Friday, May 20, 2011

soo how??


2 down and another 2 to go. phewww !!! Sekarang ni keadaan diri memang macam sakai. Pegi study group dengan member after few days tak jumpa diorang cakap, "eeee, ada pimplee laa muka kau". Pegi jumpa member depan rumah aku, "weyh, muka kau dah ada pimple kan". Pegi jumpa boss aku, "u ni betol-betol stress hoorr?? banyak nye jerawat tumbuh". Assalamualaikum depan pintu rumah after baru balik dari killing paper exam my mom said, "dik, apesal muka kau banyak jerawat ni?"


Arghhhh!! can u stop it?? can u? can u?? Stress tau tak asyik cakap pasal jerawat. Yee aku tau dah banyak naik, then what to do?? Salah kan final, salah kan dia. salah kan dia !! Masalahnya kan, aku tak perasan kot, padahal hari-hari tengok cermin. Bila dah ramai tego, screen calculator pun jadi laa jugak untuk tempat aku tengok muka yang banyak jerawat katenye tu. Banyak dot dot dot TT_TT lepas tu, dia dah susut, jadi hitam pulak. Omagadd !!! 


Tu cerita pasal muka la, ni pasal makan pulak. Makan aku kadang-kadang sekali je sehari. Tu pun dah malam baru aku teringat aku tak makan ape lagi satu hari. What the?? Aku ni dok buat teruk pulak macam orang lain tak final kan. Tapi aku pun tak expect betapa kelam kabut nya hidup aku disebabkan KAU !! Tu belum masuk cerita keadaan bilik tu, ok enough. 


So sekarang ni tinggal lagi 2 paper. 2 calculation subject DONE ! Another 2 ni is theory part. Kena sediakan Nescafe sploh kotak untuk 2 subject ni. zzzzzzzzzzzz. 


Tadi masa dalam exam hall, aku tengok yang lain semua buat rileks aje gayanya. Yang aku ni, daripada duduk betul-betul, aku bersila. Dah tu kang aku tarik kerusi sebelah aku park kaki aku situ. Lepas tu aku duduk atas dua-dua kaki. Sampai lecturer tu pun dah kerut-kerut kening tengok aku. Aku tak keruan tau tak, tengok time tadi cepat je jalan, dang ! 


Then macam biasa la after habis exam, semua pun nak tanya kau buat soalan mana? ada kosong tak? ok tak? apa kau study masuk tak? and blablablabla. Bila aku jumpa kawan-kawan aku, semua boleh bantai sembang sambil gelak sakan betul aku tengok. Lagi laa hati aku ni sedih kan. Aku sorang je yang bodoh, orang lain dapat buat aku tak dapat buat, rasa nak pegi terjun dekat mana-mana bangunan berhampiran. Bila aku datang dekat diorang, semua cakap "senang kan, senang kan. Tak sabar nak tunggu result. kena jawab 4 soalan, empat-empat aku score. Kan best semua exam macam ni". 


Dasar mangkuk ayun punya kawan. Then diorang suruh aku senyum, memang tak laa dherr. So aku decide nak balik. Diorang boleh gelak-gelak tengok muka aku stress gila then ajak lepak mapley dulu. Weyhh, kau paham tak aku sedih sebab aku sorang je tak dapat jawab, paham tak? paham tak? Aku taknak lepak dengan diorang, terus pegi library return buku then nak balik, bila lalu depan diorang lagi sekali sebab time tu diorang lepak depan library, tetiba diorang jadi serious macam kawan yang sangat memahami bila tengok muka stress aku, diorang tarik tangan aku ajak lepak mapley. Taknak laa!! tak paham ke??


At last diorang paksa jugak sebab cakap ada benda penting nak cite. Aku dalam hati dah, eyh aku takde masa nak dengar cite penting ke, tak penting ke yang penting aku nak balik. Fine, lepas semua buat muka macam mak bapak tak bagi 20sen nak beli cekedis, aku lepak jugak la kejap. Bila dah sembang-sembang, after "ane, sprite satuu", terus diorang semua tanya aku. aku buat soalan mana satu, how paper tu, ok ke tidak? Ada banyak kosong ke and blablabla. 


Time ni aku dah rasa nak nangis dah, kenapa korang ni tak paham paham?? kenapa kenapa????! Tetibe semua cakap yang sebenarnya semua tak boleh buat. Yang Ragu dia boleh bantai tido lagi sebab dia kate taktau nak jawab apa and dia ngantuk sangat, what the?? Yang sorang lagi pulak dia cakap, empat soalan tu memang dia score, dia score FAIL. @$%*^&%#!$#%^ !!!! Kadar @#%$%% kau ketara keterlaluan weyh, SERIOUS!


Terus aku rasa happy lepas tu. Terus lepak sampai dua jam. Tak fikir dah pasal exam and sempat lagi gossip-gossip pasal budak class kitorang. mwahahaha. terus rasa happy sebab ada geng. Tapi ye laa, aku memang tak put any hope nak dapat pointer tinggi. Dapat pass semua subject pun dah bersyukur. I never expect it would be this hard dowhh !!! TT_TT


Jadi tinggal 2 paper lagi lepas ni, then bolehh cotii!!! Tak sabar tak sabar. Semoga dipermudahkan jalan. keh keh keh. Ok la, babai !!




JANGAN LUPA SINGGAH LD's Shop --->> CLICK SINI .





No comments: