Tuesday, March 13, 2012

Buku Merah





Just for a day, Goodbye Malaysia :)




Saturday, March 10, 2012

Grateful for being a WOMAN





Ciptaan Allah yang bernama .... WANITA

Malaikat menghadap Allah dan bertanya : Ya Allah, mengapa memerlukan waktu untuk menciptakan wanita ini?

Allah menjawab : 

"Apakah kamu memerhatikan seluruh keistimewaan dan seluruh sifat yang ada pada ciptaan-Ku ini? Ciptaan ini harus memiliki lebih dari 200 organ yang selalu bergerak agar bisa menjalankan semua tugasnya. Ciptaan ini kelak harus mampu melayani suaminya, menjaga harta keluarga dan menjadi ratu di rumah tinggalnya. Ciptaan ini kelak harus mampu membuat enak segala macam makanan yang dihidangkan. Dia harus kuat mengandung anak dan sanggup melahirkan berkali-kali. Dia harus memberikan cinta yang bisa menyembuhkan rasa sakit. Dia harus bisa melakukan segala sesuatu hanya dengan 2 tangannya"


Malaikat terkejut dan berkata : "Hanya dengan 2 tangan? 2 tangan! Ini adalah hal yang mustahil"


Allah terus melanjutkan ciptaan-Nya lalu kepada malaikat, Allah berfirman : 

"Tunggulah sampai esok aku akan menyelesaikan semuanya, tunggulah sebentar. Ciptaan ini akan segera selesai. Dia ini akan selalu dekat dengan Aku. Dia bisa menyembuhkan dirinya saat jatuh sakit. Dia bisa bekerja sepanjang hari dan malam"


Malaikat mendekati wanita yang sudah tercipta dan memegangya lalu bertanya kepada Allah : "Ya Allah, Engkau jadikan wanita ini sangat lembut!"



Allah menjawab : 

"Ya sesugguhnya dia sangat lembut, tetapi Aku jadikan dia sangat kuat. Kamu tidak bisa menggambarkan sampai dimana kekuatannya, dia mampu menanggung beban dan menahan diri untuk bersabar"

Malaikat bertanya : "Apakah dia bisa berfikir?"


Allah menjawab : 

"Tidak hanya berfikir, dia pandai mengambil hati dan pandai berbicara, dia bias berdialog dan juga bisa berdebat"


Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah : "Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau"


Allah menjawab : 

"Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata dan di situ terletak banyak beban berat"


Malaikat bertanya : "Kenapa mengalirkan air mata?"



Allah menjawab : 

"Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirkan air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagiaan dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya... ♥




Thursday, March 8, 2012

Banjir Kilat



Al kisah bermula. Ada tetamu datang melawat dari Jakarta, kakak aku ambik cuti 4 hari nak bawak diorang jalan-jalan. Untuk plan hari rabu 7th March 2012, adalah bawak diorang melawat saudara mara kat shah alam and gombak. Aku memula macam nak ikut, tapi diorang gerak tengah hari, clash dengan class. So aku decide taknak ikut. Ntah kenapa hati tu macam nak pegi tapi macam taknak pegi, gitew.


So pagi rabu tu masa aku nak siap-siap pegi class, mak aku ajak pegi shah alam. Sebab diorang nak gerak gombak dulu, so maybe dalam 2 lebih or 3 baru gerak pegi shah alam. Aku pun dah lama tak jumpa mak ndak aku. So susun plan, lepas aku habis class, abang aku fetch dekat train gombak, then heading to shah alam. 


Abang aku lagi satu, keje and OT. Kitorang yang lain memang follow, konvoi 3 kete sekali dengan abang saudara aku jugak. Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Serious masa otw pegi shah alam tu dalam pukul 5 lebih, matahari terpacak lagi. Tapi mana nak tau, tetibe je hujan lebat tak berhenti. 


First stop rumah mak teh, then baru rumah mak ndak. Tapi masa nak gerka pegi rumah mak ndak tu, abang aku nak balik sebab dia ada hal. Time tu dalam pukul 7. Tak hujan lagi, kat shah alam la, KL aku tak tau. Since aku naik kete dengan abang aku and kete lain dah penuh so aku decide nak balik sekali laa, kalau tak terpaksa berhimpit, kosserr la kan. Tapi kakak aku bising sebab taknak follow pegi rumah mak ndak. Dah gaduh-gaduh, mengalah je laa. Tapi dah cakap nak balik awal, so lepas makan kitorang gerak. Dalam pukul 8.


So bermula la perjalanan aku, abang aku, abang saudara aku and him. Lepas keluar je dari tol shah alam tu dah start jam. Time ni dah start hujan lebat. Lagi teruk bila nak masuk KL, dekat area bangsar tu toksah cakap laa. Sempat aku tido bangun tido aku rasa. Then nampak jalan banjir teruk gila, dah cuak dah kat rumah macam mana la ni. Tapi yakin mungkin tak masuk air dalam rumah. Tetibe jiran depan rumah call bagi tau, area rumah air naik, nak dekat paras lutut je. Ya Allah, time ni aku dah fikir lubang saluran pipe washing machine tutup ke tidak sebab lubang tu sambung dengan longkang kat luar. Time ni terus call mak aku suruh balik jugak.


Tapi kitorang stuck dekat jam memang teruk gila. Nak masuk jalan tun razak punya laluan je air naik sampai lutut, so terpaksa pusing ikut dataran. Then aku nampak mercedes enjin mati, depan sikit nampak yang jenis macam sport car sikit but still brand yang sama, tenggelam separuh dah kete dia. Aiyooo. 


Perjalanan yang patut ambik masa 45 minit je jadi dekat 2 jam. Sampai dekat kawasan rumah, tengok semua gelap. Blackout!! Arghh!! Lagi laa aku risau, then rupa-rupanya, rumah aku tak blackout, just kawasan yang belakang which is dekat dengan ESSO je yang blackout sebab minyak petrol dia dah mengalir keluar. Bomba pun dah standby kat situ, nasib rumah aku tak black out. Kete tak boleh masuk, air je nak sampai lutut and diorang cakap masa aku sampai tu dah consider surut sikit dah.  And this is the memoriesssss T____T




Ni keadaan rumah masa abang aku sampai dulu. Indoor swimming pool, kau ada?



It's getting worst



Area train Damai, jam teruk.



Outside my house. Motor abang saudara aku air naik sampai dekat seat. =.='


Masa aku sampai, terus pindahkan mana kain yang kering tu dekat atas, and apa benda yang bole diselamatkan, letak dekat atas. Bilik abang and kakak aku dekat bawah, bila bukak pintu, semua benda terapung dah macam sampan aku tengok. 


Makanya, berhempas pulas laa kami sekeluarga mencuci rumah malam tu sampai pukul 12 malam. Menggeletar lutut semua. Nasib baik kakak sulung aku kebetulan datang, dia dengan suami dia tolong, then ada abang saudara aku, pun tolong, then kakak aku no 4 pun tolong walaupun tak habis-habis dengan BB dia sentiasa, awak ada sekali, pun kena kerah jugak. Hahahaha!! Rezeki laa kan. Kalau tak, nak harap kan aku dengan kakak aku then abang aku 2 orang, ntah pukul bape baru habis agaknya. 


Bagus jugak banjir macam ni, bersih terus rumah aku. Alhamdulillah, takde apa yang rosak. Cuma kena cuci and keringkan mana yang patut je laa. Tapi dengar cite, area KL banyak jugak yang teruk, sampai ada yang meninggal. Ni banjr paling teruk since 5 ke 6 tahun yang lepas.