Salam...
Hari ni nak cerita pasal grad. Finally after berhempas pulas selama 4 tahun habis jugak aku belajar. Walaupun kalau aku ingat balik tahun yang aku betul-betul serius belajar adalah masa final year sahaja.
Saja nak throwback balik laa dari memula belajar dulu. Aku ni dari habis SPM memang takde rest sampai laa ni dah habis belajar baru laa dapat fikir pasal keje yang memang untuk menjamin masa depan. hahaha. Masa habis SPM dulu eh cop, aku rasa macam dah penah cite tapi lantak laa takde sape heran pun kan. Ok sambung.
Masa baru habis SPM dulu aku rehat 2 minggu je kat rumah sebab nak kena pegi PLKN pulak hujung bulan 12 tu. kawan-kawan yang lain semua pegi holiday la, keje laa. macam best je tengok dorang tapi aku kena pegi medical check up la itu la ini laa untuk PLKN. Hati memberontak toksah cakap laa, macam mana laa nama aku bole naik untuk PLKN ni. Kem dah la bukan calang-calang, dekat asahan nun, hujung melaka betul. Fuhhhhh
Tapi aku ni memang aktif kat sekolah so takde la rasa macam cuak sangat ke apa just rasa macam tak syok sebab jauh dari family je laa. lama pulak tu. Nasib kem aku ni ramai gak budak sekolah kena campak kat situ so takde la rasa loser sangat. hahaha. dah la tu masa first week kat sana ada jeee benda tak kene. Memula kena rombak katil laa sebab dia nak kita bercampur-campur melayu cina india. tak boleh satu row tu melayu saja, cina saja gitu. lepas rombak dapat plak blok lagi satu sebab satu kompani ada 2 blok dorm. kena rombak dorm satu hal dapat plak katil tepi pintu. aku ni penakut dah la boleh tahan minta pelempang nye.
tak cukup dengan tu, lepas rombak tu dia kata kompani aku masa tu bravo, dia kata bravo ni ramai sangat budak kl, charlie sikit je ahli dia. dah kena campak pegi charlie plak. sedih takyah cakap la sebab dah la kawan sekolah aku ramai bravo. kena maki je dengan budak lelaki semua sampai rasa nak telan je dorang, taktau aku punya sedih macam mana. Masa kena masuk charlie tu dah la dia announce masa assembly, menjejeh-jejeh air mata aku depan orang ramai. Memalukan sungguh!
Masa tu rasa cepat laa bulan tiga, nak balik taknak duduk sini. tapi bila dah cukup 3 bulan kat plkn tu, menangis pulak dia taknak balik. hahaha. dasaaarrr. masa aku balik dari plkn tu, satu hari je lagi result spm nak keluar means esok tu la. Then kebetulan on weekend tu ada education fair. but before education fair tu kakak dengan abang aku dah angkut aku dari satu kolej ke satu kolej. kalau boleh jam tu jugak nak sumbat aku belajar. aku memang terpaksa redha jee weyy.
lepas pegi dari satu kolej ke satu kolej. pegi ke education fair lagi. lepas bincang punya bincang, finally kakak aku decide masukkan aku kat segi kl untuk buat foundation then terus ke degree. aku tak kisah janji jangan suruh tukar course jee la. bulan 3 result keluar, bulan 4 aku dah masuk belajar. gilaa la. kawan-kawan lain semua honeymoon lagi kot. frust gak la. dah la takde rehat kan. pastu macam memberontak jugak la pastu bila result drop tau kau gigil kan? hahaha
Pejam celik pejam celik tengok dah habis dah 4 tahun. aku rasa macam baru jee lagi study foundation. konvo aku 16 hari bulan ni. tak sabar pun ada sedih pun ada. tak sabar sebab akhirnya dapat gak aku pakai jubah londeh tu kan. tapi yang sedih nya, result lari sikit dari apa yang aku target. bertambah sedih frust lagi bila beza kurang dari 5 markah je dengan apa yang aku target and dengan apa yang aku dapat. Tapi aku percaya, percaturan Dia lagi hebat kan? kita tak kan tahu.
Ayat sedap kan hati pun ye. ayat untuk menyedarkan diri pun ye. hahaha. apa-apa pun aku berterima kasih sangat sebab akhirnya dapat segulung ijazah dengan jayanya. sekarang masa untuk fikirkan macam mana nak majukan masa depan. umur makin meningkat. cehhh cara cakap macam dah masuk 30 jee. hahaha. dah boleh fikir dah pasal masa depan macam mana nak kumpul duit untuk tettttttttttttt kbye!
No comments:
Post a Comment