Thursday, April 28, 2011

Budak baru belajar (poyo) .


Aku ni sebenarnya nak sangat ada satu gadjet yang boleh buat aku on9 kat mana-mana. Rasa jealous, cemburu memburu(..???) bila tengok orang yang boleh update ape-ape kat mana-mana je. Aku rasa macam, "mama, nak gak nak gak". soo gedik, tampa kang ! Ohh ye, my mum off to Jakarta and Bandung tomorrow morning. Cuti sakan mak limah kau tu, 14 May nanti baru balik sini TT_TT.


Ok back to the point, haaa macam tu laa. jealous tau tak. Tapi tu la, kang aku beli lepas tu takde duit dah, camne?? Tu maksudnya tak mampu, tapi tak sedar diri ye dokk? Hahahaha. Looser. 


Nak nak lagi boss aku tu pakai Iphone4 kan. Asyik la memanjang dengan Iphone dia tu, yang aku melangok je la taktau nak buat apa kalau takde customer. Sampai rasa macam, eyh bak sini iphone tu aku pecahkan, boleh sesama kita bosan. Hohoho, begitu busuk niat kat hati koo yee. 


Aku dah tanam nawaitu, ni kalau aku ada gadjet yang bole buat aku on9 kat mana-mana kan, aku nak ada twitter, boleh update blog bila aku nak, so nanti takde la kepala otak jam bila fikir balik ape idea yang aku nak tulis if dah ada depan laptop. If ada gadget kan senang, tengah-tengah dalam bilik kecik tu tetiba idea bernas kau datang, terus boleh post. Tapi angan-angan je la, tercapainye taktau laa bilaa. :(


Aku dah perasan pasal Churp Churp lama dah, sebab memang famous la kat nuffnang. Tapi takla aku tergerak hati nak join jugak sebab, ye laa orang semua ada twitter, kau yang takde twitter tetiba nak semak jugak, motif??? Memang laa if nak guna kat facebook pun bole jugak tapi dah nama pun churp churp then gambar burung, so aku rasa macam sangat laa tak sesuaiiii.


Few days back dapat email dari Nuffnang cite pasal community ni. But before tu aku ada baca dekat blog Ceeraa dok explain pasal community ni. Aku dah macam tak keruan and tak boleh tahan lagi. nak twitter gak, nak join benda ni. kah kah kah. So sila follow aku kat twitter . Aku memula agak pening jugak la guna twitter ni, rasa macam, eyh apehal benda ni macam ni ke aku yang bodoh sangat orang sebok ada kau pun nak ada jugak padahal guna pun tak reti TT_TT, dah jalan sana sini finally aku paham sikit jugak la nak guna. =.='


Bila dah ada account twitter tu aku pun register la untuk churp churp ni. Again, aku rasa macam orang bodoh sebab aku just click itu ini without baca instruction kat tepi tu macam mana nak share campaign and all. Aku main click aje few campaign without spread it out. kah kah kah. Bila dah nak tidur baru aku teringat, yang benda ni kena spread and ajak kawan-kawan kau join. HOH !


So untuk yang first ni aku join campaign Let's make Malaysia the FB capital of the world. Tak payah nak cakap kau boleh hidup takde FB, dusta semuanya cuma dusta !! Anak buah aku darjah 1 pun ada FB ok !! =.='


Kebanyakkan rakyat 1Malaysia ni kan memang suka FB sampai aku rasa dah macam ada kat Myspace pun ye jugak tau dok. Yang manusia terlebih rajin menaip sambil main dengan caps lock, kejap besar kejap kecik huruf dia, dengan manusia yang rajin menambahkan huruf-huruf yang tak sepatutnya adeww. Serrrrrr. Tapi tak kisah la kau manusia jenis yang macam mana, dah tuhan bagi otak terlebih kreatif nak buat camne kan, yang penting dekat 1Malaysia ni memang most of the peoples ada FB. So why not kita join ni, join reramee so that kita boleh ada party after that, heh !



Korang boleh pegi dekat link SINI untuk menyokong dan bergabung sebagai Bolehland peoples untuk jadikan Malaysia the FB capital of the world, tak ke bangga bila betul-betul Malaysia pegang title tu?? Bila kau pegi Londooown nanti orang tanya, kau dari mana boleh laa ankat tinggi sikit idong tu masa jawab kann :D


So bila korang dah join benda ni, automatically picture kau akan terpampang macam orang orang akt atas tu. Disebabkan aku ni terlalu bijak, tak sempat nak print screen masa gambar aku ada kat atas tu tau. sedih ok ! 
Tapi if u wanna know more about what is Churp Churp, feel free to click HERE . Jom jom jom, jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama diambil orang.. heee. diambil orang?? ambik apa??? Haaaa !! ni nak habaq mai ni, sekarang tengah ada hadiah antaranya, Ipad 2, Blackberry Bold 3 and Ipod touch. Korang nak ke tak benda ni free??? Kalau aku memang laa aku nak, kan best kalau dapat satu, takde jealous jealous dah tau, so jom click SINI kalau korang nak salah satu hadiah menarik ni. Jumpa di sana !!! :D



Saturday, April 23, 2011

Pengalaman hidup :)



Semalam baru je post status kata aku macam tak percaya aku dah hidup for 20 years yaww !! Hahaha. Entah macam mana baru terfikir pulok. Bila dah terfikir tu aku boleh termenung pulak fikir apa benda baik yang aku dah buat sepanjang 20 tahun hidup, apa benda buruk. Apa benda yang aku dah buat mak bapak and family aku proud dengan aku. 


Apa yang aku belajar selama 20 tahun ni, yang pertama-pertama sekali, Tuhan bagi aku ujian paling besar dalam hidup aku in time aku tengah sit for SPM. Kebanyakan orang malu, segan, hina, rendah diri, rasa nak bunuh diri dan paling ramai, mesti nak rosakkan diri bila mak bapak diorang divorce. Aku rasa ni pertama kali aku mengaku in public pasal mak bapak aku. Ni bukan nak bukak pekung di dada tapi just nak share pengalaman aku since mak bapak aku bercerai.


Sumpah aku rasa down bila dapat tau pasal mak dengan ayah aku ni. Nak nak lagi aku tengah SPM pulak time tu, baru start pulak. Baru habis paper yang teras, then lagi few days nak sit for paper Physic if tak silap. Diorang ni pun, tak boleh sabar aku habis paper agaknya. HAHAHA. Tapi takpe, at least banyak sangat sangat miracle yang jadi after benda ni.


Result aku lari sikit daripada apa yang aku target, but Alhamdulillah semua lulus. Sorry laa untuk subject kimia dengan physic eyh, kite taknak kawan awak, kite kawan dengan maths and account je sebab awak boooooring sangat so kita mampu bagi past je untuk awak :P


Aku dapat tau pasal mak bapak aku ni time kat asrama. No wonder mak aku beria betul suruh aku bawak handphone pegi asrama masa last time aku balik untuk minta restu tu. Bayangkan laa macam mana aku nak keras kan hati takmo fikir lagi pasal tu. Aku fikir time tu, nak habiskan SPM dulu, buat penat aku je struggle setahun tu tapi masa SPM nak fail fail kan. yee, aku study masa form 5 je. Ni stok yang memang pulun habis, before form 5 aku just datang sekolah pegi sekolah. Ada exam duduk dengan orang yang tengah study tengok dia study je, dengar diorang study. Aku malas nak study gigih sendiri, boleh?? hahahha
Aku tak ingat la bila the exact time aku betul betul meratapi apa yang jadi between mak ayah aku ni. Gila kejam kan !!! Hahaha. Bukan apa, bila habis je last paper masa spm, terus pegi jamuan class then after tu terus mak dengan abang aku fetch balik kl. Masa 3 minggu aku kat rumah before pegi PLKN, sebok prepare barang and prepare mental fizikal jugak untuk pegi sana. Bunyi macam dapat offer untuk study obersiii je kan. :P


Balik dari PLKN, sehari lepas tu je terus ambik result SPM, then once dah dapat result terus abang dengan kakak aku bawak pegi survey tempat study. Bulan 4 dah masuk study, ramai kawan cakap aku skema sebab study awal. Ni semua kakak dengan abang aku la, aku mana tau apa. Muka pun stock macam gagak hitam lagi. Dah la hitam, berbelang pulak tu.


Tapi bagus jugak diorang hantar aku study awal, at least aku tak de masa untuk buang masa, heh?? Dari sini laa kot, mula macam-macam yang aku belajar pasal hidup. Even aku dah register untuk study, aku ada buat part time, sebenarnya saja nak elak duduk sorang dekat rumah. Sebab if duduk rumah mesti asyik nampak muka mak aku. Mak aku ni pun jiwang, bila ada dengan aku berdua je, mula la nak cite benda benda sedih, tak suka tau!!


Benda ni like freaking seriously ajar aku jadi matang. Matang ke?????? Kalau dah lebih sorang cakap aku matang maybe ye laa kowt? HAHAHA. Aku ni mana la reti nak cakap diri sendiri ni macam mana, yang aku tau aku ni suka tidur. sangat tak bagus ok ! Kang orang cakap cite kompang pulak kan, so biar la kome kome yang tentukan aku camno yeee. :)


Bila dah sambung degree ni, aku decide nak try study and keje. Actually benda ni unplanned, janji dengan abang aku nak keje time first sem je, tapi entah macam mana bole TER-sambung sampai la sekarang. Tu la namanya rezeki, ye dak?? Lagi pun bagus lagi aku mem-bizi kan diri daripada mengangkang je dekat rumah. Bukan boleh dapat apa pun, lagi jadi pemalas nanti ada la.



Aku realize yang since aku keje dekat tempat yang sekarang ni, aku macam dah jadi lain. Lain yang macam, boleh fikir macam mana nak susun hidup aku, macam mana nak allocate financial, macam mana nak ada good communication dengan orang. Kalau tak dulu kan aku jenis yang perak. Aku mengaku tu. Hahaha. And bila dah almost setahun keje dengan company ni , aku dah penah jumpa berrrmacam-macam jenis orang. Yang budget bagus maki aku pun penah jugak, aku penah post kat DISINI


Aku kadang-kadang ada jugak tidur dengan mak aku. Bila dah tidur dengan mak aku ni, dia bukan tidur terus tapi ajak aku borak pulak. Mak aku ni pulak suka baca buku-buku agama, nanti mesti dia cita macam-macam kat aku. then nasihat macam-macam, aku tak kisah la dia nak nasihat tapi aku tak bole if dia nasihat part apa yang dah jadi between dia dengan bapak aku. Kadang-kadang tu aku malas nak dengar sebabnya dia emo lebih, nanti mesti macam sedih-sedih kan, aku malas nak tengok...


Tapi kan sampai sekarang aku ingat lagi nasihat bapak aku. Dia suka cakap, orang lelaki ni banyak buaya. hehehe. bukan aku cakap eyh, bapak aku yang cakap. Then dia cakap kalau nak pilih husband, pilih la yang elok-elok. Kalau boleh elakkan daripada bawak lelaki balik rumah kalau kita takde buat majlis apa-apa, kang takut jiran takut cakap apa pulak. Tapi aku malas nak cakap bebanyak laa pasal nasihat bapak aku ni sebab sekarang pun banyak orang dah open minded kan, lain orang lain perception. :)  


Kakak dengan abang aku semua macam singa. Serious ! Rasa macam askar pun ada, garang gila, strict gila sampai kadang-kadang aku rasa rimas. HOH ! Mampos aku kalau diorang baca ni. Mwahahaha. Tapi percaya laa, sebab korang layan aku strict gila laa aku boleh jadi manusia. Aku beruntung dapat kakak abang yang jenis tak promote adik. Diorang ni macam pengawas dowh, jaga baik punya. Pantang nampak aku melekat dengan handphone, mula la nak stalker. Lagi satu, kau jangan mimpi laa dapat pakai baju yang tak cukup kain. Abang aku yang first tu, dia jenis pendiam. Tak cakap apa, dia tengok kau buat salah, dia perhati lagi, agak-agak dah melampu sangat memang PANNGGG je terus. Pakai singlet depan abang pun mak dengan kakak aku dah besar kan bijik mata. @@  Tak bagi chance owh ! 


Tapi bila fikir-fikir balik, elok laa diorang layan aku macam singa. Kalau tak kan, aku taktau laa apa jadi dengan aku sekarang ni. Tukar boyfriend macam tukar baju je kowt if abang and kakak aku tak garang. Soo sooo scary heh ! Nampak tak siapa take over aku since ayah aku tade?? Tak payah cakap pun dah tau kan?? Tapi kan, frankly to say aku rindu bapak aku dowh, like seriously. wuuhhuu.


Ohh btw, apa yang aku tulis ni just untuk share, untuk kite-kite jee. Kang kowt la kata aku itu la ini laa kan. Suka hati laa nak cakap apa, blog aku kan?? It's social network yaww !! Dah laa, nak layan lagu rindu jap, jom !! 


Friday, April 22, 2011

Siapa nak tengok choreographer Justin Bieber ??


Last week aku dapat email dari nuffnang ajak join a simple contest. Once aku click then aku nampak dia ni. 


I was like, heh?? Siapa dia ni. Then after go trough baca semua details baru aku faham, seriously aku excited sangat-sangat nak join. Nama lelaki ni Nick Demoura, dia ni choreographer untuk cerita step up and also Justin Bieber.

Aku excited bukan sebab JB, sebab aku tak minat sangat kat dia tapi boleh layan la. What i mean here is aku bukan lah jenis yang HISTERIA pasal JB ni. So so aje, tapi kalau dapat backstage pass, yes aku akan jadi histeria........ histeria untuk korang. mwahahaha.


Ape yang membuatkan aku nak join. sebab, aku minat sangat sangat sangat dengan cerita Step Up. Ohh come on, aku follow dari Step Up 1 kowt. Everytime tengok movie ni, terangkat-angkat je badan, suka over tauu. Tapi kan aku suka gilaa dance dalam video JB lagu " Somebody To Love ". Serious style habis !!!

So aku saja je la menggedik comment dekat sana, kot-kot nasib aku baik dapat la jumpa dengan Nick Demoura ni kan. Sekali memang betul aku dapat pass untuk pegi workshop dengan dia dekat Celebrity Fitness at rooftop Lot10.

Memang laa bole menang kan sebab yang masuk tak sampai 50orang. Gelak cepat, gelak. HAHAHA. Tape laa, kira bernasib baik jugak la dalam 50 orang aku salah sorang 4 lucky nuffnanger, kau ada??? :P


Aku memang semangat nak pegi, then aku ajak Fana untuk teman. Aku sangat menyesal sampai ke hari ini sebab TAK BAWAK BAJU SPARE. What do u expect aku nak dance dengan jeans and flat segala??? ohh my... Jangan buat malu laa kan. Dapat tengok aje la, sumpah sedih gila TT_TT



Heading to rooftop. Time ni kan, keluar je lift aku terus pandang Fana, Fana pandang aku. Betul ke ni tempat dia. Kosong je. Then kiri kanan dinding, ada satu pintu yang "PINTU RINTANGAN API HENDAKLAH SENTIASA DITUTUP". Aku baru nak tolak pintu tu, rupanya terkunci then dekat sebelah tu ada satu lorong kecik. Lalu kat situ, ada 2 jalan. Satu kau straight then nampak macam ada taman, satu lagi ke kiri aku tatau la pegi mana.

So we decide to straight and lalu dekat satu lorong ni, cantik sangat kat dinding tu ada lampu then ada restoran untuk siapa nak candle light dinner boleh la. Vomantick habissss.  :D


Masa aku baru sampai diorang ni tengah dance. Ni showdown 2011 punya contestant, kitorang punya should start 8.30 tapi diorang ni gila kuasa owh, dance sampai 9 lebih. tak suka tau ! T_T


Nampak tak orang yang aku bulatkan tu. Dia ni budak AF, aku taktau la budak AF bape and nama dia apa. Sorry la yee dher. Bukan ape, asal aku snap aje pic, gambar dia menonggeng. Asal snap je dia mengonggeng. Asal dia menonggeng je aku snap, EH?? Nasib kau laa yee =.='

Disebabkan kitorang punya start lambat, mak Fana dah call aje sebab takut habis lambat sangat and risau sebab dua-dua pun pompuan kan. Dia pun gigih la pujuk mak dia macam-macam, tido umah aku laa. mama tak payah tunggu adik, mama balik la dulu. and macam-macam lagi dia pujuk, memang kental mak dia sikit pun tak heran KAU KENA BALIK JUGAK. hahahaha. kesian kesian. yang Fana pulak kesian kat aku sebab aku nak sangat pegi end up kena balik awal pulak kan. 

Dah aku tak bawak baju, takkan nak stay sampai habis pulak kan. Bukan dapat dance pun. TT_TT


Nampak tak betapa stress nya muka dia ??? HAHAHA. Chill la dher :P


Tak habis-habis maki diri sendiri. Kenapa kau jadi manusia yang looser sangat on that day??? kenapa kenapa kenapa?????? huuuwaaa !!!!!!!!!!!!! 


Then aku tengok jam pun dah almost 10, kitorang pulak naik public transport. So moh le kite gerak, mak Fana pun dah tunggu kan. By 9.45 kowt aku gerak balik tapi sempat jugak la jeling-jeling dekat Nick tu. NGAHAHAHA.

Ni ada video dia tapi korang kena senget kan sikit kepala eyh, dah macam-macam aku usaha kan tetap laa dia nak senget jugak. 

video


Aku paling suka dia dance yang ni, palinag paling paling suka is part yang dia buat slow motion tuhh. wuuuhhu! 

video


No wonder la step up always melaatopp laatopp kan. Heee. Step up aku paling suka yang step up 2, dia dance dalam hujan. Superb kau !!!! Heee.




Dah moh le kite balik. Ni la lorong yang aku cakap tu. nice place sangat sangat. Romantic sangat sangat. Sayangg... nanti bawak i pegi sini eyhh. tau tau tau tau. (HAHAHAHAHAHAAHAHAH)

Ape-ape pun, thanx a lot to NUFFNANG sebab bagi chance dekat aku untuk join workshop ni. Thank u Hotlink as a sponsor for this event. Really appreciated !!!! Thank u so much !!! I Nuffnang.  I Hotlink :D



Tuesday, April 19, 2011

Sekolah vs College


Jom buat undi. Siapa setuju zaman sekolah lagi best dari zaman college/university, sila angkat tangan macam saya (usop)



Siapa kata zaman college/university lagi best dari sekolah, kita bakooo je dia !!!!



Ok, one word-GILA ! Actually aku rindu moment moment time sekolah. Ni dah tahap kronik punya sakit. Tadi kemain sakan lagi aku borak dengan bos aku benda-benda yang aku tak bole lupa sambil makan kuaci. HAHAHA.


Aku dulu time sekolah, nama je PRS tapi perangai masyaAllah !! Ada yang cakap aku ni Penjahanam Rakan Sebaya instead of Pembimbing rakan sebaya. Sangat laa kurang ajar. Ye ke diorang ni?? Auta lebih ke fakta?? Cer citer la sikit kan.



Aku dulu kat sekolah memang aktif. Semua benda kalau bole nak masuk kan, publisiti betol, huh! Moment paling aku tak bole lupa time of course laa KADET POLIS aku tuu. 

Bangga la tu. >.< Serious muka aku macam anak orang Iban. HAHAHA. time ni for the first time join competition peringkat negeri and kitorang sapu semua part yang ada. The best moment ever dalam hidup aku.

If nak cite benda yang aku tak bole lupa if kat hostel pulak memang banyak la. Percaya atau tidak masa aku form 5 TAK PERNAH sekali pun tidur sorang. Hahaha. masa form 4 kan tak bole tido dua-dua ni, nanti senior marah so kena tidor sendiri sendiri. Nampak apa-apa pukul 3 4 pagi tanggung sendiri. Serrrrr. Sangat la choii kan. hahaha.


Tapi kat sekolah teknik aku kurang buat benda yang bole mencemarkan imej, maybe sebab gampang (gila kuasa) sangat semua benda pun nak masuk, so kekurangan masa disitu untuk buat benda jahat, tapi tetap ada. mwahahaha.

Cuma masa kat sekolah Puteri Wilayah (PW) aku nakal banyak sikit. Sekolah PUTERI koo. so not mee. ni mak aku la, sebok suruh masuk sini katenye siapa masuk sekolah tu bole jadi pandai, hak alahhhh. Cite nak letup letup je kan mama ni. 

Masa aku sekolah kat PW, ingat lagi time tu form 2, matematik dapat 0% bole gelak sakan kau. Mental agaknya aku time tu. Siap tanya kau kau dapat bape? aku kosong dowhh. HAHAHAHA. Serious macam apa je, then kan nanti kite kena bawak report card balik untuk parents sign, yang ini sekali je aku tak bagi mak ayah aku. Kau nak kena ketuk pakai senduk sila la minta sign mereka tu. disebabkan aku taknak rasa senduk tu, aku tiru sebijik signature mak aku macam previous punya. HAHAHA. jangan bagi tau mak aku tau, dia tatau sampai sekarang, shhhh !! kite kite jee ok ;)

Tibe la pulak masa aku Form 5. time ni kat sekolah teknik la. Cikgu matematik selalu cakap siapa tak dapat A dia bodoh. Serious !! mulut memang best gila, sentap terus masuk ke dada tapi dia buat macam tu macam nak cabar kau la. So that kau lagi gigih berusaha, katenye. Hari ni bagi 3 set soalan exam, esok hantar. memang tak cukup tangan laa kau nak buat. Tapi masa SPM, alhamdulillah, cikgu tak bole panggil kita bodo sebab kita dapat A,bwekkk!! (motif???!!)

Aku malas nak cite bebanyak. Kang tetiba jadi splohh entry pulak. So layankan gambo je laa ye. Ni pun ambik dari facebook sajoo.


My babe, still ber-darling darling until now ♥



Trip to MMU Cyberjaya. Vangga habis la tu dapat bergambo depan signature Bill Gates :P




Moment yang paling dirindui. :') ehh jap. spot me!! siapa jumpa aku belanja kuaci :D



Time ni form 5 takde, semua balik kampung. Tinggal kite kite je, tu yang berani bukak handsocks tuuu.


Jamuan asrama yang cukup GAH !!! 
EH????? hahaha. tetibe sesat. Ok la, ambik hati. ni pun rindu jugak :P

Baru aku perasan gambar masa form 1 till form 3 sume dalam album. Sorry to my babes time kat sekolah PW, kang cakap aku tak sayang diorang pulak sebab gambo dia takde. Ada je, aku letak dalam album, takde dalam lappy. Takpe, takde kat sini tapi kat hati always ok.?? I u :)






Sunday, April 17, 2011

Rejeki !!


Yaa habibi ya maulana, engkau berak dalam celana. Ohh ini adalah quotation terbaik daripada bapak aku. Dia dulu suka betul cakap macam ni sambil tangan goyang-goyang dekat atas macam isyarat orang Arab. Tapi ayat dia sangat laa tidak sopan, daddy, it's not good. not good.


Ohh ni aku nak bercerita. Alhamdulillah dengan nikmatNya kan kan kan. Tercapai jugak impian aku nak buat online shop. Semua still on progress lagi. Untuk permulaan ni aku cuma cuba untuk mula dengan 11 helai jenis baju dan jugak 4 jenis rantai. Cantik-cantik koo ! Muwahaha.


Depends, kalau rezeki aku ada laku semua yang aku jual ni. Aku akan tambah benda lain pulak macam handbag, perfume and macam-macam lagi. Tapi macam mana rezeki aku nak bertambah tanpa bantuan korang semua kan??? Heeee. Do support me bebeh ;)


So maybe dalam esok kalau ada masa aku settle semua uplaod gambar and everything, aku akan announce dekat sini ok. Just short update from me, excited gilaa ni. Teehee !! Semoga dipermudahkan jalan. Aminnn. :)

Babai !!!!!


Thursday, April 14, 2011

... sifat looser zaman ribena !


Entah apa aku rasa macam nak cerita atau lebih tepat lagi nak recall balik life aku masa aku kecik-kecik dulu. Bila ingat-ingat balik sangat laa plawokplawokplawokplawok. hehh ! sangat laa kelakar aku rasa. Aku ni dulu masa kecik-kecik, tak kisah laa mak aku pakaikan skirt ke, gown ke, baju kurung ke or apa je la yang merujuk kepada baju budak perempuan, sikit pun aku tak heran dengan apa yang ada kat badan aku.

Aku dengan kakak aku semua jarak jauh. after kakak aku ada empat orang abang then baru aku, so kawan-kawan aku memang abang-abang aku je laa. Dengan siapa abang aku kawan, tu jugak laa kawan-kawan aku.

So ni aku nak recall balik segala jenis mainan yang aku main masa kecik dulu. yang first ni palingggggggggggg aku suka weyh,SERIOUSS !!! kalau dapat main lagi sekarang, confirm aku main. =.='


GULI


Hatttt ni paling aku suka. dulu kan mak aku beli congkak siap dengan guli dia banyak gila, tapi aku dengan abang aku ambik sikit sikit guli ni sampai habisss. Abang aku lagi keji, bila lawan then dia kalah, suka curi aku punya lepas tu sorok bawah katil, lepas tu cakap toyol yang ambik guli aku bila aku rasa macam sikit je aku punya. sangat la kurang ajar kau bang. 

Dulu bila main memang aku sorang je pompuan, ada aku kesah?? Hahahaha. Terkangkang kau main. Siapa yang pernah main ni dulu, tau laa macam mana kan. Buat satu petak then letak berapa kau nak taruh, then agak jauh sikit buat satu straight line, macam tempat start laa. Then bunuh-bunuh siapa yang orang yang last sekali and tak mati, dia menang semua guli dalam petak tu. Sungguh aku rindu !


KAD


Yang ni pun best jugak. Ada few style la kau nak main. Yang aku dulu main apa ntah, tak ingat nama tapi aku ingat la cara main dia, ada satu style je aku ingat nama dia, style "pair",style ni kau kena kumpul huruf/nombor yang sama 6 keping. Q dengan Q, K dengan K blablabla. then ada lain style, kau kena genap kan sploh sploh. macam A dengan 9, 6 dengan 4 blablabla. yang ni pun abang aku suka curik. dia tu patut mandi bunga aku rasa, asyik kalah aje kalau main lepas tu curi orang punya. 


HIKING

Tak payah nak hiking sangat laa kan, dengan pakai baju kurung aku pegi panjat bukit. Ni ikut abang aku pegi beraya laa ni. Dulu area rumah yang lama tu, area belakang tu banyak bukit. Lebih kurang area orang kaya la, rumah atas bukit. So bila pegi raya sana dengan harapan orang kaya tu bagi la angpau lebih kan. Tapi sangat la kesian bila diorang tak bukak pintu, just hulur gula-gula je dari dalam. Sadiss gila.

Ni idea bijak abang aku la. Masa panjat, ikut jalan elok, ikut tepi jalan raya tapi bila balik konon nak extreme sikit laa. Abang aku ajak gelongsor dari atas bukit ke bawah. Bayangkan aku dengan baju kurung TT_TT. Bila balik, mak aku punya la menyinga tengok aku kotor, habis dengan tanah semua. 


BELUT


Ohh myyy. Sangat la geli bila aku tengok balik, ni pun letak gambar paling tak obvious. Dulu kan aku selalu ikut abang aku pegi main-main. So ada satu hari tu diroang ajak main area longkang. GILA PENGOTOR AKU DULU. Dulu kecik lagi mana tau apa kan, orang ajak pegi sana, ok pegi sanaaa. orang ajak pegi sini, ok pegi siniii. Dulu kalau aku kena culik pun mesti aku ikut je kan. =.='

So aku yang bengonglagibangang ni ikut je la abang aku, sekali diorang bawak dahan kayu yang panjang sikit then buat ala-ala nak pegi pancing. But, wth are u looking for in this "longkang"???? Then diorang macam jolok sana, jolok sini tetibe aku nampak benda panjang-panjang macam ular. Dan yang paling amazing nya aku bole relax and tak jeit, tapi macam geli-geli je. Abang aku punya laa syok main, cucuk-cucuk dia, angkat then campak balik, nasib dia tak pegang. 


POLICE ENTRY

Siapa penah main ni dulu, angkat tangan macam saya !!! Hahahaha. Aku sure ramai jugak yang penah main ni kan. Part yang paling heaven, aku main game ni mesti tak pakai selipar. Kaki ayam je. MasyaAllah.

Konon feel bole lari laju la kalau tak pakai selipar. Aku dengan abang aku selalu main game ni bukan dekat kawasan lapang, selalu main depan rumah. Dia macam lorong, then kiri kanan ada kereta. Bayangkan betapa sempit nya space, tapi tak putus asa tu, main jugak.

Cuba kau cari satu jenis permainan budak perempuan dari list kat atas ni. Nan hadooo !! Hahahaha. Gila kentang. Aku rasa aku memang kasar kowt, even sampai sekarang ada jugak, tapi macam tak obvious sangat la. Dulu sampai mak aku buat macam-macam, risau betul kalau aku still kasar and ikut abang aku kan. Heeee. 

Tapi part paling best gilaa kan. Even aku pompuan, tapi every week yang cuci kasut sekolah aku, abang aku yang kena buat. Sebab mak aku cakap aku kecik lagi. hak alahhh !! tapi tak lama pun, sebab lepas tu akak aku taknak manjakan. Fair and lovely, siap ada timetable tampal dekat sebelah rak pinggan. isnin aku baut apa, abang aku buat apa. esok tuka pulak dan seterusnya. Now bila aku ingat-ingat balik kan, ya allah. kenapa la aku dulu perangai teruk betul. Serupa anak takde mak bapak je. Main tak reti nak balik, tak reti nak duduk rumah dah tu semua nye lelaki aje. But at least, aku ada banyak sweet memories during my childhood time kann :D