Wednesday, June 1, 2011

Semputt !!!


Yayy ! dah masuk bulan jun. Sekejap je kan, pejam celik pejam celik dah setengah tahun. Puasa pun tak habis ganti lagi ni, hohoho. Aku rasa macam, new year 2010 tu terbayang-bayang je lagi, tapi tengok-tengok sekarang dah jun 2011. Dah jauh dah tu. Tapi memang rasa sekejap kan?


Setiap kali masuk 1st may je mesti aku seriau, bergegar kepala lutut. Bulan yang aku kena struggle minta nyawa untuk exam, sambung sampai laa 2013, insyaallah. Tapi bila masu je 1st june, rasa macam baru lepas lari 800 meter. hahahaha. Lega dia tu macam tak terkata-kata. Rasa jantung ni laju je, semput. hahaha. overr kan. Tapi bila masuk julai, mesti rasa nak meletup jantung dengan perut ni. Sebab result pulak keluar. isk isk isk. Time ni mesti rasa macam aku lagi suka exam daripada ambik result. wuuu


Ok la, enough la cerita pasal tu. 1st june jugak masuk keje balik after sebulan tak keje. Dah macam-macam dah berubah aku tengok hari tu. System pun dah lain, makin gelabah la aku lepas ni serve customer. Then stok baru pun cantik-cantik jugak, counter makin tersusun. Namak macam aku je yang menyepahkan semua tu kan, mwehehe. 


Since hari ni last aku duduk goyang kaki takde buat apa, memula cancel nak keluar, at last jadi jugak keluar, yahoo! sukaa! Takde laa tepu sangat kepala otak ni dari habis exam takde keluar pegi mana. Asyik cancel je semua plan. so tadi aku pegi tengok Nur Kasih. Since ramai kate best sampai kena spare tisu bagai kan. So jom la tengok.




Aku tatau laa kalau aku yang tak paham jalan cerita dia ke apa kan, aku tunggu je dengan tisu part yang sedih tu. Tapi tak jumpa pun. ok, sedih laa part yang Aminah tu tengah sarat, time-time tu jugak laki dia nak nazak, tapi tade la sampai bole aku keluar air mata. Yang aku tak suka cite ni sebab dia banyak sangat scene scene yang lompat-lompat. I mean macam, memula cite dia kat sini, tetiba masuk Aminah dah tua, then masuk balik time Aminah baru dapat baby. 


Serious aku macam lost, nak kate tak alert, mata aku kat situ je. Tak alih kat tempat lain pun. Tapi ramai kate best, siap nangis-nangis bagai. Takde punnn. huhuhuhu. Tapi ok la cite ni, aku suka sebab ada Mia Sarah, hahahaha. macam bodo. :P


Ok laa babaiii !! 



No comments: