Saturday, May 7, 2011

Mamamaaaaatherrss dayy :D





Semua orang beli hadiah macam-macam untuk mak dia. Ramai post dekat blog, FB, twitter wish dekat mak dia even mak dia tak pernah ada pun account FB or twitter apatah lagi blog. Ramai buat makan-makan untuk celebrate mother's day :')


Aku?? Aku kat sini wish mother's day dekat gambar mak aku je laa. Dia takde kat sini. Ada kat Jakarta. :(


Mak aku selalu cerita dekat aku. Masa nak lahir kan aku, memang moment paling dia tak boleh lupa sebab dalam banyak-banyak anak dia (9 orang). Time nak lahirkan aku, dia cakap nurse-nurse tu semua macam tengah bad mood. Semua benda nak marah. Yang aku pulak susah nak keluar, boleh pulak nurse tu cakap tak payah layan mak aku, biar dia mati dengan anak dia, dasaarr !!!


Lepas aku dah lahir, kan biasa mak mak yang baru lepas bersalin ni kena stay la sehari dua dekat hospital depends dengan keadan dia jugak kan. Yang mak aku pulak, sebab kena layan teruk dengan nurse tu so after dah cuci semua dah settle dia terus tahan cab untuk balik. Dulu kan hidup susah, takde kereta. Sampai mak aku kena marah jugak la dengan orang teksi tu sebab sakit-sakit pun nak balik jugak. 


Rumah aku macam kawasan dalam sikit, teksi memang tak sampai laa if nak stop betul-betul depan rumah. Dia kena stop macam hujung lorong je. Mak aku cakap, dengan dia tak boleh berjalan bukak langkah besar, mana nak dukung aku lagi, dengan barang-barang lagi. Semua nak kena angkut sorang-sorang. Half way nak sampai rumah mak aku dah tak larat, dia dah terduduk tengah-tengah jalan sebab darah pun dah banyak keluar, nasib ada jiran jiran toong angkat mak aku bawak balik TT_TT


Dah la mak aku macam tu, bapak aku pulak kat rumah demam panas tak boleh bangun. Dia macam tak boleh terima dapat anak perempuan. Bukan tak boleh terima sebab benci, tapi dia macam tak percaya. Sebab atas aku semua anak lelaki. So dia nazar untuk botakkan kepala dia, after dia botak je terus demam panas. Dah la tak boleh bangun, kena tidur je sebab bila dia terjaga, dia tak boleh tahan panas, sampai dia tendang-tendang laa dinding rumah sebab panas sangat.


Bila aku dah besar sikit, bila orang tanya nama aku apa mesti aku jawab "nama mina tali" instead of mirna lestary. hahahaha. Sampai sekarang melekat nama tu. Kalau mak aku nak panggil makan je, mesti panggil, mina tali, mina tali, sini makan !. hahaha. comel jee kan. Kakak dengan abang aku pun sama jugak, kalau dah panggil aku banyak kali tapi tak dengar, jerit je mina tali confirm datang terus. 


Kelmarin mak aku ada call, time tu aku tengok jam pukul 4 pagi. Eyhh?? mak aku ni sakan betul, tak reti nak tidur ke? tau laa ada dekat jakarta tu dengan kawan-kawan kan. Bila aku tanya kenapa call, tak tidur ke?? dia kate tetibe je terjaga terus teringat dekat adik. holoh holoh holoh. suka sweet sweet tauuuu. :D


Borak borak, tapi tak lama laa sebab aku pun baru nak tertidur time tu. Before end call tu aku teringat laa yang ahad ni mother's day. So tanya dia nak hadiah apa, bole ke dia jawab " Mama taktau nak apa sebab barang ni pun dah banyak. Cantik cantik, baru je balik dari Bandung ni shopping kat sana". Sombong weyhhh. Tapi dia cakap bagi je la telekung even dah banyak dah stok telekung dia. =.='


Ada lagi seminggu dia dekat jakarta, tapi duit dia dah habis dah sekarang, bagus mom, bagus !!! Cakap aku je boros, tapi mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi ye dakk??


Tape laa maa. macam mana pun, mina sayang je dekat mama ok. Mama kan kuatt kan kan kan. Hari-hari pun hari ibu kan maa. SELAMAT HARI IBU MY LOVELY MOMMYY !!!!! I YOU !!!!!!



Nah layan video mother's day paling sempoii aku rasa, hahahaha. Tak salah aku Ynaa penah post last year, tape laa, layannnnn :D








2 comments:

Adda said...

sweet nyaa . adda macam nak nangis je baca mase dia bersalin kan akak . huu~ masa adda keluar dulu mak cakap, adda punya tali pusat terlilit dekat leher . bila keluar je, kepala dah biru . but now, i'm happy with her :)

lexthary dalova said...

adda : owh ye ke?? tu la kann. kite ni kdg2 bkn reti nk jaga hti mak pun even dh separuh nyawa dia nk bwk kita kt dunia ni. hahaha. elok la klu mcm tu, wish happy mother's day kat mak ye :)