Wednesday, October 22, 2014

Gunung Kinabalu for a second time :)


Assalamualaikum... Ni entry basi. Baru teringat nak minta gambar dekat abang walaupun duduk sebumbung je pun =.="


Ni pegi panjat kinabalu untuk kali kedua dan yang pasti BUKAN yang terakhir. ehehehe. addicted wey kalau dah sekali panjat. kepuasan yang tak dapat nak explain dengan perkataan. Next mission on 2016, semoga diizinkan. mwehehehe


Ok kali ni kitorang pegi, sama je macam yang masa first time dulu cuma kitorang pilih date one day after sampai. So memang tak sempat nak jalan ke dairy farm walaupun susu tu dah rasa-rasa je kat hujung tekak. Tapi kali ni kitorang buat bbq malam before climb. Gila tak sedar diri masing-masing beli seafood sebanyak-banyak nye padahal askar ada 5 orang je. Bila tak habis selamba je panggil orang yang lalu lalang nak seafood tak. Orang pun tak berani ambik, entah sape-sape ko tetiba nak bagi makanan kan. Kot dah mandrem ke. ekekek


Perasaan macam biasa laa, nervous, excited, happy semua bercampur baur. isi perut rasa nak keluar. Tetap perasaan yang sama macam first time hari tu tapi kali ni under control lagi sebab dah tau what to expect. Bhahaha. Dan paling penting, kali kedua naik ni cuaca sangat sangat la baik. Masa naik tu je la, depan sikit dari layang-layang ujan sekejap. Tapi puncak memang tak lencun, basah dengan embun je. alhamdulillah. Pemilihan tarikh amat penting kalau nak naik, jangan pegi masa musim hujan. Kalau terlalu licin, kau dah sampai laban rata pun dia tak bagi continue untuk ke puncak. Taknak tanggung risiko, so sila turun balik dan cuba lagi di masa akan datang dan jangan mimpi dapat refund. Nan hado. hahhaha





Kali ni kitorang pegi naik MAS. Dapat harga promo, return ticket for only RM240. huehuehue. Compare dengan air asia masa ni, beza dalam bape puluh je tu pun tak masuk bag lagi. So tak fikir panjang la cite dia.. hehehe






Setibanya di KKIA. Ambik gambar pakai monopod. pestaimm uolss. tapi rasa cam bangang je, orang lalu lalang pun pandang pelik je. terasa macam looser. ahahaha






Kitorang kali ni tak stay dekat lounge yang dekat lereng bukit nama hot malatop macam last time. Abang aku taubat. hahaha. so cepat-cepat dia volunteer sponsor stay dekat Pines Resort. Nice place, selesa sangat and ada provide breakfast semua sekali. Resort paling famous kat Kundasang kalau tak silap sebab strategic tempat dia, dekat je dengan Kinabalu Park tu. 




Melantak seafood seperti tiada hari esok. Ketam dia gemok gemok. Aku yang tak makan ketam pun boleh jadi gila sebab besar sangat. Hahaha. Time ni sebenar nya dah ada cuak-cuak jugak fikir untuk esok. Terlepas la jugak cakap dekat abang aku, macam cuak la esok. Cam biasa la dia, tengok aku besar kecik besar kecik jee. ekekeke




Nak muntah menghabiskan. Orang tamak selalu rugi, jangan la ditiru. Ni pun ada yang mentah tak habis, last sekali bagi je dekat orang-orang yang keje kat kitchen tu. Rezeki kau laa. huhuhu





Selain tempat yang strategic, Pines Resort ni famous aku rasa sebab view dia. Memang kau bole nampak clearly puncak Gunung Kinabalu. Ni bergambar sebelum misi dilancarkan. :D




Ni kat entrance, betul-betul lepas checkpoint nak start. Bismillah. :D



Maka, bermula lah misi kami. Aku kali ni memang tekad nak sampai puncak. Tercabar la asyik kena perli lembik kan. Hello, i ni sado ok. Saje je taknak tunjuk. T______________T puihhh


Sepanjang perjalanan takde ambik gambar sangat sebab dah puas ambik gambar masa first time hari tu kan. So kali ni memang focus jee sebab kalau boleh nak sampai lagi awal dari rekod sebelum ni. hehehe. Ada la ambik sekeping dua tapi tak banyak la, tapi tak penting sebab kali ni kan berjaya sampai lagi atas so setakat gambar-gambar kat bawah ni tak berapa nak ummpphh je rasa dia. HAHAHAHA




Okay, ni kawan abang aku ambik. Laban Rata masih lagi kosong. Kau gila tak kosong, kawan abang aku sampai pukul 12 lebih kot. Kuss semangat. Dia jalan sendiri je, takna berhenti makan ke apa. Bag pun dia bagi porter bawak, aci la laju kan. Kitorang start naik pukul 9. 


Berjaya la awal sikit dari rekod sebelum ni, dalam pukul 4 rasanya dah sampai. Tak banyak beza dengan rekod sebelum ni sebab lepas dari layang-layang, akid sakit lutut. Okay ni ada tips. Korang kalau nak pakai knee guard ke, ankle guard ke, pak guard ke. Dinasihatkan make sure korang selesa. Memula pakai memang la selasa, dia grip kaki korang tapi kena ingat, benda tu macam ketat and bila mendaki nak guna tenaga banyak and kalau darah flow tak lancar boleh jadi cramp just like what happen to akid la. And bila dah cramp, its too late for you to save your leg. Kau sembur la segala jenis muscle pain and even makan ubat pun takkan jalan sebab flow darah tak lancar. So kalau taknak buang masa, fikir-fikir la nak pakai segala jenis guard tu. Mungkin bole pakai kejap then bukak biar darah lancar sikit then pakai balik. At least ada ruang sikit, sebab dari bawah nak sampai laban rata adalah 6km mendaki yee bukan jalan rata.





Pukul 2 pagi. About to continue to the summit. Kali ni takde drama nak demam ke apa sebab dah tekad. Ego kan, sebab dah kena cabar. Laju ok aku jalan, tapi dah sampai kat tali-tali tu telan air liur jugak la. Tapi positif positif. Cuba gunakan tips yang orang pernah cakap before this. Pegang tali, rapatkan badan dengan batu and daki dengan selesa, itu cara paling selamat. Jangan pandang belakang lagi, move onnnn. 




Sejuk tak kat atas tu? takde lah. tak sejuk pun. 7 degree celcius JEEEEE. Cakap pun keluar asap. Hahahaha


.

Nampak tak senyum lebar nak mampus tu. Haaaa kali ni sempat sampai check point. Tu pun lepas merangkak-rangkak aku nak panjat sebab gayat punya pasal, Sempat lagi kena bebel dengan porter yang lalu, kau jangan merangkak batu tu graviti dia kuat, nanti dia cium kau baru tau bah. Gitttuuuu. hahaha. 


Dah lepas check point ni, jangan risau sebab dah kurang challenging nya. permukaan yang lebih rata tapi masih mendaki. Ada tali, nak jalan tanpa tali pun boleh tapi dinasikatkan lalu dekat sebelah tali walaupun taknak pakai. Sebab kawasan gelap so kau tak tau apa ada kat sebelah, kalau ikut sebelah tali dah tentu lah tu kawasan yang selamat. Tapi kalau dah naik sepuluh kali, bole abaikan post ni. ekeke


Sesampainya dekat atas ni. Sejuk sampai ke tulang. Kalau dekat laban rata tu je dah 7 degree celcius, dekat atas ni aku rasa memang dah negative kot sebab memang nak jalan laju pun tak tau macam mana. Sejuk yang teramat. bibir dah kering, air nak kena jimat. Kaki dan tangan semakin cramp. Aku berjaya sampai dekat KM8 je. ada lagi 700 meter nak ke tempat paling atas. Dari KM8 tu clear sangat, rasa macam dekat je tapi dah tak daya sebab terlampau sejuk. Tak dapat bayangkan kalau musim hujan. Macam mana la sejuk dia kan. Tapi jangan risau, slowly take your time. Walaupun berhenti setiap 2 langkah, teruskan jee sebab dah alang-alang sampai sini kan. hehehe


Akid yang sombong taknak pakai cover untuk muka masa naik, bila dah sampai atas ni baru tau muka beku macam apa. Nasib la shawl aku panjang, bole lilitkan muka. Tu belakang kitorang tu, simbol yang famous dalam duit singgit  :D




Macam ni la jalan dari check point tu. Tak de nak panjat-panjat dah tapi still mendaki lah. 





Duit singgit :D






Ni betul-betul nak ke tempat yang ada papan tanda tu. abang aku dengan kawan dia je yang sampa sini. Aku belakang dia 700meter. Ni meter-meter yang terakhir :)






Aku sampai setakat sini je tapi dah sejuk otak pun beku tak teringat nak posing depan ni. Hahahhaa. Ada la tolong orang ambik gambar pastu duduk balik. Tak larat dah. Hahaha






Begini lah papan tanda dipuncak tu. Siapa kata orang gemuk tak boleh sampai puncak. Ni ada ni. ekekeke. ampunnnn :D










Abang aku cakap, nak jalan pun tak larat dah. Dia punya sejuk tu. perghhhhhhhh



Kakak aku tak jauh dari aku dengan akid. Dia pun lepas jugak check point. Tak jauh dari check point dia dah give up tak larat so dia bantai tido kat satu batu besar, Penat sangat la tu, then terserempak masa nak turun so kami decide nak turun dulu ke Laban Rata untuk kemas bag. pukul 10.30 dah kena check out. Korang kalau nak berposing kat atas tu dia bagi sampai pukul 7 ke 7 lebih macam tu la. Lepas tu kena turun dah. Sunrise pukul 6 lebih tak silap. Sabah kan cepat siang. 

Sesampai di Laban Rata, breakfast dulu. Kali ni decide nak lepak kat luar ni. Sejuk la tapi bila lagi nak dapat view macam ni kan. Breakfast di atas awan orang kata. hahaha. Oh ye, dari tempat kitorang duduk ni boleh nampak tau orang yang turun ikut laluan lain. laluan turun ada 2, pilih laluan yang sama masa kau panjat atau pun laluan ke neraka, ni aku yang panggil sebabnya kau akan turun secara parasiling. Betul ke tak eja tak tau la, dia ikat badan kau kat batu pastu ikut lereng-lereng gunung tu la. Pakai la helmet la apa semua. Nampak je diorang lalu kat titi yang tergantung-gantung kat atas tu. Serammmm. ada nyawa spare ke apa tak tau. 


Ok ada tips lagi. Nak dijadikan cerita, kasut aku tapak dah macam terlambai-lambai before kitorang nak panjat tu. So aku standby kasut getah 10 ringgit beli kat kundasang. Kasut yang sama porter pakai. Sumpah selesa gila untuk memanjat. Dia punya grip tu memang bagi kau rasa extra safe, no wonder dorang relax je berjalan dekat lereng sebab memang grip habis. Tapi kalau nak turun jangan pakai lah sebab dia getah memang pure, so keras sikit. Aku pakai masa turun so kuku macam tersepit, sampai darah beku dan kuku tercabut. Sedeyy!!




Sampai ketemu lagi Gunung Kinabalu.. Ahhhh type ni pun dah rasa sengih-sengih dah. Rinduuu nyaa nak panjat lagi. Sila la pergi, memang takkan rugi tapi rasa nak naik lagi. hahahahaha. Sayonaraaaa





1 comment:

Ain Ridzuan said...

Wah! Bestnye... tapi saya tak berani nak daki gunung kinabalu.. seriau.. kalau setakat duk kat pine resort tu ok la... hehehe