Aku tengok jam dah pukul 6 lebih. Baru aku teringat aku tak makan lagi. Boleh ?? Hahaha. Patut perut aku bergendang gendang, ingatkan ada party ke apa kat dalam ni. mwehehe. Sambil makan ni aku tengah update stok tudung haa. Agak slow macam siput ba alip ba ya sebab tak reti sangat ni, tapi harus di-update jugak, kalau tak terperap aje laa jawabnya. huhuhu.
So kita take 5 sikijap daripada makan dan jugak update tudung ni. Eyhh?? tengah makan pun boleh take 5?? gila tak senonoh kan. Haahaha. Ni aku nak cerita pasal Digi Live FB Party masa hari jumaat lepas.
Aku ada ajak korang join yang Digi buat tu kan, untuk jadikan Malaysia ni capital of the world untuk FB masa entry lepas, boleh click SINI. Ada join ke tidakk??? Sangat la rugi kalau tak join, kan aku dah cakap kalau join boleh kite party rame-rame. Dah terlepas laa kau nokss, party dia last Friday hokeyhh !! Aku pegi, best wohh !!
Party start pukul 8 malam. Aku dengan kakak aku sampai dalam pukul 8.15 macam tu, jalan jem gilaaa. Semua orang tak reti duduk rumah ke ape??? Serious jem macam ape je, menguji kesabaran betul tauu, aku kecoh lebih macam aku yang drive kan. keh keh keh. So kami sampai dalam 8.15 aku dah macam kelam kabut, alamaakkk dah lambat, dah start dah. camne ni.. Kakak aku pulak jalan macam nak pegi pasau, sabooo jee laa.
Tapi luckily masa kami sampai tak ramai lagi orang. Tetiba aku rasa macam over pulak datang awal, boleh?? Sebab memang tak ramai orang, serious. Sampai aku dengan kakak aku taktau nak buat apa, rasa lost gilaa. hehehe.
Siap ada passport kau, kelasssss !!
Then Revive crew ajak kitorang datang counter dia, untuk click fan page dia then snap picture and boleh dapat air Revive 2 tin. Tapi kitorang dah "like" page dia, dah snap pic pun ye tapi tak dapat air 2 tin, dapat dalam cup kecik aje. Jadi laaa, sedap jugak air dia, rasa macam 100plus tapi Revive ni kurang maniss, i likeeee!!!!
Kakak aku nampak pic ni dia kata "eeeeee, buruknya aku", ewahhhh. sejak bila cantik ntahhh??? hahahahaha
Ni tengah register dekat Revive tu laa. Dia ada sediakan laptop untuk kau log in FB kau dan like fan page dia. Itu sajo. then ada ambik gambar, katenye untuk contest, aku taktau laa. Sebab tak upload lagi dekat page Revive, nanti kite cekidautt ok?
Host of the day !! very kind and humble. Best je dia :)
Ada macam-macam aktiviti la dia buat. Ohh ada bidding BB curve 9800 jugak. Start bidding RM50 then orang yang dapat tu dia bidding dengan harga RM1500. WOahh !! Bunyi macam tak worth it langsung kan sebab retail price baru RM1200 tapi masalahnya, RM1500 yang dia bayar tu akan masuk dalam bil dia, so untuk beberapa bulan tu sampai cukup RM1500, dia guna free ajee. :)
Yang ni contest the most unique status update. Dalam passport tadi ada banyak page, yang first page kowt if tak silap aku, is page kau kena tulis status kau. Then koyak page tu kasik tampal dekat wall ni, then nanti dia akan pilih top 3 yang paling creative punya status. Tau hadiah dia apa?? Handphone Samsung sebijik. Tapi samsung ape, tak la ku ingat, comel je phone tu. Aku tak dapat, takde rezeki katenye :P
Lepas kau dah tampal status kau kat wall tu, pegi bahagian belakang wall tu untuk snap pic seperti budak cacat di atas ni. Then upload terus ke FB kau untuk kasik siapa yang degil taknak join community untuk jadikan Malaysia capital of the world tu JEALOUS. mwahahaha. gelak gelak jugak, tapi aku tak update sebab katenye handphone "canggih" sangat kan TT_TT.
ohh yee, credit dress and shawl from LD's Shop :P
Nak jugakkk tapi upload nye tidak. Hohoho. Wifi ada tapi kena masukkan password la pulak. kakak aku suruh aku pegi tanya password dia apa, aku pulak suruh kakak aku yang pegi. kau suruh aku, aku suruh kau then sampai ke sudah tak upload. pffftt !
Antara acara yang lain, host tadi minta volunteer 3 orang untuk buat rap yakk auu auu yakk auuu auuu, cekidaouut, cekidaouut. hahaha. Tapi sorang aje yang pegi. Ni rap version kau sendiri. Ada la host tu buat demo, best ok. Tapi yang volunteer sorang aje, yang sorang ni rap kan best gilaaa ok !! kau kena rap berkaitan pasal event tu la, i mean party tu then ada kaitan digi and FB. pandai-pandai ko la selit kan. Serious yang sorang tu masuk memang best and guess what? Dia ni takde both hands tapi aku memang salute dekat dia sebab ssangattttt creative.
Ni laa dia. Cer perhati kan betul betul :)
ni pulak contest dia kau kena cari orang yang keje untuk Revive tapi dia backstage punya crew. Dia tak pakai uniform Revive, dia pakai baju biasa je. Tapi dia ada bagi clue la dekat sini, kau kena baca clue ni then pusing laa satu party tu untuk cari orang yang ada ciri-ciri macam ni then kau kena tanya "are u the REV-UG ??". hahahaha. serious kelakar time ni, macam orang bodoh aje tanya dekat orang macam tu, tapi bodoh bodoh pun kalai kau jumpa orang dia dapat RM400 voucher Jusco. Haa kau, free free je dapat, sape nak bagi??
wakakakakakakakakakak crew. heee suka over. ni wakaka crew. Siapa tengok showdown tau laa :)
Aizat pun datang jugak. :) Aku tengok gambar ni kan, serious rasa nak bunuh diri sendiri. Hodoh nye laa muka, berlengas lepas tu perasan tak kepala aku besar??? ke besar kepala?? itu mungkin laa kan. =.='
Tengah sedap sedap cari si REV-UG, diorang kat belakang macam bersorak sorak. Aku pun macam, heh? ape benda tu kan. Sekali tengok ada ni. Nampak tak?? Sorry la kualiti tak bagus, handphone murah je :( dia tulis kat sana, "make Malaysia the facebook capital of the world".
Event ni habis dekat pukul 11 jugak laa. Aku dah laa tak makan lagi 1 hari, bagus kan. So aku dengan kakak aku decide nak balik la pegi makan, dah pukul 11 kang semua tutup pulak susah kan. Bila turun tengok food court semua dah tutup. So kita ke The Curve sebab sana restaurant yang dekat the street tu tutup pukul 1. Since it's friday, let's go to eat at TGI Friday's and give me moreee friday. mwehehe.
mushroom soup PALING SEDAP SI DUNIA !!!!! serious weyh. Ni kakak aku order, memula bial die serve aku macam, eyh? kecik nye portion dia tapi harga boleh tahan. aku rasa macam tak worth laa. then bila dah masuk mulut kan, terusss lupa pasal harga, pasal size dia. korek korek mangkuk dia sampai licin. hahahaha. sedap weyhh. then semalam akak aku singgah carrefour masa balik dari wedding untuk beli barang-barang nak masak mushroom soup, sebab masing-masing tak lena tidur asyik teringat teringat je. hahaha. overrrr !!
Nachos !!! hehehe, menu wajib n setiap kali datang makan kat sini. hehehehe. Tapi if nachos aku prefer yang dekat Carlos laa. lagi sedap kowt.
Main dish, Tenesy Chicken and Shrimp. Sedapp!!!! Tapi sos dia manis sikit, tapi tetap sedap. Shrimp dia besar gilee. puas makan.
Mine. Favvy weyhh. hehehe, Slush Strawberry with Lemon. slrpppp!!!
Akak aku tak makan. Dia makan mushroom soup dengan nachos je. Then ayam aku pun suku je dia makan. Air pulak warm water. Dia memang camni., malam kurang makan. nak diet katenye tapi tak jugak kurus aku tengok. keh keh keh. So perut dah kenyang, hati gumbira, mohh lee kite pulang. heee. Tapi sebelum tu aku tatap kan kat korang video aizat main cow ride dance. ntah betul ke tidak nama game ni tidak lah ku tahu haa. Layan kan aje yeee. btw, thanx to nuffnang again dan juga BIG SPONSOR Digi, i will follow u. hehehe. big thanx to both !! ♥
2 comments:
huhuu , cmbest jee !
mmg best. join laa jgk :)
Post a Comment