Thursday, June 16, 2011

Kau gila ke sawan?


Salam.
Rutin aku lepas balik keje, bukak pintu bilik, on laptop dulu baru la nak salin baju ke, mandi ke and buat apa yang patut. Nyawa ni nyawa, tau tak? hahaha. So macam hari ni, aku balik keje buat benda yang sama. Sambil hingus meleleh-leleh, terbersin sampai dah nak tercabut je rasa kepala aku ni, aku bukak website ohbulan!. Saje nak kepochi apa cerita terbaru diorang ni kan.




Then bila dah scroll down tu, aku nak tergelak baca satu entri ni. Ada someone yang mewakili Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan (What theeeee??!!) hantar surat dekat media prima untuk bantahan supaya siaran Nora Elena di-stopkan. Aku memula malas nak baca ape hal nye dia nak suruh stop kan sebab setau aku memang demam Nora Elena habis 1Malaysia sekarang ni, taktau la sebab jalan cerita atau sebab Aaron Aziz yang hemsemmm sangat tu kan. So aku pun baca la sikit, bila dah baca sikit tu tetiba rasa macam nak baca semua, kau nak tau sebab apa?




Nak terburai perut aku baca surat dia. Format dah macam surat rasmi dah haa, tapi isi tetiba bahasa kelantan. And aku macam tak paham, apa motif kau nak cakap macam ni? emo terlampau, pms to the max nampak gayanya ni. mwahahahaha


Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.


 Aku taktau laa kalau taste dia memang bangla, lombok segala kan. Nak cakap lelaki melayu langsung takde yang romantik, habis yang bangla lombok segala tu SEMUA nya romantik laa?? ohh ye laa, romantik laa tu sampai ramai sangat orang perempuan kat Malaysia ni dia guna-guna kan. Aku rasa benda ni, kat mana-mana negara and apa bangsa pun sama je kot? Mesti laa ada baik, tak baik, romantik, romanTAIK. Baru laa fair life ni, ni mesti asyik dapat yang tak romantik ajee ni? ke jealous dengan Nora Elena?

Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.

 
Kau je kot yang KERAP tu? Standard la relation ada gadoh semua. Nak baik dan romantik je sepanjang masa payah la, aku pun boring macam tu. Apa-apa pun terletak dekat diri sendiri macam mana nak handle partner kau. Aku tak follow semua episod la cerita ni, tapi ada sekali tu aku tengok si Seth Tan tu dengan Nora Elena tak ok, siap si nora tu lari rumah lagi, kira ada jugak la diorang tak ok kan? Aku rasa yang KERAP bergaduh ni jenis dua-dua kepala angin,tu yang tak penah nak ok relation kau. 



Tak logik punya citer..  Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. 



Dah nama pun DRAMA. orang BERLAKON. Aku pun tak sure kenapa dia emo gila macam ni. Cerita ni tak salah aku dorang adaptasi daripada novel. Hello standard laa cerita novel ada setengah yang tak logik. Orang yang buat novel ni sometimes dia tulis balik pasal kehidupan dia or mainan minda dia. Walaupun dia tulis pasal life dia, tak semestinya 100% EXACTLY. Mesti la kena ada part yang ada privacy sikit. Harry Potter tu logik sangat ke? bawak-bawak mengucap kak =.=''



Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.

HAHAHAHA. Adoii laa. Sakit perut aku. Dalam drama tu, tengok si Seth Tan tu terlebih romantik ke, penyabar ke. Si Yvone tu jahat macam mak lampir sekali pun, cerita tu habis dekat situ je la. Pelakon tu sendiri aku rasa habis shooting tu, dah tak payah laa si Aaron Aziz nak ber-romantik dengan saleha tu haa. Siapa suruh kau berangan tinggi sangat?? Lepas tu cakap bagi harapan. Ape bendee ni cik kiahhh oiii?? 
Dah aku pulak yang rasa macam orang bodoh baca benda tu. Hahaha. tapi sumpah, aku tak expect wujud jugak orang macam ni dekat dunia ni. Ni mesti penah apa-apa jadi dekat life dia before this sampai dia tak puas hati gila macam ni. Siap ada dialog-dialog dengan anak kau. Tu bagi contoh LAKONAN atau LAKONAN SEMULA??

“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”


Mungkin orang yang tak bahagia macam aku ni berpjiak di dunia ghaib agak eyhh.





No comments: