Monday, August 5, 2013

Nescafe.


Ni bukan iklan nescafe 3 in 1 ke ape ye. Semalam cuaca punya lah panas. Bangun awal start membersihkan rumah. Basuh sofa sampai pukul 3 petang tu dah rasa nak matiiii. Nampak air paip tu pun macam sedappp je..


Kalau iman tak kuat memang dah teguk dah air, punya la kering tekak tuhan je tau. Malas nak fikir so pegi tidur dengan harapan bila bangun dah maghrib. hua hua hua perangaiiiiiiiii...


Tapi bila bangun tengok jam baru pukul 6.20. apakah semua ini???? Yang mama dah bising dengan tazkirah percumanya sambil kacau rendang. tu tuhan uji laa. kena kuat laa blablabla. Aku dah terbayang ais ais ais. Sedapppnyaaa. Tekak dah kering gila ni.


Masuk waktu berbuka tengok ada air nescafe ais je, biasa bermacam-macam jenis air sampai pening nak minum yang mana. Tapi dah ada itu je nak pulak aku haus macam nak mamm kan, minum jee la. Orang azan je cepat-cepat baca doa, teguk 1 mug besar. Pastu refill.


Makan pun tak lalu sebab banyak sangat air, kepala tak fikir apa sambil sedapnya kunyah ais dalam cawan tu. Dah habis dah 2 mug besar nescafe ais. Done berbuka kemas semua, sambung buat kuih. Kauuu, lagi bape hari nak raya baru hegeh-hegeh nak buat kuih. Mana nak kemas rumahnyaa. Hahaha


Sampai pukul 1 rasa pinggang nak patah, masuk bilik dengan harapan nak tido sebab badan penat sangat. bila baring je mata segar gilaaaa. Pastu rasa pelik, lawak apakah semua ni? badan aku penat kepala sakit tapi mata taknak cooperate pulak, lempang kang!


fikir punya fikir baru perasan togok 2 mug besar nescafe. Cite dia memang tak dapat laa tido sampai sahur. Sambung baring lepas tu dengan harapan dapat tidur. Dapat tidur tu memang dapat la tapi pukul 7 pagi and pukul 8.30 nak bangun siap-siap pegi keje.


Sekarang kat tempat keje mata zombie, kaki dah lenguh sebab penat tapi tak dapat tidur. Hari ni berbuka nak barli ais. KBYE!!!


No comments: