Saturday, May 28, 2011

Surpriseeee !!! :D



Hari rabu hari tu birthday abang aku. Tapi time tu aku exam, memang mind ni tak pk benda lain la kan, pukul 12 tu memang tak wish. Sebok study, sorry bro :P


So hari khamis tu dia tak keje, aku dengan dia je la kat rumah. Tetiba lepas mandi tu aku teringat yang semalam tu birthday dia. Terus cakap, "happy belated birthday, baju superhero delay lagi sebulan ok". hahahaha. Dari bulan bila ntah aku cakap nak belikan dia superhero punya baju. :D After aku wish tu dia cakap, "kau sorang je yang dalam umah ni baru wish dik". holoh holoh holoh. Sedih pulak dia kan, then terus mesej akak aku suruh dia tapau Secret Recipe, celebrate dengan cake je dah le, janji ado kan. Tapi bile akak aku balik, excited tunggu dia depan pintu, tengok dia berlenggang je sambil kerut kening pelik tengok aku, rupanya dia tak dapat mesej sebab fon dia habis batteri, pffftt!!!


Aku cite kat akak aku yang semalam birthday abang aku, dia sedih takde sape wish. Then kakak aku diam aje, aku pun macam malas la nak keluar semata-mata beli cake, lain la boleh drive kan, wa tara hal. Dalam pukul 8.30 after kakak aku balik jogging, dia ajak pegi makan. Aku ingat kan dia ajak aku teman dia pegi makan sebab after balik keje dia terus pegi jogging, rupanya dia ajak semua, siap ajak mega datang rumah lagi. Time tu abang aku tido, so gerak dia, aku mama mega akak aku and abang aku je yang ada. 


Masa baru keluar rumah tu, aku cakap kat akak aku singgah Ampang Park, nak withdraw duit jap. Padaaahallll. nak beli cake. hahahaha. Siap aku masuk dalam bag aku lagi, gila besar bag aku lepas tu. Then masuk kete buat macam takde ape jadi, akak aku ajak makan dekat TGI Friday, again. yeahh! Second time fos this month. mwahahaha. Bila dah sampai tu, akak aku suruh yang lain pegi dulu, then dia minta aku teman dia pegi toilet, time tu dia dah pelik tengok bag aku, aku senyum aje laa. Heee. 


Sampai je dekat TGIF, tengok dorang dah pilih-pilih nak makan ape, time ni aku dah pass cake dekat staff diorang dah, suruh surprise time habis makan nanti. Aku mega and akak aku je yang tau ape mission sebenar kitorang pegi keluar makan ni. 



Kite ambik gambar dulu, buat macam takde ape :D



Aku pun taktau apa motif ambik gambar camni. Tapi akak aku nampak gemuk comel dalam gambar ni. #TDDMKA



Birthday boy's mood still unstable. hahahaha. kena paksa bangun tidur.



Tapi tetiba jadi active suruh snap picture dia sana sini. EHH????

 
Aku pun tak paham ape fesen dia pose ni. =.=''



Lagiiii... 




 Dann lagiii. zzzz

Then aku tengok batt dah tinggal 3 bar je, terus aku cakap malas laa. bukan handsome pun. mwahahaha. padahal nak save batt untuk snap picture time ada cake nanti. :P


Tibalah saat yang dinanti-nanti kan.. Makan timee !!! :D



Since dapat tau dekat SINI laaa mushroom soup tersedap dia dunia, harus la order. Tapi sini punya kureng sikitt laa, kau kacau lebih sikit dia dah cair. Curve jugak best, ohh sukaaa !!



Wajib jugak :D



Mine !! Abang aku time nak order air, dia kata taktau nak ape. Then aku order yang ni dia bising kate masam la itu la ini la, last-last dia pun order jugak. pffftt !!



Mega's. Aku tak ingat namaa laa =.=''




Mak aku lagi overrrr !!! tak ingat nama jugak, tapi air ni boleh minta la virgin ke tak. Time orang tu ambik order, aku dengan slumber cakap non-virgin. woiihh!! terus akak aku ketok kepala. hahahaha. blurr gilaa malam tu.After orang tu habis tuang dalam cawan dia cakap, "have a drink madam". then mak aku cakap "owh ok, thanx". Harus semua terpegun. kah kah kah. sebab before this dia akan cakap "thank you" je. Then abang aku lagi kwajaaqq !! Dia cakap mama lepas ni dah bole stay dekat america. HAHAHAHAHA



Lepas tu semua bahan aku cakap saje nak kenakan mak aku. Mak aku pulak dah blurr blurr dah ape benda yang kitorang tengah cakap. Sambil sembang main dish sampai, terus aku lupa nak snap sebab lapaa gile. Kitorang order 2 spaghetti ape ntah aku tak ingat, untuk mama order fish and chip, sebab mak limah kau ni tak suka wester-western ni. Nak muntah katenye. Bila makanan dia dah sampai, dia makan la pakai sos, terus muka kelat-kelat macam baru tertelan sebijik lemon. Then aku tanya nape, dia kate sos masam padahal guna cili sos biasa je and kat rumah pun ada. Terus dia tolak, makan fries dia aje. Abang aku tetiba nyampuk buat nada sedih, "camne nak stay America ni?" hahahaha. biadap ok !


Dah habis makan tu, semua macam relax-relax laa. konon nak bagi makanan tu turun dulu baru la kite gerak kan. Tetiba orang-orang TGI tu datang bawak cake then jerit ape ntah. Abang aku cakap la,"yes?" dia macma pelik orang tu jerit-jerit bawak cake siap tepuk-tepuk bagai kan. Sekali orang tu tanya, "so, who birthday is this?". Semua tunjuk abang aku, terus dia blurrr. hahahahahaha. :P


Orang tu suruh dia berdiri atas kerusi, dia pegi duduk. Adoii. Then konon interview abang aku la, tapi yang kelasss nye tu, microphone dia botol tobasco. kau ada? hahahaha. Orang tu suruh wish, dia punya blurr sampai speechless gila end up dia just cakap thank u to all. Then orang tu suruh nyanyi. tak nyanyi tak boleh turun dari kerusi, terus merah muka dia. Ni malu sebab apa ni? tau la ada awek cun bawak cake kat kau kan. Cer kalau kat rumah, aku tengah jerit-jerit dekat dia sebab bengang, dia boleh nyanyi siap joget lagi depan aku. ape kesss????



Awek yang pakai topi leopard tu, muka mixed kot. patut laa dia cover kan. 



Time dia nak potong cake ni, dia baca wish tu. "what??? hari tua??, ni mesti keje kau kan dik!". kah kah kah. memang dah tua dah, nak feeling remaja kee bradeeerr?? please laa weyh !
Senyum terpaksa or senyum speechless??



Time ni dia cakap, "habis laa nanti orang ingat aku dah tua sangat". over eyh??


Then dah makan cake sikit semua, kitorang gerak and sampai rumah dalam pukul 12 jugak laa. Aku nak study pun perut dah penuh, mata dah ngantuk. wuuuu!! Last but not least, 

HAPPY BIRTHDAY TO YOUU!! Sweet bitter 24 and god blesss, I lebiuuu!! ♥




No comments: