Monday, May 16, 2011

Aku tak boleh la kau ajar macam ni. zzzzzzzzz


Hello stalkers !! Lama aku tak update blog. Aku ada je online hari-hari tapi aku aku sendiri taktau apa aku buat time online tu. Memula buka laptop tengok jam baru pukul 5 petang, godek godek godek, bila tengok jam balik dah pukul 8 malam. Eh?? 


Last wednesday kan first paper exam aku. Malam before exam tu penuh dekat conference budak class aku kat FB tu wish good luck. Semua pun nak wish kan, All the best, we can do it. good luck guys, do your best !! and blablabla. Previous post aku ada cakap yang actually untuk exam ni aku tak prepare sangat. Entah la, aku rasa first year ni aku banyak main, maybe sebab aku keje kowt so kepala otak ni tak focus dekat satu benda, banyak betul benda nak kena fikir. So nanti masuk second year, tak payah keje. Keje la kau time cuti saje.


So on this coming thursday, second paper pulak. Accounting. memang subject favourite habis la ni. Tapi aku dah lama tak practice account, semalam pun bila try buat soalan dalam revision pack, aku rasa macam nak nangis je sebab tak dapat buat soalan tu. I was like, why i am like this?? why are u so stupid?? Tetiba teringat dekat cikgu cikgu account aku yang best. Bagi aku la kan, subject account ni dapat cikgu lelaki memang best. Masa SPM and Foundation dapat cikgu lelaki, best la. paham je aku. Tapi first year ni dapat cikgu perempuan, dia ajar ok tapi aku tak suka orang if mengajar suara slow and berleret. I mean cara kau cakap macam orang malas bercakap then sambil kau explain kat student kau, kau duduk. Bila perlu je baru kau pergi kat white board. Aku tak suka macam ni, keadaan macam ni la akan buat aku lagi leka and malas nak dengar kau ajar. If cikgu aku masa Form 5 and Foundation, dia ajar sambil hentak-hentak white board tu. haaa ! macam tu baru syok, biar kita pecahkan je dinding tu. 


No matter what kena telan jugak kan? Nasib aku pernah belajar account, so cikgu yang first year ni ajar even aku tak paham boleh la revise balik notes dulu-dulu or refer kat buku. Cuba kau bayangkan budak yang zero account, tetiba baru belajar dapat pulak cikgu macam ni. Berhempas pulas la jawabnya, tu pun kalau dia nak belajar la kan. 


Ni pun aku post blog sebab tak suka tengok blog takde entry baru. Rasa sunyi, heh! Taktau nak cerita apa, ni aku tepekkan kan aje la gambar sikit time aku keluar dengan comie, kawan masa sekolah kat TA dulu. Ada banyak gambar tapi tak koser la aku nak masukkan semua. Malasss, heee. sape ada FB aku boleh la tengok album dia.


Comie ni kawan aku masa sekolah TA. Lain course tapi rapat masa form 5 sebab satu dorm. Katil dia dengan aku opposite aje, and kitorang ada lagi satu member nama Ieda. Ni geng yang dalam dorm la. Aku ni pelik sikit, orang biasanya if ada geng tu. dialah kawan dalam class, dialah kawan kat sekolah, dialah kawan kat asrama, dialah kawan kat dorm, pendek kate dialah segalanya, baru la geng kan? Tapi aku. Geng kat sekolah lain, geng dalam class lain, geng asrama lain and geng dorm lain. Mungkin sebab takde sape nak kawan dengan aku, so that takde yang stick kowt, heh! Tak laa. ni sebab sume yang rapat dengan aku class lain-lain. Tapi dalam banyak-banyak tu, geng paling rapat betul-betul is geng asrama la. Ni budak-budak yang kawan dari day 1 masuk hostel masa form 4. 


So berbalik kepada cerita tadi, comie ni dengan aku rapat masa form 5 je la. masa form 4 memang tak kawan, aku tak suka sangat dengan dia sebab mak dia selalu datang sekolah. HAHAHAHA. Baik tak payah duduk hostel kalau mak selalu datang sekolah kan, tapi mak dia datang sekolah bukan la nak jumpa dia, mak dia ada la urusan dekat sekolah tu sebab mak dia ni orang PIBG jugak kalau tak salah aku la. Tapi masa form 5 memang geng pulak. Jumpa dia last friday. Actually jumpa nak pass barang, sebab dia ada beli necklace dekat LD's Shop hari tu. Dia taknak aku post kan, dia nak ambik sendiri so sekali jalan jumpa aku  sebab dah lama tak jumpa.


Last jumpa dia masa ambik result SPM. Sekarang umur dah berapa??? 2 tahun dah tak jumpa. Setakat contact dekat FB aje la, padahal takde la jauh sangat dia study. Dekat Segi Damansara aje, tapi bukan main susah lagi nak jumpa. Memula plan nak jumpa pukul 4 macam tu, tapi dia ada exam so extend pukul 5 takut nanti lama pulak aku tunggu. So dalam pukul 5.05 macam tu aku dah siap, tunggu la dia msj bagi tau ada mana. Tapi tak jugak msj, last-last bila aku call dia kate baru nak gerak sebab tadi result exam dia keluar lambat. Almost puku 7 jugak baru jumpa. Plan awalnya nak ke Shah Alam. Nak pekena ABC then pegi taman layang-layang katenye. Dah tu jumpa pun lambat, aku pulak memang tak laa kan nak pegi jauh-jauh if dah keluar lambat ni, so ke titiwangsa je la kite.


Lama jugak aku tak datang sini. Macam-macam dah perubahan. Dulu masa ada eye on Malaysia, dari sehari ke sehari cakap nak pegi, at least merasa jugak la naik eye on malaysia tu kan, tapi nan hado!!! Busy memanjang aje. Time tu aku tengah buat foundation kot, masa tu meamng pack gila laa study. Tapi best jugak eyh sekarang, tengah-tengah tu bekas tempat eye on malaysia tu ada restoran and tempat best la if kau nak melepak ataupun berasmaradana kan.


Ni la comie tu. Nama dia sangat pelik kan? Nama sebenar dia Nur Shazwani, tapi biasa la, masa kecik bila orang tanya kau nama apa, mesti keluar nama pelik-pelik kan. Aku nasib baik la tak gelarkan diri mina tali, kalau tak mesti kena gelak je  =.='




Aku ni memang tak suka benda-benda yang manis, kembang tekak aku. Then hari tu ada nampak iklan walls dekat TV ada ice cream perisa laici. Hari tu aku dah try yang kiwi dia, sedap laa, terasa bijik-bijik kiwi tu. Ni laici pulak, dah la aku suka buah laici, terus simpan perasaan nak rasa eskem ni, then masa beli buah dekat sini saje je la bukak walls tu, sekali nampak eskem laici ni, woohooo!!! terus laa mau ku cobaa :D Ok la, sedap. tak manis sangat. Masa makan tu kau akan terasa cebisan-cebisan laici tu, wah ayat aku kan. :P



Bila dah lama sikit, datang la aku punya gila. Tapi cuba kau tengok lampu-lampu kat belakang tu. Cantik kan.. Ada dslr boleh laa, aku ni semua harapkan vivaz tu je laa ha. Kan best kalau aku boleh cakap, "vivaz bertukar ke Canon 550d sekarang'. sreettt srettt srreettt *keechhiinggg!!*. terus jadi canon 550d. kakakakaka. Please laa kan, ingat dalam dunia doremon ke ape??



Aku dan tiang yang tiada bezanya. Ohh ye, mak aku dah balik tau. Then dia tegur aku kenapa kurus sangat, mak limah kau tu kan, baru 2 minggu takde dah kate aku makin kurus. Aku bukan makin kurus, tapi SEMEMANGNYA kurus. TT_TT tolong laa faham. 


Itu aje laa yang aku nak cerita. And last wednesday aku follow kakak aku pegi company dia punya party ape ntah, company dia launched France festival ape jadahnya ntah. Takde snap picture sebab aku busy makan and keep counting untuk tengok Fast 5. Bagi aku la kan, kau tengok Fast Furious and Step up, memang tak pernah kecewa, dari dulu sampai laa sekarang. Meamng superb. Masa tengok fast 5 tu memang hall penuh, so tinggal sit yang second raw dari depan, aku tak kira la, nak tengok jugak. Sanggup tu, yang kakak aku pulak sikit-sikit tekejut. Ntah apa-apa. Lepas tu dah habis movie marah aku kate tak pandai pilih sit, hello!! Dah kau beli ticket last minute, nak sit belakang pulak memang tak dapat laa kan.
So korang camne? Dah tengok dah?? Aku end kan entry ni dengan gambar profile picture dekat FB sekarang ni.



Suka suka suka. mwahahahaha. ok laa, bai !





2 comments:

Rockstar Chan said...

waaahh.... thnkz syg.. love u so much.. waaa... mama mmg suka dtg skewl. ahhaa

lexthary dalova said...

hahahahaha :P