Saturday, May 28, 2011

Sekarang baru aku tau.


Tadi masa makan, sambil borak dengan mama, yang dia pulak tengah lipat kain. Then tetiba abang aku turun, datang terus tukar chanel badminton. Ni aku cukup benci kalau nak tengok tv kat umah, ada je pendengki pendengki yang kacau. Aku baru nak layan hindustan tsk tsk tsk !!!


Tadi aku makan atas lantai, depan tv. Kan kalau kita makan atas lantai, pinggan tu macam jauh, so bila kau nak suap dalam mulut macam terangkat la ketiak kan. Hari ni pulak hari kedua aku guna deodorant baru, wangi sangat.




Serious wangi, semalam first day pakai. Konon macam, eyh hari ni last exam laa. so nak kan keselesaan yang lain sikit la, walaupun aku rasa macam benda tu takde kena mengena. Before this tak penah pakai yang ni, aku asyikk la pakai yang warna pink tu. So kali ni try yang ni pulak, so semalam masa exam, masa tulis tu terbau-bau ajee. sukaa!! wangi sangat. mwahahahaha. 


Berbalik kepada cerita, so tadi masa makan aku tetiba aku cakap kat mak aku

Aku : eeeee !! wangi laa deodorant baru ni. sukaa (sambil tarik-tarik ketiak nak dekat dengan hidung)

Mama : eeee. pengotor laa kau ni. tengah makan bau-bau ketiak pulak

Aku : (senyuman yang lega,kah!!) betul laa, sukaa ! wangi sangat. fresh je bau dia.

Mama : eeee. mama tak suka sangat la perfume-perfume ni. kakak kau bagi pun mama tak pakai-pakai lagi

Aku : ni bukan perfume laa, ni deodorant. 

Mama : ye laa. sama la tuh. benda-benda wangi jugak. Mama memang tak suka, sampai laa mengandung kan kau. tak penah-penah 9 anak aku mengandung, time kau sorang je la mama jadi gila perfume. yang mana orang kata busuk tu laaa yang mama suka sangat, wangi habis laa tu. sapu kat ketiak, satu badan semua. memang beli botol besar terus, taknak yang kecik-kecik. Bila kau dah lahir, terus tak suka sampai laa sekarang. 

Abang : Dah tau tak suka tak payah la pakai, dah tu pakai yang busuk pulak kenapa.?

Mama : Tak boleh, nanti pening. mabuk. muntah-muntah.


After mak aku cakap macam ni, baru aku tau kenapa aku suka sangat kat perfume. Sampai dulu, kakak aku jual perfume, belum jual lagi aku dah rembat 2 botol. Siap order sebotol yang takde stok. mwahahaha. Perfume boss akak aku bagi dari paris, dia tak pernah pakai, aku dengan bangga nya pakai time pegi sekolah. kah kah kah. Admire kakak aku hadiah kan Channel kat akak aku, botol yang 50ml tu sampai 5 botol, aku rembat sebotol. Even sekarang pun, botol mana yang dah habis, aku tak suka buang. Aku suka bila tengok dia banyak walaupun dalam dia takde isi. Sukaa !


So far perfume favourtie aku, DKNY. Semua pun wangi wangi. And Channel, tapi yang ni tak mampu beli lagi. Tunggu nanti kumpul duit, aku suka gila Mademoiselle punya bau. And also Gucci. Pun sedap. Heee !!! Paling suka Flora by Gucci and Gucci Envy. Both dah ada. mwehehehehe :P Paris Hilton?? Tak payah beli, hari-hari kau boleh tukar-tukar perfume mana nak pakai, sample kan banyak. hahahahaha. bai !!! :D




No comments: