Thursday, March 17, 2011

Hidup senang jadi biadap.





Aku : Best kan budak-budak zaman sekarang ni, hidup senang sangat.

Babe : Hidup senang tu yang kepala otak jadi bodoh


Siapa setuju angkat tangan !! Randomly budak-budak sekolah zaman sekarang aku tengok, serious memang up-to-date gilaa. I mean bukan dari segi fashion, maybe ada la tapi tak banyak. Yang aku maksud kan, up-to-date dengan gadjet. Kau boleh tengok betapa ramai nya usung dslr time diorang hang out. Dengan handphone nak BB aje, nak Iphone aje. If aku tak silap, first time aku pakai phone masa form 1 kowt. 3310, handphone yang zaman tu siapa pakai memang dah gah gila tapi sekarang cuba kau bagi budak-budak tu 3310, mau dibalingnya dekat anjing.


Tapi tu bukan topic yang aku nak cakap kat sini, aku nak cakap pasal manners budak-budak sekolah zaman sekarang. 


Aku kan kalau kat pavi tu, setiap hari sabtu mesti sakit mata. Nak-nak lagi sepanjang 2 bulan ni aku setiap sabtu ada class, travel dari college nak ke pavi aje dah menguji kesabaran aku. Aku tak paham la apa masalah budak-budak ni, dressing nak feeling orang dah kerja aje, yang perempuan agaknya panas sangat negara dia ni, kuar pakai singlet dengan short yang dah ala-ala spentot dah aku tengok. Tak kisah la kan, kau nak telanjang sekali pun, heran pulak aku tapi perangai tuh, biaq elok sikit laa.


Nak dijadikan cerita, sekarang ni kan cuti sekolah. So aku memang dah expect, hari rabu ni mesti pavi ramai dengan budak-budak ni. memang betol ok. Kau tau la dia punya ramai macam mana kan, macam tengah ada demonstrasi ke apa je dekat entrance tuh. 


So rabu after class aku datang pavi. Travel naik train and monorail semua ok,takde masalah. Then dah sampai kat entrance tu, I was like. huh ! gila banyak budak-budak ni. Datangnya setakat nak bergambo aje, bukan nak beli. Takpe, aku paham, aku pun tak mampu nak shopping dekat pavi tuh, setakat cotton on tu je la. 


Then time aku ada dekat dalam, ni otw nak pegi shop la ni, depan aku ada la 1 group budak-budak lebih kurang antara form 1 - form 3 la kowt, ada dalam 5 6 orang macam tu. Jalan dah gangster habis dah ni, diorang ni semua jalan macam diorang aje nak guna tempat tu. Boleh ke 5 6 orang jalan melintang sekali, aku dah la rushing nak pegi keje, nasib la badan ni macam papan, so boleh selit. Ntah macam mana ada sorang budak terlanggar aku. Pendek aje, bahu aku pun tak sampai, then dah langgar takde sorry tapi lagi cakap "hak alahhh". Wahhh, kemain kau kan, then aku toleh belakang, aku pandang dia atas bawah, sambung jalan.


Tetibe kawan sebelah dia cakap, "jeling jeling, aku cium kang baru tau". Walawwweyhhhh !!! Takut nyewww kitewww. Sumpah aku rasa nak tenyeh-tenyeh mulut budak tu, kecik-kecik dah biadap. Ingat aku tak dengar agaknya, then aku toleh belakang lagi, pandang dia, terus dia pandang kiri, pandang atas. Eyh eyh, tadi bukan kata nak cium ke? Aku kat depan la, yang pandang atas pandang tepi apahal?? Looserr..


Settle yang tu, pukul 10 after aku balik keje. Otw nak ke train klcc. Dari pavi ke klcc aku menapak, since its wednesday and ramai orang kan, so tak la takut sangat. Sampai dekat aquaria. Again ada 1 kumpulan budak-budak ni. Umur lebih kurang macam yang tadi, oh yang tadi semua lelaki, ni ada 2 orang pompuan. Rasa selamat la sikit, ye la sebab dah malam then jalan tu pun tak la ramai sangat orang. 


Then dah sampai dekat taman klcc tu, aku tengah reply msj, tetibe sorang budak lelaki daripada group ni tadi, datang himpit aku kat belah kanan, sorang lagi kat belakang. Ni sumpah dah mepampau gila vavi ni. Time tu ntah macam mana spontan, tangan sebelah kanan ada botol air, aku hayun botol tu. memang sipi je lagi nak kena kepala dia. "jangan nak kurang ajar sangat boleh tak". Then budak tu pegi balik dekat group dia, serious time ni nafas aku turun naik. Then aku dengar sorang budak pompuan cakap "macam bagus nak sound-sound orang". Owhh. habis tu, perangai kau tu elok sangat la. bagus sangat?


Perrghhh !! Hebat betul budak-budak zaman sekarang. Waa "respect" sama lu la dherrr !!!


Bila dah jadi cam ni kan, aku teringat time kat PLKN. Ada sorang budak lelaki ni. Badan dia "comel-comel" sikit banyak, kulit dia gelap2. Muka dia halus sikit dari kertas pasir. Then yang aku paling ingat, gigi depan dia sebatang takde. Dia ni, suka sangat tegur aku, tapi aku tak suka layan sebab aku kan sombong. Eh ?


Tak la, bukan sombong, cuma aku tak suka melayan budak lelaki yang perangai lebih kurang macam "orang" yang bergayut kat pokok tu. Perak gila nampak perempuan, pantang lalu kuar segala bunyi. Hai awk, sorang je ke, awak sombong la. then buat bunyi-bunyi tikus tu. Omagoddd... Cuba kau record, 10 tahun lagi kau tengok depan anak cucu kau, mesti vangga kan.


Ada la 1 hari tu, aku pergi kiosk, dalam hutan pun ada kiosk, hebat tak. HAHAHA. Aku pegi dengan kawan aku, berdua aje. Tak ramai orang time tu, semua dalam surau sembayang, aku macam biasa la, ada reason, tapi aku pelik dengan budak lelaki ni dengan geng dia, macam mana boleh terlepas keluar, was-was la mak nok. Then dia datang dekat aku, "hai, awak ni mirna kan. company charlie kan?" . and fyi, tu dah kali ke berapa aku dengar dia tego aku macam tu pun aku tatau. As usual, aku buat bodoh aje. Dah settle aku beli barang, aku blahh dengan kawan aku. 


Ingat kan dia dah diam after tu, tapi memang tak laa. Dia siap jerit, "hak alahh, macam bagus. orang tegur nak buat muka bodoh pulak, kau ingat kau cantik sangat ke?????". Sumpah aku tak paham, sepatah huruf pun aku tak cakap tetiba nak hangin dengan aku, dah orang taknak cakap dengan kau nak emo-emo pulak kan. Ada aku cakap aku cantik ke? Tetiba nak cakap macam tu apehal kauuuuu??


Ingat aku diam dekat situ je?? memang tak laa. Dia ni separuh dari geng dia, sama class dengan aku. And time dekat plkn ni, setiap kali before habis class dia akan ada 1 session dimana kau bole luahkan ape sahaja yang kau rasa. Tak kisah apa-apa tapi after keluar class, zip mulut, x bole cite kat orang lain. Ada la satu hari tu, aku berani kan diri bangun and cakap kat depan.


Aku cakap la, kenapa orang lelaki perangai macam ni. Suka buat perempuan macam tu, sound-sound orang. Padahal tak kacau dia pun. Dah orang taknak cakap dengan kau, tak payah la emo, kan ramai lagi perempuan yang lain. kakak dengan makcik dining pun ramai, pegi la try kan. Then aku cakap lagi, lumrah lelaki memang ego menggunung, kenapa? rasa tercabar ke bila kau tegor perempuan tu banyak kali tapi dia tak layan kau? kalau rasa tercabar, cuba cermin diri kau sikit, perangai macam mana. kalau dah orang taknak layan kau, tak payah la nak sound-sound orang, jatuhkan maruah orang je. Then semua budak perempuan dengan cikgu-cikgu sekali tepuk tangan.


And you know what???? esok nya, bukan 1 geng dia benci aku, tapi 1 company dia. Perghhh !!! Rasakan, setiap kali lepas makan, aku nak balik dorm, kena lepas dulu meja-meja makan budak lelaki, time aku lalu. siap jerit-jerit cakap macam bagus la apa la blablablabla. fine..


Selang 2 ke 3 minggu macam tu, salah sorang dari geng budak lelaki ni,datang kat depan class nak cakap something. Siap bawak kertas kau. Wasiat ape la yang dia nak baca kan tu. Dia cakap, kepada wirawati yang budget bagus, kau tak payah la nak berlagak sangat sound-sound orang lelaki. Kau tu bukan cantik pun, ramai je orang tak suka dengan kau sebenarnya, perangai biar la elok sikit. Muka tak payah la nak ketat, dah la tak cantik, jadi tambah tak cantik je kami tengok. Wahai wirawati, harap kau dapat sedarkan diri kau, jangan nak berlagak sangat blablablabla.


Time ni satu class pandang aku. Eyhh, aku tak terasa pun. dia cakap "wahai wirawati", ape aku sorang je ke wirawati kat dalam class tu??? Tapi aku tau, sebenarnya dia cakap dekat sapa. Ingat aku terus diam, sembah sujud kaki dia minta maaf?? Memang tak la, terus aku bangun lepas dia cakap tu, aku cakap sikit je, tak banyak. Kepada wira-wira sekalian, korang kan bagus, pandai, hebat, tapi kalau seorang perempuan tegur pasal "lelaki" kau tak payah nak emo sangat la kalau kau TAK BUAT. Bersatu gila korang ni, and one more thing, kalau hebat sangat, kenapa kekanda datang ke depan bawak kertas?? Nak make sure takde silap spelling ke???


Terus budak perempuan semua gelak gila vavi. Aku bukan bengang pasal apa pun, aku just tegakkan yang aku tak salah. Siapa yang mulakan dulu. Aku bercakap dengan kau pun tak pernah, sentuh kau pun tak pernah dah tu malukan aku depan kawan-kawan kau. Nak kawan dengan aku, wa tara hal, tapi tak payah nak jerit-jerit dari jauh hai awak hai awak. ingat aku biawak ke apa. 


And benda ni berlarutan sampai laaa nak habis plkn. At least, ada jugak memory yang aku nak ingat kan. hahaha. Last but not least, wa minta maaf if entry ni buat brader-brader terasa, aku just nak share cerita je, if tak suka, you know where the button close is. Thank you. ^^,


2 comments:

Mrs skill :) said...

ahaha,,best!bia la org laen na ckp pe pon,,jnji kte jadi diri sndri,,rite? miss kamoo la mirna! >.<

lexthary dalova said...

barm !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sumpah aku rindu gila kau weyhhh. rindu nak tidur dekat kau. keh keh keh. miss u more barmmm :D