Monday, September 9, 2013

Pengalaman Mendaki Gunung Kinabalu



Bosannn. Ada keje nak kena buat tapi mood tak berapa nak ada. Tadi jalan-jalan tengok gambar then ternampak gambar masa pegi panjat kinabalu last year.


Nak panjat gunung ni plan setahun awal. Tak agak-agak. hahahaha! Tapi memang sepatutnya macam tu supaya mental fizikal dan jugak poket anda tak terkejut nanti. Hehehe. Book tiket flight dulu baru settle yang lain. Masa tu Airasia ada promotion apa taktau, so harga pergi balik ke Kota Kinabalu tak sampai RM130 pun sorang.


Murah memang murah la tapi sakit pinggang jugak la sebab journey tu 2 jam lebih. So sepanjang setahun sebelum tarikh tu macam-macam persediaan. Latihan fizikal. Kitorang panjat broga and make sure sampai puncak. Then pegi FRIM then pegi cycling. Sini je laa tempat yang kitorang pegi untuk training. TIPS : sebenarnya nak panjat Gunung Kinabalu ni lebih kepada mental. Fizikal kalau kuat semangat insyaallah boleh sampai sebab boleh take your time slow-slow untuk sampai Laban Rata. Tempat training yang bagus - panjat tangga Batu Caves and panjat Bukit Tabur. 


Selain tu preparation barang-barang yang penting contoh sweater tebal. Lagi baik beli sweater yang 2 in 1 and boleh bukak pasang. Luar dia waterproof and dalam dia tebal. Senang tapi berat sikit la. Then coklat, ni untuk gain energy even nanti dia akan provide makanan untuk kita bawak naik tu tapi still tak mengenyangkan. TIPS : Ni pengalaman sendiri, nak bawak energy drink better bawak redbull yang tin biru 5 hengget ke berapa satu tin tu. Macam aku bawak hari tu livita, kan agak manis so jalan baru 10 langkah tekak rasa kering and sempit, lagi laa susah nak nafas. Pastu bawak laa cool inhaler, macam aku sebab takut hidung tersumbat susah nak nafas so cool inhaler tu memang sangat membantu.




About to start the journey. Kitorang ambik flight pagi so sampai sana tengah hari, abang aku dah book kereta siap-siap so semuanya smooth je. cuma nasib tak berapa nak baik, tarikh yang kitorang pilih ni sabah tengah musim hujan T_______T

 

Sampai kat KK, kereta dah tunggu so memang tak lama la. Then terus shoot ke kundasang sebab Sabah kan cepat gelap. Pukul 6.30 dah macam dekat pukul 8. From KK to Kundasang, 2 jam drive. Jalan macam nak naik Cameron. Ditambah pulak hujan dan kabus tebal macam ni. Kecut perut baq hang, nasib aku standby Papago, so tau la kat depan kena belok kiri ke kanan ke, jalan kan macam ular. Pastu kena slow je and pasang lampu kerete tu tinggi sebab takut lori ke apa ke. 


Kitorang book lounge untuk stay before hiking day. Sempat la rehat 1 hari jalan-jalan pegi ladang lembu and all. So masa book tempat stay ni, nama meletops nye "Kinabalu Lounge" siap dengan gambar kat lereng bukit, bukak tingkap boleh nampak gunung semua. Wahhh, menarik! Sekali masa sampai tu, tempat dia kedalam gilerrrr. dah la jalan dia muat 1 kereta je, tepi tu memang dah curam bukit. Kecut perut nak mampos, dah laa kabus tebal.



Ni la tempat stay yang meletop katenye tuu, takde kipas takde aircond tapi dah cukup nak buat kau sejuk sampai ke tulang. Nak kencing pun fikir panjang sebab air dia rasa macam ice cube!



Balcony. View memang priceless la, tapi tempat seram nak mamposss. 


After dah letak barang, sembayang rehat sekejap. Kitorang keluar cari makanan. Kat sini takde bagi kau makan ke apa, lounge je kot. Pegi la ke pasar kundasang tu beli barang-barang masak untuk makan malam. 


Esok, pagi-pagi dah bangun before keluar jalan-jalan ke dairy farm and all. Tak sampai 24 jam ada kat sini aku dah rasa nak demam. Sejuk tahap nak meninggal, tapi dorang relax je pakai short and sleeveless. Gila ke apa?



Warm up sikit. Esok nak panjat takde la terkejut. Kononnnnn.



Ni la dia tempat kitorang stay. Walaupun seram, tapi udara fresh and priceless view. 




Esoknya hari yang ditunggu-tunggu. Perasaan? Bercampur-campur. Excited ada. Happy ada. Nervous ada. Takut ada. Tak yakin pun ada. Tapi berani kau nak cakap "tak jadi la nak panjat, orang tunggu kat bawah je", nak makan penyepak kau cakap la macam tu kat abang aku. Hahaha!


So pagi tu awal la bangun sebab nak register pukul 8. Jangan ingat orang panjat ni ada season je ye. Hari-hari memang akan ada orang naik and dia limit kan 150 orang je kalau tak silap untuk satu-satu masa kat Laban Rata tu. So sila book awal. Ecehhh. 




Lepas dapat tag and bekalan untuk bawak naik sementara nak sampai Laban Rata.



Muka senyum tapi hati nak meletop weyyy. ahahaha



Budget-budget jee ni. Hahahaha! 


Ni senarai nama orang yang turun naik gunung ni masa marathon. Kau mampu dalam 2 jam dah setel? Tercabut nyawa nanti. Hahaha!



Ni ngam-ngam masa baru turun dari tangga gate Timpohon tu, belum apa-apa kakak aku dah tergolek kat tangga ni. Nasib takde apa-apa. Kancheongg betul. ahahah. Hujan sepanjang masa kitorang naik. Apa pun tak boleh!



Mula-mula je semangat sikit-sikit stop ambik gambar. Hahaha!


Batu Cave 1


Batu Cave 2


Batu Cave 3


Batu Cave 4. Masa sampai sini serious aku macam WHAT???? pastu ada amoii tu turun sambil tu dia gelak and cakap, go on and it's gonna be "fun". Hahaha!


Batu Cave 5


Batu Cave 6


Semua jalan nak naik menuju ke Laban Rata adalah macam ni. Agak-agak kau dah boleh berlari turun naik tangga batu cave tu, dah boleh register la untuk panjat kinabalu. hahaha



Dah rasa macam minta nyawa jalan sekali tengok tak sampai pun 2km. Tapi rasa macam dah lama sangat berjalan niii. 



Ni dah nak sampai Laban Rata. Takde laa dah nak sampai tapi dalam lebih kurang 2km macam tu la. 

Ada satu kawasan tu, lagi atas daripada ni. Masa kitorang jalan tu hujan tetiba lebat. Dah la sejuk, penat, oksigen tak cukup dengan lapar nya hujan pulak lebat. Track dia macam ni jugak tapi lagi condong, air turun dari atas dah serupa air terjun. Rasa macam lalu dalam sungai. Kasut basah, stokin basah. Baju hujan dah boleh campak sebab macam tak membantu je. so sila beli baju ujan yang tebal sikit. Hahaha. Cabaran betulll.




Ikut suka hati dia la. Nak ujan dia ujan. Nak panas dia panas. Hahaha. Tapi kau buat relax je la sebab view yang kau dapat memang priceless gilaaaa. 



Kitorang sampai Laban Rata pukul 4.30. Start naik pukul 9 pagi. Slowww sebab hujann. Kakak aku dengan porter tu sampai pukul 5 lebih. Dia lutut masalah sikit. Kitorang ni independent gila jalan sendiri je, kakak aku porter jaga. 


TIPS : Sepanjang perjalanan tu, kalau kau datang dalam team yang besar, jangan tunggu semua sebab stamina tak sama kan. Macam aku, aku jalan dengan abang aku, stamina kitorang sama. Akid dia belakang kitorang sikit sebab dia orang tua. hahaha! Kakak aku belakang sekali dengan porter. Even kau takde geng, tapi kau teruskan berjalan kalau rasa ada tenaga. Jangan stop. Takyah takut, orang ada je lalu lalang. Baik turun atau naik so takde apa pun nak ditakutkan. And sepanjang aku naik even hujan, alhamdulillah takde nampak binatang yang seram-seram ni. Setakat tupai je la, tupai pun kalau kau takut memang tak dapat nak tolong laa. =.='


Dah dapat kunci bilik, masuk bilik and wash up makan and tidurrr. Kat atas ni lagi laa sejuk, cakap pun keluar asap. Feeling obersee sangat. Water heater time ni laa nak rosak pulak. Air dia memang tak boleh nak diterima. Rasa mandi dengan air batu!


Malam tu aku tak boleh nak tidur dah. Demammm. Badan panas gila tapi aku menggigil. Orang lain rilek jee tidur. Dah la ada penyakit takut tidur sorang kalau pegi tempat-tempat yang tak biasa. Perangaiiiii. 



Pukul 1 pagi bangun and supper. Pukul 2 berkumpul and siap-siap untuk meneruskan pendakian ke puncak. Masa type ni pun berdebar-debar haa. Tak boleh lupa moment ni. Aku dah budget taknak bangun and taknak pegi. Nak tunggu kat dalam bilik je sebab serious tak larat tapi lebih kepada mental aku yang takut tinggi. Tapi macam aku cakap la, memang cari pasal kalau kau kate kau taknak pegi and nak tunggu kat hotel je. Abang aku punya bijik mata macam dah nak terkeluar. Kuatkan semangat kuatkan semangat. 


So aku pun teruskan jugak. Ni sebenarnya bukan laa sebab demam sangat pun sebab baju aku pakai dah terlebih-lebih tebal walaupun still rasa sejuk. Tapi lebih kepada mental aku yang takut tinggi and takut gelap. So boleh paham tak kat sini sebenarnya pengecut macam mana tapi nak jugak pegi. HAHAHA!.


Sampai dekat KM7++ kau boleh campak tongkat sebab dah takde tanah langsung. Semua batu. Kat sini kau kena daki pakai tali je. Macam rock climbing tapi takde benda yang ikat kat badan kau untuk safety. Orang lain rilex je tapi aku kan menggelabah memang over nak mampos. Memula dah taknak teruskan bila nampak tali tu. Pastu abang aku tarik aku follow belakang dia, akid jaga belakang aku. Kauuuuu, mana nak lari?? Choiii sangat.



Aku tersukan jugak walaupun air mata dah menjejeh-jejeh. Bukan sebab tak larat wey, tapi aku gayat. View semua macam gambar kat atas ni. Pastu nampak town KK tu lampu kecik-kecik rasa macam betul-betul macam nak jatuh. Geli-geli hujung kaki ni. Tapi sebenarnya takde apa, tapi sebab gelap tu yang rasa macam bawah kau jurang.




Decide untuk calm kan mind dulu before continue the journey. Time ni aku fikir, kenapa la aku buat benda ni. Kenapa la aku follow ni. Baik duduk rumah je. Teringat kat mak. Time ni la kau ingat tuhan. Sumpah lawak, drama gileee. Aku rasa macam baru je duduk, sekali porter tu kate, dah dekat pukul 5, tak rasa kau sempat sampai check point. 


Kau kena sampai check point before or on 5.30. Lebih dari tu dia tak bagi masuk. Masa kat sini lagi 500 meter nak sampai check point tak silap. Kauuuu, abang aku punya berbulu dengan aku sampai seminggu dia bahan aku. Ye laa sebab dah dekat kan tapi gedik layankan sangat gayat tu end up tak dapat sampai puncak. Buat penat je dia bawak camera gabak-gabak. Hahaha! Tak dapat nak berlagak dengan kawan-kawan dia yang dah sampai kat puncak, dia guna nama aku. Semua sebab aku. Semua akuuuu. T_____T


So lepak sini je laa tengok sunrise. Tiba-tiba rasa bersalah dalam ketakutan. Hahaha. Apa pun tak boleh. Sebenarnya nak teruskan tapi takut pastu sementara tengah fikir antara nak teruskan ke tak tu, masa dah tak sempat so terus rasa bersalah. Erghh! Pastu terfikir, alaaa macam mana nak berlagak dekat kawan-kawan college ni. Haktuihhhh!



Kebesaran yang tak mampu nak cakap dengan perkataan.



Sunrise!


Porter decide untuk bawak aku turun dulu before langit makin cerah sebab takut aku lagi gayat. Tapi bila aku tengok gambar, its not that bad. Takde la teruk macam yang aku bayangkan sebenarnya tapi kalau dah gayat tu apa pun tak boleh kan.




Track kat atas macam ni je semua. Pandai-pandai kau nak cari kat mana nak pacak kaki kau. Tapi cara sebenar nak naik ni, pegang tali then rapatkan badan ke batu tu so kau bole jalan macam biasa. Tapi orang macam aku ni kau ikat badan aku kat batu tu pun aku still rasa tak selamat. Menyampah!







Siapa tau kartun brave tu. Serious rasa macam berjalan dalam cerita tu.Hahahah! Cantik sangat, macam ni punya cantik rupanya pokok-pokok yang tumbuh kat tempat tinggi. Gambar tu semua masa nak turun. 


So sampai bawah je kitorang kemas barang and siap-siap untuk check out sebab kena check out before 10.30 kot tak silap. and kau kena sampai Timpohon gate before 4pm. Pandai-pandai la kau budget time. Masa turun Alhamdulillah Allah swt tu dia bagi pinjam cuaca yang cantik untuk kitorang tengok puas-puas view yang memang tak mampu nak cakap dengan perkataan wey. Bila dah dekat dengan KM5 baru laa ujan, tapi time tu tak kisah la kan sebab hutan jee. Hehehe


So kesimpulan yang dapat dibuat, dari Timpohon ke Laban Rata adalah biasa-biasa je. Set your mind bila nak start journey from Laban Rata to the top. Ni yang sangat mencabar, apa-apa pun pengalaman ni memang sangat tak ternilai. Fizikal boleh diusahakan tapi kalau mental lemah macam aku, banyak-banyak kan laa selawat. Hahaha! Now tengah cuba nak lawan gayat sebab dalam planning untuk panjat lagi sekali sebab aku tak puas hati asyik kena bahan je. Kau tunggguuuuuu *sambil lipat lengan baju*




Counting days to be there again :D

Thursday, November 29, 2012

Me, You and Digi


Hello poeples! Yeahhh, such a long long long time since my last post yeah. Feel very awkward to writing again BUT this time i do really really want to write about something that i CANT be apart since the first time we met. Ahaaa! What is that?? :P


As a student, kita selalu cari benda yang bole kita afford macam pakaian kita,foods and also entertainment kan. Student memang cukup tak boleh dengar kalau ada promotion or anything yang offer untuk entertainment dengan harga yang murah apatah lagi FREE. Yeahh, siapa nak tolak benda free kan? Heh!



So, apa yang aku nak cakap sebenarnya ni? Ok, I'm going to talk about "How you and your Buddyz™ are Never Apart 24/7 Me and my buddy, memang tak boleh kalau tak contact dalam sehari.We always contact to each other even when we are sleep! Seriously tak tipu! Tapi, kami cuma lah student yang tak ada fixed income and dapat monthly allowance from our parents pun tak banyak so how we can maitain this twenty-four hours communication? 


Until we found Digi Easy Prepaid Plan. Almost setahun dah aku pakai plan ni since we noticed that our RM10 credit can be lasting for only 2 or 3 days. Bad thing for student you know. hahaha! So that time, aku beli sim pack ni, we have to show our student card and IC. But nowadays, i think u can simply buy this Digi Easy Prepaid without showing your student card.


Why we are interested with this plan? What are so good about this plan until i'm willing to change my number? Nahhhh. There you go...... This Digi Easy Prepaid Plan, you can connect with your buddy 24/7 for free and also Free SMS. One thing yang aku suka pasal SMS bila guna Digi Easy Prepaid is, everytime kau topup, buddyz kau pun akan dapat FREE SMS. Haaaa. and also Free for FB too! 


Benda lain semua aku rasa macam bonus je tapi main thing dekat sini is FREE CALL!! Senang sangat. Boleh on call sampai panas telinga and the best thing is, its FREE! hahaha. Aku dengan buddy aku stay dalam negeri yang sama but dari rumah dia nak ke rumah aku, ambik masa around 15 to 20 minutes. Tapi our relationship rasa macam duduk dekat benua yang berlainan bila, bangun tido call dulu. Nak keluar rumah call lagi. Dah sampai tempat yang dituju pun call lagi. Nanti ada free time, call lagi tanya dah makan ke, makan apa, buat apa blablabla sampai nak tido pun call lagi.


Frankly to say even kitorang tido pun still on call. Bila masing-masing dah dalam selimut sambil peluk bantal busuk and get ready nak tido, either me or him akan call dulu and sembang about anything and everything. Both of us pun pakai Digi Easy Prepaid, memang sangat memudakan communication kitorang. So bila masing-masing dah ngantuk and nak tido, hang up first then call back and put aside then we sleep together and sometimes aku boleh dengar dia mengigau jugak! LOL! hahahaha


Best jugak pakai Digi Easy Prepaid, so bila ada emergency and you are running out of credit, aku boleh call dia anytime sebab free call. Same goes to kalau aku dengan buddyz gaduh. Senang sangat nak melepaskan amarah! Tak payah kumpul semua point, then bila call lepaskan semua macam bom atom! Kau teringat je apa-apa boleh straight call sampai lapanploh kali pun takde hal. Hahahahaha!


Sometimes, family pun tanya apa benda yang aku sembangkan sampai kerap sangat call and sms. And i dont have any idea for that. Hahaha! We just love what we are doing and dengan plan ni jugak senang untuk aku kalau perlukan on-time information from him! Hehehe. Sometimes even kitorang ada depan depan pun still, texting to each other. hahaha!


So, I  am writing about my experience and how about yours? So sad I cant share the badges with you guys since blogspot said i have used enough quota space? Vhat iz thiz mann. Hahah! Please CLICK HERE for you to see the badges! Till we meet again. Bye!







Saturday, December 31, 2011

Goodbye and Hello



Hari terakhir untuk 2011 :')


Banyak suka duka, dan banyak jugak perkara yang jadi secara drastic sepanjang 2011. Mulakan tahun 2011 dengan penuh stress dan busy when I decided to working and study on the same time. Sumpah penat. Tapi sempat lagi panjangkan kaki ke Penang time tengah peak dengan assignment just untuk celebrate birthday. The best birthday celebration told you but I wish for more ahmazzziingg birthday celebration on 2012, can ha?? ;D


Then life macam biasa sampai la jumpa bulan may. First final as degree student. Sebulan exam kurasakan bagaikan sehari. Sebab aku jenis belajar last minute, maklum la banyak makan semut kata ko. So bila dah belajar last minute and nak cover benda yang belajar setahun, memang bole meletup kepala and luckily ada buddies yang sudi ajak study sama-sama :')


Then berlaku perkara yang sangat drastic start bulan june. Time ni life goes UP and DOWN. Like seriously! Sangat! Sampai aku rasa macam nak mati. And after all, I just realized it was one of the way HE called me to be on the right track back, syukran :')


Then life berjalan seperti biasa sampai la jumpa november. Awesome sangat!! Sabah sangat best, serious. Walaupun takde apa sangat tapi bagi aku it was PERFECT!! Laut sangat bersih, hijau dan jernih subhanallah!  Orang-orang dia yang nampak macam gangster tapi rupanya baik-baik belaka dan always care about each other what i mean based on apa yang aku nampak sepanjang aku shopping kat Sabah. 


Then now December. Awal-awal hari tu ada down sikit tapi still under control and now dah dapat biasakan diri dengan environment baru. 


Bila aku fikir-fikir, kadang-kadang Allah tu tarik segala nikmat kita untuk bagi kita sedar supaya kita datang balik kat dia. Bagi kita ujian supaya kita akan luangkan lebih banyak masa untuk berinteraksi dengan dia. Walaupun, family aku tak complete macam orang lain, tapi aku rasa sangat bahagia dengan diorang walaupun kadang-kadang menyakitkan hati, teett!! 


Dan azam untuk 2012, akan menjadi lebih baik dari sebelum dan jugak won't let my past ruin my present and future life. Thank you all and Allah :)


Happy new year everyone!!!




Everytime I listen to this, it make me feels so touched :')




Friday, November 4, 2011

My Nuffnang Story



Today nak cerita experience aku yang tak seberapa dengan nuffnang tapi every moment aku sangat berkualiti dan manis. Aku start blogging around 2009 tapi tak sure bulan berapa, mula-mula buat just for fun. Nak membebel-bebel sesuka hati melepaskan amukan la biasanya, sampai laa somewhere in 2010 aku baru join Nuffnang ni. Early of 2010 kot aku rasa.



Memula aku pun tak reti sangat, nak letak banner toksah cakap laa meracau macam mana kan, sampai tanya oraang sana sini macam mana nak letak. Sungguh terasa diri begitu bodoh sebab benda senang pun tak boleh buat, padahal Nuffnang ada bagi instruction tu, but still tersalah letak jugak. =.='



Memula aku letak Nuffnang ni sesuka hati je, sebab aku taktau pulak yang Nuffnang ni memang ada buat macam-maca aktiviti untuk jadi rapat and get into dengan ahli-ahli dia. Memang tak pilih kasih la kalau kau dah join Nuffnang. Dia tak pandang rupa, tak pandang kau pandai ke, kurang pandai ke or apa-apa je. lagi kau aktif join diorang, lagi banyak benefit yang kau akan dapat, bukti? Aku yang suam-suam kuku ni pun dah pernah ada experience yang aku sendiri tak pernah terfikir aku akan dapat cuba benda tu.



Aktiviti pertama aku join dengan Nuffnang is, Premiere Screening : You Again. Aku ada snap gambar, tapi dah hilang pulak (grrrr!!). Memula aku nampak advertisement movie ni kat dalam paper, once tengok dia punya poster je aku rasa macam nak tengok sangat cerita ni but then bila balik then online and bukak Nuffnang, tengok dia ada offer FREE ticket untuk tengok movie ni, saje try luck and rezeki, aku dapat FREE ticket tu. 



See?? Aku dah cakap dia tak pilih kasih, padahal before tu aku tak pernah join apa pun tapi sekali join terus dapat ticket FREE, kau mampu?? hahahah !!



Then aku up sikit, join contest masa Maxis baru join Nuffnang. Time tu aku still pakai Maxis lagi, so saja try luck lagi. 





Masa ni Maxis ada buat Malaysia International Fashion Week dekat Pavilion. Kebetulan aku part time kat Pavilion, memang aku nampak kemeriahan dia macam mana, serious rasa nak join. Sebab stage dia private, ada kain tinggi sangat cover, if nak tengok sila lah naik ke tingkat 5 atau 6 untuk tengok, tu pun dari jauh la. So since Maxis buat contest tu, aku try laa masuk. Again, rezeki, aku menang second runner up. Tak dapat VIP pass nak masuk masa malam grand dia, tapi aku dapat 3 pairs of pass untuk tengok fashion show yang siang, but tak dapat nak pegi sebab the nearest family member kawin on the same day tapi ada lagi satu hadiah aku dapat : 





Dalam hidup aku tak pernah dapat voucher sebanyak ni. Memang happy sangat time ni. Time Nuffies call aku untuk inform yang aku second runner up, melompat aku. Senyum and happy sangat sampai keluar-keluar air mata. Hahaha !! Precious moment ever laa, memang tak dapat aku lupakan kot. 



Then aku diam sekejap, lama tak join Nuffnang sebab busy dengan exam and assignment time tu. And time birthday aku, Nuffnang ada bagi ticket movie free 4 keping untuk tengok dekat TGV, tapi time tu aku busy keje and assignment sampai dah masuk April tak ambik-ambik so burn la jawabnya. Rugi ! Padan muka aku.



Then tengah exam pun gatal jugak curi-curi online, kalau online wajib jenguk Nuffnang walaupun sekejap. Sekali tengok ada pulak nak buat FB Live Party. Ni lagi best ni, padahal time tu aku lagi 2 hari nak exam? Hahahah. Layankan aje, Nuffnang punya pasal. Ahaks !



Nak dapt invitation pegi party ni paling senang, kau just like dekat Digi untuk support Malaysia jadi capital of FB, lebih kurang macam ni la bunyi dia haa. Time ni aku baru switch to Digi, macam kebetulan je kan, eh eh eh?? Hahaha. 







Time ni SERIOUSLY happening gila !!! Padahal kau tak kenal each other pun tetibe, ehh?? Kite boleh geng laa !! Hahaha. Memang best laa aktiviti dia time ni. Aku tak pernah pegi party, ye saya, memula before dia start tu a bit awkward laa jugak tapi bila dah happening, rasa macam taknak balik, woahh !! hahaha !!


Then, aku ada jugak dapat join pegi workshop Nick Demuora. Siapa dia ni? Dia ni laa choreographer Justin Bieber. Nuffnang buat simple contest untuk 3 lucky winner pegi workshop ni. And I'm the only one girl yang dapat, nasib sampai je kat sana dia tengah train Showdown 2011 punya contestant. So takde laa rasa segan sangat :P





Like seriously aku suka cara dia ajar step by step. Masa ni dia guna lagu Katy Perry, ET. Until now, if aku dengar je lagu ni memang aku teringat time aku kat dalam workshop tu. Ohh yeah, workshop ni dia buat dekat Celebrity Fitness rooftop Lot10. Serious very the nice place laa weyh, kalau tak sebab Nuffnang, sampai sekarang aku noob gila taktau yang Lot10 tu ada rooftop yang secantik tu. Mwaallaahh !!



Bayangkan, cuma join community ni kau bole luaskan pemandangan and dapat join banyak perkara baru. Ni baru aku, blogger yang cokia cokia je ni, cuba bayangkan blogger yang famous-famous tu, siap dapat pergi oversea lagi tau. Dah la dia bagi kita banyak benda best-best FREE, then setiap tahun dia akan buat Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards lagi, apa lagi nak dikata????



Come 16 December 2011, 500 bloggers from around the Asia-Pacific region will flock to Kuala Lumpur, Malaysia for the Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011 in Putrajaya Marriott. The Awards aims to not only honour the region's best bloggers, but also to bring together blogger communities from across Asia-Pacific. The Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards is brought to you by Volkswagen Malaysia and Putrajaya Marriott.



For more information you can click THIS 



Thursday, November 3, 2011

Speechless thursday......(???)








Mwahahaha !! Aku memang pencinta wanita... tapi aku bukan crocodileeee. :P




Sunday, October 30, 2011

Sorry my dear....



Dear BRAIN, sorry for overloading you.....

Dear TUMMY, sorry for the butterflies......

Dear PILLOW, sorry for the tearss.....

Dear HEART, sorry for all the damage


TT___TT



Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #3








Tuesday, October 11, 2011

Percubaan pertama menembak :D


Dah lama angan-angan nak bergedik depan camera budget akucantiksangat tau. HAHAHA.! Since siti dah ada dslr, aku pun terdetik saja nak ajak dia photogedik untuk biar dia jadi pandai main angle (kate kooo). So lepas beli laptop hari tu, balik rumah charge laptop, mandi tukar baju dan calo !! hahaha. Masuk kete dengan make up tak siap lagi, tudung asal pakai aje, lantak laa kau. Sebab kitorang plan ke Putrajaya, jadi aku budget, dari rumah nak kesana je mesti sempat aku make up dengan pakai tudung kan. :)


Jalan kat Putrajaya dengan tiada hala tujuan, serious rasa macam orang bodo. HAHAHA. main jalan je, nampak tempat cantik sikit, kita stop. Ni percubaan pertama aku, nasib pegi dengan member rapat kan takde la malu sangat but still, orang pandang-pandang terus laa aku senyum macam ambik gambar dari phone je. Tu pun agak lama sangat dia nak snap, muka senyum tapi mulut dok gerak cakap "cepat laa, cepat laa". ngehh !!


Sila maafkan kegedikan yang korang nampak dalam gambar kat bawah ni. Wahh ayat, budget macam ramai je yang baca blog kau kan. mwahahaha. Anyway, enjoy the photo !! ;)



IMG_1299(edited)


Percubaan pertama, still tak berani nak kat public, tepi parking koo :P



IMG_1304(edited)


IMG_1320(edited)


IMG_1323(edited)


IMG_1386(edited)


IMG_1395(edited)


IMG_1398(edited)


IMG_1399(edited)


IMG_1400(edited)


IMG_1405(edited)


IMG_1438(edited)


IMG_1451(edited)


IMG_1505(edited)


IMG_1507(edited)


IMG_1547(edited)


IMG_1552(edited)


IMG_1556(edited)


IMG_1568(edited)


IMG_1590(edited)

Sekian, wassalam !! Heee :P




So much sexiness !!!



After 3 tahun sambung study after spm, baru sekarang la dapat rasa pakai lappy sendiri haa. Sebelum ni sekadar pinjam vaio abang aku je, walaupun pinjam tetap la aku buat macam harta sendiri kan. mwahahah !! Tapi sekarang puas hati sikit laa sebab dah tak kacau orang punya, aku boleh buat ape aku nak dekat lappy ni la kan. 


Yang buat aku tetiba nak ada lappy sendiri ni sebab hari tu laptop aku baru pakai sejam after seminggu tak pegang, tup tup bila abang aku guna lepas aku, terus tak boleh on. Dah semua tunjuk aku yang salah. Sebab aku lah lappy tu tak bole on. Tak ke kau bengang? Padahal time aku guna elok aje haa. Tu yang tetibe aku plan nak beli.



Then terus survey dekat google, laptop mana bagus and sesuai untuk student. Aku pun bukan reti sangat pasal spect itu ini. Agak-agak bole aku online, buat keje and edit gambar sikit-sikit ok laa. Pun pegi ke lowyat untuk survey yang depan mata pulak. Gigih laa nak cari yang lebih kurang macam vaio abang aku sebab puas hati gila pakai tu tapi sedar diri kurang mampu pakai vaio, so pilihan aku either dell or acer but aku more to acer la, tatau kenapa.



Berejam jugak la aku survey dekat lowyat, tergerak hati nak beli terus tapi entah kenapa macam ada benda yang stop kan aku suruh kumpul je dulu info-info yang aku dapat. So balik aku discuss dengan kakak aku walaupun aku tau, kakak aku pun bukan reti sangat, yang dia tau lappy yang aku nak angkat mesti below 1500. Nasib badan laa bila ada kakak accountant ni kan. Duit memang kena control. So since abang aku memang budak computer, aku pun bagi sume kertas yang aku ambik kat lowyat tu dekat dia.



Sambil dia membebel itu ini, tangan dia dok search dekat lowyat.net konon nak tengok la price and spect lappy yang elok dan bersesuaian dengan budget aku. Then time tu masuk-masuk je webpage tu keluar advertisement bagi tau 4th Oct ni acer launch laptop baru, Acer Aspire S3. Abang aku check everything and found that laptop tu much better than vaio dia *HAHAHAHA* (gelak saitonnn)



And the best news ever, kalau kau datang beli time 4th Oct tu, untuk first 15th unit dapat rebate RM1000. Walaweyyhh!! Banyak tu amount dia. Tapi time tu retail price tak keluar lagi, on that day only dia akan announce tapi dekat situ dia just tulis harga dia RM2 XXX. Kau agak-agak je la kan, aku pun risau jugak if harga dia RM 2,999 ke, even after rebate pun bole demam aku nak bayar nye. Sebab spect dia memang bagu, dia guna intel Core i5.



 And launching time start pukul 2. Aku dengan semangatnya minta cuti dekat bos aku dan ponteng class on that day. 9.30 aku dah terpacak dekat lowyat. Hahahah! Gila takde keje.Tu pun time aku datang tu dah ada yang beratur 2 orang. Tapi time tu aku cuak jugak tak dapat jadi the first 15 customer kan. Sia-sia je aku bangun pagi and burn class aku. End up, ada jugak rezeki and aku dapat no 3. macam tau-tau jew kiteww sukew no 3. Pang!!! 





Memula tu tak tegur la orang depan belakang kan, tapi bla dah sesama duduk bersila dekat lantai, baru la start berborak. Sume pun kepoh tanya macam mana tau pasal promotion tu and most of them dapat tau dari paper Metro. 




Lucky number. 



Empat orang aje yang bertegur. HAHAH. 


Kematu jugak la duduk dekat sana. Then dalam pukul 11 macam tu dia announce harga. Retail Price is RM2,599. So aku adalah dalam lingkungan yang bernasib baik, makanya aku dapat harga RM1,599. Dalam budget? dalam budget? Consider je la dalam budget kan sebab dah burn class + ponteng keje + bangun pagi + beratur lama. 



Aku takda ambik gambar lappy ni, abang aku ada la snap. sebab dia nak show off dekat kawan-kawan dia kot adik dia bernasib baik. HAHAHA. Ni some details about Acer Aspire S3 : 


2.98-pound aluminum beaut has a 13.3-inch
rated for six hours (or 50 standby days!) of battery life 
an ultra low voltage Core i5 CPU
4GB of RAM
20GB of solid-state storage combined with a 320GB HDD
Ultra slim and ultra light
Dolby Home Theater speaker

Tu je la yang aku jumpa, tapi if nak tau further, dekat acer.com dah update. So far aku baru pakai seminggu, from my observation laa kan. Ok sangat, memang ada yang cakap macam MacBook Air. Dia memang sangat nipis dan sangat ringan, kena pulak dengan aku ni yang kasar macam harem, harap-harap tak jahanam laa benda ni aku kejekan. And dia tak senang panas, sometimes aku guna vaio abang aku, sekejap je guna dah panas then if aku guna lama aku risau je benda tu meletup, tpai yang ni tak sejuk aje. And dia on memang cepat, once dah siap setup semua, kau bole terus online without tunggu nternet connection tu dia nak detect ke apa. Macam tap tap tap dah siap untuk diguna. 



Tapi yang dia ni selim sangat kan, so takde tempat dvd tu, tapi masa aku beli hari tu dia ada bagi la external dvd. Tatau la kalau beli sekarang, tapi aku rasa ada je kot. Then apa lagi eyh, hurmm. tu je laa kot. Macam aku cakap laa, aku tak reti sangat pasal spect and all, aku tau guna je. Tapi yang penting, design dia memang lebih kurang macam vaio abang aku Tapi yang ni kecik sikit. Ohh sukaa !!!!










Cukup sexy?? HAHAHA. Dia ada satu warna saje, warna dia adalah Dark Grey. And dia bukan pakai plastic, dia pakai aluminium. So tahan laa sikit kalau TERhentak. So far aku pakai memang puas hati laa. Kepada yang berkenan, silalah ke kedai IT berdekatan anda. mwehehehe !! 


Enjoy this video for more details !! ;)





Sunday, July 17, 2011

RIP Pn Wikiam



Tadi aku ada dapat mesej daripada Frasandy. Dalam mesej tu gaya macam sedih aje, aku ingatkan dia rindu ke apa so aku malas laa nak melayan, biar kan dia lagi rindu kann. Then tadi tetiba dia post dekat wall aku, asal tak reply mesej dia, suka hati aku la makcik !!!!




Then dia bagi satu link. Memula aku malas nak bukak. Bukan sebab apa, kadang-kadang si fra ni bukan bola pakai sangat (larikkkkss!!). Tapi atas dasar prihatin kat kawan kan, aku pun bukak laaa.





Time aku terbaca nama dia je WIKIAM A/P EH POT. terus aku rasa jantung aku macam tak berfungsi. Rasa nak tampar-tampar diri sendiri sebab memang tak percaya langsung !!!!!!!!




Pn wikiam ni dia orang mixed. Banyak sangat-sangat campur. Kelantan+siam+cina+etc etc. Ni la satu-satunya cikgu yang buat aku EXCITED nak belajar subject sejarah. Yes it's her !! Cara dia mengajar memang sangat berkesan. Memang apa dia ajar, lekat kat dalam kepala terus. 



Cara dia, sehari before class dia akan inform esok apa yang dia akan ajar and balik kau kena baca. Memang kau kena baca, sebab masuk-masuk class semua kena berdiri. Dia akan soal sorang-sorang. Sekarang ni pun terngiang-ngiang dalam telinga time aku yang kena

PW : ok, saya nak attact orang yang nama "na" "na" kat belakang. Sebab orang melayu memang suka anak dia belakang ada "na" ni. *pangg!!!* (dia ketuk meja). Ok MIRNA, apa nama bab yang kita nak belajar hari ni???


Aku sure, kalau kau cikgu pesan suruh belajar bab 2. Kau bukak buku teks, terus selak bab dua without tengok tajuk, terus hafal satu-satu kan. Sekali dia tanya apa bab yand dia nak ajar, tak terlopong kau kat situ? Penat menghafal sampai rasa nak rebus buku tu, last-last tanya apa nama bab? Dan hasilnya, aku kena berdiri dalam class sampai habis waktu sebab tak dapat jawab soalan tu. nice :)



Kalau dia ni ajar, suara dia sampai 3 class and 3 tingkat bole dengar. Serious! Kalau kau baru nak mengelamun, baru nak termenung je mesti kau terperanjat. Sebab suara dia pun agak nyaring sikit, yang pekak pun bole dapat A sejarah ni. Serious weyh, even kena denda ke apa tapi dia ajar memang SUPERB. best sangat. Time sekolah, kalau cikgu sejarah aku bukan dia, rasa nak pegi tulis surat bagi kat pengetua. Berebut laa semua nak dia yang ajar. 



Bila baca dia meninggal dengan cara ni kan, teringat masa mula-mula kenal dia. Dia ajar aku masa aku form 1 and form 4 (before pindah teknik). Masa aku form 1 tu, dia baru kawin and ada anak 1. Bila dah habis ajar, dia selalu sangat cerita pasal family dia. Dia bawak gambar-gambar kawin dia. Bukan yang kecik eyh, tapi ni yang ada frame besar-besar. Bole nampak la memang dia bahagia. Dia sayang sangat dekat husband and anak dia. Kadang-kadang tu, nak bagi contoh dekat kitorang pun, bagi contoh pasal family dia, kang dah ke laut class sejarah tu sebab dah masuk class sejarah family dia pulak. :')



Tapi kitorang semua ok je. Ramai sangat sayang dia ni, sebab dia memang cikgu yang penyayang. Even time dia mengajar garang gile, tapi on the same time kalau dia perasan kau ni jenis yang langsung tak bermotivasi punya orang, dia akan duduk semeja and face to face dengan kau, and try to listen to you then help you. Yes, dia sangat suka tolong orang lain. And part paling aku tak bole lupa pasal dia ni, very the cute teacher ever, dia jenis clumsy tpai clumsy dia akan buat kau nampak dia sangat cute and kelakar. Haihhhh



Teacher, thanx for everything even cikgu tak lama ajar saya. Sebab cikgu la saya suka sejarah tapi masa form 1 je. Bila SPM paper sejarah, saya tak teringat pun dekat cikgu yang ajar saya selain PN WIKIAM. Sedih sangat cikgu pergi dengan cara macam ni, hope family cikgu dapat settle dengan pihak-pihak yang sepatutnya tapi tetap sedih sebab dah tak boleh dapat cikgu balik TT_TT



Rest in peace Pn Wikiam. May god bless and you'll always be in my prays :')



P.s gonna miss you badly pn wikiam TT_TT






Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday #2










Saturday, July 9, 2011

Callin' you ♥





I'm callin' U
With all my goals, my very soul
Ain't fallin' through
I'm in need of U
The trust in my faith
My tears and my ways is drowning so
I cannot always show it
But don't doubt my love

I'm callin' U
With all my time and all my fights
In search for the truth
Tryin'a reach U

See the worth of my sweat
My house and my bed
Am lost in sleep
I will not be false in who I am
As long as I breathe

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

I'm callin' U
When all my joy
And all my love is feelin' good
Cuz it's due to U

See the time of my life
My days and my nights
so it's alright
Cuz at the end of the day
I still got enough for me and my

I'm callin' U
When all my keys
And all my bizz
Runs all so smooth
I'm thankin' U
See the halves in my life
My patience, my wife
With all that I know
Oh, take no more than I deserve
Still need to learn more

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
all I need in my life

Our relationship, so complex
Found U while I was headed straight for hell in quest
You have no one to compare to
'Cause when I lie to myself it ain't hidden from U
I guess I'm thankful
Word on the street is U changed me
It shows in my behaviour
Past present future
Lay it all out
Found my call in your house
And let the whole world know what this love is about

Yo te quiero, te extraño, te olvido
Aunque nunca me has faltado, siempre estas conmigo
Por las veces que he fallado y las heridas tan profundas
Mejor tarde que nunca para pedirte mil disculpas
Estoy gritando callado yo te llamo, te escucho, lo intento
De ti yo me alimento
Cuando el aire que respiro es violento y turbulento
Yo te olvido, te llamo, te siento

[Translation:]
I love you, I miss you, I forget you
Even though you never let me down and always are by my side
For all the times I've failed and hurt you deeply
Better later than never to give you a 1000 apologies
I'm shouting silently, callin' you, I'm listening to you, I'm tryin'
You nourish me
When the air that I breathe is violent and turbulent
I'm forgettin' you, I'm callin' you, I'm feelin' you

Oh, no, no
I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U
My One & Only

I don't need nobody
& I don't fear nobody
I don't call nobody but U...

oh, no, no
i don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't call nobody but you
MY one and only

I don't need nobody
& i don't fear nobody
I don't nobody but you
all i need in my lifee 




Friday, July 1, 2011

New Born



Tadi pagi-pagi lagi dah sentap dengan abang aku sebab dia takmo hantar aku pegi keje. Aku kalau keje pagi kemalasan betul nak pegi sendiri, boringg. Malas nak jalan. Keje petang ok lagi la sebab macam dah ramai sikit, tapi pagi kalau jalan sendiri macam useless je rasa, hahaha. tetibe ! Nasib baik last-last dia bangun jugak hantar aku pegi keje, lobiu ! hahaha



So sementara tunggu anak dara tu basuh muka, aku turun la bawah then aku dah pelik apesal abang budi ada kat umah sebab susah laa nak nampak muka dia kat rumah ni. Dah tu muka busuk gila, sangat la obvious and nampak macam tak cukup tido. Then mak aku nampak aku je terus dia cakap


Mama : Kak ida dah bersalin, malam tadi pukul 9. 



And i was like, what????????? Yeahhh !! Mak buyong yang ditunggu-tunggu sudah malatopp!! Mwahah. Aku tak sure kenapa aku excited tunggu akak ipar aku bersalin, padahal bukan membantu pun kan. Tapi aku memang suka tengok orang pregnant ni, tetibe aku rasa macam bangga dengan dorang. Wahh kau, tetibe je kan. Hahahaha.



So tadi after balik keje aku singgah rumah abang aku. Ohh akak ipar aku bersalin normal, and Alhamdulillah everything went well and dia dah keluar hospital petang tadi. Tadi pegi la tengok, tapi sebelum tu aku main la dengan kak ngah gila tu dulu, kang terus masuk tengok baby macam tak elok pulak kan. 



Dah lama sikit tu, aku masuk tengok baby. First thing dalam kepala aku masa tengok baby tu, dia ni ikut muak sape eyh? Aku dah masuk bilik, aku kuar tengok muka akak ipar aku. Time ni akak ipar aku tengah baring dekat kerusi sambil tengok tv. Tengok macam takde rupa akak ipar aku, tengok abang aku pulak, pun jauh beza. Macam sape eyh? Time aku masuk ni, kak ngah tu pun sibuk nak masuk.  Before aku masuk, kak ngah cakap dekat aku



Kak Ngah : Cik na nak tengok adik kiteorang bole, tapi jangan kacau kacang yang atas kepala dia tu. 



Time ni aku dah blurr dah, heh? ape jadahnya baby baru lahir letak kacang pulak ni? Sekali aku masuk tengok, rupa-rupanya kacang yang si kak ngah cakap tu adalah BAWANG PUTIH. Bijak, bijak :)



 
Ni la budak busuk yang cakap bawang putih tu kacang.




Siti Nur Aleesya Natasha Bt Azul



Bagus lahir on the day yang sangat mulia, Israk Mikraj :)



Nama bapak punya la pendek kan, nama anak tak hagak-hagak. Hahaha. Aku tak berani nak alihkan kain yang tutup mata dia tu, sebab kain tu macam terhempap dengan kepala dia. Soo scary, x berani pegang, Baru satu hari kan umur dia. Merah lagi tu, kalau tengok dekat-dekat macam real aje urat-urat dia. Then sambil tu aku peluk-peluk dia, terasa tangan dia, bapokk la kecik gilaaa. And the best part is, tidur terkangkang. Bagussss... Bila panggil nama dia, aleesya, aleesya. dia kerut-kerut kening, eyh??? tau ke nama kau weyh?




Siapa lagi comel???? Ok, takpe. tak payah jawab pun aku dah tau siapa. Macehhh!! aku memang comel. ngahahahahah. Nak mampos???




"Cik naa, kak ngah nak jugakk"  =.=' layan kan ajee





Time ni serious sakit hati ok !! Yang mana kau nampak dia buat isyarat 1 tu, tu dia tengah cakap. "nama adik kita siti nur aleesya natasha. Aleesya natasha" Macam nak bagi warning tu. motif??? Dah tu kau tengok la muka-muka minta penyepak dia tu.






Sayang adik kite. Yoo laa, adik kamu. hahahaha.



"Kak ngah pun comel sebab ada lobang ni kan?? Cik na ada tak?" =.=''



Aku saje je la kacau dia nak tengok sayang adik ke tak dia ni kan.


Aku : Kak Ngah, cik na nak ambik adik bole?

Kak Ngah : *angguk*

Aku : Kite jual dia nak??

Kak Ngah : Muka macam "O.o" hahaha

Aku : Yee laa, kite jual laa. nanti dapat duit tu kite beli la Mcdonald. Nak tak?

Kak Ngah : Hurmmm. tak boleh laa

Aku : Nape? Taknak Mcdonald ke? Sedap wohhh

Kak Ngah : *muka macam berfikir* tak tak, tak boleh

Aku : alaaa, cik na nak beli Mcdonald tapi takde duit. Kalau kite jual baby ni dapat la duit bole makan mcdonald.

Kak Ngah : Tak boleh laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Aku : Kenapa tak boleh??

Kak Ngah : Haishh ! jangan bazir-bazir baby bole tak??


Hamek kau!!!! Jangan bazir-bazir baby bole tak??? Peringatan daripada budak umur 5 tahun untuk pelaku-pelaku seks bebas dan orang yang suka buang baby. Ingat ok?? JANGAN BAZIR-BAZIR BABY !! Hahaha, tergelak aku dengar tapi bagus cara dia fikir. Mak dia dengar, nak gelak pun tak boleh, sakit perut dia. Adoii laaa.



Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday #1








Tuesday, June 21, 2011

Benda paling looser in time nak membesar. LOL



Tetiba aku rasa macam nak share dengan korang few situation yang aku rasa paling laa looser time aku kecik-kecik dulu. Benda ni bila family aku cite balik kat aku, terus rasa nak tikam diri sendiri sebab rasa malu, macam bodoh gile pun ada. Tapi macam kelakar pun ada sebab tak expect aku macam tu. 



Ok, nak dijadikan cerita kan. Aku dulu pandai mengaji awal, umur 5 tahun dah masuk belajar al-quran, dah khatam dah muqaddam (vangga vangga vangga). hahahaha. Then bapak aku hantar mengaji dekat lorong sebelah, rumah dulu lebih kurang macam rumah yang sekarang. Cuma time tu still ada hutan-hutan sikit laa and susunan rumah macam tak proper sangat lagi. Yang hantar aku ngaji selalu kakak aku or abang aku. Benda ni even aku macam samar-samar je, tapi kalau dah selalu sangat jadi bahan ketawa kan, memang bole ingat terus ok.



Tempat ngaji tu nenek yang ajar, memang ramai la bebudak datang belajar kat situ. Nak dijadikan cerita, aku punya gatal miang umur baru 5 tahun time tu tapi dah pandai flirting lelaki. hahaha. kasar-kasar pun dalam hati ada taman ok. Yang lelaki aku suka tu pulak jenis yang pendiam, pemalu, yang nerd-nerd gitu. Stok-stok anak mak macam tu. Tiap kali nak pegi ngaji kan, memang aku akan datang awal sebab nak cop tempat, memang sebelah aku tak boleh orang lain duduk, tu memang tempat dia. 



Dah tu, bila ada je orang masuk rumah tu, mesti aku terintai-intai kot-kot si dia dah sampai kan. Sangat laa gedik ok. Bila dah nampak kelibat dia naik tangga, berdesup aku lari pegi dekat dia, salam dia then peluk CIUM dia. Like WTFantastikk gilaa kan. kah kah kah. macam laki bini wanna be pulak dah. Gatal gilaa kooo, baru 5 tahun kot. 5 tahun. astaga. hahahaha



Budak tu aku rasa still duduk rumah yang sama, sebab area tempat ngaji tu memang dekat dengan kawasan kubur. Penah sekali tu time raya kitorang satu family pegi kubur arwah nenek, tetiba budak ni lalu sebelah aku naik basikal. Masa tu aku baru lepas SPM kot, rasakann!! akak aku jerit nama dia sampai dia stop, yang dia pandang aku macam terpinga-pinga, macam tengah recall balik. Macam ku pernahh lihat, tapi dimana yaa?? Akak aku punye keje kan, time tu serious aku rasa macam kena tampar berjuta-juta kali. Malu gilaa dowh. Boleh plak diorang cakap, eyh ni bukan boipreng kau masa ngaji dulu tu ke?? huwaa !! it's not funny ok, it's not funny at all !! 



Tu satu cerita, then ni cerita gatal jugak ni. Masa aku form 1. mwahaha. Baka sapa la yang aku ikut ni kecik-kecik dah pandai mengenyam. Aku ada suka dekat sorang cousin aku ni, masa tu umur aku form 1, dia 20+ kot. Macam tu, bila pegi rumah sedara aku tu, mesti nak budget cun aje, lepas tu semua benda buat mesti nak cover sepanjang masa walaupun kadang-kadang tu dia takde kat rumah. Budget macam tetiba dia balik then nampak aku tengah ayu-ayu tu boleh laa terbukak pintu hati dia, ngahahaha, nak mampos!!



Then ada sekali tu, mak aku kena tidur umah sedara aku ni. Ada kenduri, haruslah aku seronok gilaa kan, dapat tengok dia selalu. hahaha. Padahal dia takde pun kat rumah, merayap entah ke mana tapi tetap laa nak cover cun koo. Bila dah habis kenduri semua, time nak balik tu yang moment paling aku rasa nak gantung diri sendiri dekat pokok kelapa. 



Kan orang kalau baru lepas kenduri, family mesti la macam rehat-rehat dekat hall semua kan. So time aku nak baik tu, aku tengok dia ada tengok TV jugak, so aku budget ni kalau time aku salam mak dengan nenek dia ni, confirm dia akan nampak aku. so aku masuk toilet, betul-betul kan rambut sikit, tetiba aku rasa side-burn aku ni macam merimaskan. Sebab elok-elok dah ikat rambut tetibe tepi-tepi tu macam ada lebih-lebih. Tak suka.



Aku pegi dapor cari gunting, buat macam rumah apak aku sendiri. Jumpa gunting aku masuk toilet balik aku gunting semua side-burn tu kasi licin. Then tetibe aku rasa macam ada anak-anak rambut yang kecik-kecik tak dapat gunting tu, mata aku terpandang shaver. Wohhooo!! aku cukur sampai licin. Bila keluar toilet, hidung dah kembang kempis sebab rasa dah cun habiss dah ni, yang mak aku melopong je tengok aku. Aku boleh pegi salam semua orang dengan muka yang tak bersalah. HAHAHAHAHAHA. Aku tak pandang pun cousin aku yang aku suka ni, sebab rasa diri hot kan, haruslah jual mahal sikit. 



Bila fikir balik kan, rasa nak tikam diri sendiri. Baru-baru ni dia kawin, aku tak sure la dia ingat ke tak kejadian yang bodoh lagi bangang tu. hahahaha. Bini dia cun wooo, manyak untung!!



Mak aku selalu cakap, aku time kecik-kecik dulu gedik nak mampos. Raya tak pakai kan lipstick, muncung bole gantung sploh hanger. hahahaha. Tapi bila dah pakai kan gown, pakai kan lipstick then kasut cowboy, kalau aku keluar main, nak cari aku kat mana, kalau bukan kat longkang mesti atas bukit. Tak payah la kau tanya group budak pompuan yang tengah main masak-masak tu ha, nan hadoo!! Cuba cari dekat geng budak lelaki tengah tangkap belut, confirm aku kat situ. hahahaha. Cam bodo eyh?



Cerita ni selalu kot kena bahan bila dah berkumpul satu family. Siap demo macam mana aku peluk cium budak tu. Hampeh betol laa !! Sekarang dah baik dah, tak gatal dah. insap dah. kah kah kah !!!