Monday, January 31, 2011

Perjanjian si susu? O.o



Susu ? aiyerr! Benda ni paling aku susah nak telan. Kembang je tekak ni kalau minum susu. @.@ Pernah member aku cakap minum susu bole gain weight. Gagah pergi beli Dutch Lady warna biru punya kotak tu (aku lupa la nama), pergh! pejam mata aku minum, sekali teguk je terus aku luahkan balik. Hijau muka! ok tu tipu. Maybe aku tak boleh terima susu ni sebab dulu aku putus nenen dengan mak aku masa tadika kowt. Pffftt!!


Ok dah dah dah. Ni bukan nak cerita tahun bila aku putus dotdotdot dengan mak aku, tapi ni nak cerita pasal satu iklan ni. Kalau kau perasan laa ada nama iklan MILKADEAL yang asyik pop up je dalam blog, tak kisah la siapa pun. Aku blogwalking tadi, asyik asyik iklan tu. asyik asyik iklan tu. apa yang best sangat ntah? cecite cecite.


Memula tu memang la aku malas nak kepoh kan. Sebab terang-terang aku nampak perkataan MILK tambah plak logo dia ada gambar susu dalam botol tu. aiyerrr. so memang tak la aku nak click kan. Tapi tadi aku macam " haiseh! banyak sangat blog yang aku masuk dok promote benda ni, ape benda ni?". After aku click masuk sini, masuk sana, baru aku faham. OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO


Ni bukan iklan susu. ngeh ngeh ngeh. Cuma dia guna perkataan milk tu nak membayangkan something yang betul-betul O.O . Macam dorang cakap la,  At MilkADeal, we only bring you deals worth ‘milking’ and one that we know people would go MAD about.


Haaa! giteww leww. Ni website yang buat macam, macam apa eyh? lelong. boleh kira ke? Lebih kurang laa. Ok ok. dia macam ni. Website ni dia collabarate dengan beberapa kedai makan ke, kedai futsal ke, salon ke etc etc, then dia akan bagi kau diskaun. Tadi aku review, up to 50++% jugak la. 


Tapi dia bukan bagi diskaun and advertise benda tu tunggu 1Malaysia dah beli, baru tukar ke benda lain. No no no, even kita digalakkan bekerjasama sebagai 1Malaysia, tapi dalam hal ni siapa cepat dia dapat. First come, first serve. Kat dalam MilkADeal ni, dia akan bagi certain time untuk kau beli. And dia ada countdown time dekat tepi tu untuk kau tengok boleh beli lagi ke tak.


kelik la untuk tumbesaran yang hebat !


Ni contoh macam benda yang tengah ada deal sekarang ni. Korang bole click "BUY" yang warna merah segabak alam tu untuk beli. Macam sekarang ni deal pasal Indochie Restaurant dekat Jalan Ampang. Dia buat deal, korang boleh dapat makanan dengan minuman cuma RM30 yang mana harga biasa dia RM65. And tak payah nak ligat keluarkan handphone or kalkulator kau untuk calculate berapa diskaun. Tu haa! dekat bawah buy tu dia dah siap calculate kan dan jugak time yang tinggal untuk kau beli.


 And aku ada review jugak benda yang pernah diorang buat deal. Ada pasal futsal court dekat Taman Megah, RM70 per hour instead of RM110 biasanya. And ada banyak lagi la, saloon pun ada jugak tapi so far banyak pasal makanan. nom nom nom. Tapi yang tu semua time dia dah 0 hour 0 minute 0 second. Ngahahaha. Dah over.


MilkADeal ni baru lagi, so tak banyak lagi benda yang ada. Baru launch on 1st January hari tu and follower dekat FB pun baru berapa je. Tapi nanti maybe lama-lama banyak la tu, ni pun aku tengok ramai je yang beli.


Now yang ada deal pasal restauran yang aku cakap tadi, dengan lagi satu kedai makan jugak. Sekarang aku tengah fikir. nak ke tak, nak ke tak beli yang restaurant dekat jalan ampang tu. Takut akak aku pulak tak free. Tape, ape-ape hal korang bole tengok dekat link dia MilkADeal


Terkunci dalam rumah??


Pssst. Psssst. Nak tau tak. nak tau tak. Hari ni kan. I'm HOME..!!! hahaha. Poyooo gila, bunyi macam baru balik feeling study obersee pulak kan. ngahaha. Tade, hari ni aku off duty and no class. Dah lama tak merasa duduk rumah je satu hari. keh keh keh


Since hari sabtu hari tu lagi aku dah kira, berapa jam lagi nak masuk hari isnin. Gelabah gila nak kira bapa jam kan. ngahaha. So dah pasang nawaitu nak tidur lambat. bangun lambat. Kira macm qada' laa tidur tidur yang tak cukup since last week pun assignment ngorat aku ajak borak sampai pukul 3 4 pagi. Sadiss betul! T.T


So malam tadi aku dapat tau hari ni (isnin) mak aku ada appointment doctor, so takde siapa teman dia. Tapi aku tau bukan dari mak aku, tapi mega yang bagi tau. Poyo la mak aku ni konon taknak kacau aku sebab tak selalu cuti. Mampos kena tembak cakap mak sendiri poyo kan. Hahaha. Tape laa, since aku ni anak yang baik kan kan kan kan. So aku teman mak aku pergi hospital tadi. Dah la pagi, hujan pulak tu. Tau la aku ni liat nak mampos bangun pagi kan. 


Dalam pukul 8 lebih macam tu aku dah terjaga, ni malaikat yang kejut ke apa. Malaikat berkata "Bangun bangun, teman mak kau pergi hospital". O.o 


Memang tak laa kan, aku terjaga sebab ada la orang tu call aku bagi tau yang dia dah bape kali pergi toilet sebab food poisoning. Makan kalau tak bagi aku sikit macm tu la. Nak gelak pun tak sampai hati, orang tengah sakit kan. cehcehceh. 


So dekat dekat pukul 9 macam tu mak aku gerak suruh mandi semua. Bagus kan. 9.30 appointment, pukul 9 baru gerak aku. Biasa la, janji melayu. Betul tak?? Ayat mak aku masa kejut aku tidur lagi tak boleh blaa

Mama : Adik, bangun. Boleh bangun tak?
Aku : Ye ye. dah bangun *sambil bukak pintu bilik
Mama : *senyum. Boleh bangun ke? Cakap nak teman mama pergi hospital. Siap la cepat.

Kau tengok ayat drama. NGAHAHAHA. Aku senyum je la sambil geleng kepala. Bukan sebab taknak teman, tapi tak paham dengan mak aku sorang ni. hahaha

Dah siap-siap semua, kakak aku dah awal keluar, so aku budget rumah memang takde orang la kan. Masa nak kunci rumah aku tanya mak aku ada orang tak kat dalam. Nak confirm kan. Then mak aku jawab sambil tu dia jalan nak keluar, nampak jiran depan rumah tengah terpacak depan pintu hantar suami dia nak pergi kerja. Haa haa. pagi-pagi lagi dah nak gossip letteww. Aku ni pun sayup sayup je la dengar dia cakap apa. Tapi yang pasti aku dengar dia cakap "kunci je laa"


Memang la dia jawab yang betul soalan aku. Sebab aku tanya. "Ma, kat dalam ada siapa siapa tak? Orang nak kunci solex ni". So kira betul la kan dia jawab?? Fine. Aku dengan tak bersalah kunci je la solex tuh. Then gerak terus.


Bila dah ada dekat hospital, and aku tengah baca paper time tu sementara tunggu mak aku habis appointment. Tetiba aku teringat yang macam ada makhluk je dalam rumah. Ingat punya ingat baru aku perasan. Ya Allah!! Mega tak pergi kerja lagi, tapi aku kunci rumah dari luar. Mampposs. hahaha


Aku sebenarnya nak tergelak gila babi sebab aku terbayang yang si mega ni tengok je luar ikut tingkap sebab tak boleh nak bukak pintu kan tapi atas rasa bersalah aku call elok-elok. Sekali aku call tak angkat, so aku biar dia call aku balik sebab maybe dia tengah mandi ke apa ke kan. Tak lama lepas tu dia call aku balik guna nombor rumah

Mega : Weyh, kau call aku ke tadi?
Aku : Hak ahh. Kau kat rumah ke weyh? (soalan bodoh tak?)
Mega : Yee la, tengah siap-siap ni. Kenapa?
Aku : (tahan gelak :D) Ohh takde. nak cakap ni. Aku terkunci solex laa.
Mega : Hahhh??? Kau ni kan. dah la aku kerja pukul 2. ni mak aku pesan suruh singgah jalan TAR nak beli kain customer dia. Ni macam mana dah terkunci. Kau lama lagi ke. Bodoh la kau ni, pegi kunci apahal. hak alahh
Aku : Kau tanya nenek kau. Aku tanya ada orang tak, dia cakap kunci je. mana aku tau. Aku pun lupa kau ada kat rumah.
Mega : Dah ahh. bye


Hahahaaha. Lepas end call terus aku gelak gelak. Mesti orang kiri kanan ingat aku gila kan gelak sorang sorang. Hahaha. Tapi masalahnya aku tak tahan. Aku rasa macam lawak gila. Tak lama lepas tu kakak aku yang sulung call, ni mak mega. Aiyookkk tatau. dia bagi tau mak diaaa. aiyokk. haa haaa. taktau. 

Onang : Weyh, kau kunci anak aku kat dalam rumah kan
Aku : hahahahahahahha. Apa pulak orang. dah tanya mama, mama cakap kunci je. Mana la orang tau
Onang : Aku dah la nak minta tolong dia pergi beli kain. Kau ni, mama tu lama lagi ke
Aku : Relax laa dher. tak kowt. agak lama dah kat dalam
Onang : relax relax. aku ketuk kepala kau baru tau
Aku : Yee. Jap lagi balik  la
Onang : KAng balik terus. Jangan nak menyinggah. Cakap dengan mama tu


Eyh eyh eyh. suka hati la nak pergi mana kan. Hahahaha. Tapi memang tak laa. Lepas je maka aku keluar dari bilik teraphy tu aku cakap laa yang mega terkurung kat dalam rumah

Mama : Hahhhh?? Yang kau pegi kunci kenapa??
Aku : semua nak salahkan orang. orang dah tanya mama tadikan ada orang tak kat dalam. mama cakap kunci je. orang kunci la
Mama : Memang la. mama cakap kunci la pintu tu, mega ada kat dalam.
Aku : Ntah. tak dengar pun

Lepas tu bantai aku dengan mak aku terus gelak gila babeng. hahaha. Lepas tapau makanan sikit terus tahan taxi, nasib baik tak tunggu lama. 


Sampai je rumah tengok rumah dah terbukak. Tengok si mega tu tengah pakai tudung kan.Aku tanya la dia mana dapat kunci? Dia cakap cari laaa!! siap tengkin tengking. Hahahaha. Marah nampak kak. Senyum laa. auuu cak. smileeee.



Sunday, January 30, 2011

Kau tak makan eyh?


Soalan sebegitu ghupe teramat la bosan aku nak jawab. Aku rasa macam nak hang note dekat badan aku ni and tulis "AKU BUKAN TAK MAKAN, TAPI DAH TERLEBIH MAKAN. FAHAM TAK?!!"


Tetibe nak emo, padahal aku belum cerita lagi kan kenapa. Tak, macam ni cerita dia. Aku dah bosan, telinga dah berasap setiap kali orang tanya macam tu dekat aku.




Kau rasa keding sangat ke?? Tengok depan-depan memang aku pun admit kurus gila. Tapi tu la, aku pun taktau apa masalah. Nak kata aku tak makan? Jin pun takut tengok aku makan. Kat tempat kerja selalu aku makan memang macam hantu. Memula makan mee hoon sup, direct after tu terus makan laksa. Selang 2 jam lepas tu makan crisp pulak, tak pun aku cari jajan. Then nanti dah agak lama sikit beli lagi makanan. Kadang tu sampai semput-semput aku makan


Tapi still macam ni. Aku taktau la dia sesat ke apa. Orang cakap jangan makan malam-malam, nanti gemuk. Aku??? Memang tak laa. Pukul 2 pagi tu aku bedal nasi. Jangan makan benda ada kolestrol, nanti gemuk. Aku??? Terbayang KFC. Sedap jee. Jangan baring lepas makan, tak baik. Kadang-kadang sambil makan bole tertidur. Caye kee?? Memang tak laaa! Gila tak senonoh kau


Serious aku makan banyak. Then ramai suggest suruh aku ambik Appeton Gain Weight. Tapi, benda tu untuk bukak selera makan. Kau imagine kalau dengan selera yang ada now pun aku bole makan kalah jin, kalau makan benda untuk bagi bukak selera, agak-agak aku dapat kalahkan siapa? Miss Jumbo 2010 pun resign aku rasa!


Ada jugak yang suggest jumpa doctor tengok kowt-kowt ada masalah ke apa. Tapi aku kan biziwomen, takde masa laa. Suruh doctor tu datang jumpa aku la, bole?


Aku nak naikkan badan sikit. Tinggi and shape dah ok just nak ada isi sikit je. Aku kira BMI aku. Sangat laa jauh weyh, tak sampai 10 kowt aku rasa. Wondering kenaa jadi macam ni. Nak kata keturunan?? Kakak aku kembang je semua.


Maybe tunggu umur 20++ baru naik tak pun kau try kawin then confirm naik. Try kawin konon, ingat macam main masak-masak ke??? Tension eyh bila fikir.


Ada classmate aku suggest ambik Herbalife, maybe bole gain weight. The thing is, aku tak minum susu. Aiyerrrr!! Aku tak suka benda-benda manis sangat. Kembang tekak. Ada jugak yang cakap maybe sebab aku makan banyak mana pun, aku guna balik jadikan tenaga. Sebab ye la, kan keje and class, pergi mana-mana pun aku jalan kaki so maybe sebab tu la. Berapa aku makan, dia guna jadi tenaga balik.


Tapi aku nak naik sikit badan. Buruk laa. If pakai baju mesti ada terlebih-lebih. Seluar pun tiap kejap nak kena tarik, longgar. T.T Hope nanti dah 20++ badan akan naik. Korang ada tips tak??


Saturday, January 29, 2011

Wajah Baru ;)


Si Storie Morie sudah berwajah baru. Tersenyum bangga menampakkan gigi yang agak ke-hitam-an akibat sudah berbulan tidak disunting. Makin lama makin berdebu barangkali itu juga petanda traffic aku semakin slow. 

Ahhh. Persetankan. Mari selak buku baru untuk tahun baru yang penuh dengan matlamat baru.

Cehcehceh. HAHAHA. bukan main lagi intro dia kau, cukup sastera tak tu??? Hahaha. Biasa la, kau tengok jam pukul berapa tu, menjadi kebiasaan la kepala otak agak sedikit ting tong.


Nahhh muka baru si storie morie. Amacam??? Cantik tak? *angkat dua-dua kening.


Ohh ya, kali ni aku tak search template yang comel-comel mahupun yang latest dekat website yang biasa aku terjah. Agak kemalasan nak bukak banyak sangat tab, so aku try dekat blogger punya template aje. Orang cakap makin advance. Kira macam senang la kau nak edit.


Not bad, and this is the result.. Taaadddaaaa !!


Ok cukup lah aku merepek. Habis aku rogol setting segala bagai tu. Tapi aku tak puas hati lagi dengan apa yang ada now. Nak belajar macam mana nak kasi advance lagi. Adioss ! ;)



Friday, January 28, 2011

Are you human????


Tadi aku masuk laa satu web page ni. Nak download theme untuk phone. Link ni Hardy yang bagi kat aku since  dia pun baru beli vivavi-vaz jugak, tapi dai lagi advance la. Cari theme dekat internet segala, kalau aku jangan harap la kan. So dia bagi pinjam username and password dia. 


Aku pun try laa dekat 5 6 kali jugak masuk kan link dengan password. Tak jugak boleh. Asyik error ajee. Last sekali dia keluar macam ni.




Kau nampak tak yang aku circle tu. What the hell??? Please answer this challenge to prove you are human. Agaknya dia penah nampak anak rimau online kowt. 


Siap bagi challenge macam ni la pulak. Bagi laa challenge yang dapat iphone sebijik ke ipad ke if kita jawab betul kan.. Ni tak. Statement terang-terang bagi kau jadi O.O


Then aku try jugak la jawab, tapi hasil tetap sama. ERROR jugak. So sekarang ni. Nak salahkan siapa?? Kau manusia ke aku manusia????


Thursday, January 27, 2011

Lindsay Lohan Vs Paris Hilton : Boxing match


Tadi aku ada terbaca dekat kosmo. Ada orang offer $1 million dekat diorang ni untuk lawan boxing. waddaaa??? Merepek je kan. Paris tu aku tengok dalam program dia yang new BFF and Simple Life yang dolu-dolu tu, lembut aje. Macam tak bermaya pun ada. Apakah semua ini??



Then tadi aku try google, memang betul pun. Macam lawak pun ada kan?? Tapi if dah tinju tinju nanti, jangan lupa uplaod dekat youtube. Sharing is caring kan??




Aku sokong siapa ??? Hurmmmm. Muhamad Ali bole?? huhahuhahuha :D






Sunday, January 23, 2011

Jom belajar automatik !


Hujung minggu macam ni biasa la, rumah aku memang penuh dengan toyol-toyol sekalian. Anak abang and kakak aku. Hujung minggu biasa memang tidur rumah sebab pagi ahad tu dia akan kerah mak lang dia pergi Taman KLCC pagi-pagi buta. Elok la tu, badan mak lang kau pun dah makin kembang aku tengok. Tapi kadang-kadang "taman" atas katil pun jadi jugak diorang ni. =.=''


Nak dijadikan cerita, aku dalam ramai-ramai anak buah aku kan. Yee, ramai sangat. now dah 12 dah anak buah aku. Percaya tak? Caya tak?? sila lah percaya and tahun ni akan bertambah lagi DUA ! huhh! Makin haru laa rumah ni jawabnya. Dah laa masing-masing kecik tapi perangai, masyallah..Ok, dalam ramai-ramai toyol ni, aku paling rapat dengan anak abang aku no2. Kitorang paggil dia kak ngah, tapi dia ni ikut gedik dia laa. Nama Siti Nur Aliya Maisarah, kadang-kadang gedik gelarkan diri dia, Ya. kadang-kadang, Alia or sometimes Sarah. Menyampah aku. 


Aku paling rapat dengan dia ni. Sebab masa dia dalam perut mak dia lagi, aku dah aim. Aku memang nak kamcheng gila dengan kau, since kita turutan nombor yang sama. HAHAHA. Aku anak nombor 9, dia cucu nombor 9. Sungguh tak boleh blaa. And bila dia dah besar sekarang ni, sumpah mulut macam murai. Ada jee benda dia nak cakap. Then suka menari goyang-goyang bontot, nyanyi segala lagu yang aku tak paham. Tahun ni nak masuk 5 tahun, dah taska dah.



Aku tak paham apa masalah blog ni. 3 kali aku tukar tapi tak jugak tegak. Senget kan la sikit kepala eyh. Haa ni la si gedik tu. Kau tengok laa tu. =.=''


Tadi aku balik keje, dia datang kat aku, sondol-sondol sambil tengok dalam handbag aku. Sebab biasa if dia ada dekat rumah memang aku akan bawak something.

Gedik : Cik na tak bawak apa-apa ke untuk kak ngah ? (macam dia sorang je ada dekat rumah kan)
Aku : Tak. Tapi cik na ada simpan dalam poket, kalau nak kena posing ambik gambar dulu
Gedik : Alaa, senang jee.



Snap I



Snap II

Kau tengok la tu. Ada banyak lagi, tapi tak kuasa aku nak upload since benda ni pun senget-senget kan. Tak feel betul la. Haishh. 




Lepas dah gertak, kalau buat muka buruk lagi, takmau bagi "benda" tu. Fine, dia senyum tapi kena pegang kepala sebab asyik gerak-gerak macam ikan menggelupur aje.


Gedik : Penat dah ambik gambar, mana benda yang cik na nak bagi
Aku : Eyhh belum lagi. Baca ABC dulu baru dapat
Gedik : *sigh sambil buat muka toya dia. Siang-siang kak ngah dah baca, malam-malam takkan kena jugak
Aku : Nak ke tak. nak ke tak?
Gedik : Ye laaa A B C D E F G H I J K O P blablabla
Aku : eyhh?? Lain macam je bunyi. Sipa ajar kau lepas K terus O hah?? LMN kau mana? 
Gedik : L P Q
Aku : MN dulu.
Gedik : Haishhhh. L M N

Part ni dia tekan sebijik-sebijik LMN tu. =.=''

Abang dengan kakak dia tengah belajar jugak. Yang abang dia aku kerah suruh baca sifir. Dan dan dia pun nak jugak, padahal ABC pun tak lepas tu. 

Gedik : Kak ngah pun nak belajar macam abang dengan kakak la
Aku : eleh kau, ABC pun tak lepas, ada hati tu.
Gedik : Tak pe laa. Jom belajar automatik (sambil jerit dengan tangan waving dekat atas)

Automatik ??? Apakahh???

Aku : Matemaik laa gedik. (sambil gelak ketuk-ketuk meja)
Gedik : Eyhh, silap. hee. matemaik ( sambil senyum malu-malu. sooo gedik)
Aku : Ok, kak ngah tau sifir bapa.?
Gedik : Haa, kak ngah tau sifir 1. kak ngah tau. (part ni satu rumah ketawa gila babeng)
Aku : bongok. 1 darab 1 bape kak ngah?
Gedik : 1 darab 1 sama dengan 2 ! (penuh confident)


Semua gelak terbahak-bahak lepas tu. aihhh la kak ngah. dah la gedik, kerek pulak tu. Kang aku pang kang baru kau tau. hahaha



Haii. jom kapel. :)






Tuesday, January 4, 2011

Ceritera kebinatangan..



Dah pukul bape ni tapi aku tak tido lagi. Ni haa tengah tolong Dy gundut tu buat assignment dia sebab dia guna tempat aku kerja now as sources dia. So tengah bosan-bosan sambil tunggu dia tanya apa yang patut, aku teringat dalam handphone ada a few pic si hewan-hewan yang menggeramkan (ayat baru ?)


Kan kawan depan rumah aku ni suka kucing. Rumah dia banyak gila kucing, serius ! Dah macam muzium kucing pun ada. And two last week kowt, 2 ekor kucing dia beranak and total kitten yang baru 8 ekor if aku tak silap =.=' . Gilaa banyak. Then kelmarin aku pergi rumah dia, ohemgee. Ada lagi yang baru beranak, 4 ekor. Yang 4 ekor ni dapat tengok dekat-dekat sebab dia letak kat dapur,dalam kotak. Maybe sangkar dah tak muat.


Aku wondering kebanyakkan kitten dia yang lahir, aku paling suka yang warna grey. And yang tu mesti agresif terlebih. Macam sekor ni, umur lebih kurang garfield yang aku post hari tu (click sini). Nama dia Abu, dia ada adik lagi sekor. Masa lahir 4 ekor tapi 2 dah mati, so diorang ni je yang tinggal. And dua2 ni agresif nak mampos. Pernah sekali tu, ni masa diorang kecik lagi la, dia main-main dekat plastik, time tu si adik ni tengah tengok apa yang ada dalam plastic tu. Then datang si abu ni, dia pergi tutup lubang plastik tu dengan tangan dia, meronta-ronta kepala adik dia dalam plastik tu sebab lemas. HAHAHA.


Gila nakal ok, then diorang kejar satu sama lain, masuk bawah kerusi, panjat sana panjat sini. Then si Abu ni terpijak pinggan yang ada air, zzuuupp !! dua-dua terus lari bawah meja. Haa, tau takut. hahaha. Tapi sekarang dah besar dah dua-dua. Gatal pun boleh tahan, dua-dua pun jantan, lagi laa kan. Sekarang ada port baru diorang ni main, nun atas atap, jenuh la nak panggil turun. Bila kita panggil dia, dia pandang atas then depan then kiri kanan, feeling tengah tengok pemandangan dari atap rumah. pffft.



Ni kitten yang baru lahir tu, aku suka warna grey ni sebab dia nampak macam pakai stokin kan. comel gila. Then lagi satu, dia ni tade nama lagi, tapi if kita panggil dia, dia akan tengok then miow mioww. sooo cute ! poom!


Hahaha. masa ni lawak, aku nak snap pic diorang. Tapi disebabkan dapur tu gelap, so aku on kan lampu camera. Then tengah aku nak focus dekat si kelabu ni, dia bole buat macam ni. Silau sebab lampu tu. Hahaha. Then nak tengok lampu tu ada lagi ke tak, dia bukak mata seblah sikit-sikit. Sumpah aku rasa nak lenyek kucing yang bijak macam ni.



One happy family at home. Heee. ni la dia yang kitten paling latest. Eyh baru aku perasan, 5 ekor heh, bukan 4. wuuu. ni adik beradik si kelabu tadi laa. 



Ni kisah lain pulak. Yang oren hitam tu nama dia chutchut, yang hitam putih tomtom. Kucing paling manja dalam kalangan kucing. Nakal ya ampun. Chutchut tu emak kepada si tomtom. yee, sila percaya anak hampir 2 kali ganda daripada mak dia. Hahaha. Time ni tomtom nampak mak terus dia landing depan mak dia macam tu, then mak dia jilat-jilat. alaaahaii. dah besar-besar pun nak menggedik ! Tapi if tomtom ni buat benda bagi orang marah, memang si chutchut tampar je terus. hahaha


Motif gambar ni adalah benda yang dibulatkan tu, yang bulat warna merah tu. Haaa, kau nampak ayam, sila abaikan manusia 3 jenis tu. ohh ayam... Ni picture masa kitorang pergi rumah akhmil, wedding kakak dia. Then ni dekat tempat park kereta. Tepi tu macam ada reban ayam. Ada la dalam 4 5 ekor ayam. Tapi kan, sekor ayam if makan 10 orang, memang kenyang habis. Tak payah kerat 16. Kerat 10 je terus. sure kenyang seketul sorang. Aku tengok ayam tu, aku dok aim part drumstick dia je. kalau dapat tu, perghhh. Kenyang gila. Taktau la tuan dia bagi makan apa, gemuk gilaa !


Hahahaha. Korang bosan tak baca pasal hewan? If bosan bolehh blahh dari blog aku. Hamboihh bahasa kan, dah la lately ni traffic semakin selowwww. wuuu. Aku rasa nak bagi nama si kelabu td reyrey laa. kah kah kah. grey jadi reyrey. Tapi comel jugak kan. 


Heeee. tu je. bahbai :D