Thursday, December 23, 2010

cik, mirna ada ?



Aku nak tergelak pun ada jugak tadi masa tengok analystic dekat nuffnang. Hahahaha. kau nampak tak kat atas tu? Yang atas sekali tu. Taktau laa if mirna mana dia nak cari. Tapi ayat dia search macam kelakar. "ade mirna". Nasib tak tulis "dekat mana-mana yang ada mirna" =.=''


Hahaha. ok ok. aku bukan nak marah ke apa. Just aku rasa lawak gila. Blog yang bodoh-bodoh lagi tak matang ni ada jugak orang cari. And blog yang selalu tempat aku cerita pasal marah ke, suka ke, emo lebih ke but still ada nak baca. Isk isk isk. Terharu gilaa. Nanti dapat duit nuffnang aku belanja kuaci satu sorang ok? Senyum laaa. :D


And baru aku perasan yang semalam puna post bapak gila emo. Haa! Tu laa. Aku ni malam-malam dia pelik sikit. Kau jangan nak bagi aku baca or dengar or tengok benda-benda yang emo emo ni. Memang nanti aku pun ter-emo sekali. Tu post semalam tu macam mana bole jadi, sebab aku baca 1 blog ni. Gila punya bahasa. baku habis, tu yang buat terdetik hati aku nak tulis macam tu. Type memang tak hengat, tadak stop. Kan best kalau type assignment macam tu. =.="


Kenapa ?


Dulu......
Dia seorang lelaki yang begitu aku banggakan, persetankan apa yang orang cakap dikiri dan kanan. Pada mata aku dia cukup sempurna. Segala kemahuan aku dituruti. Kemana aku mahu pegi mesti akan dibawa.


Dulu......
Dia seorang yang bertanggungjawab pada "mataku". Cukup sifatnya. Pagi keluar mencari rezeki. Malam menonton tv bersama aku dan wanita yang dicintainya.


Dulu......
Dia seorang yang penyabar. Tutur katanya cukup dijaga. mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak mungkin. Jika dia berasa marah sekalipun, dia hanya berdiam sambil menghisap rokok sebatang demi sebatang.


Dulu......
Kerap dia datang menjenguk aku di asrama. tidak ketinggalan buah tangan untuk anaknya. Tidak pernah sekali pun "menidakkan" permintaan anaknya untuk berjumpa dengannya di asrama. Walaupun cuma berjumpa 10 minit setelah menempuh perjalanan yang berjam-jam. 


Kini......
Siapakah lelaki itu ? Aku seakan tidak mengenali lagi empunya badan yang sasa itu. Kenapa bermacam-macam  perkara yang baru aku dapat tahu selepas kejadian yang menghancurkan hatiku itu. Benarkah apa yang sedang diperkatakan orang itu ? Benarkah apa yang sampai ke telinga aku itu ? Atau seseorang telah mencuri dan meminjam badan dan muka kau malah seluruh anggota badan kau dan cuma hati dan perasaan saja yang ditukarnya ? 


Kini......
Kenapa aku perlu beridiri di atas kaki sendiri untuk meneruskan minit-minit hidup aku ? Kenapa wanita yang kau cintai suatu ketika dahulu dibiarkan terkontang-kanting walau kudratnya tidak seberapa ? Malah jika dia diserang pelbagai penyakit, diteruskan juga usahanya demi mencari sesuatu untuk meneruskan hidup dia. Walau pelbagai penyakit yang datang menguji, wanita itu tetap tabah. Tabah demi anak-anaknya.


Kini......
Kenapa sewaktu kejadian yang telah menghancurkan hatiku itu sedang hangat dan sukar untuk aku terima, kau melepaskan pelbagai kata kesat terhadap wanita itu ? Yang mana satukah diri engkau yang sebenar ? Begitu rapuh hati kau terhadap wanita itu. Wanita yang telah banyak berkorban untuk kau. 


Kini......
Kenapa kini kau persetankan apa yang aku adukan kepada kau ? Masihkah ada hati dan perasaan yang layak digelar "ayah" didalam diri kau terhadap kami ? Mengapa beribu alasan yang kau berikan setiap kali kami menceritakan masalah kami. Malah kau jawab kepada kami jalan kehidupan kau jauh lebih susah daripada kami sekarang. Habis siapa perempuan yang menemani hidup kau sekarang ini ? Pasir kah makanan yang kau berikan kepadanya saban hari ?


Walaupun naluri seorang lelaki sentiasa mahu dibelai dan dikasihi, kau tidak layak untuk melayan wanita itu sebagaimana kau melayaninya sekarang ini. Apa kau tidak ada semasa dia mengeluarkan zuriat kau dari rahimnya ? Tahukah kau sakitnya itu seperti nyawa dihujung tanduk ? Alangkah bagusnya jika Allah itu memberi kau peluang untuk merasakannya. 


Bukan niat aku untuk memburukkan atau membuka pekung didada. Tetapi, kejadian seperti ini bukan lah engkau seorang sahaja yang melakukan keatas seseorang yang dipanggil "wanita". Terlalu banyak contoh yang ada didepan mata. Apakah kaum kau semuanya sebegitu ? Adakah wanita ini selayaknya cuma disakiti?


Walau seburuk mana kau. Walau entah dimana kau kini. Walau sesakit mana aku kau uji. Hati ini, tetap merindui kau hari demi hari. Dan kini, wajarkah aku melupuskan perasaan itu ? Aku terasa dipanggil untuk mencuba namun aku takut kelak di masa tua kau, dihati ku ini sudah tiada ruang untuk kau. Seolah-olah sudah terpahat perkataan "NO ENTRY" disitu. Jadi sekarang bagaimana ?


Aku doakan engkau bahagia dengan hidup baru kau. Tidak lupa aku doakan semoga Allah membuka hati kau untuk kembali ke pangkal jalan. Ada yang menyarankan aku supaya menjadikan mahkamah sebagai orang tengah, tetapi aku tidak akan sesekali melakukannya. Kerana Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku mampu hidup dalam keadaan selesa. Kaki ku ini masih kuat untuk memerah keringat untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Semoga berbahagia :)

Wednesday, December 22, 2010

Inventing My Own iPad Application for Maxis







To have a smart gadget is everyone dreams today in this globalize era. Perfect with everything inside and everything is all in one. In the time you can save your money, u are able to save your time too. It is doesn’t matter you are from babies to adult or you are a housewives to a successful peoples. Everyone deserves to have something that can make their life getting much easy.


So with Ipad Apple from Maxis you can get all that just like one two three. Sure you that you can get all the information, news and gossips only from your finger. Easy right ? But as a human being, nothing will make you satisfied.  For example, with your salary 2k per month, sure you will dreams to get 3k or 4k salary per month. And once u get 3k or 4k salary per month, sure you want more more more and even more for a better life.


 In this so much technologies era, everyone needs something that can make them get highest satisfaction with what they have. And on the same time we need to create something that can help human finish all their work in the fastest and easiest way.  So here i want to introduce my application which is focus more to a designer and cartoon designer.


Introduce my “Human Figure Scanner (HFS)” as one of the application in Ipad. This application will help the entire cartoonist a lots. Why I’m saying like that, this is because HFS is come with 360 degrees laser will make the cartoonist can complete their work in a short time. This 360 degrees laser is covering on the Ipad screen.


Let say the cartoonist want to draw a basketball player shooting the ball to the net. If use the manual way, they need to draw each of the situation. From the player holding the ball, bend their knees, raise their hands and throw the ball. This step by step method will take a long time for them. So by using HFS, they can make it as simple as one two three.


What they need to do is, put the Ipad in front of them while they want to shooting the ball, then just shooting the ball to the net without hesitate. Here the 360 degrees laser will do their job, which means they will scan all your action and transform to an animation. So you just needs to do a small adjustment on your animation if you are not satisfied with them.


I just give a simple example so that you can imagine how amazing my application is. So there’s a lots of benefit for this application especially the cartoonist and designer. For designer, let say they want to put their dress on the animation body, so they just wear the dress and stand in front of the Ipad then the HFS laser will scan while on the same time automatically turn to animation. Easy right.


With this application, the designers and cartoonist, they will save their time a lot and on the same time they will save the cost too. Cost for paper, pencil, colours and so much more. With Human Figure Scanner, you can get your idea turn to what you want drastically. So you don’t worry if you will forget your brilliant idea, get your Ipad now and sketch !


Now you can transfer all your idea just in a few minute. No more eat, sleep and even bath in front of your imac just to think how to finish all your design and animation. Wherever you are, you can do your job perfectly. Left your imac at home and bring your Ipad wherever you go.


Maxis contest participant badge

contest by Maxis. Click here for more info Maxis Contest.

Musim apa ni ??




Sekarang ni musim orang sakit ke ? Kakak aku mula dengan demam, then flu . Bila dah elok terus sakit kepala and now batuk macam gila. Aku pun kena tempias jugak . And now ni sakit tekak macam apa entah. Batuk tak sangat, tapi suara hilang pergi vacation ke ape ? Pedih nya tekak .


And time aku kerja sorang-sorang laa dia nak sakit. Kesian customer kena dekatkan telinga dengan aku sebab suara halus sangat umpama bapok lorong haji taib. pffft. Even suara takde, ditambah dengan bulan mengambang lagi, sales tetap meletup. HAHAHA. Bagus bagus.


Tak kurang jugak yang dok membahan. Situasi satu. Aku tengah on9 dekat hall, kakak aku yang sakit tu baring atas sofa. Dia batuk macam nak terkeluar jantung, then bila batuk dia dah macam senyap sikit, aku pulak sambung. datang kakak aku yang lagi sorang dia cakap " Haaa lawan lawan. Cepat aku nak tengok siapa menang" Bodo gilaaa.


Situasi dua, aku call Fra sebab semalam call macam gila dia tak angkat, tidur mampos gamaknya. So tadi call dia sebab nak minta tolong sikit. Dia ni memang laa kan, hidup tak pernah nak serious. Tengah aku bercakap pasal apa yang aku nak minta tolong, dia bole cakap " Fuiyoohh, suara u sexy laaa " Memang babun betul ! Huh!


Situasi tiga, abang aku baru balik dari mana tatau. Then aku tanya, vaio bila siap. Dia bole jawab soalan aku tapi dengan cara orang bisu bercakap. Tak pernah tengok orang bisu bercakap? Ok, let say dialog dia, "Aku tatau siap bila " Kau cakap dialog ni tapi lidah kau gulung. Lebih kurang macam tu laa. Then before dia masuk bilik dia bole main cak-cak. " Dik, cakk ! cakk ! Haaa ! Brrrr ! " Bodo gila !! part brr tu tak bole bla, apa kau ingat tengh buat iklan coca cola ???


Apaa laa nasib. Tapi aku memang prefer sakit tekak dari flu. Kalau flu, perghh, rasa nak pergi cabut je hidung ni rasanya. Dekat comot momot, hingus meleleh. Huh ! Sungguh menjatuhkan reputasi. And tadi mama buatkan air asam limau dengan kicap then suruh minum. Ohhh man !! memang tak laa kan. =.=''


Saturday, December 18, 2010

Holiday kee cuti ??


Yeayyy !! Dah cuti . Haaaa, gila batak kan. Orang dah nak habis cuti, aku baru nak cuti . Pfft ! Today hari sabtu, orang gila je pergi class and YES aku salah sorang. Time ni jugak la dia nak buat replacement class kan. Adoiii. So tadi jugak dapat jadual untuk second sem. Hohoho. Sumpah aku rasa macam tak percaya je dah past 1 sem @.@


Second semester jadi gila lagi laa kita, ada class dari selasa sampai la sabtu. Huihh ! Tak cemerlang gemilang terbilang tatau laa aku kan. Wuuu. Tarikh Final pun dah dapat tau bila. Kecut perut je. So next sem tak boleh ponteng banyak class dah. (pffftt)


So korang cuti ni buat apa ? Pergi mana ? T.T aku rasa soalan ni macam dah basi je. Haihh. Tape-tape. sedapkan hati, aku cuti kan. Macam biasa laa. Jadi nepal dan bangla. Heee. Kerja.kerja.kerja.kerja sampai kau pitam. Hohoho. ni dah hujung tahun ni, lagi la ramai manusia, yang datang dari segala pelusuk.


Semalam after class pergi makan Secret dengan Siti and Miza. Sementara tunggu Siti siap, aku main dengan kucing dia. Siapa yang pencinta kucing tu, if datang rumah Siti ni, SURE kau meroyan punya. Memang macam muzium kucing dah aku tengok. Banyak gilaaa. And few days ago baru je lahir lagi 7 ekor. Gosh, semua comel-comel.


Tapi yang paling menarik tertarik kau memang debab is Garfield. Or nama gedik yang rasa nak sepak, FilFil. Huh ! 7 bulan lepas aku main dengan dia, besar tapak tangan je. Minum pun ikut botol susu lagi. Sekarang ??? Ya ampun....



.: kau tengok.. Geram tak ??? hahahah :.


Kau tengok laa dulu kecik aje. Sekarang ?? Haishh. Sumpah aku rasa nak letup. =.=''



Hahaha. yang ni sama kan. Pandai tengok camera. Ngahaha. Sila jerit siapa yang pencinta kucing. Hahaha. Tapi dia punya pemalas kan, kau rasa nak campak je dia. Aku main hanger dengan dia, dia bole tengok aje. atas bawah kiri kanan atas bawah. Agak-agak dia bosan, siap tengok aku goyangkan hanger tu sambil mendagu. Geram gila !


Orang lain lompat pagar, keluar masuk rumah. Dia bole tengok aje. Muka macam orang yang bosan, ngantuk. Dushh! Memang rasa nak lenyek.


.: Macam ni. Macam ni :.


Hahaha. Comel kan. Heee. tu je aku nak update. Actually baru balik kerja ni. And aku tak seberapa nak sihat, gedik betol badan ni. Ni mesti Encik gerhana dah nak turun ni. Ok laa. Bahbaiiii...




Sunday, December 12, 2010

Mama mmmiiiaaa !!



Jam dah menunjukkan lebih pukul 12 dah tu, so memang dah masuk 12.12.10 laa kan ? Heee. Tarikh ni tarikh besday mak kitaa. Hahaha. Mama suka cakap birthday "besday" owhh. Lidah tak bekung ke apa. Muahaha. Jahat gila cakap mak lidah tak bengkung.


Ni dok pulun entry awal-awal ni sebab esok takut tak sempat nak post sebab esok adalah hari bangla sedunia, aku kerja full shift. Huh ! Sempena birthday mama ni, esok maybe pergi makan tak seberapa nak besar satu family laa kowt. Tadi aku call sorang-sorang bala tentera mama, pau setiap sorang duit untuk bagi mama birthday gift. Ngahaha


.: Cuba teka mana satu mak kita :)) :.


Heee. yang sebelah kiri tu mak kita, sebelah kanan tu akak i. Akak yang macam singa tapi gaduh macam mana pun, ajak jugak shopping and makan TGI. Tsk! hahaha. Dia ni bole jadi PA i. Semua dia control. huisshh! Sayang betol kan. Sila ramai-ramai doa dia cepat kawin, teringin sangat nak tengok dia happy, siapa ada calon bole mesej aku dekat facebook. Kah kah kah.


Ok, back to our mama's story. Heee. Mama dah 57 tahun owh. Kental gila semangat mama dapat keluarkan 9 orang dari rahim dia. Hebat, memang hebat. Tepuk sikit. Macam-macam dia face dalam hidup dia, even aku anak bongsu and lahir-lahir je mesti la tak banyak benda yang aku tau kan.


Mama, thanx for being my SUPERWOMAN. You are my everything. Even sometimes ada buat mirna bengang laa jugak kan, tapi tape, setakat mama punya "kunyah-kunyah aka nugget" mama tu, tada hal laa ma. Thanx sebab support mirna masa nak habiskan SPM after mama and papa.................................. and even result jatuh sikit, tapi mama still support. Thanx thanx and thanx.


Happy birthday beloved mom. You are 57 now. wow wow wow. @.@ . Thanx for everything u done for me and the rest of your children. May god bless you and pray for your health. Mama jangan sedih-sedih hokeh ! Chill la maa, nanti mirna belikan nugget 10 kontena =.='



I LOVE YOU MOM !! ♥

Tuesday, December 7, 2010

Shontelle montel dan.....


Suka hati aku je bagi nama orang Shontelle montel kan. Hahahaha. Semalam after aku pergi bank in duit sales, ada photographer suruh aku queue dekat Guess Pavilion untuk jumpa artis yang nyanyi lagu dalam Step Up 3. I was like.. hurhhh?? Siapa..??


Then dia tunjuk poster and on the same time aku dengar lagu "Impossible". Owh, tau la siapa kan sebab aku memang suka melampau lagu tu. Aku senyum tayang gigi je laa dekat orang tu, then dia cakap dapat free cd and autograph blablabla. So aku pergi kedai, inform dekat jess and datang queue. Gila semangat kan. Padahal bukan big fan pun.


And siapa yang beratur tu memang tak payah nak tolak-tolak laa, memang boleh kira pakai jari je berapa orang yang queue. Gila kesian weyhh. Apa kau rasa if kau artis then datang nak launch new album, sekali fans yang datang, alahhaaiii. wuuuu . Maybe Shontelle ni ramau yang belum kenal kowt, ye laa dia pun still baru kan then ramai cakap dia copycat style Rihanna and Beyonce. Yee kee?? Ontahhh lee =.='


Ok laa dia bila tengok depan-depan. Muka gilaa runcing. Dia sangat wangi and i can smell Chanel on her. Hahaha. gila psycho kan. So here some of the photos. Ada banyak lagi tapi aku malas nak upload. heee.



.: Mata terpaksa di-censored-kan, ini kerana salah orang yang ambik, dia bole cakap pic tu cantik, bila aku tengok, mata aku apehal stim weyhh !! :.



.: The poster and CD :.



.: Penggedik minta sign dekat phone jugak =.=' :.


Enough about Shontelle montel, then on last saturday kowt if tak silap. Pelakon korea dalam cerita yang aku suka tu, Boys over Flower. Kim Hyun Joong (maafkan kami if salah spell nama =.=') . Dia datang launch apa ntah pasal The face shop dekat Pavilion. Manusia... ya allah kau tak payah cakap. Dah macam semut aku tengok dah. Tu belum kira lagi yang auntie-auntie dok jerit nama dia. AUNTIE ok. Wuuu. gila kuat penangan dia kan.




Ni aku gila kat belakang and ni dah zoom paling habis dah. Why are you sooo tempting.. Gosh ! Ngahahaha. Sumpah tinggi gilaa weyhh. wuuu.. Who will be the next on Pavilion ??? 8)





Friday, December 3, 2010

Contest by cicak dan lelabah


Seorang budak perempuan yang comot ketika itu mempunyai seorang sahabat baik. Hari-hari pasti akan datang bertandang ke rumah masing-masing untuk bergosip. Pada suatu hari si kawan memperkenalkan social network "Myspace" yang amat popular pada masa itu kepada si budak. Si kawan ajar itu dan ini kepada si budak.


Berbekalkan sedikit ilmu dari si kawan tadi, si budak pun mula la bertatih sendiri dalam membuat coding sendiri. Pada masa itu, si budak dalam diam memasang niat untuk menjadikan Myspace nya lagi menarik berbanding si kawan. Macam-macam dia pandai buat dari glitters ke cursor dan boleh dikatakan setiap minggu tukar background dan lagu. =.='


Ketika usia menginjak alam remaja selepas tamatnya zaman sekolah, si budak diperkenalkan dengan Facebook pula. Namun Facebook tidak sama seperti Myspace, dimana kita bole tukar profile menggunakan coding dengan kehendak sendiri. Jadi selama hampir setahun si budak berhenti daripada menggunakan coding.


Kemudian, dia diperkenalkan pula dengan Blogger. Baru la kelam kibut dia memerah otak kembali untuk mengingat sebanyak yang mungkin coding-coding yang selalu digunakan satu ketika dulu dan berlatih semula menggunakan photoshop. Namun semuanya sia-sia apabila semua pada hari ini semakin mudah dan pantas, hanya click itu dan ini serta merta ia akan bertukar. Namun itu semua tidak cukup memuaskan hati si budak.


Sehingga lah satu hari dia ber-blogwalking dan terjumpa satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger juga merupakan sahabatnya yang dikenali ketika hadir untuk temu duga satu ketika dulu.




Bakat yang dimiliki oleh si blogger aka si penganjur ini amat diyakini oleh si budak, ini kerana setiap hasil kerja si blogger sangat kena dengan citarasa si budak. Dia sungguh yakin untuk menyertai contest ini, dengan harapan dapat mengubah wajah storie morie nya. Dimana sebelum ini, si budak hanya men-download template yang cantik dari mana-mana link yang dia dapat.


Storie morie yang selama ini sering bertukar wajah, ini kerana si budak tidak jumpa lagi sebarang template yang betul-betul dapat membuatkan dia kagum dengan storie morie nya sendiri. Sentiasa mencari mencari dan teruskan mencari dengan harapan suatu hari keajaiban akan berlaku ke atas storie morie nya.


Jadi dengan ini si budak ingin meng-tag sahabatnya yang lain untuk join contest ini. Sepakat membawa berkat. Calon-calon pemenang yang di-tag adalah :



Jadi, mari lah bersama-sama menyertai contest ini dan dengan harapan aku akan menang.. Ohh maksud aku, KITA akan menang. =.=' Contest by Sri Ramadana . ♥


Thursday, December 2, 2010

Haluuu meloowww.


Storie morie agak senyap kebelakangan ini. Dah berhabuk dah gamaknya. Ni kes tuan dia entah kemana pun tatau. Sejak bila dah pandai malas nak on9. Dari siapa berjangkit pun tatau laa. Asyik asyik sibuk. Sibuk aje laa yang memanjang dia tu.


Bila on9 pun just blogwalking. Tu pun on9 dalam class Quantitative analysis and System dalam class Mr Alex. Hamboihh kau. Tapi, macam-macam cerita dah aku tengok Yang bikin wa panas buntut sekarang ni, contest by Sri . Hahahah. Tunggguuu u. ada masa i buat post tu ok. Ada orang nak kasi makeover storie morie ni free from head to toe. Siapa taknak kan. Heee


Ok itu saja. Gonna update more soon. December, please be nice to me bebeh. ♥

Saturday, November 20, 2010

Menanam tebu di bieber... :))


Hahahaha. tersedak tercekik si baby face tuh haa. hahaha. Aku nak cerita sikit ni haa. Aku tatau la menatang apa dok gigit bibir aku ni. Nak kata jerawat tatau laa. Dia macam timbul-timbul then gatai then merah. So orang tengok orang kata jerawat.


So aku pun consider as jerawat laa. Semalam tengah sedap melantak ayam penyet, sambal tau la pedas macam mana kan, elok je aku gigit bibir aku. Lupa..!!! dah tak timbul, dia pun dah penyet. hoihh.! lagi sakiy gilaa. gatal. aku rasa nak garu je macam gila.. Grrrr. =.='


Tapa laa. garu sikit-sikit dengan cara macam gigit dia, kadang tu terkuat, memang terangkat habiss laa. huhuhu. Then semalam masa dalam train leher macam gatal. Sekali garu kan. Mak aihhh. Apa benda la pulak yang timbul ni..


Ada dua biji kecik macam timbul dekat leher. Aku punya la paranoid. Sebab takut thyroid weyhh. Akak ipar aku dah operation dah. Gilaa scary. Dia macam orang patah tengkuk je lepas operation tu. Tak boleh gerak kepala sangat. Sooo scary weyhh..


So aku google tengok macam mana rupa thyroid ni. Luckly tempat thyroid and tempat yang aku kena tu tak sama. Tapi..... takut jugak. huhuhu. T.T Apa benda sebernya eyhh? Aku tak susah nak bernafas, makan pun ok je tak sakit. Tapi... bila kau nak rasa biji tu, tekan-tekan. sakit laa. huwaa !! Takut laaa. Nak kena pergi clinic la check, or ni just sebab aku kurang minum air or cuaca yang tak menentu ? Biar Tuan Dr yang tentukan...


Thursday, November 18, 2010

Dia datang... jeng jeng jeng.


Hahahaha. Finally, penantian ku berakhir. Due to contest yang aku join hari tu, u can click here if korang dah lupa. Ok la just runner up winner, better than nothing. Hahaha.


And just now check mailbox, dah dapat RM500 voucher yang dia cakap tu. I can spent at The Tangs Pavilion. Woww !! It's Year End Sales now. Hahaha., Boleh shopping banyak-banyak.


Thanx a lots to Nuffnang and also Maxis for choosing me as one of the winner. Heeee.


Tangs, wait for me okeyhh.. ;)

Hoihhh ! Sedapp nyaa..!


Renggang-renggang kan jari supaya bole menaip dengan kelajuan 180km/hour sebab terlalu banyak ceritera nak dikongsi. Macam biasa, sekali dapat on9 memang rasa masa yang ada macam tak cukup. Rasa macam, eyh eyh eyh, kenapa masa jalan laju sangat ni, slow la sikit. kan ???


First thing aku nak cerita. Hari sabtu hari tu makan *** dengan mega. Spicy tak ada, digantikan dengan apa crunch entah aku tak ingat. Try laa yang tu, tamau la makan original, macam budak kecik je kan. So makan yang crunch tu, spicy crunchy kowt tak silap aku. Boleh la sedap dia, but I prefer with spicy biasa sebab spicy crunch ni macam banyak sangat je dia punya rempah.


Order dinner plate, add on ala carte chicken rice and soup. Ni kes sesak nafas bila dah pertengahan bulan so buat cara sharing-is-caring. Hahaha. Aku makan 2 ketul ayam and nasi with soup tu sikit je sebab mega habiskan banyak.


Perut aku happy sebab kenyang. Sampai ke malam kenyang dia. Hohh, bahagia nyaa kan. So malam tu after aku habis on call pukul 2, terus nak tido. Before that aku memang ada rasa perut macam angin-angin aje kan. Ingat tak ada apa. Aku tengok calender, owh visitor sudah dekat. Mungkin penangannya.


Tapi..................... Jam dah pukul 3, aku tak tahan. aku berlari ke toilet..



Ya Allahh. Aku rasa sakit dia macam nak beranak. Tapi lupa nak tanya mama macam tu ke rasa masa nak keluarkan aku. Sumpah.. sakit dia, sampai ke hati kau rasa. Rasakan dinding-dinding tu aku pegang. Tapi dinding flat aje, macam mana nak pegang??? Tumbuk pulak, still sakit tahap melampau !!!



Aku tengok tapak tangan aku putih, macam tak ada darah, mata aku dah start berpinar. Banyak nye air keluar dari badan, tuhan je tau betapa perit nya aku. Bila rasa dah ok, aku masuk tidur balik, tapi sejuk sampai ke tulang rasa. Dan aku semakin yakin ni mesti penangan si visitor.


Esok pagi-pagi pergi TM point untuk settle kan hal streamyx yang menyusahkan hidup aku tu. Before pergi train singgah beli buah dekat stall depan college. Suddenly aku rasa badan aku goyang-goyang ke kanan ke kiri. Aku rasa macam gelap-gelap. Auntie tu tanya ok ke tak, aku kuat kan diri jugak, kang pengsan dekat situ siapa pulak nak angkat.


Terus naik train. Hajat di hati nak cepat-cepat sampai tempat kerja. Perjalanan semakin perit, dah sampai Bukit Bintang, aku tambah kelajuan kaki aku even aku tau aku dah tak ada tenaga. Niat nak beli makanan untuk lunch pun aku cancel, dah tak larat jaahh.. Dalam hati aku istighfar je, kenapa ni. Apa tak kena ni. Teruk nye penangan si visitor kali ni.


Sampai Fahrenheit aku dah tak tahan, lari pergi toilet dia. Menggigil bukak pintu toilet. Rasakan..!! Sekali lagi macam malam tadi tapi tambah lagi 50% sakit daripada malam tu. Lebih kurang setengah jam jugak aku habiskan masa dekat situ. Call supervisor, dia pun panik. Huwaaa !! Help me mummy !!!


Even aku melalak pun, orang takkan bole tolong sakit aku kan? So dah agak-agak diri aku stable and bole continue jalan, aku sambung perjalanan. Before keluar toilet sempat tengok muka, mak aih ! Pucat nya.. Sampai tempat kerja, supervisor aku pun panik tengok muka aku pucat. Aku rasa nak mati aje time tu, tak de tenaga. So decide balik awal je hari tu, half day je kerja.


Balik rumah golek golek atas katil, tak bole tidur, aku turun tengok tv. Aku nampak mega tidur dalam comforter, macam orang demam. After dia bangun aku tanya kenapa. rupa-rupanya dia pun kena macam aku jugak. Tapi dia kena pukul 10 pagi dekat office, and sekali je dia kena.


So... ni bukan la penangan si visitor, tapi penangan makanan yang kiotang makan tu lah. Sharing is caring kan, yes kami memang caring. sakit macam nak mati pun sama-sama rasa tapi aku laa yang lebih sebab aku kan makan ayam tuh 2 ketul. Huwaaa.!!


Aku bukan nak cakap benda tu bole buat orang sakit perut la. Maybe la perut kitorang ni tak boleh nak terima sebab campur banyak sangat rempah. Tapi orang lain makan elok je, tetap penuh jugak tempat tuh. Heeee..




Monday, November 8, 2010

Runner up winner ? >.< v


As what all my stalkers knew, aku ada join nuffnang punya contest. It's about Malaysia International Fashion Week (MIFW) yang berlangsung selama 6 hari dekat centre court Pavilion. This is my first time experience. I mean both, join the contest and get chance to see the fashion show even from far. TSK !


Tapi aku memang tak tipu. Stage dia sangat menarik, cantik sangat. And dekat main entrance diorang letak poster-poster artis malaysia and aku rasa gambar ru semua shoot memang special untuk MIFW ni kowt. Memang tak nampak macam artis Malaysia weyh. hahaha. And the best part is, our Prime Minister pun terlibat, picture dia memang sporting habehh la. hahaha. Tun Mahathir pun ada jugak picture dia.


Aku join contest ni saja-saja je. Ohh btw, MIFW ni organised by maxis. And ini yang ke-8 dia buat dekat Malaysia. Aku join sebab nak dapat masuk dalam area tu je since dia cover dengan curtain gila gabak kan. Huhuhu. Then tak diduga, aku salah sorang runner up winner. Weeee, tikijut mak ok. Hahaha.


Aku dapat voucher RM500 from maxis tapi tak sure lagi bole spent dekat mana, hope dapat spent dekat pavilion, I want the topshop handbag !!! T.T Berkenan di hati tapi terpaksa berjimat laa. huwarghh !!


Aku tak dapat ticket untuk join diorang masa malam kemuncak tu sebab 2 passes tu untuk grand prixe winner sahaja but still aku dapat pass ok. 3 pairs of passes untuk tengok 3 sesi fashion show tapi alangkah patah hati bila clash dengan wedding yang terpaksa attend. Sebab relative dekat punya wedding. T.T


Tapi tape, nanti tahun depan aku try lagi and pastikan dapat grand prize. HAHAHA. tinggi sangat angan-angan. Heee. U can check my contest entry here .

Thank u to nuffnang and maxis. ♥



Wednesday, November 3, 2010

Paris Hilton lagi ??? @.@


Harus lah kan. nama pun staff Paris Hilton. Muahaha. Ok, kali ni korang korang dan korang MESTI datang ok ??? Kali ni announcement untuk Paris Hilton Members' Day pulak.





Nampak tak ? If tak nampak aku kasi clear kat korang ok.

  • Additional Discount
  • Sales Up to 60%
  • Early Bird Special - FREE Paris Hilton Beauty Case
and akan ada jugak STAR BUY which means, barang yang dijual pada harga RM99 TO RM199 . Biasanya STAR BUY ni tak jual dekat mana-mana counter Paris Hilton.

And kali ni Members' Day akan diadakan dekat Paris Hilton Boutique, 1st Floor, One Utama New Wing.

CUTE Cup Cake for everyone!! Come to join us and Look out the STAR PRODUCT and Grab it before it Gone!!

BETTER YOU COME BEFORE YOU FEEL REGRET. ;)

Tuesday, October 26, 2010

Perfect movie :D

'poster'

Hari jumaat hari tu dapat invitation from nuffnang untuk tengok movie ni. From 1 to ten aku bagi 11. hahaha. memang super duper fun la weyh. kakak aku ketawa sampai keluar air mata bagai. Hahaha. cerita dia aku tatau la lama ke sekejap sebab aku rasa macam sekejap aje. hohoho.


Siapa yang nak pergi tengok movie ni, korang memang patut pegi tengok cepat-cepat. Takkan menyesal la aku cakap. Worth sangat-sangat la. Aku taknak la cerita apa-apa dekat sini, tak surprise la kan. Kau beli ticket and masuk tengok sendiri. Dijamin puas hati. ;)


And aku rasa aku la orang paling bertuah dalam cinema tu sebab dapat tengok 2 movie dalam satu masa. Kau ada ? hahaha


Lagi 1 cinema tu kan, hero and heroin dia orang sebelah aku. Memang macam Tuutt gila la aku cakap. If sangap sekali pun, pi check in hotel la bhai. Adoii la. Yan pompuan dia pun muka tatau malu. Tau la dalam tu gelap, tapi sit kitorang tu dekat dengan screen so aku rasa cahaya dia dah cukup terang kowt.


Sumpah geli gilerrrr aku cakap. Yang perempuan ni pergi usap and urut lelaki tu punya tuttt.. Siap genggam-genggam bagai. eeeeee..! yarkkss.! And the best part is, masa lelaki tu move kan tangan dia maybe sebab dah perasan yang ada orang dah nampak ke ape, perempuan tu bole merajuk. Siap peluk tubuh dia lagi taknak bagi lelaki tu pegang tangan dia. Wadafak ??


Tatau malu ke weyhh? Tatau la ada akal ke tak kan. And aku pun tak sure korang tu husband and wifey ke apa, but still fikir sikit orang sekeliling. Kau dah la dekat public.


After movie habis, diorang la orang first keluar kowt tak salah aku. Aikk? ADa perasaan malu ke ?? Adoiii laaa..


Friday, October 8, 2010

You again ?


'poster'">

"Tell us about a person whom you didn’t really like in your past. He/She can be the nasty classmate who kept stealing your Hello Kitty erasers, the senior who kept stuffing you into rubbish bins, or anyone else who has made your life unpleasant in the past."

Memandangkan aku punya English memang porak peranda, so izinkan lah aku tulis dalam bahasa melayu ye. :)

Masa sekolah rendah, aku memang sangat becok (even now still tak berubah) and character aku memang ada sikit kasar maybe sebab dalam adik beradik, atas aku ada 4 abang. Memang cikgu pun sampai naik pening tengok aku, dah la pakai tudung selekeh, dengan tudung tak lipat, jalan macam gangster. huh ! Tapi tu masa aku darjah 2 la.

So ada satu hari tu, cikgu dah tak tahan agaknya dengan perangai aku, so dia pindahkan aku duduk sebelah budak lelaki yang bernama Mister I, mana la tau kowt aku berubah jadi pendiam kan. And rajin buat homework sebabnya budak tu memang pandai. Asyik asyik nombor 1 aje dia dapat dalam exam.

So after seminggu duduk sebelah dia, cikgu dah bole nampak perubahan aku. Memang aku tak tipu, aku berubah jadi pendiam and dah rajin buat homework. Bila cikgu ajar, elok aje bagi tumpuan kan. Meja aku dengan Mister I ni betul betul tepi pintu. Time tu meja susun dua-dua, so dia duduk bahagian dalam, aku duduk bahagian luar.

Bila cikgu mengajar, nak pandang blackboard tu kena la macam senget kan badan sikit, so Mister I ni akan ada belakang aku la kan, ada satu hari ni, tiba tiba member belakang tegur

"Mirna, Mister I buat jahat !"

Time tu aku memang dah dengar dia gelak setan dah, tapi aku tak expect pulak aku mangsanya.

Sekali aku toleh, nampak dia tengah pegang gunting then sengeh-sengeh sambil tutup mulut bila aku pandang dia. And aku macam, GOSH ! apa kau dah buat. Aku tak dapat tangkap lagi apa maksud dia ketawa tu.

Then member aku bagi tau dia gunting tudung aku, sekali aku tarik tudung bahagian belakang, hamek kau ! ada 3 kesan gunting. bole pulak dia gelak gelak kan? Ohh man..

Disebabkan Mister I ni pun memang seorang yang lembut, so aku maafkan je la. Still pakai tudung tu even dah koyak, kata pun hati kering kan, belasah je la. Hahaha.

Then masuk darjah 3, masa semua orang sebok nak masuk class masa 1st day sekolah, Mister I ni tak ada, aku tunggu sebab aku nak duduk dengan dia lagi. Then dapat tau dia dah tukar sekolah. Tape la, maybe dia pindah rumah ke ape kan.

Then selang berapa tahun kemudian, aku Form 3, terjumpa balik Mister I dekat tempat tuisyen. And the best part is aku baru perasan dia masa lagi sebulan nak PMR, padahal tuisyen since awal tahun and class dia and aku berhadapan, macam mana tak perasan pun tak tau kan.

Then pernah ada sehari tu kawan dia prank dia, semua kawan-kawan dia masuk class aku and time tu dia datang lambat, once dia bukak pintu class aku dia akan nampak aku dulu baru kawan-kawan dia, sebab diorang duduk betol-betol belakang aku. Dia bukak je pintu, nampak aku, terus keluar then nampak tangan dia je lambai-lambai isyarat panggil kawan dia. Hahahaha

Kawan dia keluar pergi dekat dia then after masuk, kawan dia bagi 1 kertas dekat aku dia tanya kenal ke budak tu, of course la kenal ! Budak yang gunting tudung aku masa sekolah rendah. hahaha. Punya la dia segan nak masuk class aku, sanggup study sorang-sorang dekat class depan. Hahaha

Then after PMR memang tak jumpa apa la, then hari tu saja search nama dia dekat Facebook, jumpa la. Aku add tapi dia tak approve, mungkin segan dia tak habis lagi kowt. Tapi daripada info dia dekat Facebook, aku dapat tau yang dia study dekat Taylor College and now ada dekat oversea sambung study but tak tau dia ambik course apa.

Member ramai cakap dia dah lain, macam taknak kawan dengan budak low standard, tapi aku tatau la sejauh mana kan. Apa-apa pun wish u luck friend. And aku takkan pernah lupa kau sampai bila bila sebab gunting tudung aku. U owe me !!! Hahahaha.


Thursday, October 7, 2010

Aku jadi perempuan ?


Tajuk sumpah rasa nak lempang kan ? Habis selama ni kau tu apa ? Pondan ke cik mirna oii ? Hahahaha. ok. ok. Actually aku nak cerita pasal hari ni ada beli few things untuk jaga muka.

Ok, if korang nak tau, dulu dulu aku memang tak tepek apa kat muka ni. Setakat facial foam biasa je, tu pun mak aku yang beli kan. And most of the facial foam yang dia beli, mesti warna pink and bila tanya, jawapan dia, "adik kan suka pink" adoii. =.='

Masa sekolah mana bole pakai make up segala ni kan, and memang aku tak biasa pakai. Even if jang out sekali pun. Mak tak reti nok. Hahaha. Aku dulu setakat tepek moisturizer and bedak baby johnson tu aje, then bila dah masuk sekolah teknik, dah pandai guna compact powder tapi tu pun yang maybeline untuk teenagers tu. Hahaha.

Dulu memang aku tak reti nak jadi perempuan. Ok, the fact is aku meamng perempuan,TULEN ok ? Maksud aku akt sini, tak pernah nak masuk kedai, cari barang untuk jaga muka ke, jaga badan ke. Apa yang ada kat rumah ni, itu la aku bedal. And dressing memang tak pernah nak terfikir pakai wedges ke, heels lagi la haram kan. So dulu aku memang hantu sneakers, tak pun pakai flip flop aje.

So after aku umur 18 tahun, balik dari PLKN aku kerja part time dekat Parkson KLCC, so aku memang berkawan dengan orang orang yang umur lagi tua dari aku. Diorang ni tak payah cakap la, make up tu if korek pakai sudu mau sama denan yogurt. wuuu. gila tebal dia pakai kan. And diorang bising jugak tengok muka aku suci gila kan. And pernah sekali tu diorang make up kan aku, sumpah balik aku rasa nak pakai purdah. Bukan sebab macam opera, tapi aku rasa pelik gila.

And time aku kerja tu jugak la diorang ajar aku pakai kasut yang tinggi-tinggi ni. Masa tu aku jaga kasut pulak kan, and pernah diorang bagi aku 1 office shoes ni, meman tinggu tak payah cakap la. Halus dia tuhan aje yang tau. Aku tengok dah telan air liur, waddahell semua ni kan ? Then diorang cakap untuk reduce kan kaki aku yang kengkan bila berjalan. =.='

So sekarang ni aku memang bole dikatakan rajin jugak la search dekat utube macam mana nak pakai ni. Nak pakai tu. Gila tade kerja, malam malam aku dok sapu segala macam make up kat muka then takut nak keluar bilik pegi toilet basuh. Hahaha. Sengal nak mampos.

So tadi masuk the face shop. Actually tak ade tujuan, saja masuk nak tengok apa ada la. Then try lip gloss, so far tak jumpa lagi lip gloss yang betul betul aku suka warna dia. Payah sangat. Then try eyeliner, sangat seronok eyeliner dia. Senang nak lukis-lukis. So grab tu, then aku pusing-pusing lagi nampak mask.

Before this ada la gatal try mask kan. tapi beli yang pakai sekali je dekat watsons tu. Tu pun sebab kadang-kadang aku ni malas nak remove make up then main tidur aje, hasilnya muka macam kertas pasir. So orang kata pakai mask bole reduce. So try la, best jugak sebab aku suka bila dia dah kering, tarik dari muka macam hebat je rupa kan. Hahaha.


So tadi aku beli ni. Cucumber. Bau sangat wangi. And im wondering, cucumber yang guna untuk kat muka tu, sama ke dengan yang masak kat dapur tu. Sebab aku dengar orang cakap lain. Wuuu. =.='

And after pakai ni memang fresh je rasa. Rasa macam sejuk sejuk aje. Heee. Best.Best. Berbaloi. :D


And beli ini jugak, yang ni seronok sebab bila sental sental tu nampak kotor kotor tu keluar. Baru puas hati kan ? Heheehe.

Bila aku fikir balik, macam batak aje aku ni kan ? Ye la, orang perempuan memang sinonim dengan penjagaan itu ini, tapi aku ? Hahaha. But thanx GOD even dulu tak pakai apa-apa, aku tak ada skin problem just a bit dry saje. :)

So lepas ni totally perempuan ke apa? hahaha. susah jugak jadi perempuan ni kan, banyak sangat pelaburan dia. Wuuu..



Wednesday, October 6, 2010

Apa citee ?


Otak aku jam nk fikir tajuk, apakah ? hahaha. Lantak la kan. Tajuk tak memberi apa-apa makna. kan. kan. kan ? :D

Ok, just now after blogwalking, aku jalan-jalan then terpandang kaunter visitor aku. Number sangat cantik.



Macam nombor mas kawin pun ada. Hahaha. Tapi macam murah la pulak. Apa-apa pun, thanx for visiting my storie morie okeyh stalkers :)

Aku actually macam dah tanam nawaitu nak active dalam bloggie, tapi masa yang ada tu macam tak cukup aje. Seriously 24hours per day sangat la tak cukup untuk aku. And aku pernah terfikir nak try online shopping dengan menggunakan aku punya blog ni tapi aku macam takut-takut nak try, ye la macam tak ramai aje yang tau storie morie ni kan. wuu

And aku sekarang still tengah belajar macam mana nak build template sendiri. Hurmm. Kena banyakkan lagi research lepas ni. Or ada orang yang bole ajar aku dengan cara yang senang dan mudah ? Dialu-alukan. :D

*******************************

Ok, actually aku nak cerita sikit pasal kerja aku. As what u know la, aku kerja as retail assistant or senang cerita promoter Paris Hilton. Ada handbags, wallets and perfume.

Yang aku pelik dengan orang-orang yang masuk kedai tu, especially tourist dari Indonesia la kan. Once dia masuk and tengok-tengok bag, and let say bag yang dia tanya tu harga RM469, terus soalan yang aku dah bosan dengar

"Ini Paris Hilton Original ya ? "

dengan pekat nya dia punya bahasa tu kan atau ada lagi satu kaum yang serupa dengan diorang ni, kaum dari middle east

"Is this the original Paris Hilton ? "

Ohh man. Ingin ditekankan disini, Paris Hilton so far tak jumpa lagi yang FAKE as what korang pergi uptown or Petaling Street jumpa Coach, LV, Prada and so on. Korang memang takkan jumpa Paris Hilton yang fake ok.

Kena pulak customer yang aku rasa nak telan dia hidup-hidup

"Murahnya, worth ke ? Better beli Nine west or Coach"

Weyhh ! Kalau kau rasa tak berbaloi, tak payah nak cakap sampai aku dengar la. Rasa macam buang masa serve kau pun ada. Tau ? Harga handbag Paris Hilton memang below RM600, except Leather ONLY yang sampai riban-riban.

And bukan sebab harga dia murah, dia adalah barang ciplak, okeyh ?

As what i heard la, Paris Hilton punya partners all around the world, dah discuss untuk letak harga yang berpatutan sebabnya masa mula-mula keluar dulu, harga memang mahal melampau and sale tak berapa baik. That's why if regular customer dia akan compare harga bag yang dulu dengan sekarang. If tak pernah beli, jangan nak pandai-pandai buat assumption ok?

And macam yang korang tau la, Paris dia memang sinonim dengan dadah kan. Even tak seteruk Lindsay Lohan ke ape but still she's take drugs. And baru-baru ni memang ada kes dia pasal drug and that is the reason dia tak jadi datang Malaysia.

Actually dia bukan kena halang dekat Malaysia, tapi sebab kes dekat Japan tu, that's why dia cancel semua event area Asia cause after Japan is Malaysia and last will be Jakarta. Tapi nak buat macam mana, untuk jaga dia punya imej that's why dia balik US terus.

And dia bukan la lupa daratan terus sampai buat bodo je, dia ada emailkan video untuk say sorry dekat fans dia sebab tak jadi datang. And sepatut dia datang untuk launch new handbags and perfume, dah tak jadi datang but still dia buat video untuk new handbags. And semua ni kitorang memang ada show masa event dekat Pavilion hari tu.

Orang yang ambik drug, siapa yang suka kan ? And aku tau ramai je yang sumpah seranah Paris ni, ok itu dia punya pasal la kan if dia rasa nak mati cepat ke apa tapi FYI, in business dia cukup professional and commited ok. Tengok la masa kat Japan tu, if dia rasa betol-betol tak penting, kenapa after court dah bagi hukuman dia still go on dengan agenda dia nak pegi Asia untuk promote barang dia ?

So tak payah nak masuk kedai Paris Hilton semata-mata nak caci maki poster dia tu. Dia tak dengar apa pun, still aje seyum and pose macam tu tapi promoter dia bukan poster macam dia jugak, ada jugak la rasa nak lempang kau bila kau cakap itu ini pasal dia.

So apa pendapat korang? Lain orang lain pemikiran kan ? Before cakap, better fikir dulu ok ? ;)




Monday, September 6, 2010

Hari yang ceria :D









Ok,title pun dah macam iklan Ribena kan. Hahaha. But hell yeah, today memang happy sangat-sangat. After grab handphone, terus movie cerita step up
3D. In scale 1 until 10, i give 15 too Step up 3D. Errrr ! Beyond the scale heh ? Hahaha. which means memang the best. Very best.


Rasa macam baru je masuk cinema, tup tup dah habis dah. =.=' alaaa, sambung la lagi. Hahaha. Aku paling suka part diorang dance masa ada air tu. Sumpah smart gile. Macam ending Step up 2 kan, dance dalam hujan. Tapi memang smart sangat-sangat laa.


Tapi, yang menjadi persoalan, ape ke-mahalnya ticket wayang hari ni ? RM19 I pay for it ok ?? Pfftt ! Fine, if nak kata tengok dekat Pavilion, tapi masalahnya takkan la melampau sampai RM19??? Even 3D sekali pun, biase aku tengok RM16 je paling mahal. If weekend maybe boleh consider la kan, ini hari Isnin tau ? Monday ! Huh !


Nasib baik cerita dia memang meletupss.! Kalau tak, memang aku tuntut balik la duit aku jawabnya. Weee.. And aku baru berapa kali je tengok movie dekat Pavilion ni, if nak compare dengan KLCC, Pavilion lagi sedap la even kau bayar lebih sikit tapi memang puas hati. Seat dia comfortable sangat-sangat.


And bila dah habis movie tadi, baru aku perasan atas tu ada couple seat. Aku ingatkan couple seat dia macam dekat Times Square punya cinema, stok dekat tepi-tepi aje couple seat dia and tu pun tak banyak dalam 1 cinema. Tapi tadi dalam cinema yang aku masuk ni, wah! Dah macam bersanding ramai-ramai dah aku tengok. Ada 2 row couple seat.1 row tu boleh la duduk dalam 10 ke 8 couple. Macam best heh? Hahahaha. XD


*****************************************

Ok, percaya atau tidak hari ni first time aku buka puasa selain dekat tempat kerja. Hahaha. Nice heh? Kitorang buka dekat kedai Mek, dia ad proper name la tapi aku tak hengat. Suka makan dekat sini sebab tomyam dia memang the best. Tapi, my feberet not available for today. Kerang bakar.... T.T


Ok, here some photos. Click. click. :D

Tomyam yang terbaik. Tapi if banyak mushroom lagi aku suka. :D




Kangkung belacan. Sedap :)




Ayam masak merah. wuuu..




Sotong goreng tepung. tak sedap. tepung tebal. and pelik aje rupa dia. Selalu makan bulat-bulat, kecik aje. And rindu nak makan dekat hammer bay punya. =.='




And keropok ikan yang nampak macam sedap, sekali makan, separuh lemau. pfft.



Even ada spoil sikit-sikit tapi aku tetap jadi juara orang first yang licinkan pinggan. And aku pun berjaya memperbodohkan diana.

Diana : Cepat gila nasi kau habis
Me : Aku minta nasi separuh je tadi (dengan nada tak bersalah)

Diana pandang aku dengan pandangan yang cukup blurr.

Diana : Kau jangan nak kenakan aku eyh, aku mati-mati percaya la bodoh

Hahahahahaha. pehal kau ? Dah terang-terang nasi semua sampai sama aje kan? Bila plak aku order nasi half ? hahaha. Apa-apa pun, hari ni aku memang have fun sangat-sangat dengan diorang.


malam ni bole tido dengan baby baru. yeayyy..!! ♥



Ohh my baby boo ♥

Hahaha. Title nak melampau kan? Ngee. yeahh. At last, I got what I want and I get it 100% by myself. *sigh. But nevermind, it's on my hand now.

It's.......................





............................





..............................







...............................










Tadaaaa !! This baby is on my hand now.

Today, 6th September 2010. =)

Syukran. syukran. Rezeki. Ngeeee. !!




Sunday, August 29, 2010

Step up fever.


I want watch this movie badly !! Aku follow movie ni since part 1. Sangat la best cerita ni. I want. I want.

Tapi.............................

Nak ciluk time bila entah. Orang sibuk shopping and buat persiapan untuk raya, bila tanya aku ? Senyum sokmo ajee. :D Tak raya pun aiman tak kisah. kan. kan. kan. Hati terluka gila bila sebut pasal raya ni. TSK..!

So, jangan cakap pasal raya tapi cakap pasal Step Up ni. Nak tengok.. Wuuu..!

Friday, August 27, 2010

seawalking ???

Sounds interesting kan??? I want try this badly!!!!!! Since tinggalkan sekolah, aku dah tinggalkan semua aktiviti yang best-best macam camping, menembak and olahraga also. Awhh shit man! I miss all that badly. But seriously aku nak try seawalking ni. Hahaha. Diving pun tak pernah, terus nak try seawalking kan., tapi tape. serious nampak best gila. Let's check it out.









Gila la weyhh.!! tak payah pakai oksigen tank yang buat muka kau huduh tu kan. Pakai ni bole senyum and bernafas macam biasa. I WANT..!!!! seriously laa. Siap bole pegang-pegang ikan, tapak sulaiman and all that. Seawalking ni ada dekat Bali, Australia pun ada if i'm not mistaken tapi jangan risau dan jangan bimbang, dekata negara kita pun ada. Ada dekat Sabah. For more info bole click disini, Borneo Seawalking . Siapa nak bawak aku pergi ?? Syiiokkk nya if dapat pergi kan. Wuuuu.


Tuesday, August 24, 2010

All or Nothing ??

I know when he's been on your mind
That distant look is in your eye
I thought with time you'd realize
It's over over
It's not the way I choose to live
And something somewhere's got to give
As sharing this relationship gets older older
You know I'd fight for you
But how I can fight someone who isn't even there
I've had the rest of you now I want the best of you
I dont care if that's not fair

Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
When you reach the bottom it's now or never
Is it all
Or are we just friends
Is this how it ends
With a simple telephone call
You leave me here with nothing at all

There are times it seems to me

I'm sharing you with memories
I feel it in my heart
But I dont show it show it
And then there's times you look at me
As though I'm all that you can see
Those times I don't believe it's right
I know know it

Don't me make me promises

Baby you never did know how to keep them well
I've had the rest of you
Now I want the best of you
It's time for show and tell

Cause you and I

Could lose it all if you've got no more room
No room inside for me in your life
Cause I want it all
Or nothing at all
There's no where left to fall
It's now or never


P/s I love you ♥

Saturday, May 22, 2010

AWARD FROM SRI !!!

Thank you so much to sri for givin me this award



on9 adalah satu RUTIN even penat macam gila after balik kerja. HAHAHA. Today perut masuk angin due to aku kena extend waktu kerja sebab partner lagi sorang tak datang. Thank u so much.! And aku pergi kerja hari ni dengan duit tak sampai RM10 and terima kasih dekat abang aku yang lupa nak tinggalkan duit. Lain kali pergi keluar jauh-jauh sikit, kampung baru tu dekat sangat. *Sigh !

And tetiba penat macam hilang after dapat award dari cik Sri kita yang cun melecun ni. muehehe. Aku kenal Sri ni time pergi interview dekat office abang aku, tapi rezeki dia lagi murah and now almost done training dah pun. Congrats babe, nanti dapat gaji jangan lupa belanja i ok. HAHAHA. And benda yang paling pentin membuatkan aku nak tegur dia sangat time dekat sana, sebab muka dia sebijik macam Shu. Hahaha. :D



1- Apa yg bermain difikiran anda sekarang ni??

Aku penat macam gila. Bila boleh tidur ni. T.T



2- Apakah nama samaran u'all??

mirna, gigi, vampire, tiang blablabla


3- Berikan 3 orang yg u'all sayang...

Aku dia dan kamu. auww..~~ wakakakaka



4- Panggilan utk si DIA

Ohh Romeo.. ♥


5- Hadiah yg korang impikan dari seseorang yg istimewa..

bunga with perfume. Bertambah wonderful if ada terselit ticket flight pergi Carribean dekat bunga tu. Ohh... *colapse..!


6- Blog mane yg korang suke visit??

SEMUA yang aku follow. :))

7- Tag kan kepada 15 org rakan blogger korang..

X boleh banyak lagi? disebabkan aku penat, sapa nak ambik, hurhh.! ambik. :)