Saturday, May 21, 2011

Please say u love me too ♥


Aku taktau laa ape punya feeling sekarang ni. Semakin dekat exam nak habis, semakin aku rasa macam nervous, macam something is waiting for me. Padahal, after habis exam aku masuk keje balik. Ke boss aku nak naik kan 50% gaji nihh? kakaka. Memang tak laa, tak usah kau mimpi. Ape benda eyh? tak suka la buat aku curious macam ni, grrr. 


ohh yee, ada hari tuh, aku tak ingat hari apa. Tapi time tu aku on the way pegi Pavi, but before that pegi post barang customer dekat pos klcc nuh. So dari klcc tu jalan je la. Sampai dekat aquria tu. belum sampai aquria la, macam area baru lepas parking tuh, kan ada satu kiosk. Aku singgah kiosk tu nak beli air, haus bebenorr je rasa. Time aku keluar dari kedai tu, tetiba ada satu lelaki ni tego aku.


Guy : Wahh !! u are so lucky, girl !

Aku : Hahh?? 

Guy : Yeahh yeahh, i can see your luck on here (sambil tunjuk dahi)

Aku : (sambil pegang dahi) hahhh? ohh. hurmm :)

Guy : Next month, got 1 or 2 opportunity will comes to u and it will changed your life and future.

Aku : hahhh??? 

Guy : yess yess. believe me. u know who i am? 

Aku : No. 

Guy : ohh my name is blablabla


Time dia introduce nama dia tu memang aku dah tak dengar dah sebab time tu dia macam makin dekat dengan aku. Aku dah beware dengan bag and dah undur sikit ke belakang. Then dia hulur tangan, eyhh?? memang tak laa kan. kot kau nak pukau aku ke apa sebab time dia hulur tangan ni asyik la tengok bag aku, tak sure la kalau dia memang attack bag aku or dia macam pelik aku dok kepit-kepit bag kan. Tapi yang tak boleh blahh tu, time dia kata ada opportunity akan datang dalam hidup aku untuk change masa depan aku. time ni kepala otak aku terus fikir, aku ada masuk contest ape-ape ke tak. hahahaha choii ok !


Tapi memang pelik kan, dah la tak kenal kau sape, turun dari planet mana tetiba kata bole nampak luck aku kat dahi. then nak psycho orang pulak. Aku tak boleh tau dengan orang yang boleh baca-baca mind orang ke, baca orang tu jenis macam mana ke. Soo scary. Serious ! Time kat sekolah teknik dulu kan, ada la cikgu sejarah masuk class aku. Dia ni ketua panitia sejarah, dia masuk sebab relief class time tu, then taktau nak buat apa. Dia nak ajar pun, that day kitorang takde subject sejarah. so borak-borak je la. Minta tips macam mana nak senang ingat sejarah tu sebab dia ni banyak key word yang kau senang nak ingat. 


Aku pulak time tu duduk memang depan sekali dekat tengah-tengah, memang port cikgu-cikgu berdiri la. Then tetiba dia minta aku keluarkan kertas dengan pen and then tulis nama aku kat atas kertas tu. Then aku tulis laa, aku time tu dah cuak gile ok, sebab aku tau dia ni even tenung mata kau je dah bole tau kau tengah fikir pasal apa. So aku dah tulis nama tu, dia ambik la then dia bagi aku balik, dia kata tak dapat baca sebab tulisan aku kecik sangat, huk alaahh kan. Tapi nasib baik sangat laa, aku takut ok kalau dia baca baca ni, tak sukaaa !!


So dia pegi belakang sikit, dapat la sorang budak ni, nama dia Fatihah. Dia ni memang tulisan gila gabak, orang buta pun bole jadi celik aku rasa. So dia bagi kertas yang ada tulis nama dia tu dekat cikgu ni, so cikgu ni pun cakap la dia ni jenis macam mana semua. And most budak class kitorang yang geng dengan fatihah ni agree dengan apa yang cikgu tu cakap. dia dah malu-malu dah. Scary ok ! tak suka. nasib aku tak kena.


Eh jap, macam mana aku boleh menyimpang sampai ke psycho-psycho orang pulak ni. Padahal title entry lain kan. hahaha. Ni dah bosan tahap maksimum laa ni. Aku taktau kenapa jiwa rasa macam kacau sangat ni. Haishhh !! Ni ada lagu AKU CINTA PADAMU yan Siti punya tu tapi version Celine Dion. Ke aku je yang rasa ehh? takpe korang layan dulu. 






Motif letak lagu I LOVE YOU?? k, bai !!




No comments: