Sunday, May 22, 2011

Kenapa macam tu kan??


Halo halo. Salam semua :D


Hari ni aku nak cakap pasal "attitude". Yeahh !! First of all aku memang setuju habis laa dengan apa yang Maria Elena ni cakap. Kau layan la video dia tu. So so so so damn true mann !! Serious !


Selama hidup aku yang doploh tahun ni la kan, aku dah face macam-macam jugak laa perangai manusia ni. Aku pun tak paham kenapa wujud orang macam ni, aku bukan benci ke ape tapi just meluat, annoying. Still boleh la nak layan orang macam ni tapi takde la kawtim sangat pun. so so laa. 


Aku pernah la jumpa orang yang jenis macam dalam video tu. Bila dah lama tak jumpa kan, mesti la kita macam tanya khabar, how's study and how's life and blablabla. Well lama tak jumpa kan. Bila dah lama tak jumpa ni, sekali open table memang segala tok mak nenek punya cerita la keluar. Bila dah bercerita tu, yang si anu ni pun memang seboleh-boleh nak menegakkan yang life dia lagi teruk. Setakat time keluar mak bagi duit tak cukup pun nak cakap life kau sucks, ape punya orang laa macam ni.


Aku dulu before keje, kalau nak keluar memang dah budget siap-siap, keluar nak buat apa so budget sekian sekian. Then makan budget nak makan kat mana, sekian sekian pulak duit dia. So agak-agak aje la kalau nak minta kat bapak aku. Selalu memang tak lebih la RM50, kalau over RM50 kau minta possibility kau nak dapat tu memang 20% saje. Bila kau dah sedar yang poket kau ada duit pun tak banyak, awal-awal inform la dekat kawan yang kau takde bawak duit banyak sangat so tak payah la meroyan sangat nak buat aktiviti yang banyak guna duit ni, dont worry, kau tak mati pun kalau bagi tau orang yan kau takde duit sangat.


Tapi aku pernah jumpa orang yang jenis macam orang buat ni, dia pun nak buat. Orang makan kat sini dia pun nak jugak. Bila kau willing nak ikut ke sana ke sini without inform yang bahawasanya poket kau sangat lah nipis, so orang akan expect yang kau ni mungkin bawa duit yang cukup la, that's why kau tak membantah ke apa. Tapiiiii, bila dah sampai dekat destinasi yang dituju, tetiba kau cakap benda tu mahal, duit kau tak cukup, untuk dapatkan benda tu satu je harga dia sama dengan kau boleh bawak satu family kau makan. Then kau nak expect apa? orang payung kau? Ada je manusia macam ni tapi aku wondering la jugak, diorang ni takde air muka ke? Tak salah kalau orang belanja kau tapi yang menjadi masalahnya, kengkadang seringgit pun kau nak berkira dengan orang, ape cite?


Sekali dua mungkin orang boleh terima la, tapi masuk ke tiga empat smpai sploh kali, nak pulak orang layankan lagi perangai kau tu kan. Abang aku ada kawan jenis macam ni, dia kate kepala otak pandai. Kawan dia jenis yang terror dalam IT and nak repair-repair computer ni, tapi satu je sifat yang abang aku menyampah dengan dia. Dia ni jenis tau diri tu ada kelebihan dekat mana yang boleh dapat side income instead of habiskan duit mak bapak aje memanjang kan, tapi dia ni jenis pemalas. Kalau keluar pun, seringgit pun tak bawak. Omaigodd !! Cuba bayangkan kalau kawan-kawan abang aku kenakan dia, tinggalkan dia kat mana-mana mampos nak balik kalau langsung takde duit kan. 


Then ada pulak orang yang aku kenal, hidup dia ni jenis daripada lahir sampai la besar jenis tak pernah hidup susah. Nak apa cakap je, memang akan dapat punya. Well hidup ni kan roda, kengkadang kite kat atas, kengkadang pulak kat bawah. Sampai la satu hari tu, mungkin Allah nak uji ke apa, financial family dia tak stable. Memang terumbang ambing la. Kalau dulu RM50 tu bagi dia macam RM5 je, sekejap je dah habis, tapi sekarang nak ada RM5 pun susah. Bila dah jadi macam ni dia nak cakap yang dia memang tak boleh nak face hidup susah macam ni. Tak boleh nak face yang dia takde duit. Tak boleh nak face yang everything now kena ada limit. Kesian pun ada aku tengok tapi nak buat macam mana, aku dah cakap sediakan payung tapi taknak dengar. 


Even dalam dia membebel-bebel tak boleh terima keadaan hidup dia tu, macam-macam jugak yang ada dalam list dia. "eyh si anu dah pakai BB la, I pun nak jugak laa. BB ke Iphone eyh? I tak sure laa". "eyh si anu ada DSLR laa, I pun nak jugak laa. Brand apa best eyh?". "eyh si anu tu kan, family dia hadiahkan jam Cerruti 1881 laa, I pun nak jugak laa". Astagaa, jenuh laa nak melayan orang camni kan. Tak kisah la kau nak beli banglo sekali pun, tapi yang aku kesian kan tu, nak pakai smartphone, button "home" pun taktau celah mana. Nak pakai DSLR, guna camera handphone pun gegar-gegar gak gambar dia ambik. Kita diam aje la kan, kang kalau dinasihat kate kita jealous pulak, ye laa, dia kan mampu, kite ni ape la sangat, miskin tak mampu.


Aku kesian tengok orang macam ni. Menyampah pun ada la jugak, dah tu nanti bila dia dah dapat barang tu, jenuh la pulak nak pegi tunjuk satu kampung. Kau penah tak faced dengan manusia macam ni? Aku letih ok dengan orang macam ni, nak ditegur pun tak sampai hati, diamkan aje laa jawabnya.


So the moral of the storie morie? Setiap orang ada cara camne nak handle manusia-manusia yang ada attitude macam ni. Macam aku memang aku suka diam, tak pun kalau dah malas sangat nak layan kan, aku akan cakap camni. "hak ahh dowh, kau menang. kau hebat. nahh ambik klcc tu, pacak depan umah kau. tanda la sikit yang kau dah menang". terus diam ok lepas tu. HAHAHAHA. bengong.


Oh ye, time keje pun ada satu customer ni, dia bekenan dengan satu bag ni. So dengan bahagia nya dia masuk kedai and tanya itu ini sambil pegang bag tu. Dari gaya dia memang dah bekena habis laa ni, memang nak suruh kau bungkuskan terus termasuk stok-stok yang ada. Sekali dia tanya, "is this leather?". Aku kan seorang staff yang jujur (pengsan !!), sambil senyum tu aku pun geleng la kate yang bag tu PVC, sekali dia tolak bag tu kat aku dengan kasarnya sambil cakap, "eiiuww !! PVC je bukan leather, mahal sampai RM300++. Apa brand ni apa brand ni? Taknak la i tak jadi laa. eee!! mati-mati i ingat leather".


Nasib baik la kau makcik, budi bahasa budaya kita la kan, aku senyumkan aje padahal dalam hati memang dah terbakar dah. Tak boleh blaa tu siap eeeee eeee bagai. Kang aku cakap tu pig skin baru kau tau. Kaya tapi setakat RM300 dah kata mahal, huk alohhh. Terus boss aku cakap, "hello! LV pun ada PVC ok". wuuuwuuuwuu. 


So korang camne pulak? :D




No comments: