Tuesday, October 26, 2010

Perfect movie :D

'poster'

Hari jumaat hari tu dapat invitation from nuffnang untuk tengok movie ni. From 1 to ten aku bagi 11. hahaha. memang super duper fun la weyh. kakak aku ketawa sampai keluar air mata bagai. Hahaha. cerita dia aku tatau la lama ke sekejap sebab aku rasa macam sekejap aje. hohoho.


Siapa yang nak pergi tengok movie ni, korang memang patut pegi tengok cepat-cepat. Takkan menyesal la aku cakap. Worth sangat-sangat la. Aku taknak la cerita apa-apa dekat sini, tak surprise la kan. Kau beli ticket and masuk tengok sendiri. Dijamin puas hati. ;)


And aku rasa aku la orang paling bertuah dalam cinema tu sebab dapat tengok 2 movie dalam satu masa. Kau ada ? hahaha


Lagi 1 cinema tu kan, hero and heroin dia orang sebelah aku. Memang macam Tuutt gila la aku cakap. If sangap sekali pun, pi check in hotel la bhai. Adoii la. Yan pompuan dia pun muka tatau malu. Tau la dalam tu gelap, tapi sit kitorang tu dekat dengan screen so aku rasa cahaya dia dah cukup terang kowt.


Sumpah geli gilerrrr aku cakap. Yang perempuan ni pergi usap and urut lelaki tu punya tuttt.. Siap genggam-genggam bagai. eeeeee..! yarkkss.! And the best part is, masa lelaki tu move kan tangan dia maybe sebab dah perasan yang ada orang dah nampak ke ape, perempuan tu bole merajuk. Siap peluk tubuh dia lagi taknak bagi lelaki tu pegang tangan dia. Wadafak ??


Tatau malu ke weyhh? Tatau la ada akal ke tak kan. And aku pun tak sure korang tu husband and wifey ke apa, but still fikir sikit orang sekeliling. Kau dah la dekat public.


After movie habis, diorang la orang first keluar kowt tak salah aku. Aikk? ADa perasaan malu ke ?? Adoiii laaa..


Friday, October 8, 2010

You again ?


'poster'">

"Tell us about a person whom you didn’t really like in your past. He/She can be the nasty classmate who kept stealing your Hello Kitty erasers, the senior who kept stuffing you into rubbish bins, or anyone else who has made your life unpleasant in the past."

Memandangkan aku punya English memang porak peranda, so izinkan lah aku tulis dalam bahasa melayu ye. :)

Masa sekolah rendah, aku memang sangat becok (even now still tak berubah) and character aku memang ada sikit kasar maybe sebab dalam adik beradik, atas aku ada 4 abang. Memang cikgu pun sampai naik pening tengok aku, dah la pakai tudung selekeh, dengan tudung tak lipat, jalan macam gangster. huh ! Tapi tu masa aku darjah 2 la.

So ada satu hari tu, cikgu dah tak tahan agaknya dengan perangai aku, so dia pindahkan aku duduk sebelah budak lelaki yang bernama Mister I, mana la tau kowt aku berubah jadi pendiam kan. And rajin buat homework sebabnya budak tu memang pandai. Asyik asyik nombor 1 aje dia dapat dalam exam.

So after seminggu duduk sebelah dia, cikgu dah bole nampak perubahan aku. Memang aku tak tipu, aku berubah jadi pendiam and dah rajin buat homework. Bila cikgu ajar, elok aje bagi tumpuan kan. Meja aku dengan Mister I ni betul betul tepi pintu. Time tu meja susun dua-dua, so dia duduk bahagian dalam, aku duduk bahagian luar.

Bila cikgu mengajar, nak pandang blackboard tu kena la macam senget kan badan sikit, so Mister I ni akan ada belakang aku la kan, ada satu hari ni, tiba tiba member belakang tegur

"Mirna, Mister I buat jahat !"

Time tu aku memang dah dengar dia gelak setan dah, tapi aku tak expect pulak aku mangsanya.

Sekali aku toleh, nampak dia tengah pegang gunting then sengeh-sengeh sambil tutup mulut bila aku pandang dia. And aku macam, GOSH ! apa kau dah buat. Aku tak dapat tangkap lagi apa maksud dia ketawa tu.

Then member aku bagi tau dia gunting tudung aku, sekali aku tarik tudung bahagian belakang, hamek kau ! ada 3 kesan gunting. bole pulak dia gelak gelak kan? Ohh man..

Disebabkan Mister I ni pun memang seorang yang lembut, so aku maafkan je la. Still pakai tudung tu even dah koyak, kata pun hati kering kan, belasah je la. Hahaha.

Then masuk darjah 3, masa semua orang sebok nak masuk class masa 1st day sekolah, Mister I ni tak ada, aku tunggu sebab aku nak duduk dengan dia lagi. Then dapat tau dia dah tukar sekolah. Tape la, maybe dia pindah rumah ke ape kan.

Then selang berapa tahun kemudian, aku Form 3, terjumpa balik Mister I dekat tempat tuisyen. And the best part is aku baru perasan dia masa lagi sebulan nak PMR, padahal tuisyen since awal tahun and class dia and aku berhadapan, macam mana tak perasan pun tak tau kan.

Then pernah ada sehari tu kawan dia prank dia, semua kawan-kawan dia masuk class aku and time tu dia datang lambat, once dia bukak pintu class aku dia akan nampak aku dulu baru kawan-kawan dia, sebab diorang duduk betol-betol belakang aku. Dia bukak je pintu, nampak aku, terus keluar then nampak tangan dia je lambai-lambai isyarat panggil kawan dia. Hahahaha

Kawan dia keluar pergi dekat dia then after masuk, kawan dia bagi 1 kertas dekat aku dia tanya kenal ke budak tu, of course la kenal ! Budak yang gunting tudung aku masa sekolah rendah. hahaha. Punya la dia segan nak masuk class aku, sanggup study sorang-sorang dekat class depan. Hahaha

Then after PMR memang tak jumpa apa la, then hari tu saja search nama dia dekat Facebook, jumpa la. Aku add tapi dia tak approve, mungkin segan dia tak habis lagi kowt. Tapi daripada info dia dekat Facebook, aku dapat tau yang dia study dekat Taylor College and now ada dekat oversea sambung study but tak tau dia ambik course apa.

Member ramai cakap dia dah lain, macam taknak kawan dengan budak low standard, tapi aku tatau la sejauh mana kan. Apa-apa pun wish u luck friend. And aku takkan pernah lupa kau sampai bila bila sebab gunting tudung aku. U owe me !!! Hahahaha.


Thursday, October 7, 2010

Aku jadi perempuan ?


Tajuk sumpah rasa nak lempang kan ? Habis selama ni kau tu apa ? Pondan ke cik mirna oii ? Hahahaha. ok. ok. Actually aku nak cerita pasal hari ni ada beli few things untuk jaga muka.

Ok, if korang nak tau, dulu dulu aku memang tak tepek apa kat muka ni. Setakat facial foam biasa je, tu pun mak aku yang beli kan. And most of the facial foam yang dia beli, mesti warna pink and bila tanya, jawapan dia, "adik kan suka pink" adoii. =.='

Masa sekolah mana bole pakai make up segala ni kan, and memang aku tak biasa pakai. Even if jang out sekali pun. Mak tak reti nok. Hahaha. Aku dulu setakat tepek moisturizer and bedak baby johnson tu aje, then bila dah masuk sekolah teknik, dah pandai guna compact powder tapi tu pun yang maybeline untuk teenagers tu. Hahaha.

Dulu memang aku tak reti nak jadi perempuan. Ok, the fact is aku meamng perempuan,TULEN ok ? Maksud aku akt sini, tak pernah nak masuk kedai, cari barang untuk jaga muka ke, jaga badan ke. Apa yang ada kat rumah ni, itu la aku bedal. And dressing memang tak pernah nak terfikir pakai wedges ke, heels lagi la haram kan. So dulu aku memang hantu sneakers, tak pun pakai flip flop aje.

So after aku umur 18 tahun, balik dari PLKN aku kerja part time dekat Parkson KLCC, so aku memang berkawan dengan orang orang yang umur lagi tua dari aku. Diorang ni tak payah cakap la, make up tu if korek pakai sudu mau sama denan yogurt. wuuu. gila tebal dia pakai kan. And diorang bising jugak tengok muka aku suci gila kan. And pernah sekali tu diorang make up kan aku, sumpah balik aku rasa nak pakai purdah. Bukan sebab macam opera, tapi aku rasa pelik gila.

And time aku kerja tu jugak la diorang ajar aku pakai kasut yang tinggi-tinggi ni. Masa tu aku jaga kasut pulak kan, and pernah diorang bagi aku 1 office shoes ni, meman tinggu tak payah cakap la. Halus dia tuhan aje yang tau. Aku tengok dah telan air liur, waddahell semua ni kan ? Then diorang cakap untuk reduce kan kaki aku yang kengkan bila berjalan. =.='

So sekarang ni aku memang bole dikatakan rajin jugak la search dekat utube macam mana nak pakai ni. Nak pakai tu. Gila tade kerja, malam malam aku dok sapu segala macam make up kat muka then takut nak keluar bilik pegi toilet basuh. Hahaha. Sengal nak mampos.

So tadi masuk the face shop. Actually tak ade tujuan, saja masuk nak tengok apa ada la. Then try lip gloss, so far tak jumpa lagi lip gloss yang betul betul aku suka warna dia. Payah sangat. Then try eyeliner, sangat seronok eyeliner dia. Senang nak lukis-lukis. So grab tu, then aku pusing-pusing lagi nampak mask.

Before this ada la gatal try mask kan. tapi beli yang pakai sekali je dekat watsons tu. Tu pun sebab kadang-kadang aku ni malas nak remove make up then main tidur aje, hasilnya muka macam kertas pasir. So orang kata pakai mask bole reduce. So try la, best jugak sebab aku suka bila dia dah kering, tarik dari muka macam hebat je rupa kan. Hahaha.


So tadi aku beli ni. Cucumber. Bau sangat wangi. And im wondering, cucumber yang guna untuk kat muka tu, sama ke dengan yang masak kat dapur tu. Sebab aku dengar orang cakap lain. Wuuu. =.='

And after pakai ni memang fresh je rasa. Rasa macam sejuk sejuk aje. Heee. Best.Best. Berbaloi. :D


And beli ini jugak, yang ni seronok sebab bila sental sental tu nampak kotor kotor tu keluar. Baru puas hati kan ? Heheehe.

Bila aku fikir balik, macam batak aje aku ni kan ? Ye la, orang perempuan memang sinonim dengan penjagaan itu ini, tapi aku ? Hahaha. But thanx GOD even dulu tak pakai apa-apa, aku tak ada skin problem just a bit dry saje. :)

So lepas ni totally perempuan ke apa? hahaha. susah jugak jadi perempuan ni kan, banyak sangat pelaburan dia. Wuuu..



Wednesday, October 6, 2010

Apa citee ?


Otak aku jam nk fikir tajuk, apakah ? hahaha. Lantak la kan. Tajuk tak memberi apa-apa makna. kan. kan. kan ? :D

Ok, just now after blogwalking, aku jalan-jalan then terpandang kaunter visitor aku. Number sangat cantik.



Macam nombor mas kawin pun ada. Hahaha. Tapi macam murah la pulak. Apa-apa pun, thanx for visiting my storie morie okeyh stalkers :)

Aku actually macam dah tanam nawaitu nak active dalam bloggie, tapi masa yang ada tu macam tak cukup aje. Seriously 24hours per day sangat la tak cukup untuk aku. And aku pernah terfikir nak try online shopping dengan menggunakan aku punya blog ni tapi aku macam takut-takut nak try, ye la macam tak ramai aje yang tau storie morie ni kan. wuu

And aku sekarang still tengah belajar macam mana nak build template sendiri. Hurmm. Kena banyakkan lagi research lepas ni. Or ada orang yang bole ajar aku dengan cara yang senang dan mudah ? Dialu-alukan. :D

*******************************

Ok, actually aku nak cerita sikit pasal kerja aku. As what u know la, aku kerja as retail assistant or senang cerita promoter Paris Hilton. Ada handbags, wallets and perfume.

Yang aku pelik dengan orang-orang yang masuk kedai tu, especially tourist dari Indonesia la kan. Once dia masuk and tengok-tengok bag, and let say bag yang dia tanya tu harga RM469, terus soalan yang aku dah bosan dengar

"Ini Paris Hilton Original ya ? "

dengan pekat nya dia punya bahasa tu kan atau ada lagi satu kaum yang serupa dengan diorang ni, kaum dari middle east

"Is this the original Paris Hilton ? "

Ohh man. Ingin ditekankan disini, Paris Hilton so far tak jumpa lagi yang FAKE as what korang pergi uptown or Petaling Street jumpa Coach, LV, Prada and so on. Korang memang takkan jumpa Paris Hilton yang fake ok.

Kena pulak customer yang aku rasa nak telan dia hidup-hidup

"Murahnya, worth ke ? Better beli Nine west or Coach"

Weyhh ! Kalau kau rasa tak berbaloi, tak payah nak cakap sampai aku dengar la. Rasa macam buang masa serve kau pun ada. Tau ? Harga handbag Paris Hilton memang below RM600, except Leather ONLY yang sampai riban-riban.

And bukan sebab harga dia murah, dia adalah barang ciplak, okeyh ?

As what i heard la, Paris Hilton punya partners all around the world, dah discuss untuk letak harga yang berpatutan sebabnya masa mula-mula keluar dulu, harga memang mahal melampau and sale tak berapa baik. That's why if regular customer dia akan compare harga bag yang dulu dengan sekarang. If tak pernah beli, jangan nak pandai-pandai buat assumption ok?

And macam yang korang tau la, Paris dia memang sinonim dengan dadah kan. Even tak seteruk Lindsay Lohan ke ape but still she's take drugs. And baru-baru ni memang ada kes dia pasal drug and that is the reason dia tak jadi datang Malaysia.

Actually dia bukan kena halang dekat Malaysia, tapi sebab kes dekat Japan tu, that's why dia cancel semua event area Asia cause after Japan is Malaysia and last will be Jakarta. Tapi nak buat macam mana, untuk jaga dia punya imej that's why dia balik US terus.

And dia bukan la lupa daratan terus sampai buat bodo je, dia ada emailkan video untuk say sorry dekat fans dia sebab tak jadi datang. And sepatut dia datang untuk launch new handbags and perfume, dah tak jadi datang but still dia buat video untuk new handbags. And semua ni kitorang memang ada show masa event dekat Pavilion hari tu.

Orang yang ambik drug, siapa yang suka kan ? And aku tau ramai je yang sumpah seranah Paris ni, ok itu dia punya pasal la kan if dia rasa nak mati cepat ke apa tapi FYI, in business dia cukup professional and commited ok. Tengok la masa kat Japan tu, if dia rasa betol-betol tak penting, kenapa after court dah bagi hukuman dia still go on dengan agenda dia nak pegi Asia untuk promote barang dia ?

So tak payah nak masuk kedai Paris Hilton semata-mata nak caci maki poster dia tu. Dia tak dengar apa pun, still aje seyum and pose macam tu tapi promoter dia bukan poster macam dia jugak, ada jugak la rasa nak lempang kau bila kau cakap itu ini pasal dia.

So apa pendapat korang? Lain orang lain pemikiran kan ? Before cakap, better fikir dulu ok ? ;)