Thursday, March 24, 2011

Cecite cecite !


Kau tengok la jam dah pukul berapa ni. And aku tak tidur lagi. Date dengan assignment kesayangan laa, apa lagi.(nak muntah!). Actually malas nak post blog, tapi selagi aku tak type rasa macam tak keruan. Haishh !! Mengada-ngada betul laa. So harus type untuk bagi aku tenang balik. Boleh eyh macam ni weyh? 

Aku takde nak cite ape pun sebenarnya. Just nak cite sikit aje la dan jugak nak share siikitt masalah kat sini. 

Start dengan part "nak cite sikit je". Camni, semalam kan birthday aku. Tapi aku ada class. Should be dari pukul   9 sampai 12, tapi pagi tu hujan lebat gila so aku tak dapat pegi sambung la tidur. Next class pukul 3 petang. Memang lama gila gap kan. Masa aku bangun tidur dalam 12 lebih macam tu, aku tengok rumah kosong je. sunyi. 

Macam sedih je. birthday tapi family takde. Macam je la tapi aku relax jerr. Then masa kat college berapa kali diorang nyanyi lagu birthday kat aku pun taktau, tu nasib baik dorang tak pedajal aku nyanyi time sir tengah lecture kan. Kalau tak memang aku duduk bawah meja la jawabnya, ishh! segan laa >.<

Bila balik rumah dalam pukul 6 tu aku macam tak keruan. What a bored life la, birthday tapi tak keluar mana-mana or even cake pun aku tak nampak batang hidung. So roger sana, roger sini. Semua tak dapat nak keluar. Fine, aku malas nak serabut kan kepala. Yang orang dalam rumah pun tak balik-balik lagi. Time ni dah sedih banyak sikit. So aku decide nak tidur je, malas nak fikir kan. Elok naaww la tu anak dara tidur time maghrib.


Dalam pukul 8 lebih macam tu aku dah terbangun. Termenung aje, fikir ape? Fikir masa depan. HAHAHA. Memang tak la, aku fikir kenapa laa sunyi sangat ni. Then tetiba abang aku ketuk pintu cakap akak aku panggil. Nada suara panggil aku macam warden penjara panggil banduan. Dah la tengah mamai, aku boleh termenung lagi sampai abang aku panggil lagi sekali. Fine, aku dengan muka sememeh, rambut serabai turun bawah. Belum sempat aku sampai last 3 anak tangga...... HAPPY BIRTHDAY TO U. HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUU. HAPPY BIRTHDAY TO MIRNA... HAPPY BIRTHDAY TO UUU. 

Sumpah aku malu gila. Semua dok nyanyi lagu birthday dekat aku, aku lari pegi dapur. Woihh !! malu arrr ! nyanyi slow-slow dah la kan. Tape la, bersyukur. Pandai semua berlakon. Aku baru nak sentap kan. HAHAHA. tapi yang sedihnya....



Kau tengok la cake dia senget. huwaaa !! kakak aku drift sampai jadi camni. "sorry dik,cake kau senget". tsk tsk tsk. Tape la, bersyukur lagi. better than nothing kan. Thanx semuaa. Sayang korang. hikss !


Ok now nak cite part yang "masalah siikkitt" tu. Laa ni mak aku demam. Tinggi temperature badan dia. And tadi pegi hospital. Doctor cakap mak aku high cholesterol and also high blood pressure. Bukan itu aje, mak aku jugak ada tumor dekat rahim dia. Aku takut nak face ni semua. Even doctor kata baru peringkat awal but hey ! Siapa yang tak risau mak dia sakit kan.

Dah la aku dapat msj dari abang aku time kau tempat keje. Dia bagi tau semua ni. Hati aku dah tak sedap dah, nak balik tengok mak aku. Then msj dy cite kat dia semua. Then tadi sampai je rumah terus masuk bilik mak aku tengok dia tengah tidur. Belum sempat aku nak tutup pintu dia balik dia dah bukak mata. So duduk sebelah dia rasa badan panas gila, then tanya ok ke tak. dah makan ke blablabla. Mak aku pun macam tak larat je. Then paksa jugak dia makan, mama cakap nak tomyam, so aku pegi beli makanan dekat dia. Dah settle dia makan, letak 1 bottle besar air siap-siap dalam bilik dia. 

Aku ada tanya mak aku, ada fikir apa-apa ke yang buat sampai high blood pressure ni? Dia cakap takde, maybe sebab asyik tidur lambat then bangun awal. Aku dah tau sebab apa. Ni semua sebab dia main sudoku sampai 1 2 pagi then pukul 5 dah bangun nak pegi keje. Ya allah mak aku ni laa ! No more sudoku after 10 lepas ni ok mom? Hahahaha. keji gilaa. 


ok la, get well soon ye mama. Jangan buat orang risau tau, biasa dia tuuuu. I mama



1 comment:

lexthary dalova said...

yeahhh. hope so. aminn. thanx dear ♥