar, tapi dah hilang pulak (grrrr!!). Memula aku nampak advertisement movie ni kat dalam paper, once tengok dia punya poster je aku rasa macam nak tengok sangat cerita ni but then bila balik then online and bukak Nuffnang, tengok dia ada offer FREE ticket untuk tengok movie ni, saje try luck and rezeki, aku dapat FREE ticket tu. 



See?? Aku dah cakap dia tak pilih kasih, padahal before tu aku tak pernah join apa pun tapi sekali join terus dapat ticket FREE, kau mampu?? hahahah !!



Then aku up sikit, join contest masa Maxis baru join Nuffnang. Time tu aku still pakai Maxis lagi, so saja try luck lagi. 





Masa ni Maxis ada buat Malaysia International Fashion Week dekat Pavilion. Kebetulan aku part time kat Pavilion, memang aku nampak kemeriahan dia macam mana, serious rasa nak join. Sebab stage dia private, ada kain tinggi sangat cover, if nak tengok sila lah naik ke tingkat 5 atau 6 untuk tengok, tu pun dari jauh la. So since Maxis buat contest tu, aku try laa masuk. Again, rezeki, aku menang second runner up. Tak dapat VIP pass nak masuk masa malam grand dia, tapi aku dapat 3 pairs of pass untuk tengok fashion show yang siang, but tak dapat nak pegi sebab the nearest family member kawin on the same day tapi ada lagi satu hadiah aku dapat : 





Dalam hidup aku tak pernah dapat voucher sebanyak ni. Memang happy sangat time ni. Time Nuffies call aku untuk inform yang aku second runner up, melompat aku. Senyum and happy sangat sampai keluar-keluar air mata. Hahaha !! Precious moment ever laa, memang tak dapat aku lupakan kot. 



Then aku diam sekejap, lama tak join Nuffnang sebab busy dengan exam and assignment time tu. And time birthday aku, Nuffnang ada bagi ticket movie free 4 keping untuk tengok dekat TGV, tapi time tu aku busy keje and assignment sampai dah masuk April tak ambik-ambik so burn la jawabnya. Rugi ! Padan muka aku.



Then tengah exam pun gatal jugak curi-curi online, kalau online wajib jenguk Nuffnang walaupun sekejap. Sekali tengok ada pulak nak buat FB Live Party. Ni lagi best ni, padahal time tu aku lagi 2 hari nak exam? Hahahah. Layankan aje, Nuffnang punya pasal. Ahaks !



Nak dapt invitation pegi party ni paling senang, kau just like dekat Digi untuk support Malaysia jadi capital of FB, lebih kurang macam ni la bunyi dia haa. Time ni aku baru switch to Digi, macam kebetulan je kan, eh eh eh?? Hahaha. 







Time ni SERIOUSLY happening gila !!! Padahal kau tak kenal each other pun tetibe, ehh?? Kite boleh geng laa !! Hahaha. Memang best laa aktiviti dia time ni. Aku tak pernah pegi party, ye saya, memula before dia start tu a bit awkward laa jugak tapi bila dah happening, rasa macam taknak balik, woahh !! hahaha !!


Then, aku ada jugak dapat join pegi workshop Nick Demuora. Siapa dia ni? Dia ni laa choreographer Justin Bieber. Nuffnang buat simple contest untuk 3 lucky winner pegi workshop ni. And I'm the only one girl yang dapat, nasib sampai je kat sana dia tengah train Showdown 2011 punya contestant. So takde laa rasa segan sangat :P





Like seriously aku suka cara dia ajar step by step. Masa ni dia guna lagu Katy Perry, ET. Until now, if aku dengar je lagu ni memang aku teringat time aku kat dalam workshop tu. Ohh yeah, workshop ni dia buat dekat Celebrity Fitness rooftop Lot10. Serious very the nice place laa weyh, kalau tak sebab Nuffnang, sampai sekarang aku noob gila taktau yang Lot10 tu ada rooftop yang secantik tu. Mwaallaahh !!



Bayangkan, cuma join community ni kau bole luaskan pemandangan and dapat join banyak perkara baru. Ni baru aku, blogger yang cokia cokia je ni, cuba bayangkan blogger yang famous-famous tu, siap dapat pergi oversea lagi tau. Dah la dia bagi kita banyak benda best-best FREE, then setiap tahun dia akan buat Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards lagi, apa lagi nak dikata????



Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.



For more information you can click THIS 



Thursday, November 3, 2011

Speechless thursday......(???)








Mwahahaha !! Aku memang pencinta wanita... tapi aku bukan crocodileeee. :P




Sunday, October 30, 2011

Sorry my dear....



Dear BRAIN, sorry for overloading you.....

Dear TUMMY, sorry for the butterflies......

Dear PILLOW, sorry for the tearss.....

Dear HEART, sorry for all the damage


TT___TT



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #3








Tuesday, October 11, 2011

Percubaan pertama menembak :D


Dah lama angan-angan nak bergedik depan camera budget akucantiksangat tau. HAHAHA.! Since siti dah ada dslr, aku pun terdetik saja nak ajak dia photogedik untuk biar dia jadi pandai main angle (kate kooo). So lepas beli laptop hari tu, balik rumah charge laptop, mandi tukar baju dan calo !! hahaha. Masuk kete dengan make up tak siap lagi, tudung asal pakai aje, lantak laa kau. Sebab kitorang plan ke Putrajaya, jadi aku budget, dari rumah nak kesana je mesti sempat aku make up dengan pakai tudung kan. :)


Jalan kat Putrajaya dengan tiada hala tujuan, serious rasa macam orang bodo. HAHAHA. main jalan je, nampak tempat cantik sikit, kita stop. Ni percubaan pertama aku, nasib pegi dengan member rapat kan takde la malu sangat but still, orang pandang-pandang terus laa aku senyum macam ambik gambar dari phone je. Tu pun agak lama sangat dia nak snap, muka senyum tapi mulut dok gerak cakap "cepat laa, cepat laa". ngehh !!


Sila maafkan kegedikan yang korang nampak dalam gambar kat bawah ni. Wahh ayat, budget macam ramai je yang baca blog kau kan. mwahahaha. Anyway, enjoy the photo !! ;)



IMG_1299(edited)


Percubaan pertama, still tak berani nak kat public, tepi parking koo :P



IMG_1304(edited)


IMG_1320(edited)


IMG_1323(edited)


IMG_1386(edited)


IMG_1395(edited)


IMG_1398(edited)


IMG_1399(edited)


IMG_1400(edited)


IMG_1405(edited)


IMG_1438(edited)


IMG_1451(edited)


IMG_1505(edited)


IMG_1507(edited)


IMG_1547(edited)


IMG_1552(edited)


IMG_1556(edited)


IMG_1568(edited)


IMG_1590(edited)

Sekian, wassalam !! Heee :P