Tuesday, February 22, 2011

Nama adik saya SUDOKU-N cikgu =.='



Nanti aku nak suruh akak aku cari tissue toilet yang macam ni. Cam best jerr kan. At least terisi jugak la masa kau tu disambil tunggu "saham" kau tu untung ke tak. 


Ni aku nak cite ni, now dekat rumah aku dilanda satu musim. Bukan musim buah tapi musim penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit main sudoku, word seek and cross puzzle word. Gila la.Ni akak aku punya pasal. Pulul dia, pukul dia. Hari tu, aku tak ingat la bila, early of month kowt, dia beli satu plastik penuh dengan puzzle, word seek and sudoku. 


Aku time tu nak pegi keje, punya la aku pelik ape benda la yang penuh satu plastik ni. Heran jugak aku, sejak bila umat dalam umah ni suka buat benda yang berfaedah macam ni? Selama ni benda berfaedah dorang tidur tak pun asyik la mengadap FB tu sampai ke pagi. Kau tau la bila orang baru ada FB ni kan, batak lebih sikit =.=''


Memula mak aku dia marah kat kitorang. Kau boleh tengok tau environment time semua tengah mengadap benda ni, kalau aku suka word seek. Word seek dia best, ada shape-shape. best owh. Kau cari word tu, dia susun dalam bentuk petak. tak pun bentuk macam jigsaw. and tak pun dia kosong kan vowel, kau cari. Memang best gila la. Yang lain addict dengan sudoku, yang aku ni tak suka sangat sebab nanti tak dapat aku macam emo gila vavi. Hahaha. 


Memula mak aku bising sebab bila semua mengadap benda ni, rumah macam takde orang. Senyap jee. Maybe suara TV je la yang kau dengar tapi TV tu pun mak aku je la yang tengok. Tak habis-habis dengan sinetron dia tu. Aku wondering, mak-mak ni memang kalau tengok sinetron tu terus addict ke? Fed up dengan mak aku kalau dia dah start pegang remort.


Tu memula la, dia macam tension je sebab dia aje yang tengok TV. Ntah macam mana ada la sehari tu, kakak-kakak aku semua tido umah, dah pukul 11 lebih macam tu, mak aku dah bosan sebab dah takde cite dia nak tengok. Then dia pulak tak ngantuk. Kakak-kakak aku ni diorang baring buat macam bentuk bulatan kat hall tu then sesama baut sudoku. Tetiba mak aku mencelah kan "ape la yang korang buat ni, best sangat ke?"


Then akak aku bagi dia buat, ambik kau. Sekali dah buat dia addict terus. Kalau dulu pukul 1 aku tak tidur lagi dia punya membebel, ya allah ! Tapi sekarang ni, pukul 3 pun dia tak tidur lagi. Dok "mendodoi" si sudoku-n ni. Gila laa. 


Kalau dia punya khusyuk tu kan, sampai muncung dia makin lama makin panjang. Sampai bole sangkut hanger. Muahaha. Aku kan hari-hari memang WAJIB beli metro. Mau gila aku sehari tak dapat metro. Kat dalam tu kan ada word seek dengan teka silang kata tu, even sikit, digagahkan jugak ok. Mak aku akan baut yang kat metro tu dulu baru dia buat sudoku. 




Ni masa ni dah dekat pukul 3 kowt. Aku nak shut down lappy, sekali tengok mak aku dok gigih lagi kira sudoku dia. Kau nampak kan metro bersepah sebelah dia tu, ha tu dia sah sudah dengan benda dalam metro tu. Agak la pukul 3 tak stop lagi, padahal time ni, esok tu dia ada appointment dengan doctor pukul 9 pagi. Pukul 3 dia dok dengan sudoku dia lagi. 


Aku : Ma, nak pukul 3 dah tu. Esok2 sambung
Mama : jap la, sikit lagi. esok bukan keje pun.

Wahhhh !! dah pandai menjawab yee. Kalau tak. bising mengalahkan ape je suruh semua tidur awal, sekarang????


Then esok tu dia cakap dengan aku tak larat nak bangun. Sakit kepala. Nak postpone jumpa doctor. Suke hati jee kan. Dia ingat ayah aku ada share kowt dengan hospital tu. And until now, tu la teman dia time boring. So aku rasa memang satu idea yang bernas untuk minta akak aku beli tissue toilet macam kat atas tu. tapi..... nanti if turn mak aku kat dalam, gasak la semua sembelit nak tunggu dia keluar toilet kan. =.=''



Kau gila.





Tekanan betul aku sekarang ni. Aku jadi sangap bila tak dapat on9. SERIOUS ! ni semua sebab dekat rumah memang LANGSUNG takde line connection. Bukan line slow or putus-putus tapi langsung takde. Arghhh !!! 


Ni abang aku punya idea la ni, kitorang terminate line lama so sekarang ni pakai line baru. Ingat tuka speed lain boleh la aku joli dengan kadar kelajuan internet yang sangat memuaskan hati, tapi hampasss ! Camne nak buat ni? Now I missed the old internet line even dia 521mp sahaja. Booooooo !!


Ni aku ada dekat college, bawak laptop. Memang dah tak keruan aku dekat seminggu tak dapat on9. Rasa hidup ni serba tak kena, tak lengkap ! Bila datang college orang semua dok cakap pasal gossip la, pasal assignment question la, yang aku pulak. eyh eyh eyh? ada ke? bila masa assignment question dapat weyh, then semua cakap kena check on9. Mula aku rasa nak pegi gegar je tempat yang dorang manage line connection ni.


Abang aku pun start la call sana sini nak complaint pasal benda ni, tu la masa memula kitorang cakap dia taknak caye, dia kata PC dia ok je,lappy kitorang yang problem. haa! sekarang kau rasakan, dengan kau kau sekali tak boleh main poker. HA HA HA. 


Tapi aku stress la, 11 hari bulan nak hantar assignment, line internet takde, how im gonna finish my work???!! now u tell me. tekanan gila ok. Time ni baru aku rasa menyesal time line internet elok, aku tak appreciate dia dengan guna untuk search benda yang sepatutnya. Padan muka. Bye T.T

  

Sunday, February 6, 2011

Ma, kenapa pelik sangat ?



Semalam aku tidur dengan omak den. Ngee. Aku tatau laa kenapa. Kadang-kadang aku pukul 3 4 baru nak tidur. Bila dah time-time macam tu baru nak lelap, mula la kepala otak ni jadi setan dok hasut kan. Cuba kau tengok atas, cuba tengok cermin. eyh macam ada orang ketuk tingkap la. Benci kan, pyscho sorang-sorang. Then bila baru nak tutup mata, dengar suara cicak pun aku dah terkejut. Mencik gilaa!


So semalam tidur dengan mama. Sebab semalam satu hari aku tak nampak mak aku, aku balik kerja pukul 10, dia pergi rumah besan dia, anak nak kawin, ada malam berinai. Dah pukul 1 mak aku tak balik-balik lagi, so after pegi toilet, aku nampak lampu bilik mak aku dah bukak. Eyhh dah balik laa. Heee! Terus masuk bilik ambik bantal tidur dengan mak aku.


Tengok mak aku pun tengah baring-baring sambil baca buku apa ntah. So aku baring bawah ketiak dia. 

Mama : Punya besar katil ni, bawah ketiak jugak kau nak.
Aku : Biar laa. Ambik berkat. Heee


Terus mak aku jeling, then sambung baca buku dia. Suka jeling-jeling kan, juling nanti baru mama tau. Ngeee.  Aku still tak boleh tidur. Pusing kiri. pusing kanan. meniarap. tertelentang. Macam-macam style la aku buat sampai mak aku naik fed up sebab tak aman dia nak baca buku, kati asyik goyang je kan. Heee. Terus dia tutup buku dia.


Mak aku dah nak tidur, aku ajak borak. Macam macam la aku tanya dia. Macam-macam cerita dengan dia. And sekarang ni mak aku risau sangat dengan manusia dalam negara ni. Sebab mak aku kata rata-rata sekranag ni Cina ramai, melayu sikit aje. Takut satu hari nanti diorang yang berkuasa, melayu jugak yang susah. Ye kee?? memandai je kowt mak aku ni?? =.=''


Yang bagusnya, ada lah dalam setengah jam dah borak dengan aku baru dia tanya esok keje shift apa. Then aku cakap la noon, owh ok. noon takpe kalau morning kau tidur sekarang. Kang esok bangun mula la pening-pening la itu la ini la. Grrrrr !!


Aku : Ma, nak tau tak. Tadi ada satu customer cina ni. Dia dengan kawan dia, lepas tengok beg kan dia cakap leng hor
Mama : Leng hor tu apa ? 
Aku : Alaa, tadi beria sebut pasal cina semua bagai, takkan tu pun taktau. Maksud dia cantik.
Mama : Mana la tau. Owh dia kata beg cantik ke
Aku : Tu la, orang pun ingat memula dia cakap beg yang cantik. Sekali dia tepu bahu orang dia cakap, u ni cantik la, u arab eyh?
Mama : *ketawa gila vavi* Cantik ke???
Aku : Ye laa, tau tak cantik. Tapi ni bukan first time orang cakap muka mina macam Arab. Kita ada darah arab ke ma? 
Mama : Banyak la kau punya darah arab. Mana tak cantik, tengok la mak dia kan.
Aku : tido tido tido


Hahaha. Poyo gila mak aku. Cantik ke kak???? Anak dah sembilan, ada hati lagi tu. Haha. Tapi serious, takde la ramai mana tapi kalau dah lebih dari sorang tu kira ramai tak ? Even mak arab pun pernah tanya aku ada mixed arab ke. Ya habibi ya habibi.


Lain pulak cerita kalau orang yang baru kenal aku, tau nama aku. Eyh kau orang indon eyh. ke ada darah indon. Hak alahh. indon indon. Then malam tadi aku tanya la mak aku.


Aku : Maa, kenapa nama orang pelik sangat ?
Mama : Apa yang pelik ? Sedap je. Alih-alih nanti orang ingat adik beradik dengan Bunga Cinta Lestari (ketawa bukan main algi masa ni)
Aku : Ishh ! orang serious ni. Masa sekolah ramai kawan cakap orang indon. Kenapa mama bagi nama pelik sangat
Mama : Tak la. yang Mirna tu mama letak sempena negeri Mina, yang dekat Mekah tu. Itu tempat idaman mama nak adik pergi satu hari nanti. 
Aku : Tu Mina, bukan Mirrrrna
Mama : Yeee, tapi mama akan panggil "mina". See, sekarang semua orang pun panggil mina kan. Ke ada yang panggil Mirna?
Aku : Ada je. cikgu-cikgu yang menyakat masa kat sekolah tu. tak habis-habis dia tekan huruf R tu. Practice lidah kowt.
Mama : Lestary tu pulak, maksud macam melestarikan impian nak sampai ke Mina. Nak mengekalkan impian mama supaya nanti adik sampai ke Mina tu. So jadi lah MIRNA LESTARY


Kreatif jugak mak aku ni kan. Tinggi sungguha ngan-angan mu. Insyaallah ye ma, ada rezeki sampai la. Tapi kan dulu aku cukup tak suka nama aku. Sebab selalu kena buli dengan budak-budak sekolah cakap nama aku macam indon indon. Sakit hati, so dolu-dolu nickname aku is Nadia. What the hell kan. Bila ingat balik aku rasa macam diri ni looosserr gila. Hahahah. Motif of the story ?? Sila sayang nama anda, sebab mak kau takkan bagi nama kau macam tu je. Mesti ada maksud tersirat :)


Wednesday, February 2, 2011

Kau yang terencat sebenarnya !




Tengok entry bukan main emo lagi kan. Ni aku nak cerita laa ni.*sambil lipat lengan baju* . Korang tau tak apa itu down syndrome ?? Dia ada scale dia kan, contoh dalam 100 orang ada la sorang yang kene.


Aku ada sorang anak buah, she's my eldest sister's daughter. Anak nombor dua. Even dia ni jenis macam tu, tapi kitorang tak manjakan dia, still ajar dia kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain and kerja rumah yang lain la kan. Aku ni jenis tak boleh tengok orang jenis macam ni ke, orang tua ke, orang yang muka kesian kesian ke. Aku tak boleh tengok, aku jadi sayu. Tapi kalau muka kesian tetiba kena tangkap jual ganja, memang aku pangkah la besar-besar kan.


Ok, nak dijadikan cerita laa kan. Hari ni aku kerja sorang, since Pavilion pun bagi notice boleh tutup awal. So hari ni entah aku mimpi apa, aku bangun awal gila, siap awal gila dan sampai pun awal gila. Tadi masa aku sampai, ada la kedai yang belum bukak. Rata-rata semua tengah bukak, tengah housekeeping.


Then tengah aku bukak-bukak, lap lap semua. Aku ternampak la sorang perempuan yang jenis macam ni lari-lari arah nak pergi concierge counter. Agak dah berumur sikit la, perempuan cina. Dia lari punya bersungguh, sambil pegang ticket parking dengan resit. Sebab kalau kau shop dekat Pavilion, RM200 in a single recipe, kau boleh claim untuk 2 hours free parking. So aku perhati je budak perempuan ni sampai la kelibat dia hilang.


So aku sambung la kerja aku balik. Then tetiba aku dengar suara orang jerit-jerit. Masa tu baru pukul 10.10 kowt. Padahal telinga aku bersumbat and aku bukak volume paling kuat, bayangkan aku boleh dengar orang jerit clear ! Memula macam nak marah la kan, siapa la yang vangang sangat memekak pepagi ni. Then aku pusing belakang, nampak budak perempuan tadi tengah jerit-jerit panggil orang kat bawah, aku tatau la siapa.


Time tu aku dah terfikir dah, siapa la yang bijaksana lagi cerdik yang suruh budak jenis macam ni pergi cop parking. So dia jerit-jerit panggil orang kat bawah sambil lambai-lambai ticket parking dengan resit tu and macam cakap dia tak jumpa la tempat nak cop parking tu. Aku tak rasa pun dai jerit, sebab aku rasa memang cara dia cakap macam tu. Sebab sepanjang dia nak turun bawah pergi dekat orang yang dia panggil tadi, sampai la dia naik balik momentum suara dia sama ok. Kuat gila. 


So tak lama lepas tu dia naik dengan seorang lelaki la. Nak kata dah tua, aku rasa boleh tahan la, dalam age 50 to 60 but still kuat lagi and pakai baju Tommy Hilfiger and memang smart habis la. Dia jalan dengan budak perempuan tadi cakap-cakap sambil yang lelaki tadi tunjuk jalan dekat dia. Diorang pergi sesama and budak perempuan tu pegang je tangan dia. 


Aku dah terfikir dah, kan boleh pergi sendiri. Kenapa kau jadi manusia paling bangang sangat pergi suruh budak special macam tu yang pergi????? Tak ke bodoh namanya tu?? Yang aku punya la kesian dekat budak tu sebab ye lah, dia dah kira patah balik la kan? Dah la time dia jalan tu bole nampak kaki dia memang tak kuat. 


Tak salah nak ajar budak macam tu berdikari, tapi dengan cara yang betul la. Jangan kau main lepas je tapi tak perhati. Buat nya time dia tengah lari-lari tu tersadung ke apa, siapa nak jawab? Kau yang sihat, berakal tu fikir la elok-elok. Teman la dia ke, tak pun sorok-sorok follow dia dari belakang. Haihh ! Panas betul hati aku. =.=''


Tas tangan itu aku punya !


Hahh. hahhh. Yang mana satu kau punya, cepat laa ambik. bagi dekat aweks kau. mak kau, makcik kau dan tak lupa jugak nenek kau yang kat kampung. Boleh pilih ikut kesesuaian umur, tapi cop warna oren tu untuk nenek kau. kelassssss gitu you ! ngahaha


Ok, ni bukan aku nak bagi gift dekat lucky reader ke apa. No no no. Aku kan kedekut, tunggu la duit nuffnang tu cukup dulu. Ni contest by Reebonz. Ye ye. takyah cakap bisik bisik yang aku asyik masuk contest. Well, aku kan suka, adakukesah ?? 


Ok, enough cakap pasal aku, now let's talk about this contest. Since handbag dia pun yang up-to-date yaww ! Kau hadoo?? Aku kalau nak beli salah satu beg tu, after beli aku kena puasa 5 bulan. Lagi bertambah selimmm aku kang kan. Wuuuu..



Korang bole baca details dekat sini, kelik lah untuk tumbesaran yang hebat !


Contest ni kau boleh buat satu hingga tiga spring outfit ikut taste kau dengan menggunakan salah satu beg dekat atas sekali tu. Kau pilih satu and kau mix and match outfit kau yang sesuai dengan handbag tu.


Macam aku, aku pilih beg Marc by Marc Jacobs. Yang warna biru hujug sekali tu. Sebab warna dia macam ceria ! Ngeh ngeh ngeh. And aku buat 2 spring outfit and both this is my favourite style ever yang tak pernah pernah try lagi. T.T Jom kita terjahhh.

Ok, untuk yang ni is more to casual. And aku pernah tengok ramai orang dressing macam ni, seriously cantik. Untuk pants, aku pilih wide leg jeans. Sangat style kan. Then untuk baju dia kalau pakai silk long sleeve lagi cantik. Nampak elok je terletak dekat badan. Ray ban untuk menampakkan si pemakai berkeyakinan tinggi sambil bizi dengan urusan iphone kesayangan. Pasangan dua sejoli, heels dan juga handbag Marc by Marc Jacobs yang boleh buat makcik makcik sekalian jealous dengan kau. Heh!





Oleh kerana aku ni seorang muslimah yang tak seberapa nak muslimah. O.o  So kena la try outfit untuk diri sendiri. Betul???? 


Here we go, aku memang cari maxi skirt tapi sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi, Kau tau la badan aku macam mana kan, agak-agak kat kedai jual papan ada tak?? Ok, untuk style muslimah ni aku gunakan maxi skirt yang mana menjadi kegilaan ramai sekarang ni. Pakai dengan top yang takde lengan and also cardigan. Cardigan tu kalau tak button lagi nampak cantik. :) Lilit shawl dekat kepala yang ala ala Burberry tu. Bangle sebagai hiasan dan pilih Kenzo sebab sebagai muslimah perfume tak boleh pakai terlalu kuat, nanti buat abang abang tergoda so pakai Kenzo soft sikit. Then heels ala Cinderella dan juga si baby pujaan hati Marc by Marc Jacobs biru tu.


So korang macam mana?? Beg mana yang korang pilih and spring outfit macam mana yang taste korang?? Nak tau lebih details korang datang la link ni Reebonz. Chek it out !


Overall Best Spring Outfit : Additional SGD 500 cash and 500 Reebonz credit
Reebonz Facebook Friends Favourite Spring Outfit : Additional SGD 250 cash and 250 Reebonz credit