Saturday, November 23, 2013

Buntu.

Assalamualaikum..

Pernah tak rasa macam kepala serabut sangat lepas tu bila orang tanya, kita sendiri macam tak dapat nak explain apa yang serabut dalam kepala? Rasa dia macam nak sepak diri sendiri sampai dah tak serabut. Heh!


These few days entah la kenapa. Asyik laa rasa macam frust, serabut, semak dan sewaktu dengannya. Rasa macam entah. Macam tak suka dengan diri sendiri. Rasa macam diri sendiri ntah apa-apa. Macam takde guna blablabla. Lepas tu rasa macam down lagi bila tengok orang umur sebaya tapi dah berjaya. Dah ada achievement yang boleh dibanggakan. Sigh!


Tapi orang kata, kalau nak bandingkan diri, jangan bandingkan dengan orang yang ada kat atas. Sampai mati pun belum tentu kau akan capai. Cuba bandingkan dengan orang yang ada kat bawah, boleh buat kau rasa bersyukur dengan nikmat yang kau ada. Tapi kalau macam tu, rasa macam tak motivated la pulak. See? Ada je benda yang kepala ni nak fight. Meluat dengan diri sendiri. 


This is not good. Semak nya kepala tuhan je yang tau. I need fresh air. Entah laa. Harap semuanya okay okay je laa kan. Rezeki manusia tu tak sama. Lain orang lain rezeki. Tapi one thing yang aku dapat belajar dari keadaan keliling - kalau asyik sangat cakap pasal orang, 

Eleh dia tu mak bapak kaya so kalau belajar bodoh pun apa ada hal.

Eleh dia tu berjaya sebab mak bapak doakan je tu, kalau kau tengok perangai dia syaiton nye bukan main lagi. 

Eleh dia tu, kuat kipas boleh laa lecturer bagi extra marks. Eleh dia tu. eleh dia ni. Serrrr! 


Bila kita keep cakap benda macam ni, sebenarnya penyakit ni tak bagus sebab jadi depan mata aku sendiri. Orang yang di-eleh-eleh-kan tu laa top student. Orang yang asyik bercakap tu jugak yang tertinggal ke belakang. Time ni laa baru kau macam tersedar, terduduk dan segala ter ter lagi. Rasa nyesal kan. 


Sebab tu orang cakap, rezeki lain lain. Jangan pernah question rezeki orang. Jangan pernah hina orang. Dunia ni bulat. Pengajaran yang sangat bernilai wey. Secara tak sengaja ajar kita supaya kurang-kurang kan la bercakap pasal orang. Layan je la diri kau di dunia kau sendiri. Moh laa sesama kita muhasabah diri dan melakukan perubahan untuk masa depan yang lebih cerah. Walaahh! :P








Wednesday, November 20, 2013

Officially Graduant!


Assalamualaikum :)


Hello bello. I'm officially graduate tapi cert kena tunggu bulan depan  !!! Finally kan, Bachelor (Hons) Accounting and Finance from University of Greenwich. Walaupun bukan first class tapi takpe laa. Redha kena bayar loan yang boleh campak myvi sebijik. Ha ha ha. padan muka kau tak belajar. 


Ceremony last saturday kat Istana Hotel. Best laaaa sebab tak pernah rasa kan pengalaman convo macam mana tapi dah ada pengalaman, rasa macam hari-hari je nak convo. Kah kah! Orang kurang kasih sayang memang macam ni, gilakan perhatian =.='


Tapi best la sebab family gathered masa hari tu even bapak aku pun ada. So apa plan? In shaa allah laa kalau diizinkan bulan depan start laa kerja tempat baru, nervous wey! T_T Takut tak dapat nak buat yang terbaik. Semoga baik-baik jee laa yeh. Amin


Kawan yang lain pun ramai dah kerja, tak kurang jugak yang still honeymoon. Main-main je lagi lepak rumah tak buat apa. Gila korang, kalau aku tu dah meroyan tak tau nak buat apa. 


Anyhow,  Congratulation untuk semua. Dak dak first class tu untung laa korang bole waive loan wey T_T jealous much ! Diakhiri dengan gambar orang kurang kasih sayang. Kbye!













Wednesday, November 6, 2013

Tak best.


Orang kata pengalaman mematangkan, tapi ada certain yang menakutkan. 

Menakutkan. Paranoid. Terbayang-bayang lagi sebelum tu masa kena macam mana sakit dia. 

Bila dah paranoid, semua benda tak kena. bila semua benda tak kena, rasa nak hempuk kepala orang. 

Perasaan yang bercampur baur. 

Perasaan yang diri sendiri tak tau nak describe macam mana.

Cuma tak sanggup nak hadapi untuk kali kedua kot. 

Walau sebesar zarah pun....













Friday, November 1, 2013

Graduation


Salam...

Hari ni nak cerita pasal grad. Finally after berhempas pulas selama 4 tahun habis jugak aku belajar. Walaupun kalau aku ingat balik tahun yang aku betul-betul serius belajar adalah masa final year sahaja. 


Saja nak throwback balik laa dari memula belajar dulu. Aku ni dari habis SPM memang takde rest sampai laa ni dah habis belajar baru laa dapat fikir pasal keje yang memang untuk menjamin masa depan. hahaha. Masa habis SPM dulu eh cop, aku rasa macam dah penah cite tapi lantak laa takde sape heran pun kan. Ok sambung.


Masa baru habis SPM dulu aku rehat 2 minggu je kat rumah sebab nak kena pegi PLKN pulak hujung bulan 12 tu. kawan-kawan yang lain semua pegi holiday la, keje laa. macam best je tengok dorang tapi aku kena pegi medical check up la itu la ini laa untuk PLKN. Hati memberontak toksah cakap laa, macam mana laa nama aku bole naik untuk PLKN ni. Kem dah la bukan calang-calang, dekat asahan nun, hujung melaka betul. Fuhhhhh


Tapi aku ni memang aktif kat sekolah so takde la rasa macam cuak sangat ke apa just rasa macam tak syok sebab jauh dari family je laa. lama pulak tu. Nasib kem aku ni ramai gak budak sekolah kena campak kat situ so takde la rasa loser sangat. hahaha. dah la tu masa first week kat sana ada jeee benda tak kene. Memula kena rombak katil laa sebab dia nak kita bercampur-campur melayu cina india. tak boleh satu row tu melayu saja, cina saja gitu. lepas rombak dapat plak blok lagi satu sebab satu kompani ada 2 blok dorm. kena rombak dorm satu hal dapat plak katil tepi pintu. aku ni penakut dah la boleh tahan minta pelempang nye. 


tak cukup dengan tu, lepas rombak tu dia kata kompani aku masa tu bravo, dia kata bravo ni ramai sangat budak kl, charlie sikit je ahli dia. dah kena campak pegi charlie plak. sedih takyah cakap la sebab dah la kawan sekolah aku ramai bravo. kena maki je dengan budak lelaki semua sampai rasa nak telan je dorang, taktau aku punya sedih macam mana. Masa kena masuk charlie tu dah la dia announce masa assembly, menjejeh-jejeh air mata aku depan orang ramai. Memalukan sungguh!


Masa tu rasa cepat laa bulan tiga, nak balik taknak duduk sini. tapi bila dah cukup 3 bulan kat plkn tu, menangis pulak dia taknak balik. hahaha. dasaaarrr. masa aku balik dari plkn tu, satu hari je lagi result spm nak keluar means esok tu la. Then kebetulan on weekend tu ada education fair. but before education fair tu kakak dengan abang aku dah angkut aku dari satu kolej ke satu kolej. kalau boleh jam tu jugak nak sumbat aku belajar. aku memang terpaksa redha jee weyy. 


lepas pegi dari satu kolej ke satu kolej. pegi ke education fair lagi. lepas bincang punya bincang, finally kakak aku decide masukkan aku kat segi kl untuk buat foundation then terus ke degree. aku tak kisah janji jangan suruh tukar course jee la. bulan 3 result keluar, bulan 4 aku dah masuk belajar. gilaa la. kawan-kawan lain semua honeymoon lagi kot. frust gak la. dah la takde rehat kan. pastu macam memberontak jugak la pastu bila result drop tau kau gigil kan? hahaha


Pejam celik pejam celik tengok dah habis dah 4 tahun. aku rasa macam baru jee lagi study foundation. konvo aku 16 hari bulan ni. tak sabar pun ada sedih pun ada. tak sabar sebab akhirnya dapat gak aku pakai jubah londeh tu kan. tapi yang sedih nya, result lari sikit dari apa yang aku target. bertambah sedih frust lagi bila beza kurang dari 5 markah je dengan apa yang aku target and dengan apa yang aku dapat. Tapi aku percaya, percaturan Dia lagi hebat kan? kita tak kan tahu. 


Ayat sedap kan hati pun ye. ayat untuk menyedarkan diri pun ye. hahaha. apa-apa pun aku berterima kasih sangat sebab akhirnya dapat segulung ijazah dengan jayanya. sekarang masa untuk fikirkan macam mana nak majukan masa depan. umur makin meningkat. cehhh cara cakap macam dah masuk 30 jee. hahaha. dah boleh fikir dah pasal masa depan macam mana nak kumpul duit untuk tettttttttttttt kbye!