Assalamualaikum everyone..
Blog ni dah boleh masuk tong sampah hendaknya, tapi macam sayang pulak sebab ada banyak kenangan. Especially post yang zaman baru nak up. kah kah kah. Okay, today nak cerita something yang dah berulang kali orang tanya dan berulang kali aku cerita. Dah macam astro pun ada asyik ulang cerita yang sama. Moh laa cerita kat sini, lepas ni orang tanya boleh la aku bagi link post ni je. hahahaha.
Everything start somewhere around 2010. Masa tu baru habis foundation and ada gap 5 bulan nak sambung degree. As usual, aku akan cari kerja part time dekat parkson. Situ je tempat paling senang nak dapat kerja part time untuk yang bertudung time tu. After few days aku join, supervisor arahkan aku untuk jaga fair dekat Isetan untuk seminggu, katanya i can get to know more about the brand and it is the easiest way to understand how to read the code and blablablabla. Hati berat taknak pegi sebab kena bukak tudung. cut it short, after discussed dengan family, diorang izinkan. Tapi aku bukak time kat tempat kerja je la. nak pegi and balik kerja aku pakai tudung.
So first day dekat Isetan, ada staff brief dekat aku. Kat mana simpan stock, macam mana nak display and all. Ada sekali tu, aku masuk stor untuk tengok kat mana diorang ni simpan stock sebab stor besar tu share dengan banyak brand. Ada la 2 orang lelaki dalam stor tu. Sorang berdiri and sorang lagi duduk tengah check stock, and aku terpaksa lalu depan diorang ni sebab stor yang sempit. After dah kena brief tu aku naik atas, tempat nak jaga fair tu.
Masa ni, ada sorang lelaki mencari siapa yang lalu depan dia tadi tapi sayang orang tu dah takde. Masa lunch aku turun, baru orang lelaki tu nampak and perasan jugak asyik pandang-pandang je. MELUATTTTTT.
Hari berlalu, aku semakin kerap dapat salam dari orang. Bila ditanya orang mana satu yang kirim salam ni. Budak tu tunjuk dekat aku sorang lelaki yang buat aku rasa nak cekik-cekik je dia. Langsung tak berkenan. Dah la asyik tenung orang. Lepas tu muka macam berpeta, dengan spect putih dia lepas tu dengan ada benda tergantung kat telinga sebelah which is aku ingatkan tu subang. Ada hati nak kirim salam kat orang, intai orang pastu senyum-senyum. Puihhh!
Masa ni aku memang lone ranger, takde sesiapa. Tapi entah la, hati ni menyampahhhhh sangat kat lelaki ni. Tapi takde pulak dia berani nak datang tegur aku, asyik laaaa kirim salam melalui orang pastu intai-intai aku celah dinding la. Tengok-tengok orang pastu sengih sorang-sorang la.
Ada satu hari tu, entah kenapa tergerak hati nak stalk fb dia. Saja try nasib main type nama dia kat FB. Boleh pulak jumpa. kah kah kah! Gambar takyah cite la, poyo habis. Kita saje la add, musti dia kembang kembang tu aku add kat fb. hahaha. Pastu entah macam mana bole start msj kat dalam fb tu sampai la bole tertukar no phone. Tapi bila kat tempat kerja tak berani pulak nak bertegur. Sampai la ada sekali tu, dia layan customer, and nak pack kan customer punya barang and aku punya counter betul-betul sebelah cashier. Time ni nampak dia senyum dari jarak yang dekat walaupun cuma disisi. Dia punya senyum tu keluar lesung pipit, entah kenapa tetiba rasa "eh not bad jugak". ekekekekeke
As time goes by, ada la keluar lunch beberapa kali even aku dah balik ke parkson pun still contact and lunch sesama but bukan berdua la. Beramai-ramai.
After beberapa bulan, kitorang declared. But actually time ni hati tak berapa nak boleh accept lelaki sangat sebenarnya atas sebab tertentu la. Tapi cuba bagi peluang dekat lelaki, takkan aku nak tunggu orang perempuan jugak yang meminang aku. Perempuan dengan perempuan, mau mak aku campak aku dalam lombong. hahaha. Cuba jugak bukak hati, especially bila tau dia ni tak pernah ada girlfriend, so budget rasa sweet la aku yang pertama. puihhhh
Tapi hubungan tu cuma bertahan selama sebulan je bila aku decide untuk back off. Entah kenapa hati taknak. Rasa menyampah. Rasa tak suka. Dia cuba nak pertahankan,padahal dia takde buat salah pun tapi aku tetap taknak. Rasa benci sangat.
Setahun berlalu, hati tiba-tiba terdetik. Sampai bila nak tutup hati untuk lelaki. Kang orang ingat aku lesbian pulak, cukup la nama aku je lestary, takyah la ada les yang lain. hahahaha. Hati terdetik, kalau la ada orang yang sudi nak kawan dengan aku lepas ni, aku taknak yang setakat nak main-main. Aku nak orang yang pandang jauh dekat hubungan tu. Budget sangatt kann, padahal suruh masak pun malas. hahahaha
Fikir punya fikir, hati kuat untuk aku contact balik lelaki yang aku campak without reason setahun yang lepas. Try contact balik nombor dia dengan harapan masih nombor yang sama. Mungkin tuhan tau yang lebih baik, tuan punya nombor reply :)
We just contact trough handphone for almost a week before dia ajak jumpa. Masa nak jumpa ni dia punya nervous tu macam nak jumpa cikgu disiplin. Punya la nervous, rasa nak terberak semua ada. Hahahaha. First day jumpa, tengok wayang kat Pavilion, cerita Monte Carlo :D
After that, we get to be more serious with each other. And aku kenalkan dengan family, 1 year after that, masa mama operate. Takde nak cerita lebih-lebih pasal dia kat family, just kenalkan ni kawan aku then pandai-pandai la kau bawak diri. hahaha
Masa berlalu terlalu cepat and masa we celebrate our 2nd anniversary. Kitorang celebrate kat seoul garden, bersyukur la dapat aku sebab bawak makan seoul garden pun dah seronok beronok-ronok ok. hahaha. So masa makan kat sini tetiba dia paksa aku pegi ambik makanan apa yang aku nak which is so weird sebab biasa dia suruh aku duduk je dia yang ambikkan. Dalam keadaan pelik dan tanpa ada syak wasangka aku pun pegi pilih makanan yang aku nak dengan senyuman yang melebar sebab dapat makan seoul garden.
Bila datang kat meja balik, aku pelik. tisu ni tadi kat tepi ni apahal kat tengah plak ni. Pastu macam tercoet sikit macam ada benda bawah dia. Pelik sangat ni. So aku intai la bawah tisu tu ada apa, kot katak masak tepung ke kan. hahaha. Bila aku selak tisu tu aku nampak kotak merah bentuk hati. :-|
Time ni dia tunduk je bawah, aku memang dah speechless la kan. Mati aku kena kelar dengan kakak aku kalau dia ni ajak aku kawin sebab belajar pun tak habis lagi ni. hahaha. Then aku tanya apo bondo eh ni? Dengan suara yang penuh sopan santun dia cakap
"saya belum mampu nak ajak awak kawin sebab belum ada duit, tapi saya nak booking awak dulu. Nanti dah ada duit kita kawin"
Pom pom pom. selingan bunyi mercun raya cina. hahahaha. Kau ghase?? Terharu jugak la sebab ada jugak orang nak kawin dengan aku ghupernyaaa. hehehe.
Hari berlalu demi hari kitorang tunang on May 2014. Which is aku rasa aku taknak tunang pun tapi lebih kepada orang-orang tua punya ice breaking la.gituw. hahaha. tapi biasa la, mana boleh nak ikut kepala kita yang muda ni ye dok? Dikatanya pelik-pelik idea.
Maka termeterai laa perjanjian antara dua keluarga. Maka bermula la proses mengikat perut untuk kumpul duit kawin. kah kah kah.
Tak sampai setahun pun, kami selamat disatukan. I dont know how to say. aku cuma bersyukur sangat-sangat Allah hantar lelaki ni kat aku. Sebab aku rasa dia ni memang kental. boleh tahan dengan macam-macam perangai aku. Tak banyak kerenah. Tak pernah arah aku or cuba untuk ubah aku jadi someone yang entah apa-apa tapi ke arah kebaikkan. Insyaallah as time goes by kita ubah diri kita sikit demi sikit untuk jadi lebih baik. Sedar tak sedar, tahun ni dah 4 tahun kitorang kenal. And i am looking for another infinity years to treasure with you. Thank you for everything and thank you for choosing me. Hello my new family ;)
Semoga sentiasa didalam lindungganNya. Semoga diberi kekuatan menempuh segala dugaan. Semoga diberi kesihatan yang baik untuk berkhidmat sebagai isteri yang solehah untuk awak sehingga ke Jannah. Te amore husband ♥
No comments:
Post a Comment