Monday, September 9, 2013

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu



Bosannn. Ada keje nak kena buat tapi mood tak berapa nak ada. Tadi jalan-jalan tengok gambar then ternampak gambar masa pegi panjat kinabalu last year.


Nak panjat gunung ni plan setahun awal. Tak agak-agak. hahahaha! Tapi memang sepatutnya macam tu supaya mental fizikal dan jugak poket anda tak terkejut nanti. Hehehe. Book tiket flight dulu baru settle yang lain. Masa tu Airasia ada promotion apa taktau, so harga pergi balik ke Kota Kinabalu tak sampai RM130 pun sorang.


Murah memang murah la tapi sakit pinggang jugak la sebab journey tu 2 jam lebih. So sepanjang setahun sebelum tarikh tu macam-macam persediaan. Latihan fizikal. Kitorang panjat broga and make sure sampai puncak. Then pegi FRIM then pegi cycling. Sini je laa tempat yang kitorang pegi untuk training. TIPS : sebenarnya nak panjat Gunung Kinabalu ni lebih kepada mental. Fizikal kalau kuat semangat insyaallah boleh sampai sebab boleh take your time slow-slow untuk sampai Laban Rata. Tempat training yang bagus - panjat tangga Batu Caves and panjat Bukit Tabur. 


Selain tu preparation barang-barang yang penting contoh sweater tebal. Lagi baik beli sweater yang 2 in 1 and boleh bukak pasang. Luar dia waterproof and dalam dia tebal. Senang tapi berat sikit la. Then coklat, ni untuk gain energy even nanti dia akan provide makanan untuk kita bawak naik tu tapi still tak mengenyangkan. TIPS : Ni pengalaman sendiri, nak bawak energy drink better bawak redbull yang tin biru 5 hengget ke berapa satu tin tu. Macam aku bawak hari tu livita, kan agak manis so jalan baru 10 langkah tekak rasa kering and sempit, lagi laa susah nak nafas. Pastu bawak laa cool inhaler, macam aku sebab takut hidung tersumbat susah nak nafas so cool inhaler tu memang sangat membantu.




About to start the journey. Kitorang ambik flight pagi so sampai sana tengah hari, abang aku dah book kereta siap-siap so semuanya smooth je. cuma nasib tak berapa nak baik, tarikh yang kitorang pilih ni sabah tengah musim hujan T_______T

 

Sampai kat KK, kereta dah tunggu so memang tak lama la. Then terus shoot ke kundasang sebab Sabah kan cepat gelap. Pukul 6.30 dah macam dekat pukul 8. From KK to Kundasang, 2 jam drive. Jalan macam nak naik Cameron. Ditambah pulak hujan dan kabus tebal macam ni. Kecut perut baq hang, nasib aku standby Papago, so tau la kat depan kena belok kiri ke kanan ke, jalan kan macam ular. Pastu kena slow je and pasang lampu kerete tu tinggi sebab takut lori ke apa ke. 


Kitorang book lounge untuk stay before hiking day. Sempat la rehat 1 hari jalan-jalan pegi ladang lembu and all. So masa book tempat stay ni, nama meletops nye "Kinabalu Lounge" siap dengan gambar kat lereng bukit, bukak tingkap boleh nampak gunung semua. Wahhh, menarik! Sekali masa sampai tu, tempat dia kedalam gilerrrr. dah la jalan dia muat 1 kereta je, tepi tu memang dah curam bukit. Kecut perut nak mampos, dah laa kabus tebal.



Ni la tempat stay yang meletop katenye tuu, takde kipas takde aircond tapi dah cukup nak buat kau sejuk sampai ke tulang. Nak kencing pun fikir panjang sebab air dia rasa macam ice cube!



Balcony. View memang priceless la, tapi tempat seram nak mamposss. 


After dah letak barang, sembayang rehat sekejap. Kitorang keluar cari makanan. Kat sini takde bagi kau makan ke apa, lounge je kot. Pegi la ke pasar kundasang tu beli barang-barang masak untuk makan malam. 


Esok, pagi-pagi dah bangun before keluar jalan-jalan ke dairy farm and all. Tak sampai 24 jam ada kat sini aku dah rasa nak demam. Sejuk tahap nak meninggal, tapi dorang relax je pakai short and sleeveless. Gila ke apa?



Warm up sikit. Esok nak panjat takde la terkejut. Kononnnnn.



Ni la dia tempat kitorang stay. Walaupun seram, tapi udara fresh and priceless view. 




Esoknya hari yang ditunggu-tunggu. Perasaan? Bercampur-campur. Excited ada. Happy ada. Nervous ada. Takut ada. Tak yakin pun ada. Tapi berani kau nak cakap "tak jadi la nak panjat, orang tunggu kat bawah je", nak makan penyepak kau cakap la macam tu kat abang aku. Hahaha!


So pagi tu awal la bangun sebab nak register pukul 8. Jangan ingat orang panjat ni ada season je ye. Hari-hari memang akan ada orang naik and dia limit kan 150 orang je kalau tak silap untuk satu-satu masa kat Laban Rata tu. So sila book awal. Ecehhh. 




Lepas dapat tag and bekalan untuk bawak naik sementara nak sampai Laban Rata.



Muka senyum tapi hati nak meletop weyyy. ahahaha



Budget-budget jee ni. Hahahaha! 


Ni senarai nama orang yang turun naik gunung ni masa marathon. Kau mampu dalam 2 jam dah setel? Tercabut nyawa nanti. Hahaha!



Ni ngam-ngam masa baru turun dari tangga gate Timpohon tu, belum apa-apa kakak aku dah tergolek kat tangga ni. Nasib takde apa-apa. Kancheongg betul. ahahah. Hujan sepanjang masa kitorang naik. Apa pun tak boleh!



Mula-mula je semangat sikit-sikit stop ambik gambar. Hahaha!


Batu Cave 1


Batu Cave 2


Batu Cave 3


Batu Cave 4. Masa sampai sini serious aku macam WHAT???? pastu ada amoii tu turun sambil tu dia gelak and cakap, go on and it's gonna be "fun". Hahaha!


Batu Cave 5


Batu Cave 6


Semua jalan nak naik menuju ke Laban Rata adalah macam ni. Agak-agak kau dah boleh berlari turun naik tangga batu cave tu, dah boleh register la untuk panjat kinabalu. hahaha



Dah rasa macam minta nyawa jalan sekali tengok tak sampai pun 2km. Tapi rasa macam dah lama sangat berjalan niii. 



Ni dah nak sampai Laban Rata. Takde laa dah nak sampai tapi dalam lebih kurang 2km macam tu la. 

Ada satu kawasan tu, lagi atas daripada ni. Masa kitorang jalan tu hujan tetiba lebat. Dah la sejuk, penat, oksigen tak cukup dengan lapar nya hujan pulak lebat. Track dia macam ni jugak tapi lagi condong, air turun dari atas dah serupa air terjun. Rasa macam lalu dalam sungai. Kasut basah, stokin basah. Baju hujan dah boleh campak sebab macam tak membantu je. so sila beli baju ujan yang tebal sikit. Hahaha. Cabaran betulll.




Ikut suka hati dia la. Nak ujan dia ujan. Nak panas dia panas. Hahaha. Tapi kau buat relax je la sebab view yang kau dapat memang priceless gilaaaa. 



Kitorang sampai Laban Rata pukul 4.30. Start naik pukul 9 pagi. Slowww sebab hujann. Kakak aku dengan porter tu sampai pukul 5 lebih. Dia lutut masalah sikit. Kitorang ni independent gila jalan sendiri je, kakak aku porter jaga. 


TIPS : Sepanjang perjalanan tu, kalau kau datang dalam team yang besar, jangan tunggu semua sebab stamina tak sama kan. Macam aku, aku jalan dengan abang aku, stamina kitorang sama. Akid dia belakang kitorang sikit sebab dia orang tua. hahaha! Kakak aku belakang sekali dengan porter. Even kau takde geng, tapi kau teruskan berjalan kalau rasa ada tenaga. Jangan stop. Takyah takut, orang ada je lalu lalang. Baik turun atau naik so takde apa pun nak ditakutkan. And sepanjang aku naik even hujan, alhamdulillah takde nampak binatang yang seram-seram ni. Setakat tupai je la, tupai pun kalau kau takut memang tak dapat nak tolong laa. =.='


Dah dapat kunci bilik, masuk bilik and wash up makan and tidurrr. Kat atas ni lagi laa sejuk, cakap pun keluar asap. Feeling obersee sangat. Water heater time ni laa nak rosak pulak. Air dia memang tak boleh nak diterima. Rasa mandi dengan air batu!


Malam tu aku tak boleh nak tidur dah. Demammm. Badan panas gila tapi aku menggigil. Orang lain rilek jee tidur. Dah la ada penyakit takut tidur sorang kalau pegi tempat-tempat yang tak biasa. Perangaiiiii. 



Pukul 1 pagi bangun and supper. Pukul 2 berkumpul and siap-siap untuk meneruskan pendakian ke puncak. Masa type ni pun berdebar-debar haa. Tak boleh lupa moment ni. Aku dah budget taknak bangun and taknak pegi. Nak tunggu kat dalam bilik je sebab serious tak larat tapi lebih kepada mental aku yang takut tinggi. Tapi macam aku cakap la, memang cari pasal kalau kau kate kau taknak pegi and nak tunggu kat hotel je. Abang aku punya bijik mata macam dah nak terkeluar. Kuatkan semangat kuatkan semangat. 


So aku pun teruskan jugak. Ni sebenarnya bukan laa sebab demam sangat pun sebab baju aku pakai dah terlebih-lebih tebal walaupun still rasa sejuk. Tapi lebih kepada mental aku yang takut tinggi and takut gelap. So boleh paham tak kat sini sebenarnya pengecut macam mana tapi nak jugak pegi. HAHAHA!.


Sampai dekat KM7++ kau boleh campak tongkat sebab dah takde tanah langsung. Semua batu. Kat sini kau kena daki pakai tali je. Macam rock climbing tapi takde benda yang ikat kat badan kau untuk safety. Orang lain rilex je tapi aku kan menggelabah memang over nak mampos. Memula dah taknak teruskan bila nampak tali tu. Pastu abang aku tarik aku follow belakang dia, akid jaga belakang aku. Kauuuuu, mana nak lari?? Choiii sangat.



Aku tersukan jugak walaupun air mata dah menjejeh-jejeh. Bukan sebab tak larat wey, tapi aku gayat. View semua macam gambar kat atas ni. Pastu nampak town KK tu lampu kecik-kecik rasa macam betul-betul macam nak jatuh. Geli-geli hujung kaki ni. Tapi sebenarnya takde apa, tapi sebab gelap tu yang rasa macam bawah kau jurang.




Decide untuk calm kan mind dulu before continue the journey. Time ni aku fikir, kenapa la aku buat benda ni. Kenapa la aku follow ni. Baik duduk rumah je. Teringat kat mak. Time ni la kau ingat tuhan. Sumpah lawak, drama gileee. Aku rasa macam baru je duduk, sekali porter tu kate, dah dekat pukul 5, tak rasa kau sempat sampai check point. 


Kau kena sampai check point before or on 5.30. Lebih dari tu dia tak bagi masuk. Masa kat sini lagi 500 meter nak sampai check point tak silap. Kauuuu, abang aku punya berbulu dengan aku sampai seminggu dia bahan aku. Ye laa sebab dah dekat kan tapi gedik layankan sangat gayat tu end up tak dapat sampai puncak. Buat penat je dia bawak camera gabak-gabak. Hahaha! Tak dapat nak berlagak dengan kawan-kawan dia yang dah sampai kat puncak, dia guna nama aku. Semua sebab aku. Semua akuuuu. T_____T


So lepak sini je laa tengok sunrise. Tiba-tiba rasa bersalah dalam ketakutan. Hahaha. Apa pun tak boleh. Sebenarnya nak teruskan tapi takut pastu sementara tengah fikir antara nak teruskan ke tak tu, masa dah tak sempat so terus rasa bersalah. Erghh! Pastu terfikir, alaaa macam mana nak berlagak dekat kawan-kawan college ni. Haktuihhhh!



Kebesaran yang tak mampu nak cakap dengan perkataan.



Sunrise!


Porter decide untuk bawak aku turun dulu before langit makin cerah sebab takut aku lagi gayat. Tapi bila aku tengok gambar, its not that bad. Takde la teruk macam yang aku bayangkan sebenarnya tapi kalau dah gayat tu apa pun tak boleh kan.




Track kat atas macam ni je semua. Pandai-pandai kau nak cari kat mana nak pacak kaki kau. Tapi cara sebenar nak naik ni, pegang tali then rapatkan badan ke batu tu so kau bole jalan macam biasa. Tapi orang macam aku ni kau ikat badan aku kat batu tu pun aku still rasa tak selamat. Menyampah!







Siapa tau kartun brave tu. Serious rasa macam berjalan dalam cerita tu.Hahahah! Cantik sangat, macam ni punya cantik rupanya pokok-pokok yang tumbuh kat tempat tinggi. Gambar tu semua masa nak turun. 


So sampai bawah je kitorang kemas barang and siap-siap untuk check out sebab kena check out before 10.30 kot tak silap. and kau kena sampai Timpohon gate before 4pm. Pandai-pandai la kau budget time. Masa turun Alhamdulillah Allah swt tu dia bagi pinjam cuaca yang cantik untuk kitorang tengok puas-puas view yang memang tak mampu nak cakap dengan perkataan wey. Bila dah dekat dengan KM5 baru laa ujan, tapi time tu tak kisah la kan sebab hutan jee. Hehehe


So kesimpulan yang dapat dibuat, dari Timpohon ke Laban Rata adalah biasa-biasa je. Set your mind bila nak start journey from Laban Rata to the top. Ni yang sangat mencabar, apa-apa pun pengalaman ni memang sangat tak ternilai. Fizikal boleh diusahakan tapi kalau mental lemah macam aku, banyak-banyak kan laa selawat. Hahaha! Now tengah cuba nak lawan gayat sebab dalam planning untuk panjat lagi sekali sebab aku tak puas hati asyik kena bahan je. Kau tunggguuuuuu *sambil lipat lengan baju*




Counting days to be there again :D

11 comments:

nisa surihani said...

wah tahniah

Anonymous said...

Haha..gelak2 sndr baca ni..apa pun tahniah..insyaAllah sy naik gng kinabalu thn dpn,baca ni at least bg sy smngat utk smpai..sahut cbrn,insyaAllah kita smpai ku puncak kinabalu. Ehehe

thirtyfirst said...

Hahaha. cute story. tahniah. dapat tengok keindahan ciptaanNya dari puncak.. bestnya!!

awg basuandi said...

Pengalaman yg cukup menarik...Tahniah..tak sbr nk pegi mendaki....Terima kasih nk ke puncak...

Bibu Wilda said...

mase u pegi tu bulan berapa ye?Nov musim ujan tak?

Afi Zafirah said...

serius memotivatekan semangat orang lain yg masih dlm dilema nk panjat gng kinabalu ni! tahniah!

mcm comel je. . .
supporter kena bagus.
haha. .

well done. :)

RocKeTkERtaS said...

Nice info!!

Sis nk tnya solat sbuh mcm mne since kul 2 pg dh kena get ready nk pnjat ke puncak kan.. ? Ada musim hujan atau mmg suka2 je hujan tu..

Anonymous said...

My passion...teruja beb tgk pic uolls

Ain Rauna....my official said...

salam sis,mana nak beli seluar yg sis mendaki tu,yg warna coklat?

sakinah said...

takut juga ni nak naik... harap2 mudah semua :)

Anonymous said...

best sgt!!!thanx sbb share gambar..dpt imagine even xsmpy sna pown...