Saturday, April 23, 2011

Pengalaman hidup :)



Semalam baru je post status kata aku macam tak percaya aku dah hidup for 20 years yaww !! Hahaha. Entah macam mana baru terfikir pulok. Bila dah terfikir tu aku boleh termenung pulak fikir apa benda baik yang aku dah buat sepanjang 20 tahun hidup, apa benda buruk. Apa benda yang aku dah buat mak bapak and family aku proud dengan aku. 


Apa yang aku belajar selama 20 tahun ni, yang pertama-pertama sekali, Tuhan bagi aku ujian paling besar dalam hidup aku in time aku tengah sit for SPM. Kebanyakan orang malu, segan, hina, rendah diri, rasa nak bunuh diri dan paling ramai, mesti nak rosakkan diri bila mak bapak diorang divorce. Aku rasa ni pertama kali aku mengaku in public pasal mak bapak aku. Ni bukan nak bukak pekung di dada tapi just nak share pengalaman aku since mak bapak aku bercerai.


Sumpah aku rasa down bila dapat tau pasal mak dengan ayah aku ni. Nak nak lagi aku tengah SPM pulak time tu, baru start pulak. Baru habis paper yang teras, then lagi few days nak sit for paper Physic if tak silap. Diorang ni pun, tak boleh sabar aku habis paper agaknya. HAHAHA. Tapi takpe, at least banyak sangat sangat miracle yang jadi after benda ni.


Result aku lari sikit daripada apa yang aku target, but Alhamdulillah semua lulus. Sorry laa untuk subject kimia dengan physic eyh, kite taknak kawan awak, kite kawan dengan maths and account je sebab awak boooooring sangat so kita mampu bagi past je untuk awak :P


Aku dapat tau pasal mak bapak aku ni time kat asrama. No wonder mak aku beria betul suruh aku bawak handphone pegi asrama masa last time aku balik untuk minta restu tu. Bayangkan laa macam mana aku nak keras kan hati takmo fikir lagi pasal tu. Aku fikir time tu, nak habiskan SPM dulu, buat penat aku je struggle setahun tu tapi masa SPM nak fail fail kan. yee, aku study masa form 5 je. Ni stok yang memang pulun habis, before form 5 aku just datang sekolah pegi sekolah. Ada exam duduk dengan orang yang tengah study tengok dia study je, dengar diorang study. Aku malas nak study gigih sendiri, boleh?? hahahha
Aku tak ingat la bila the exact time aku betul betul meratapi apa yang jadi between mak ayah aku ni. Gila kejam kan !!! Hahaha. Bukan apa, bila habis je last paper masa spm, terus pegi jamuan class then after tu terus mak dengan abang aku fetch balik kl. Masa 3 minggu aku kat rumah before pegi PLKN, sebok prepare barang and prepare mental fizikal jugak untuk pegi sana. Bunyi macam dapat offer untuk study obersiii je kan. :P


Balik dari PLKN, sehari lepas tu je terus ambik result SPM, then once dah dapat result terus abang dengan kakak aku bawak pegi survey tempat study. Bulan 4 dah masuk study, ramai kawan cakap aku skema sebab study awal. Ni semua kakak dengan abang aku la, aku mana tau apa. Muka pun stock macam gagak hitam lagi. Dah la hitam, berbelang pulak tu.


Tapi bagus jugak diorang hantar aku study awal, at least aku tak de masa untuk buang masa, heh?? Dari sini laa kot, mula macam-macam yang aku belajar pasal hidup. Even aku dah register untuk study, aku ada buat part time, sebenarnya saja nak elak duduk sorang dekat rumah. Sebab if duduk rumah mesti asyik nampak muka mak aku. Mak aku ni pun jiwang, bila ada dengan aku berdua je, mula la nak cite benda benda sedih, tak suka tau!!


Benda ni like freaking seriously ajar aku jadi matang. Matang ke?????? Kalau dah lebih sorang cakap aku matang maybe ye laa kowt? HAHAHA. Aku ni mana la reti nak cakap diri sendiri ni macam mana, yang aku tau aku ni suka tidur. sangat tak bagus ok ! Kang orang cakap cite kompang pulak kan, so biar la kome kome yang tentukan aku camno yeee. :)


Bila dah sambung degree ni, aku decide nak try study and keje. Actually benda ni unplanned, janji dengan abang aku nak keje time first sem je, tapi entah macam mana bole TER-sambung sampai la sekarang. Tu la namanya rezeki, ye dak?? Lagi pun bagus lagi aku mem-bizi kan diri daripada mengangkang je dekat rumah. Bukan boleh dapat apa pun, lagi jadi pemalas nanti ada la.



Aku realize yang since aku keje dekat tempat yang sekarang ni, aku macam dah jadi lain. Lain yang macam, boleh fikir macam mana nak susun hidup aku, macam mana nak allocate financial, macam mana nak ada good communication dengan orang. Kalau tak dulu kan aku jenis yang perak. Aku mengaku tu. Hahaha. And bila dah almost setahun keje dengan company ni , aku dah penah jumpa berrrmacam-macam jenis orang. Yang budget bagus maki aku pun penah jugak, aku penah post kat DISINI


Aku kadang-kadang ada jugak tidur dengan mak aku. Bila dah tidur dengan mak aku ni, dia bukan tidur terus tapi ajak aku borak pulak. Mak aku ni pulak suka baca buku-buku agama, nanti mesti dia cita macam-macam kat aku. then nasihat macam-macam, aku tak kisah la dia nak nasihat tapi aku tak bole if dia nasihat part apa yang dah jadi between dia dengan bapak aku. Kadang-kadang tu aku malas nak dengar sebabnya dia emo lebih, nanti mesti macam sedih-sedih kan, aku malas nak tengok...


Tapi kan sampai sekarang aku ingat lagi nasihat bapak aku. Dia suka cakap, orang lelaki ni banyak buaya. hehehe. bukan aku cakap eyh, bapak aku yang cakap. Then dia cakap kalau nak pilih husband, pilih la yang elok-elok. Kalau boleh elakkan daripada bawak lelaki balik rumah kalau kita takde buat majlis apa-apa, kang takut jiran takut cakap apa pulak. Tapi aku malas nak cakap bebanyak laa pasal nasihat bapak aku ni sebab sekarang pun banyak orang dah open minded kan, lain orang lain perception. :)  


Kakak dengan abang aku semua macam singa. Serious ! Rasa macam askar pun ada, garang gila, strict gila sampai kadang-kadang aku rasa rimas. HOH ! Mampos aku kalau diorang baca ni. Mwahahaha. Tapi percaya laa, sebab korang layan aku strict gila laa aku boleh jadi manusia. Aku beruntung dapat kakak abang yang jenis tak promote adik. Diorang ni macam pengawas dowh, jaga baik punya. Pantang nampak aku melekat dengan handphone, mula la nak stalker. Lagi satu, kau jangan mimpi laa dapat pakai baju yang tak cukup kain. Abang aku yang first tu, dia jenis pendiam. Tak cakap apa, dia tengok kau buat salah, dia perhati lagi, agak-agak dah melampu sangat memang PANNGGG je terus. Pakai singlet depan abang pun mak dengan kakak aku dah besar kan bijik mata. @@  Tak bagi chance owh ! 


Tapi bila fikir-fikir balik, elok laa diorang layan aku macam singa. Kalau tak kan, aku taktau laa apa jadi dengan aku sekarang ni. Tukar boyfriend macam tukar baju je kowt if abang and kakak aku tak garang. Soo sooo scary heh ! Nampak tak siapa take over aku since ayah aku tade?? Tak payah cakap pun dah tau kan?? Tapi kan, frankly to say aku rindu bapak aku dowh, like seriously. wuuhhuu.


Ohh btw, apa yang aku tulis ni just untuk share, untuk kite-kite jee. Kang kowt la kata aku itu la ini laa kan. Suka hati laa nak cakap apa, blog aku kan?? It's social network yaww !! Dah laa, nak layan lagu rindu jap, jom !! 


No comments: