Entah apa aku rasa macam nak cerita atau lebih tepat lagi nak recall balik life aku masa aku kecik-kecik dulu. Bila ingat-ingat balik sangat laa plawokplawokplawokplawok. hehh ! sangat laa kelakar aku rasa. Aku ni dulu masa kecik-kecik, tak kisah laa mak aku pakaikan skirt ke, gown ke, baju kurung ke or apa je la yang merujuk kepada baju budak perempuan, sikit pun aku tak heran dengan apa yang ada kat badan aku.
Aku dengan kakak aku semua jarak jauh. after kakak aku ada empat orang abang then baru aku, so kawan-kawan aku memang abang-abang aku je laa. Dengan siapa abang aku kawan, tu jugak laa kawan-kawan aku.
So ni aku nak recall balik segala jenis mainan yang aku main masa kecik dulu. yang first ni palingggggggggggg aku suka weyh,SERIOUSS !!! kalau dapat main lagi sekarang, confirm aku main. =.='
GULI
Hatttt ni paling aku suka. dulu kan mak aku beli congkak siap dengan guli dia banyak gila, tapi aku dengan abang aku ambik sikit sikit guli ni sampai habisss. Abang aku lagi keji, bila lawan then dia kalah, suka curi aku punya lepas tu sorok bawah katil, lepas tu cakap toyol yang ambik guli aku bila aku rasa macam sikit je aku punya. sangat la kurang ajar kau bang.
Dulu bila main memang aku sorang je pompuan, ada aku kesah?? Hahahaha. Terkangkang kau main. Siapa yang pernah main ni dulu, tau laa macam mana kan. Buat satu petak then letak berapa kau nak taruh, then agak jauh sikit buat satu straight line, macam tempat start laa. Then bunuh-bunuh siapa yang orang yang last sekali and tak mati, dia menang semua guli dalam petak tu. Sungguh aku rindu !
KAD
Yang ni pun best jugak. Ada few style la kau nak main. Yang aku dulu main apa ntah, tak ingat nama tapi aku ingat la cara main dia, ada satu style je aku ingat nama dia, style "pair",style ni kau kena kumpul huruf/nombor yang sama 6 keping. Q dengan Q, K dengan K blablabla. then ada lain style, kau kena genap kan sploh sploh. macam A dengan 9, 6 dengan 4 blablabla. yang ni pun abang aku suka curik. dia tu patut mandi bunga aku rasa, asyik kalah aje kalau main lepas tu curi orang punya.
HIKING
Tak payah nak hiking sangat laa kan, dengan pakai baju kurung aku pegi panjat bukit. Ni ikut abang aku pegi beraya laa ni. Dulu area rumah yang lama tu, area belakang tu banyak bukit. Lebih kurang area orang kaya la, rumah atas bukit. So bila pegi raya sana dengan harapan orang kaya tu bagi la angpau lebih kan. Tapi sangat la kesian bila diorang tak bukak pintu, just hulur gula-gula je dari dalam. Sadiss gila.
Ni idea bijak abang aku la. Masa panjat, ikut jalan elok, ikut tepi jalan raya tapi bila balik konon nak extreme sikit laa. Abang aku ajak gelongsor dari atas bukit ke bawah. Bayangkan aku dengan baju kurung TT_TT. Bila balik, mak aku punya la menyinga tengok aku kotor, habis dengan tanah semua.
BELUT
Ohh myyy. Sangat la geli bila aku tengok balik, ni pun letak gambar paling tak obvious. Dulu kan aku selalu ikut abang aku pegi main-main. So ada satu hari tu diroang ajak main area longkang. GILA PENGOTOR AKU DULU. Dulu kecik lagi mana tau apa kan, orang ajak pegi sana, ok pegi sanaaa. orang ajak pegi sini, ok pegi siniii. Dulu kalau aku kena culik pun mesti aku ikut je kan. =.='
So aku yang bengonglagibangang ni ikut je la abang aku, sekali diorang bawak dahan kayu yang panjang sikit then buat ala-ala nak pegi pancing. But, wth are u looking for in this "longkang"???? Then diorang macam jolok sana, jolok sini tetibe aku nampak benda panjang-panjang macam ular. Dan yang paling amazing nya aku bole relax and tak jeit, tapi macam geli-geli je. Abang aku punya laa syok main, cucuk-cucuk dia, angkat then campak balik, nasib dia tak pegang.
POLICE ENTRY
Siapa penah main ni dulu, angkat tangan macam saya !!! Hahahaha. Aku sure ramai jugak yang penah main ni kan. Part yang paling heaven, aku main game ni mesti tak pakai selipar. Kaki ayam je. MasyaAllah.
Konon feel bole lari laju la kalau tak pakai selipar. Aku dengan abang aku selalu main game ni bukan dekat kawasan lapang, selalu main depan rumah. Dia macam lorong, then kiri kanan ada kereta. Bayangkan betapa sempit nya space, tapi tak putus asa tu, main jugak.
Siapa penah main ni dulu, angkat tangan macam saya !!! Hahahaha. Aku sure ramai jugak yang penah main ni kan. Part yang paling heaven, aku main game ni mesti tak pakai selipar. Kaki ayam je. MasyaAllah.
Konon feel bole lari laju la kalau tak pakai selipar. Aku dengan abang aku selalu main game ni bukan dekat kawasan lapang, selalu main depan rumah. Dia macam lorong, then kiri kanan ada kereta. Bayangkan betapa sempit nya space, tapi tak putus asa tu, main jugak.
Cuba kau cari satu jenis permainan budak perempuan dari list kat atas ni. Nan hadooo !! Hahahaha. Gila kentang. Aku rasa aku memang kasar kowt, even sampai sekarang ada jugak, tapi macam tak obvious sangat la. Dulu sampai mak aku buat macam-macam, risau betul kalau aku still kasar and ikut abang aku kan. Heeee.
Tapi part paling best gilaa kan. Even aku pompuan, tapi every week yang cuci kasut sekolah aku, abang aku yang kena buat. Sebab mak aku cakap aku kecik lagi. hak alahhh !! tapi tak lama pun, sebab lepas tu akak aku taknak manjakan. Fair and lovely, siap ada timetable tampal dekat sebelah rak pinggan. isnin aku baut apa, abang aku buat apa. esok tuka pulak dan seterusnya. Now bila aku ingat-ingat balik kan, ya allah. kenapa la aku dulu perangai teruk betul. Serupa anak takde mak bapak je. Main tak reti nak balik, tak reti nak duduk rumah dah tu semua nye lelaki aje. But at least, aku ada banyak sweet memories during my childhood time kann :D