Thursday, April 28, 2011

Budak baru belajar (poyo) .


Aku ni sebenarnya nak sangat ada satu gadjet yang boleh buat aku on9 kat mana-mana. Rasa jealous, cemburu memburu(..???) bila tengok orang yang boleh update ape-ape kat mana-mana je. Aku rasa macam, "mama, nak gak nak gak". soo gedik, tampa kang ! Ohh ye, my mum off to Jakarta and Bandung tomorrow morning. Cuti sakan mak limah kau tu, 14 May nanti baru balik sini TT_TT.


Ok back to the point, haaa macam tu laa. jealous tau tak. Tapi tu la, kang aku beli lepas tu takde duit dah, camne?? Tu maksudnya tak mampu, tapi tak sedar diri ye dokk? Hahahaha. Looser. 


Nak nak lagi boss aku tu pakai Iphone4 kan. Asyik la memanjang dengan Iphone dia tu, yang aku melangok je la taktau nak buat apa kalau takde customer. Sampai rasa macam, eyh bak sini iphone tu aku pecahkan, boleh sesama kita bosan. Hohoho, begitu busuk niat kat hati koo yee. 


Aku dah tanam nawaitu, ni kalau aku ada gadjet yang bole buat aku on9 kat mana-mana kan, aku nak ada twitter, boleh update blog bila aku nak, so nanti takde la kepala otak jam bila fikir balik ape idea yang aku nak tulis if dah ada depan laptop. If ada gadget kan senang, tengah-tengah dalam bilik kecik tu tetiba idea bernas kau datang, terus boleh post. Tapi angan-angan je la, tercapainye taktau laa bilaa. :(


Aku dah perasan pasal Churp Churp lama dah, sebab memang famous la kat nuffnang. Tapi takla aku tergerak hati nak join jugak sebab, ye laa orang semua ada twitter, kau yang takde twitter tetiba nak semak jugak, motif??? Memang laa if nak guna kat facebook pun bole jugak tapi dah nama pun churp churp then gambar burung, so aku rasa macam sangat laa tak sesuaiiii.


Few days back dapat email dari Nuffnang cite pasal community ni. But before tu aku ada baca dekat blog Ceeraa dok explain pasal community ni. Aku dah macam tak keruan and tak boleh tahan lagi. nak twitter gak, nak join benda ni. kah kah kah. So sila follow aku kat twitter . Aku memula agak pening jugak la guna twitter ni, rasa macam, eyh apehal benda ni macam ni ke aku yang bodoh sangat orang sebok ada kau pun nak ada jugak padahal guna pun tak reti TT_TT, dah jalan sana sini finally aku paham sikit jugak la nak guna. =.='


Bila dah ada account twitter tu aku pun register la untuk churp churp ni. Again, aku rasa macam orang bodoh sebab aku just click itu ini without baca instruction kat tepi tu macam mana nak share campaign and all. Aku main click aje few campaign without spread it out. kah kah kah. Bila dah nak tidur baru aku teringat, yang benda ni kena spread and ajak kawan-kawan kau join. HOH !


So untuk yang first ni aku join campaign Let's make Malaysia the FB capital of the world. Tak payah nak cakap kau boleh hidup takde FB, dusta semuanya cuma dusta !! Anak buah aku darjah 1 pun ada FB ok !! =.='


Kebanyakkan rakyat 1Malaysia ni kan memang suka FB sampai aku rasa dah macam ada kat Myspace pun ye jugak tau dok. Yang manusia terlebih rajin menaip sambil main dengan caps lock, kejap besar kejap kecik huruf dia, dengan manusia yang rajin menambahkan huruf-huruf yang tak sepatutnya adeww. Serrrrrr. Tapi tak kisah la kau manusia jenis yang macam mana, dah tuhan bagi otak terlebih kreatif nak buat camne kan, yang penting dekat 1Malaysia ni memang most of the peoples ada FB. So why not kita join ni, join reramee so that kita boleh ada party after that, heh !



Korang boleh pegi dekat link SINI untuk menyokong dan bergabung sebagai Bolehland peoples untuk jadikan Malaysia the FB capital of the world, tak ke bangga bila betul-betul Malaysia pegang title tu?? Bila kau pegi Londooown nanti orang tanya, kau dari mana boleh laa ankat tinggi sikit idong tu masa jawab kann :D


So bila korang dah join benda ni, automatically picture kau akan terpampang macam orang orang akt atas tu. Disebabkan aku ni terlalu bijak, tak sempat nak print screen masa gambar aku ada kat atas tu tau. sedih ok ! 
Tapi if u wanna know more about what is Churp Churp, feel free to click HERE . Jom jom jom, jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama diambil orang.. heee. diambil orang?? ambik apa??? Haaaa !! ni nak habaq mai ni, sekarang tengah ada hadiah antaranya, Ipad 2, Blackberry Bold 3 and Ipod touch. Korang nak ke tak benda ni free??? Kalau aku memang laa aku nak, kan best kalau dapat satu, takde jealous jealous dah tau, so jom click SINI kalau korang nak salah satu hadiah menarik ni. Jumpa di sana !!! :D



No comments: