Wednesday, August 21, 2013

Raya 2013


Dia pun nak jugak... Ehek ehek ehek. Biar la nak feeling sendiri pun kan. Sendiri update sendiri baca sendiri seronok pendek kate syok sendiri. mwahahaha! Ada aku kesah?? *flip shawl*


Okay raya tahun ni nothing much and dari awallll puasa aku memang takde mood nak raya. Rasa macam konghajo je masa puasa pun rasa macam biasa-biasa je. Perasaan dia macam tak excited macam selalu laa. this is not good tapi just keep it to myself and think positive la. Ni mesti kena banyak muhasabah diri ni. Betul ke muhasabah eja dia? Macam salah je.. ahh lantakkk..


Tapi dalam takde mood tu, kemain google gak latest design baju raya caner tahun ni. Nampak ramai pakai peplum lagi. Still yeh? Tema family tahun ni turquoise. Terus terfikir nak match dengan pink tapi baju prom hari tu dah pink. And terus terfikir warna salmon kalau dah masak tu. Ape nama tu, peach yeh? Pun cantik jugak. Then lagi 2 minggu nak raya baru cari kain. Nasib tailor kakak sendiri. Demand jangan tak demand. wakakaka!



Dan tadaaaa! Ini lah baju nya. Inspired from ezuan ismail ke apa ntah nama designer tu tapi tangan tak jadi sangat tapi tetap feeling diva ok. Haderr? kah kah kah!


Raya pertama memang tradisi keluarga aku semua akan membuta. Hahaha! Kitorang memang semua longlai especially aku laa sebab jadi bibik kan kemas rumah. Mana nak jahit manik kat baju lagi sebab gila glamour. Hahaha!


Tapi masa raya pertama tu dalam tengah hari la baru semua dah mandi pakai cantik-cantik then salam raya. Dalam pukul 2pm macam tu pegi raya kat umah parents abang ipar aku sebab family memang rapat. Aku raya pertama masih dalam fasa mood swing sebab katenye takde mood dari awal kan. Boring dengan diri sendiri. Huhuhu




Ada lagi gambar reramai tapi dalam dslr, malas nak minta laa. Lagi pun seciput je yang ada. Ada yang tak datang lagi la, balik family sebelah lagi satu la apa la so tak fun sangat pun first raya.


After that pegi singgah kubur arwah nenek. Al-Fatihah. Dah makin penuh aku tengok kubur datuk keramat tu. huhuhu. Selalu kan kalau datang kubur mesti hati cakap, caner la dorang kat dalam tu. Nanti turn aku camne laa pulak. Wallahualam! Rasa gak la insaf, tapi dah keluar dari kubur tu still tak sedar diri jugak. Sedeyyyy!! ahahaha.


Then esoknya ke kuala selangor kita. Haaa ni wajib. memang wajib, boleh kena demam kus kus kalau dalam setahun tak makan langsung bakso pakcik aku ni. Hahaha! Sodapp nak mampoih weyyy. Dekat sini je laa kitorang feeling ada kampung. Sebab nak pegi pun jauh kan. Then kawasan dia memang kampung habiss. Fuhh!




Konvoi bape kete aku tak ingat tapi banyak jugak la. Aku naik dengan abang and kakak ipar dengan anak-anak dia. Yang pompuan tu kemain nak tido peluk bagai. Hilang vogue makcik kau. Habis tercabut manik-manik baju aku. Tension betul. Nasib comel. Rasa nak makan je kau ni!






Perut dah kenyang, sesi menggedik dah bermula. Tapi cuaca bapak panasss. Berlengaihhh!





L-R : Ayang (anak ke 2), Mega (Cucu pertama), Cakni (anak ke 3), Abg herry (abg ipar pertama), Abg wendy (anak ke 7), kak epy (cousin), orang kurang kasih sayang (anak ke 9 - bongsu). 

Yang duduk bawah tu pulak : Onang (anak sulung), Kakak (anak ke 4)




Suka sangat gambar ni. Sebenarnya candid, saje gedik angkat kaki sekali semua follow pastu gelak-gelak, banyak sangat photographer time ni, abang aku punya phone managed to capture this. suka nyaaa. ehek ehek


Tak lama pun kat sini, dalam 6 lebih dekat nak maghrib macam tu beransur ke gombak pulak. Lepak situ sampai dekat pukul 10 macam tu. Supposed ada lagi 1 rumah nak pegi area situ jugak tapi semua kate taknak. Jadi beransur la kami kereta demi kereta. Kereta yang aku follow telah diamanahkan ke Mcd dulu untuk tapau makanan. 


Yang pelik, kitorang order banyakkk tapi cepat je siap. Ok good then. Drive macam biasa ke rumah, then bila dah dekat dengan lorong rumah nampak banyak orang, kete motor tepi jalan. Ingatkan ada accident ke apa, pehal ramai sangat ni. By the time kereta belok nak masuk lorong je aku nampak api besar. Rupanya ada rumah terbakar. Panjangkan leher tengok area mana, jantung nak tercabut bila nampak area rumah kitorang.


On the spot abang aku stop kete suruh kunci duduk dalam kete, dia terus lari nak pegi tolong. Gelabah punya pasal dia park kereta tengah jalan then aku dengan bunyi bomba kat belakang. Ada jugak kena sodok nanti ni.. Kakak ipar pass baby kat aku, dia park ke tepi. 


Time ni memang aku dah pucat sebab aku tak boleh langsung tengok rumah terbakar. Takut sangat tengok api. Then tanya dekat few orang area situ rumah sape yang terbakar tu sebab aku tak boleh nak masuk, banyak sangat bomba kat depan. Then diorang kata rumah tukang jahit baju dengan jual satay tu. Confirm! jiran depan rumah aku.


Menggigil lutut laa aku cakap. Jantung dah nak tercabut. Api besar nak mampos, ke kiri kanan api tu pegi. Cuak gila takut kena rumah sebab rumah aku atas dah la papan. space antara rumah depan dengan rumah aku tau takde la besar mana, wire pulak dekat-dekat jee. Dengan pokok mangga sebesar-besarnya. tu pun jiran sebelah pokok mangga dia dah terbakar half. takde la terbakar teruk, just daun-daun  layu, buah half terbakar half elok. 


Bomba pulak problem. Air tak cukup. tak jumpa pili bomba. Sampai 3 ke 4 boomba datang. Tapi tak lama lepas tu api dapat laa padam. For me kan, aku lagi anggap bomba hero dari polis ke askar ke. ahahha. Dan dan kau kannn. Then api dah padam baru dapat balik rumah, tu pun polis tu tahan tanya nak pegi mana. tunjuk rumah baru dia bagi masuk sebab dorang ada letak border kuning tu tak bagi masuk. 


Alhamdulillah takde kemalangan jiwa. Semua masa ni kat luar tengah beraya. And rumah jiran depan pun kena sikitttt je. Sempat diselamatkan. 






 Api baru naik and tengah marak. 





The next day. Sayu jee tengok. Kejadian jumaat malam, tapi sampai ke hari isnin bau terbakar still kuat. malam tido memang tak lena la. kejap-kejap terjaga. 


Tu takpe tu takpe. Tak sampai 24 jam ni jadi, rumah kat lorong 7 pulak terbakar. Mine is lorong 2. 



Nampak dari balcony rumah. Gilaa laa. dah kenapa asyik terbakar kan. Jantung belum nak ok pasal jiran depan rumah, boleh pulak ni jadi lagi. Raya memang kitorang raya 2 hari je. Lepas tu takde mood dah plus paranoid. Semua duduk rumah je


Thennn, last saturday, jiran sebelah rumah aircond dia pulak terbakar. Nasib jiran dari arah belakang nampak, cepat-cepat siram air. Semua punca kebakaran ni adalah - litar pintas. cuaca panas melampau kan. Mana plug yang rasa tak pakai, tutup laa. Takde dalam bilik tutup lampu kipar air cond semua. Aku punya paranoid, kalau takde dalam bilik, cabut ibu plug terus. lantakkkk.


So inilah cerita raya saya. Selamat hari raya. :D





2 comments:

nisa surihani said...

agak tragis ye cerita raya anda, apapepun selamat hari raya, cantik baju raya, vouge gitu, hee. rindu kau lah mirna,:D

lexthary dalova said...

hehehe. rindu kau jugak wey. rindu plkn. sob sob sob!!