Monday, May 30, 2011

Marathon movie dan revieww wiuuuww wiuuwww :D


Hari ni hari ketiga duduk rumah doing nothing and esok last day duduk rumah goyang kaki, takde buat apa before masuk keje balik hari rabu. phewww !! Bila dah lama cuti ni, rasa malas aku nak keje, tapi bila tengok wallet duit aku pun, alahaaaiii, jadi moh le kite keje ye. huhuhu


Dalam berapa hari ni memang aku qada' laa tidur aku semua yang spent dekat study tu. And try untuk betul kan balik time tido, gila kau. dari pukul 1 pagi sampai 6 pagi mata aku segar macam la waktu tu siang. Tapi bila siang rasa penat ngantuk semua. Hoh. tak boleh jadi, nanti dah keje kang, mampos laa kan. So kasi betul kan balik. Tapi still tak boleh sangat jugak, paling awal dapat tidur pun pukul 4. ape pun tak bolee. ape pun tak bolee. kah kah kah :P


Bila dah tak boleh tido tu, takde sape nak layan. Maka aku pun layan la movie. Marathon kau. Time aku tengah busy assignment and exam, orang sibuk review movie ni movie tu. Then yang cita "lu langsi lu mati, haktuihh!" tang haktuih tu aku tambah, tade dalam tagline ye. Aku tengok cite ni la, cite Kongsi, time aku tengok tu pukul 4 pagi, terkekekeh aku ketawa, tatau laa ada orang dengar ke tak, mesti diorang ingat cinabolong mana la kan. ngiahahaha :P





Cite ni best. Serious. Aku selalu cakap dekat member-member yang kat Penang kan, aku teringin sangat nak tengok orang kelantan yang pure punya accent gadoh dengan orang utara yang pekat jugak tuh. Sekali dalam movie ni memang dua bahasa tu je kan. hahahaha. ohh molek :D Sukaa gilaa.Tapi aku agree laa dengan CicakdanLelabah, cerita dia macam hanging. Memang laa dia datang KL untuk settle kan hal yang ketua dia suruh, tapi hal apa? Sampai kena bunuh orang then apa motif, aku macam lost. Tapi samseng dalam cite ni sume memang tak boleh pakai. hahahaha. kalau aku kena face dengan samseng macam ni pun aku confuse, nak takut ke nak ketawa. mwahahahah.


So next movie aku tengok, Ngangkung.





Cerita ni pun best jugak. Bila Shaheizy Sam ada je kenapa semua cerita best. hehehehe. Padahal dia dah berlakon lama, tapi sekarang baru naik, naik terus meletoppss kau. Tapi yang tak suka nya, cite ni buat aku emo sampai keluar air mata, benci ! Part yang dai lempang anak dia tuh. Sangat tak boleh bla, kalau aku tu mau histeria. Ye la, anak dia tu tatang macam minyak yang penuh kan, sekali pasal benda kecik tu boleh plak dia lempang sampai tersungkur. sobsobsobsob


Then kita sambung lagi, cerita Cun ! Sebab ramai kate best kan, jom laa tengok.





Sangat la romantik ok. Sukaa lagi sebab loghat utagha. Cheq memang sukaa. hahahaha. Aku tatau kenapa, kalau baca novel ke tak pun ada cerita yang gunakan loghat utagha, aku jadi syiokk tengok benda tu. Suka tengok dorang cakap. Hahaha. Cite ni pun sama, tak suka sebab buat aku emo. Tetiba tak suka, tadi kate suka kan. Hahaha. PArt yang sedih tu, time dia sound Luna tu la, soh balik tuh. pheww ! Kalau aku la kann, kat situ jugak aku patahkan leher kau macam leher ayam, nyumm. ehh tetiba nyum. mwehehe. Ye laa, before that baru je propose tetiba halau balik siap cakap perempuan takde maruah. Huk alohh !!


Then movie yang last sekali, Cuti-cuit Cinta. Sumpah aku dah taktau nak tengok cite apa. Layan aje la apa yang ada. hahaha


http://profhariz.com/wp-content/uploads/2010/10/cuti-cuti-cinta.jpg


Cite ni lagi tak boleh blahh. Memula macam bosan jugak la, tapi dah lama-lama sikit ok la jugak. So so je laa cite ni. Not bad. Tapi Cat dalam ni cam bengong eyh. Hahaha. Dalam lembut-lembut pun dalam hati ada taman, ecewahh ! hahaha. Farid Kamil memang kurang asam la kate nasi lemak 50sen. kwajaqq !! hahaha. Overall ok laa. not bad :)



Malam ni taktau lagi nak marathon apa pulak. hahaha. Sejak bila aku jenis layan movie pun aku tatau. Tetiba aje ni, tapi sesekali bila buat macam ni, best jugak. Sampai boleh goreng telur dah laptop ni aku kejekan, jangan meletup untuk second time sudah, ahh punoh. And lagu kat bawah ni current addicted. Suka sangat-sangat. Kalau online takde buat apa, memang lagu ni aku ulang-ulang. hahaha. Yang official video dia macam lambat, banyak cakap-cakap. So layan yang ni, sukaa :D





Weeehuuu !! babai ♥



Saturday, May 28, 2011

Surpriseeee !!! :D



Hari rabu hari tu birthday abang aku. Tapi time tu aku exam, memang mind ni tak pk benda lain la kan, pukul 12 tu memang tak wish. Sebok study, sorry bro :P


So hari khamis tu dia tak keje, aku dengan dia je la kat rumah. Tetiba lepas mandi tu aku teringat yang semalam tu birthday dia. Terus cakap, "happy belated birthday, baju superhero delay lagi sebulan ok". hahahaha. Dari bulan bila ntah aku cakap nak belikan dia superhero punya baju. :D After aku wish tu dia cakap, "kau sorang je yang dalam umah ni baru wish dik". holoh holoh holoh. Sedih pulak dia kan, then terus mesej akak aku suruh dia tapau Secret Recipe, celebrate dengan cake je dah le, janji ado kan. Tapi bile akak aku balik, excited tunggu dia depan pintu, tengok dia berlenggang je sambil kerut kening pelik tengok aku, rupanya dia tak dapat mesej sebab fon dia habis batteri, pffftt!!!


Aku cite kat akak aku yang semalam birthday abang aku, dia sedih takde sape wish. Then kakak aku diam aje, aku pun macam malas la nak keluar semata-mata beli cake, lain la boleh drive kan, wa tara hal. Dalam pukul 8.30 after kakak aku balik jogging, dia ajak pegi makan. Aku ingat kan dia ajak aku teman dia pegi makan sebab after balik keje dia terus pegi jogging, rupanya dia ajak semua, siap ajak mega datang rumah lagi. Time tu abang aku tido, so gerak dia, aku mama mega akak aku and abang aku je yang ada. 


Masa baru keluar rumah tu, aku cakap kat akak aku singgah Ampang Park, nak withdraw duit jap. Padaaahallll. nak beli cake. hahahaha. Siap aku masuk dalam bag aku lagi, gila besar bag aku lepas tu. Then masuk kete buat macam takde ape jadi, akak aku ajak makan dekat TGI Friday, again. yeahh! Second time fos this month. mwahahaha. Bila dah sampai tu, akak aku suruh yang lain pegi dulu, then dia minta aku teman dia pegi toilet, time tu dia dah pelik tengok bag aku, aku senyum aje laa. Heee. 


Sampai je dekat TGIF, tengok dorang dah pilih-pilih nak makan ape, time ni aku dah pass cake dekat staff diorang dah, suruh surprise time habis makan nanti. Aku mega and akak aku je yang tau ape mission sebenar kitorang pegi keluar makan ni. 



Kite ambik gambar dulu, buat macam takde ape :D



Aku pun taktau apa motif ambik gambar camni. Tapi akak aku nampak gemuk comel dalam gambar ni. #TDDMKA



Birthday boy's mood still unstable. hahahaha. kena paksa bangun tidur.



Tapi tetiba jadi active suruh snap picture dia sana sini. EHH????

 
Aku pun tak paham ape fesen dia pose ni. =.=''



Lagiiii... 




 Dann lagiii. zzzz

Then aku tengok batt dah tinggal 3 bar je, terus aku cakap malas laa. bukan handsome pun. mwahahaha. padahal nak save batt untuk snap picture time ada cake nanti. :P


Tibalah saat yang dinanti-nanti kan.. Makan timee !!! :D



Since dapat tau dekat SINI laaa mushroom soup tersedap dia dunia, harus la order. Tapi sini punya kureng sikitt laa, kau kacau lebih sikit dia dah cair. Curve jugak best, ohh sukaaa !!



Wajib jugak :D



Mine !! Abang aku time nak order air, dia kata taktau nak ape. Then aku order yang ni dia bising kate masam la itu la ini la, last-last dia pun order jugak. pffftt !!



Mega's. Aku tak ingat namaa laa =.=''




Mak aku lagi overrrr !!! tak ingat nama jugak, tapi air ni boleh minta la virgin ke tak. Time orang tu ambik order, aku dengan slumber cakap non-virgin. woiihh!! terus akak aku ketok kepala. hahahaha. blurr gilaa malam tu.After orang tu habis tuang dalam cawan dia cakap, "have a drink madam". then mak aku cakap "owh ok, thanx". Harus semua terpegun. kah kah kah. sebab before this dia akan cakap "thank you" je. Then abang aku lagi kwajaaqq !! Dia cakap mama lepas ni dah bole stay dekat america. HAHAHAHAHA



Lepas tu semua bahan aku cakap saje nak kenakan mak aku. Mak aku pulak dah blurr blurr dah ape benda yang kitorang tengah cakap. Sambil sembang main dish sampai, terus aku lupa nak snap sebab lapaa gile. Kitorang order 2 spaghetti ape ntah aku tak ingat, untuk mama order fish and chip, sebab mak limah kau ni tak suka wester-western ni. Nak muntah katenye. Bila makanan dia dah sampai, dia makan la pakai sos, terus muka kelat-kelat macam baru tertelan sebijik lemon. Then aku tanya nape, dia kate sos masam padahal guna cili sos biasa je and kat rumah pun ada. Terus dia tolak, makan fries dia aje. Abang aku tetiba nyampuk buat nada sedih, "camne nak stay America ni?" hahahaha. biadap ok !


Dah habis makan tu, semua macam relax-relax laa. konon nak bagi makanan tu turun dulu baru la kite gerak kan. Tetiba orang-orang TGI tu datang bawak cake then jerit ape ntah. Abang aku cakap la,"yes?" dia macma pelik orang tu jerit-jerit bawak cake siap tepuk-tepuk bagai kan. Sekali orang tu tanya, "so, who birthday is this?". Semua tunjuk abang aku, terus dia blurrr. hahahahahaha. :P


Orang tu suruh dia berdiri atas kerusi, dia pegi duduk. Adoii. Then konon interview abang aku la, tapi yang kelasss nye tu, microphone dia botol tobasco. kau ada? hahahaha. Orang tu suruh wish, dia punya blurr sampai speechless gila end up dia just cakap thank u to all. Then orang tu suruh nyanyi. tak nyanyi tak boleh turun dari kerusi, terus merah muka dia. Ni malu sebab apa ni? tau la ada awek cun bawak cake kat kau kan. Cer kalau kat rumah, aku tengah jerit-jerit dekat dia sebab bengang, dia boleh nyanyi siap joget lagi depan aku. ape kesss????



Awek yang pakai topi leopard tu, muka mixed kot. patut laa dia cover kan. 



Time dia nak potong cake ni, dia baca wish tu. "what??? hari tua??, ni mesti keje kau kan dik!". kah kah kah. memang dah tua dah, nak feeling remaja kee bradeeerr?? please laa weyh !
Senyum terpaksa or senyum speechless??



Time ni dia cakap, "habis laa nanti orang ingat aku dah tua sangat". over eyh??


Then dah makan cake sikit semua, kitorang gerak and sampai rumah dalam pukul 12 jugak laa. Aku nak study pun perut dah penuh, mata dah ngantuk. wuuuu!! Last but not least, 

HAPPY BIRTHDAY TO YOUU!! Sweet bitter 24 and god blesss, I lebiuuu!! ♥




Sekarang baru aku tau.


Tadi masa makan, sambil borak dengan mama, yang dia pulak tengah lipat kain. Then tetiba abang aku turun, datang terus tukar chanel badminton. Ni aku cukup benci kalau nak tengok tv kat umah, ada je pendengki pendengki yang kacau. Aku baru nak layan hindustan tsk tsk tsk !!!


Tadi aku makan atas lantai, depan tv. Kan kalau kita makan atas lantai, pinggan tu macam jauh, so bila kau nak suap dalam mulut macam terangkat la ketiak kan. Hari ni pulak hari kedua aku guna deodorant baru, wangi sangat.




Serious wangi, semalam first day pakai. Konon macam, eyh hari ni last exam laa. so nak kan keselesaan yang lain sikit la, walaupun aku rasa macam benda tu takde kena mengena. Before this tak penah pakai yang ni, aku asyikk la pakai yang warna pink tu. So kali ni try yang ni pulak, so semalam masa exam, masa tulis tu terbau-bau ajee. sukaa!! wangi sangat. mwahahahaha. 


Berbalik kepada cerita, so tadi masa makan aku tetiba aku cakap kat mak aku

Aku : eeeee !! wangi laa deodorant baru ni. sukaa (sambil tarik-tarik ketiak nak dekat dengan hidung)

Mama : eeee. pengotor laa kau ni. tengah makan bau-bau ketiak pulak

Aku : (senyuman yang lega,kah!!) betul laa, sukaa ! wangi sangat. fresh je bau dia.

Mama : eeee. mama tak suka sangat la perfume-perfume ni. kakak kau bagi pun mama tak pakai-pakai lagi

Aku : ni bukan perfume laa, ni deodorant. 

Mama : ye laa. sama la tuh. benda-benda wangi jugak. Mama memang tak suka, sampai laa mengandung kan kau. tak penah-penah 9 anak aku mengandung, time kau sorang je la mama jadi gila perfume. yang mana orang kata busuk tu laaa yang mama suka sangat, wangi habis laa tu. sapu kat ketiak, satu badan semua. memang beli botol besar terus, taknak yang kecik-kecik. Bila kau dah lahir, terus tak suka sampai laa sekarang. 

Abang : Dah tau tak suka tak payah la pakai, dah tu pakai yang busuk pulak kenapa.?

Mama : Tak boleh, nanti pening. mabuk. muntah-muntah.


After mak aku cakap macam ni, baru aku tau kenapa aku suka sangat kat perfume. Sampai dulu, kakak aku jual perfume, belum jual lagi aku dah rembat 2 botol. Siap order sebotol yang takde stok. mwahahaha. Perfume boss akak aku bagi dari paris, dia tak pernah pakai, aku dengan bangga nya pakai time pegi sekolah. kah kah kah. Admire kakak aku hadiah kan Channel kat akak aku, botol yang 50ml tu sampai 5 botol, aku rembat sebotol. Even sekarang pun, botol mana yang dah habis, aku tak suka buang. Aku suka bila tengok dia banyak walaupun dalam dia takde isi. Sukaa !


So far perfume favourtie aku, DKNY. Semua pun wangi wangi. And Channel, tapi yang ni tak mampu beli lagi. Tunggu nanti kumpul duit, aku suka gila Mademoiselle punya bau. And also Gucci. Pun sedap. Heee !!! Paling suka Flora by Gucci and Gucci Envy. Both dah ada. mwehehehehe :P Paris Hilton?? Tak payah beli, hari-hari kau boleh tukar-tukar perfume mana nak pakai, sample kan banyak. hahahahaha. bai !!! :D




Tuesday, May 24, 2011

TAK SABAR !!!!


Esok satu. Jumaat satu. Lepas tu kite jumpa lagi TAHUN DEPAN. kah kah kah. syiokkknyeee rayee :P


Tak sabar nak habis exam. Macam-macam plan nak buat after tu. yahooo !!! Upah vacation bulan November, ciss ! lambat lagi. Tapi takpe, it's better than nothing. 


Ok, nak cakap tu je. Tetibe baru perasan exam nak habis. apakah?? kekekeke. 


Babai !!!!! 



Sunday, May 22, 2011

Kenapa macam tu kan??


Halo halo. Salam semua :D


Hari ni aku nak cakap pasal "attitude". Yeahh !! First of all aku memang setuju habis laa dengan apa yang Maria Elena ni cakap. Kau layan la video dia tu. So so so so damn true mann !! Serious !


Selama hidup aku yang doploh tahun ni la kan, aku dah face macam-macam jugak laa perangai manusia ni. Aku pun tak paham kenapa wujud orang macam ni, aku bukan benci ke ape tapi just meluat, annoying. Still boleh la nak layan orang macam ni tapi takde la kawtim sangat pun. so so laa. 


Aku pernah la jumpa orang yang jenis macam dalam video tu. Bila dah lama tak jumpa kan, mesti la kita macam tanya khabar, how's study and how's life and blablabla. Well lama tak jumpa kan. Bila dah lama tak jumpa ni, sekali open table memang segala tok mak nenek punya cerita la keluar. Bila dah bercerita tu, yang si anu ni pun memang seboleh-boleh nak menegakkan yang life dia lagi teruk. Setakat time keluar mak bagi duit tak cukup pun nak cakap life kau sucks, ape punya orang laa macam ni.


Aku dulu before keje, kalau nak keluar memang dah budget siap-siap, keluar nak buat apa so budget sekian sekian. Then makan budget nak makan kat mana, sekian sekian pulak duit dia. So agak-agak aje la kalau nak minta kat bapak aku. Selalu memang tak lebih la RM50, kalau over RM50 kau minta possibility kau nak dapat tu memang 20% saje. Bila kau dah sedar yang poket kau ada duit pun tak banyak, awal-awal inform la dekat kawan yang kau takde bawak duit banyak sangat so tak payah la meroyan sangat nak buat aktiviti yang banyak guna duit ni, dont worry, kau tak mati pun kalau bagi tau orang yan kau takde duit sangat.


Tapi aku pernah jumpa orang yang jenis macam orang buat ni, dia pun nak buat. Orang makan kat sini dia pun nak jugak. Bila kau willing nak ikut ke sana ke sini without inform yang bahawasanya poket kau sangat lah nipis, so orang akan expect yang kau ni mungkin bawa duit yang cukup la, that's why kau tak membantah ke apa. Tapiiiii, bila dah sampai dekat destinasi yang dituju, tetiba kau cakap benda tu mahal, duit kau tak cukup, untuk dapatkan benda tu satu je harga dia sama dengan kau boleh bawak satu family kau makan. Then kau nak expect apa? orang payung kau? Ada je manusia macam ni tapi aku wondering la jugak, diorang ni takde air muka ke? Tak salah kalau orang belanja kau tapi yang menjadi masalahnya, kengkadang seringgit pun kau nak berkira dengan orang, ape cite?


Sekali dua mungkin orang boleh terima la, tapi masuk ke tiga empat smpai sploh kali, nak pulak orang layankan lagi perangai kau tu kan. Abang aku ada kawan jenis macam ni, dia kate kepala otak pandai. Kawan dia jenis yang terror dalam IT and nak repair-repair computer ni, tapi satu je sifat yang abang aku menyampah dengan dia. Dia ni jenis tau diri tu ada kelebihan dekat mana yang boleh dapat side income instead of habiskan duit mak bapak aje memanjang kan, tapi dia ni jenis pemalas. Kalau keluar pun, seringgit pun tak bawak. Omaigodd !! Cuba bayangkan kalau kawan-kawan abang aku kenakan dia, tinggalkan dia kat mana-mana mampos nak balik kalau langsung takde duit kan. 


Then ada pulak orang yang aku kenal, hidup dia ni jenis daripada lahir sampai la besar jenis tak pernah hidup susah. Nak apa cakap je, memang akan dapat punya. Well hidup ni kan roda, kengkadang kite kat atas, kengkadang pulak kat bawah. Sampai la satu hari tu, mungkin Allah nak uji ke apa, financial family dia tak stable. Memang terumbang ambing la. Kalau dulu RM50 tu bagi dia macam RM5 je, sekejap je dah habis, tapi sekarang nak ada RM5 pun susah. Bila dah jadi macam ni dia nak cakap yang dia memang tak boleh nak face hidup susah macam ni. Tak boleh nak face yang dia takde duit. Tak boleh nak face yang everything now kena ada limit. Kesian pun ada aku tengok tapi nak buat macam mana, aku dah cakap sediakan payung tapi taknak dengar. 


Even dalam dia membebel-bebel tak boleh terima keadaan hidup dia tu, macam-macam jugak yang ada dalam list dia. "eyh si anu dah pakai BB la, I pun nak jugak laa. BB ke Iphone eyh? I tak sure laa". "eyh si anu ada DSLR laa, I pun nak jugak laa. Brand apa best eyh?". "eyh si anu tu kan, family dia hadiahkan jam Cerruti 1881 laa, I pun nak jugak laa". Astagaa, jenuh laa nak melayan orang camni kan. Tak kisah la kau nak beli banglo sekali pun, tapi yang aku kesian kan tu, nak pakai smartphone, button "home" pun taktau celah mana. Nak pakai DSLR, guna camera handphone pun gegar-gegar gak gambar dia ambik. Kita diam aje la kan, kang kalau dinasihat kate kita jealous pulak, ye laa, dia kan mampu, kite ni ape la sangat, miskin tak mampu.


Aku kesian tengok orang macam ni. Menyampah pun ada la jugak, dah tu nanti bila dia dah dapat barang tu, jenuh la pulak nak pegi tunjuk satu kampung. Kau penah tak faced dengan manusia macam ni? Aku letih ok dengan orang macam ni, nak ditegur pun tak sampai hati, diamkan aje laa jawabnya.


So the moral of the storie morie? Setiap orang ada cara camne nak handle manusia-manusia yang ada attitude macam ni. Macam aku memang aku suka diam, tak pun kalau dah malas sangat nak layan kan, aku akan cakap camni. "hak ahh dowh, kau menang. kau hebat. nahh ambik klcc tu, pacak depan umah kau. tanda la sikit yang kau dah menang". terus diam ok lepas tu. HAHAHAHA. bengong.


Oh ye, time keje pun ada satu customer ni, dia bekenan dengan satu bag ni. So dengan bahagia nya dia masuk kedai and tanya itu ini sambil pegang bag tu. Dari gaya dia memang dah bekena habis laa ni, memang nak suruh kau bungkuskan terus termasuk stok-stok yang ada. Sekali dia tanya, "is this leather?". Aku kan seorang staff yang jujur (pengsan !!), sambil senyum tu aku pun geleng la kate yang bag tu PVC, sekali dia tolak bag tu kat aku dengan kasarnya sambil cakap, "eiiuww !! PVC je bukan leather, mahal sampai RM300++. Apa brand ni apa brand ni? Taknak la i tak jadi laa. eee!! mati-mati i ingat leather".


Nasib baik la kau makcik, budi bahasa budaya kita la kan, aku senyumkan aje padahal dalam hati memang dah terbakar dah. Tak boleh blaa tu siap eeeee eeee bagai. Kang aku cakap tu pig skin baru kau tau. Kaya tapi setakat RM300 dah kata mahal, huk alohhh. Terus boss aku cakap, "hello! LV pun ada PVC ok". wuuuwuuuwuu. 


So korang camne pulak? :D




Saturday, May 21, 2011

Please say u love me too ♥


Aku taktau laa ape punya feeling sekarang ni. Semakin dekat exam nak habis, semakin aku rasa macam nervous, macam something is waiting for me. Padahal, after habis exam aku masuk keje balik. Ke boss aku nak naik kan 50% gaji nihh? kakaka. Memang tak laa, tak usah kau mimpi. Ape benda eyh? tak suka la buat aku curious macam ni, grrr. 


ohh yee, ada hari tuh, aku tak ingat hari apa. Tapi time tu aku on the way pegi Pavi, but before that pegi post barang customer dekat pos klcc nuh. So dari klcc tu jalan je la. Sampai dekat aquria tu. belum sampai aquria la, macam area baru lepas parking tuh, kan ada satu kiosk. Aku singgah kiosk tu nak beli air, haus bebenorr je rasa. Time aku keluar dari kedai tu, tetiba ada satu lelaki ni tego aku.


Guy : Wahh !! u are so lucky, girl !

Aku : Hahh?? 

Guy : Yeahh yeahh, i can see your luck on here (sambil tunjuk dahi)

Aku : (sambil pegang dahi) hahhh? ohh. hurmm :)

Guy : Next month, got 1 or 2 opportunity will comes to u and it will changed your life and future.

Aku : hahhh??? 

Guy : yess yess. believe me. u know who i am? 

Aku : No. 

Guy : ohh my name is blablabla


Time dia introduce nama dia tu memang aku dah tak dengar dah sebab time tu dia macam makin dekat dengan aku. Aku dah beware dengan bag and dah undur sikit ke belakang. Then dia hulur tangan, eyhh?? memang tak laa kan. kot kau nak pukau aku ke apa sebab time dia hulur tangan ni asyik la tengok bag aku, tak sure la kalau dia memang attack bag aku or dia macam pelik aku dok kepit-kepit bag kan. Tapi yang tak boleh blahh tu, time dia kata ada opportunity akan datang dalam hidup aku untuk change masa depan aku. time ni kepala otak aku terus fikir, aku ada masuk contest ape-ape ke tak. hahahaha choii ok !


Tapi memang pelik kan, dah la tak kenal kau sape, turun dari planet mana tetiba kata bole nampak luck aku kat dahi. then nak psycho orang pulak. Aku tak boleh tau dengan orang yang boleh baca-baca mind orang ke, baca orang tu jenis macam mana ke. Soo scary. Serious ! Time kat sekolah teknik dulu kan, ada la cikgu sejarah masuk class aku. Dia ni ketua panitia sejarah, dia masuk sebab relief class time tu, then taktau nak buat apa. Dia nak ajar pun, that day kitorang takde subject sejarah. so borak-borak je la. Minta tips macam mana nak senang ingat sejarah tu sebab dia ni banyak key word yang kau senang nak ingat. 


Aku pulak time tu duduk memang depan sekali dekat tengah-tengah, memang port cikgu-cikgu berdiri la. Then tetiba dia minta aku keluarkan kertas dengan pen and then tulis nama aku kat atas kertas tu. Then aku tulis laa, aku time tu dah cuak gile ok, sebab aku tau dia ni even tenung mata kau je dah bole tau kau tengah fikir pasal apa. So aku dah tulis nama tu, dia ambik la then dia bagi aku balik, dia kata tak dapat baca sebab tulisan aku kecik sangat, huk alaahh kan. Tapi nasib baik sangat laa, aku takut ok kalau dia baca baca ni, tak sukaaa !!


So dia pegi belakang sikit, dapat la sorang budak ni, nama dia Fatihah. Dia ni memang tulisan gila gabak, orang buta pun bole jadi celik aku rasa. So dia bagi kertas yang ada tulis nama dia tu dekat cikgu ni, so cikgu ni pun cakap la dia ni jenis macam mana semua. And most budak class kitorang yang geng dengan fatihah ni agree dengan apa yang cikgu tu cakap. dia dah malu-malu dah. Scary ok ! tak suka. nasib aku tak kena.


Eh jap, macam mana aku boleh menyimpang sampai ke psycho-psycho orang pulak ni. Padahal title entry lain kan. hahaha. Ni dah bosan tahap maksimum laa ni. Aku taktau kenapa jiwa rasa macam kacau sangat ni. Haishhh !! Ni ada lagu AKU CINTA PADAMU yan Siti punya tu tapi version Celine Dion. Ke aku je yang rasa ehh? takpe korang layan dulu. 






Motif letak lagu I LOVE YOU?? k, bai !!




Friday, May 20, 2011

soo how??


2 down and another 2 to go. phewww !!! Sekarang ni keadaan diri memang macam sakai. Pegi study group dengan member after few days tak jumpa diorang cakap, "eeee, ada pimplee laa muka kau". Pegi jumpa member depan rumah aku, "weyh, muka kau dah ada pimple kan". Pegi jumpa boss aku, "u ni betol-betol stress hoorr?? banyak nye jerawat tumbuh". Assalamualaikum depan pintu rumah after baru balik dari killing paper exam my mom said, "dik, apesal muka kau banyak jerawat ni?"


Arghhhh!! can u stop it?? can u? can u?? Stress tau tak asyik cakap pasal jerawat. Yee aku tau dah banyak naik, then what to do?? Salah kan final, salah kan dia. salah kan dia !! Masalahnya kan, aku tak perasan kot, padahal hari-hari tengok cermin. Bila dah ramai tego, screen calculator pun jadi laa jugak untuk tempat aku tengok muka yang banyak jerawat katenye tu. Banyak dot dot dot TT_TT lepas tu, dia dah susut, jadi hitam pulak. Omagadd !!! 


Tu cerita pasal muka la, ni pasal makan pulak. Makan aku kadang-kadang sekali je sehari. Tu pun dah malam baru aku teringat aku tak makan ape lagi satu hari. What the?? Aku ni dok buat teruk pulak macam orang lain tak final kan. Tapi aku pun tak expect betapa kelam kabut nya hidup aku disebabkan KAU !! Tu belum masuk cerita keadaan bilik tu, ok enough. 


So sekarang ni tinggal lagi 2 paper. 2 calculation subject DONE ! Another 2 ni is theory part. Kena sediakan Nescafe sploh kotak untuk 2 subject ni. zzzzzzzzzzzz. 


Tadi masa dalam exam hall, aku tengok yang lain semua buat rileks aje gayanya. Yang aku ni, daripada duduk betul-betul, aku bersila. Dah tu kang aku tarik kerusi sebelah aku park kaki aku situ. Lepas tu aku duduk atas dua-dua kaki. Sampai lecturer tu pun dah kerut-kerut kening tengok aku. Aku tak keruan tau tak, tengok time tadi cepat je jalan, dang ! 


Then macam biasa la after habis exam, semua pun nak tanya kau buat soalan mana? ada kosong tak? ok tak? apa kau study masuk tak? and blablablabla. Bila aku jumpa kawan-kawan aku, semua boleh bantai sembang sambil gelak sakan betul aku tengok. Lagi laa hati aku ni sedih kan. Aku sorang je yang bodoh, orang lain dapat buat aku tak dapat buat, rasa nak pegi terjun dekat mana-mana bangunan berhampiran. Bila aku datang dekat diorang, semua cakap "senang kan, senang kan. Tak sabar nak tunggu result. kena jawab 4 soalan, empat-empat aku score. Kan best semua exam macam ni". 


Dasar mangkuk ayun punya kawan. Then diorang suruh aku senyum, memang tak laa dherr. So aku decide nak balik. Diorang boleh gelak-gelak tengok muka aku stress gila then ajak lepak mapley dulu. Weyhh, kau paham tak aku sedih sebab aku sorang je tak dapat jawab, paham tak? paham tak? Aku taknak lepak dengan diorang, terus pegi library return buku then nak balik, bila lalu depan diorang lagi sekali sebab time tu diorang lepak depan library, tetiba diorang jadi serious macam kawan yang sangat memahami bila tengok muka stress aku, diorang tarik tangan aku ajak lepak mapley. Taknak laa!! tak paham ke??


At last diorang paksa jugak sebab cakap ada benda penting nak cite. Aku dalam hati dah, eyh aku takde masa nak dengar cite penting ke, tak penting ke yang penting aku nak balik. Fine, lepas semua buat muka macam mak bapak tak bagi 20sen nak beli cekedis, aku lepak jugak la kejap. Bila dah sembang-sembang, after "ane, sprite satuu", terus diorang semua tanya aku. aku buat soalan mana satu, how paper tu, ok ke tidak? Ada banyak kosong ke and blablabla. 


Time ni aku dah rasa nak nangis dah, kenapa korang ni tak paham paham?? kenapa kenapa????! Tetibe semua cakap yang sebenarnya semua tak boleh buat. Yang Ragu dia boleh bantai tido lagi sebab dia kate taktau nak jawab apa and dia ngantuk sangat, what the?? Yang sorang lagi pulak dia cakap, empat soalan tu memang dia score, dia score FAIL. @$%*^&%#!$#%^ !!!! Kadar @#%$%% kau ketara keterlaluan weyh, SERIOUS!


Terus aku rasa happy lepas tu. Terus lepak sampai dua jam. Tak fikir dah pasal exam and sempat lagi gossip-gossip pasal budak class kitorang. mwahahaha. terus rasa happy sebab ada geng. Tapi ye laa, aku memang tak put any hope nak dapat pointer tinggi. Dapat pass semua subject pun dah bersyukur. I never expect it would be this hard dowhh !!! TT_TT


Jadi tinggal 2 paper lagi lepas ni, then bolehh cotii!!! Tak sabar tak sabar. Semoga dipermudahkan jalan. keh keh keh. Ok la, babai !!




JANGAN LUPA SINGGAH LD's Shop --->> CLICK SINI .





Monday, May 16, 2011

Aku tak boleh la kau ajar macam ni. zzzzzzzzz


Hello stalkers !! Lama aku tak update blog. Aku ada je online hari-hari tapi aku aku sendiri taktau apa aku buat time online tu. Memula buka laptop tengok jam baru pukul 5 petang, godek godek godek, bila tengok jam balik dah pukul 8 malam. Eh?? 


Last wednesday kan first paper exam aku. Malam before exam tu penuh dekat conference budak class aku kat FB tu wish good luck. Semua pun nak wish kan, All the best, we can do it. good luck guys, do your best !! and blablabla. Previous post aku ada cakap yang actually untuk exam ni aku tak prepare sangat. Entah la, aku rasa first year ni aku banyak main, maybe sebab aku keje kowt so kepala otak ni tak focus dekat satu benda, banyak betul benda nak kena fikir. So nanti masuk second year, tak payah keje. Keje la kau time cuti saje.


So on this coming thursday, second paper pulak. Accounting. memang subject favourite habis la ni. Tapi aku dah lama tak practice account, semalam pun bila try buat soalan dalam revision pack, aku rasa macam nak nangis je sebab tak dapat buat soalan tu. I was like, why i am like this?? why are u so stupid?? Tetiba teringat dekat cikgu cikgu account aku yang best. Bagi aku la kan, subject account ni dapat cikgu lelaki memang best. Masa SPM and Foundation dapat cikgu lelaki, best la. paham je aku. Tapi first year ni dapat cikgu perempuan, dia ajar ok tapi aku tak suka orang if mengajar suara slow and berleret. I mean cara kau cakap macam orang malas bercakap then sambil kau explain kat student kau, kau duduk. Bila perlu je baru kau pergi kat white board. Aku tak suka macam ni, keadaan macam ni la akan buat aku lagi leka and malas nak dengar kau ajar. If cikgu aku masa Form 5 and Foundation, dia ajar sambil hentak-hentak white board tu. haaa ! macam tu baru syok, biar kita pecahkan je dinding tu. 


No matter what kena telan jugak kan? Nasib aku pernah belajar account, so cikgu yang first year ni ajar even aku tak paham boleh la revise balik notes dulu-dulu or refer kat buku. Cuba kau bayangkan budak yang zero account, tetiba baru belajar dapat pulak cikgu macam ni. Berhempas pulas la jawabnya, tu pun kalau dia nak belajar la kan. 


Ni pun aku post blog sebab tak suka tengok blog takde entry baru. Rasa sunyi, heh! Taktau nak cerita apa, ni aku tepekkan kan aje la gambar sikit time aku keluar dengan comie, kawan masa sekolah kat TA dulu. Ada banyak gambar tapi tak koser la aku nak masukkan semua. Malasss, heee. sape ada FB aku boleh la tengok album dia.


Comie ni kawan aku masa sekolah TA. Lain course tapi rapat masa form 5 sebab satu dorm. Katil dia dengan aku opposite aje, and kitorang ada lagi satu member nama Ieda. Ni geng yang dalam dorm la. Aku ni pelik sikit, orang biasanya if ada geng tu. dialah kawan dalam class, dialah kawan kat sekolah, dialah kawan kat asrama, dialah kawan kat dorm, pendek kate dialah segalanya, baru la geng kan? Tapi aku. Geng kat sekolah lain, geng dalam class lain, geng asrama lain and geng dorm lain. Mungkin sebab takde sape nak kawan dengan aku, so that takde yang stick kowt, heh! Tak laa. ni sebab sume yang rapat dengan aku class lain-lain. Tapi dalam banyak-banyak tu, geng paling rapat betul-betul is geng asrama la. Ni budak-budak yang kawan dari day 1 masuk hostel masa form 4. 


So berbalik kepada cerita tadi, comie ni dengan aku rapat masa form 5 je la. masa form 4 memang tak kawan, aku tak suka sangat dengan dia sebab mak dia selalu datang sekolah. HAHAHAHA. Baik tak payah duduk hostel kalau mak selalu datang sekolah kan, tapi mak dia datang sekolah bukan la nak jumpa dia, mak dia ada la urusan dekat sekolah tu sebab mak dia ni orang PIBG jugak kalau tak salah aku la. Tapi masa form 5 memang geng pulak. Jumpa dia last friday. Actually jumpa nak pass barang, sebab dia ada beli necklace dekat LD's Shop hari tu. Dia taknak aku post kan, dia nak ambik sendiri so sekali jalan jumpa aku  sebab dah lama tak jumpa.


Last jumpa dia masa ambik result SPM. Sekarang umur dah berapa??? 2 tahun dah tak jumpa. Setakat contact dekat FB aje la, padahal takde la jauh sangat dia study. Dekat Segi Damansara aje, tapi bukan main susah lagi nak jumpa. Memula plan nak jumpa pukul 4 macam tu, tapi dia ada exam so extend pukul 5 takut nanti lama pulak aku tunggu. So dalam pukul 5.05 macam tu aku dah siap, tunggu la dia msj bagi tau ada mana. Tapi tak jugak msj, last-last bila aku call dia kate baru nak gerak sebab tadi result exam dia keluar lambat. Almost puku 7 jugak baru jumpa. Plan awalnya nak ke Shah Alam. Nak pekena ABC then pegi taman layang-layang katenye. Dah tu jumpa pun lambat, aku pulak memang tak laa kan nak pegi jauh-jauh if dah keluar lambat ni, so ke titiwangsa je la kite.


Lama jugak aku tak datang sini. Macam-macam dah perubahan. Dulu masa ada eye on Malaysia, dari sehari ke sehari cakap nak pegi, at least merasa jugak la naik eye on malaysia tu kan, tapi nan hado!!! Busy memanjang aje. Time tu aku tengah buat foundation kot, masa tu meamng pack gila laa study. Tapi best jugak eyh sekarang, tengah-tengah tu bekas tempat eye on malaysia tu ada restoran and tempat best la if kau nak melepak ataupun berasmaradana kan.


Ni la comie tu. Nama dia sangat pelik kan? Nama sebenar dia Nur Shazwani, tapi biasa la, masa kecik bila orang tanya kau nama apa, mesti keluar nama pelik-pelik kan. Aku nasib baik la tak gelarkan diri mina tali, kalau tak mesti kena gelak je  =.='




Aku ni memang tak suka benda-benda yang manis, kembang tekak aku. Then hari tu ada nampak iklan walls dekat TV ada ice cream perisa laici. Hari tu aku dah try yang kiwi dia, sedap laa, terasa bijik-bijik kiwi tu. Ni laici pulak, dah la aku suka buah laici, terus simpan perasaan nak rasa eskem ni, then masa beli buah dekat sini saje je la bukak walls tu, sekali nampak eskem laici ni, woohooo!!! terus laa mau ku cobaa :D Ok la, sedap. tak manis sangat. Masa makan tu kau akan terasa cebisan-cebisan laici tu, wah ayat aku kan. :P



Bila dah lama sikit, datang la aku punya gila. Tapi cuba kau tengok lampu-lampu kat belakang tu. Cantik kan.. Ada dslr boleh laa, aku ni semua harapkan vivaz tu je laa ha. Kan best kalau aku boleh cakap, "vivaz bertukar ke Canon 550d sekarang'. sreettt srettt srreettt *keechhiinggg!!*. terus jadi canon 550d. kakakakaka. Please laa kan, ingat dalam dunia doremon ke ape??



Aku dan tiang yang tiada bezanya. Ohh ye, mak aku dah balik tau. Then dia tegur aku kenapa kurus sangat, mak limah kau tu kan, baru 2 minggu takde dah kate aku makin kurus. Aku bukan makin kurus, tapi SEMEMANGNYA kurus. TT_TT tolong laa faham. 


Itu aje laa yang aku nak cerita. And last wednesday aku follow kakak aku pegi company dia punya party ape ntah, company dia launched France festival ape jadahnya ntah. Takde snap picture sebab aku busy makan and keep counting untuk tengok Fast 5. Bagi aku la kan, kau tengok Fast Furious and Step up, memang tak pernah kecewa, dari dulu sampai laa sekarang. Meamng superb. Masa tengok fast 5 tu memang hall penuh, so tinggal sit yang second raw dari depan, aku tak kira la, nak tengok jugak. Sanggup tu, yang kakak aku pulak sikit-sikit tekejut. Ntah apa-apa. Lepas tu dah habis movie marah aku kate tak pandai pilih sit, hello!! Dah kau beli ticket last minute, nak sit belakang pulak memang tak dapat laa kan.
So korang camne? Dah tengok dah?? Aku end kan entry ni dengan gambar profile picture dekat FB sekarang ni.



Suka suka suka. mwahahahaha. ok laa, bai !





Sunday, May 8, 2011

2in1 sambil party !!



Aku tengok jam dah pukul 6 lebih. Baru aku teringat aku tak makan lagi. Boleh ?? Hahaha. Patut perut aku bergendang gendang, ingatkan ada party ke apa kat dalam ni. mwehehe. Sambil makan ni aku tengah update stok tudung haa. Agak slow macam siput ba alip ba ya sebab tak reti sangat ni, tapi harus di-update jugak, kalau tak terperap aje laa jawabnya. huhuhu. 


So kita take 5 sikijap daripada makan dan jugak update tudung ni. Eyhh?? tengah makan pun boleh take 5?? gila tak senonoh kan. Haahaha. Ni aku nak cerita pasal Digi Live FB Party masa hari jumaat lepas. 


Aku ada ajak korang join yang Digi buat tu kan, untuk jadikan Malaysia ni capital of the world untuk FB masa entry lepas, boleh click SINI. Ada join ke tidakk??? Sangat la rugi kalau tak join, kan aku dah cakap kalau join boleh kite party rame-rame. Dah terlepas laa kau nokss, party dia last Friday hokeyhh !! Aku pegi, best wohh !!


Party start pukul 8 malam. Aku dengan kakak aku sampai dalam pukul 8.15 macam tu, jalan jem gilaaa. Semua orang tak reti duduk rumah ke ape??? Serious jem macam ape je, menguji kesabaran betul tauu, aku kecoh lebih macam aku yang drive kan. keh keh keh. So kami sampai dalam 8.15 aku dah macam kelam kabut, alamaakkk dah lambat, dah start dah. camne ni.. Kakak aku pulak jalan macam nak pegi pasau, sabooo jee laa. 


Tapi luckily masa kami sampai tak ramai lagi orang. Tetiba aku rasa macam over pulak datang awal, boleh?? Sebab memang tak ramai orang, serious. Sampai aku dengan kakak aku taktau nak buat apa, rasa lost gilaa. hehehe. 


Siap ada passport kau, kelasssss !!



Acebook. mwahahahaha

Then Revive crew ajak kitorang datang counter dia, untuk click fan page dia then snap picture and boleh dapat air Revive 2 tin. Tapi kitorang dah "like" page dia, dah snap pic pun ye tapi tak dapat air 2 tin, dapat dalam cup kecik aje. Jadi laaa, sedap jugak air dia, rasa macam 100plus tapi Revive ni kurang maniss, i likeeee!!!!



Kakak aku nampak pic ni dia kata "eeeeee, buruknya aku", ewahhhh. sejak bila cantik ntahhh??? hahahahaha


Ni tengah register dekat Revive tu laa. Dia ada sediakan laptop untuk kau log in FB kau dan like fan page dia. Itu sajo. then ada ambik gambar, katenye untuk contest, aku taktau laa. Sebab tak upload lagi dekat page Revive, nanti kite cekidautt ok? 



Host of the day !! very kind and humble. Best je dia :)
Ada macam-macam aktiviti la dia buat. Ohh ada bidding BB curve 9800 jugak. Start bidding RM50 then orang yang dapat tu dia bidding dengan harga RM1500. WOahh !! Bunyi macam tak worth it langsung kan sebab retail price baru RM1200 tapi masalahnya, RM1500 yang dia bayar tu akan masuk dalam bil dia, so untuk beberapa bulan tu sampai cukup RM1500, dia guna free ajee. :)


Yang ni contest the most unique status update. Dalam passport tadi ada banyak page, yang first page kowt if tak silap aku, is page kau kena tulis status kau. Then koyak page tu kasik tampal dekat wall ni, then nanti dia akan pilih top 3 yang paling creative punya status. Tau hadiah dia apa?? Handphone Samsung sebijik. Tapi samsung ape, tak la ku ingat, comel je phone tu. Aku tak dapat, takde rezeki katenye :P



 Lepas kau dah tampal status kau kat wall tu, pegi bahagian belakang wall tu untuk snap pic seperti budak cacat di atas ni. Then upload terus ke FB kau untuk kasik siapa yang degil taknak join community untuk jadikan Malaysia capital of the world tu JEALOUS. mwahahaha. gelak gelak jugak, tapi aku tak update sebab katenye handphone "canggih" sangat kan TT_TT.

 ohh yee, credit dress and shawl from LD's Shop :P



 Nak jugakkk tapi upload nye tidak. Hohoho. Wifi ada tapi kena masukkan password la pulak. kakak aku suruh aku pegi tanya password dia apa, aku pulak suruh kakak aku yang pegi. kau suruh aku, aku suruh kau then sampai ke sudah tak upload. pffftt !


Antara acara yang lain, host tadi minta volunteer 3 orang untuk buat rap yakk auu auu yakk auuu auuu, cekidaouut, cekidaouut. hahaha. Tapi sorang aje yang pegi. Ni rap version kau sendiri. Ada la host tu buat demo, best ok. Tapi yang volunteer sorang aje, yang sorang ni rap kan best gilaaa ok !! kau kena rap berkaitan pasal event tu la, i mean party tu then ada kaitan digi and FB. pandai-pandai ko la selit kan. Serious yang sorang tu masuk memang best and guess what? Dia ni takde both hands tapi aku memang salute dekat dia sebab ssangattttt creative.



 Ni laa dia. Cer perhati kan betul betul :)



ni pulak contest dia kau kena cari orang yang keje untuk Revive tapi dia backstage punya crew. Dia tak pakai uniform Revive, dia pakai baju biasa je. Tapi dia ada bagi clue la dekat sini, kau kena baca clue ni then pusing laa satu party tu untuk cari orang yang ada ciri-ciri macam ni then kau kena tanya "are u the REV-UG ??". hahahaha. serious kelakar time ni, macam orang bodoh aje tanya dekat orang macam tu, tapi bodoh bodoh pun kalai kau jumpa orang dia dapat RM400 voucher Jusco. Haa kau, free free je dapat, sape nak bagi??
wakakakakakakakakakak crew. heee suka over. ni wakaka crew. Siapa tengok showdown tau laa :)



Aizat pun datang jugak. :) Aku tengok gambar ni kan, serious rasa nak bunuh diri sendiri. Hodoh nye laa muka, berlengas lepas tu perasan tak kepala aku besar??? ke besar kepala?? itu mungkin laa kan. =.='
Tengah sedap sedap cari si REV-UG, diorang kat belakang macam bersorak sorak. Aku pun macam, heh? ape benda tu kan. Sekali tengok ada ni. Nampak tak?? Sorry la kualiti tak bagus, handphone murah je :( dia tulis kat sana, "make Malaysia the facebook capital of the world". 


Event ni habis dekat pukul 11 jugak laa. Aku dah laa tak makan lagi 1 hari, bagus kan. So aku dengan kakak aku decide nak balik la pegi makan, dah pukul 11 kang semua tutup pulak susah kan. Bila turun tengok food court semua dah tutup. So kita ke The Curve sebab sana restaurant yang dekat the street tu tutup pukul 1. Since it's friday, let's go to eat at TGI Friday's and give me moreee friday. mwehehe.



 mushroom soup PALING SEDAP SI DUNIA !!!!! serious weyh. Ni kakak aku order, memula bial die serve aku macam, eyh? kecik nye portion dia tapi harga boleh tahan. aku rasa macam tak worth laa. then bila dah masuk mulut kan, terusss lupa pasal harga, pasal size dia. korek korek mangkuk dia sampai licin. hahahaha. sedap weyhh. then semalam akak aku singgah carrefour masa balik dari wedding untuk beli barang-barang nak masak mushroom soup, sebab masing-masing tak lena tidur asyik teringat teringat je. hahaha. overrrr !!



Nachos !!! hehehe, menu wajib n setiap kali datang makan kat sini. hehehehe. Tapi if nachos aku prefer yang dekat Carlos laa. lagi sedap kowt. 

Main dish, Tenesy Chicken and Shrimp. Sedapp!!!! Tapi sos dia manis sikit, tapi tetap sedap. Shrimp dia besar gilee. puas makan. 


Mine. Favvy weyhh. hehehe, Slush Strawberry with Lemon. slrpppp!!! 

Akak aku tak makan. Dia makan mushroom soup dengan nachos je. Then ayam aku pun suku je dia makan. Air pulak warm water. Dia memang camni., malam kurang makan. nak diet katenye tapi tak jugak kurus aku tengok. keh keh keh. So perut dah kenyang, hati gumbira, mohh lee kite pulang. heee. Tapi sebelum tu aku tatap kan kat korang video aizat main cow ride dance. ntah betul ke tidak nama game ni tidak lah ku tahu haa. Layan kan aje yeee. btw, thanx to nuffnang again dan juga BIG SPONSOR Digi, i will follow u. hehehe. big thanx to both !! ♥



  video







Saturday, May 7, 2011

Mamamaaaaatherrss dayy :D





Semua orang beli hadiah macam-macam untuk mak dia. Ramai post dekat blog, FB, twitter wish dekat mak dia even mak dia tak pernah ada pun account FB or twitter apatah lagi blog. Ramai buat makan-makan untuk celebrate mother's day :')


Aku?? Aku kat sini wish mother's day dekat gambar mak aku je laa. Dia takde kat sini. Ada kat Jakarta. :(


Mak aku selalu cerita dekat aku. Masa nak lahir kan aku, memang moment paling dia tak boleh lupa sebab dalam banyak-banyak anak dia (9 orang). Time nak lahirkan aku, dia cakap nurse-nurse tu semua macam tengah bad mood. Semua benda nak marah. Yang aku pulak susah nak keluar, boleh pulak nurse tu cakap tak payah layan mak aku, biar dia mati dengan anak dia, dasaarr !!!


Lepas aku dah lahir, kan biasa mak mak yang baru lepas bersalin ni kena stay la sehari dua dekat hospital depends dengan keadan dia jugak kan. Yang mak aku pulak, sebab kena layan teruk dengan nurse tu so after dah cuci semua dah settle dia terus tahan cab untuk balik. Dulu kan hidup susah, takde kereta. Sampai mak aku kena marah jugak la dengan orang teksi tu sebab sakit-sakit pun nak balik jugak. 


Rumah aku macam kawasan dalam sikit, teksi memang tak sampai laa if nak stop betul-betul depan rumah. Dia kena stop macam hujung lorong je. Mak aku cakap, dengan dia tak boleh berjalan bukak langkah besar, mana nak dukung aku lagi, dengan barang-barang lagi. Semua nak kena angkut sorang-sorang. Half way nak sampai rumah mak aku dah tak larat, dia dah terduduk tengah-tengah jalan sebab darah pun dah banyak keluar, nasib ada jiran jiran toong angkat mak aku bawak balik TT_TT


Dah la mak aku macam tu, bapak aku pulak kat rumah demam panas tak boleh bangun. Dia macam tak boleh terima dapat anak perempuan. Bukan tak boleh terima sebab benci, tapi dia macam tak percaya. Sebab atas aku semua anak lelaki. So dia nazar untuk botakkan kepala dia, after dia botak je terus demam panas. Dah la tak boleh bangun, kena tidur je sebab bila dia terjaga, dia tak boleh tahan panas, sampai dia tendang-tendang laa dinding rumah sebab panas sangat.


Bila aku dah besar sikit, bila orang tanya nama aku apa mesti aku jawab "nama mina tali" instead of mirna lestary. hahahaha. Sampai sekarang melekat nama tu. Kalau mak aku nak panggil makan je, mesti panggil, mina tali, mina tali, sini makan !. hahaha. comel jee kan. Kakak dengan abang aku pun sama jugak, kalau dah panggil aku banyak kali tapi tak dengar, jerit je mina tali confirm datang terus. 


Kelmarin mak aku ada call, time tu aku tengok jam pukul 4 pagi. Eyhh?? mak aku ni sakan betul, tak reti nak tidur ke? tau laa ada dekat jakarta tu dengan kawan-kawan kan. Bila aku tanya kenapa call, tak tidur ke?? dia kate tetibe je terjaga terus teringat dekat adik. holoh holoh holoh. suka sweet sweet tauuuu. :D


Borak borak, tapi tak lama laa sebab aku pun baru nak tertidur time tu. Before end call tu aku teringat laa yang ahad ni mother's day. So tanya dia nak hadiah apa, bole ke dia jawab " Mama taktau nak apa sebab barang ni pun dah banyak. Cantik cantik, baru je balik dari Bandung ni shopping kat sana". Sombong weyhhh. Tapi dia cakap bagi je la telekung even dah banyak dah stok telekung dia. =.='


Ada lagi seminggu dia dekat jakarta, tapi duit dia dah habis dah sekarang, bagus mom, bagus !!! Cakap aku je boros, tapi mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dakk??


Tape laa maa. macam mana pun, mina sayang je dekat mama ok. Mama kan kuatt kan kan kan. Hari-hari pun hari ibu kan maa. SELAMAT HARI IBU MY LOVELY MOMMYY !!!!! I YOU !!!!!!



Nah layan video mother's day paling sempoii aku rasa, hahahaha. Tak salah aku Ynaa penah post last year, tape laa, layannnnn :D








Sunday, May 1, 2011

Quick update


Just short and quick update from me. Tomorrow is a labor day, happy labor day to all and myself too. I'm gonna off from working for one month begins tomorrow. Take a leave for one month so that I can prepare for my final and focus on that 100%, hope so. 


Sekarang tengah demam and flu, kepala rasa macam ada atas kapal. Sendi-sendi ni bila gerakkan rasa sengal, sakit. Aku assume ni demam nak membesar, LOL. Sebab bila berdiri depan cermin, nampak lengan macam dah besar siiiiiiiikkkkkkkittttt je. Agaknya laa, ke cermin tu yang nampak macam kanta pembesar atau mata aku yang ting tong taktau laa kan.


Doakan aku cepat laaa sihat haa. Nak prepare tok final ni. Aku dah la seriauuu gila, takut sangat nak final. Rasa macam tak pernah belajar apa je ni, bole? Haishhh !!! Belum exam dah demam ape kes ni.. Ohh disini aku nak cakap sikit. Untuk SEMUA orang yang pernah terasa hati or dendam or tak suka dan sewaktu dengannya kat aku, aku nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Moga dimaafkan la hendaknya yee. Maklum la, aku ni kadang-kadang mulut macam puaka, rasa nak sound, aku sound. Rasa nak kutuk, aku kutuk. hohoho


Ok laa tu sajo, dengan bermulanya 1 may ni maka masuklah bulan yang paling aku kecut perut. huwaa!! takuttt !!! TT_TT. k la, bye. 


PRAY AND DO SUPPORT ME OK BABESS.