Thursday, March 31, 2011

Cobaan... ishh ishh ishh


Short update from me. ni bukan cobaan, ini betuul betuull. cooobaann. ish ish ish. ini bukan cobaan, ini betuulll betuuull. 


Hahahha. siapa ingat dialog ni. ngeehee. ok ok. short update je ni. Exam schedule just released last night, tu pun classmate bagi tau, nak harap kan aku masuk student portal tu memang bercinta la jawab nya. Setakat masuk ambik header sheet je laa, lain-lain minta maap if tade yang inform. kate nak jadi best student ni. heh!


11th MAY 2011
Quantitative Analysis and System

19th MAY 2011
Introduction to Financial Accounting

25th MAY 2011
Cost Accounting in Ethical and Organisational Context

27th MAY 2011
Business and Financial Environment


Mind you that all this paper is on MORNING. Semua paper start 9.30am. Huwaa!! Tak sukaa jee. :(


Suka tau bagi aku tension diorang ni, assignment tak siap lagi dah tunjuk jadual exam. Choiii laa. Hope for second year please dont do like this again ye. biasaa dia tu, bagi assignment dekat-dekat nak exam. Ke memang macam ni eyh weyh? Aku je yang banyak bunyik, lempang kangg...!!




SELAMAT MAJU JAYA !!!!

Sunday, March 27, 2011

..you're beautiful and you're crazy O.o


Today is sunday. today is boring. today is exhausted day. today is hungry day. today isss..... ok ok. cukup. heee. ntah apa aku mepek kan.


Ni adalah entry combine. Tapi yang kat atas tu memang betul la semua. Serious bosan gila, hari ni aku morning shift, so bayangkan daripada bos aku tak masuk lagi, sampai dia dah masuk aku dok syiok main Quadrapop. =.=''


Bosan bosan bosan. Hari ahad tapi takde orang, haa camne? cecite. Ada la orang, ramai tapi setakat lalu kat tepi-tepi shop aku tu je la, yang masuk takat pegang tanya harga dah tu blahh. Awat ramai sangat ke yang tak suka dengan Paris ni? Takpe, esok aku soh bos aku tuka poster tu jadi gambar aku, nama jadi lexthary dalova, class tak? Bukan takat takde orang je nanti, siap dengan management Pavilion tu soh tutup time tu jugak. Artis ke kau???


Dah bosan dengan game tu, aku diri pulak, bos aku dah selamat tidur dekat tepi, dia demam so paham-paham la. Aku berdiri, menggeliat sikit, toleh kanan, ramai nya orang, toleh kiri ramai orang. eyh jap, toleh kanan balik. Weyhhh!! it's SAZZY FALAK !!!!


Aku tengok je dia, cantik nya. even pregnant still maintain badan dia. Tetiba dia stop kat tepi shop then terjenguk-jenguk kat dalam tengok bag. Then adik dia ajak masuk. dup dap dup dap. pehal la pulak ni, time Siti datang beli hari tu tak macam ni pulak, apakah??


So layan la dia dengan adik dia. Explain bag itu bag ini. Last dia beli jugak, tapi bukan untuk dia, untuk adik dia. Kau bayangkan aku dah macam parkinson tetibe. Gigil-gigil kau. HAHAHA. Dia sangat humble, baik aje. orang lalu lalang dok lambai-lambai dia, dia lambai je balik. Sampai adik dia tegur kenapa asyik waving je. hehehe. she's soooo pretty. seriously. 




Current wallpaper tuuuuu. Heeee. Poyot dia tuh comel je aku tengok. And time ni dia pakai dress labuh sampai tutup kaki dia and dia boleh pakai flat je. omagodd. aku risau terpijak ke apa ke kain dia tu, satu hal. Ape-ape pun memang cantik laaa. :D



the signature


Bayangkan dia dah pegi aku still shaking sampai bill punya booklet tu terjatuh, kuat gila bunyi sampai bos aku terjaga. mwahahahaha. gilaa arrr. :D


Alang-alang bos aku dah bangun kan. cite kat dia, dia tengah mamai pun layankan aje. hahaha. Then tengah syiok cecite tetiba regular customer aku masuk. Dia ni orang Sarawak. Kalau sekali dah masuk PH kan, tak main laa sebijik dua handbag dia beli. Mesti beli 1 pakej. Dari handbag, wallet, belt, cap sampai la ke key chain..


Layan punya layan almost 1 jam jugak laa. Sebabnya kali ni dia datang banyak bag baru, so dia pusing 1 shop bape kali pun aku tatau. Dia ni style dia senang je, dia pusing pusing, "Ok, i nak yang ni", "ok bagi i yang ni", "bole la nak yang ni satu". perghhh. best wohhh.


Kalau la sploh orang macam tetiap hari senang idup aku. Tak payah nak tengok jawab dengan big bos if takde sales. 




Senget pulak gambar ni. Adoii. Kau tengok resit dia berapa panjang. Beli handbag ke beli groceries ni aku pun tak sure. Katanya barang PH ni cantik-cantik. Ye ke?? Kalau cantik nape takde orang beli, now u tell me !! huhuhu. Dia cakap bag lain dia tengok tak bekenan, nak PH jugak sebab dia minat PH, fanatik gila. Hakalahhh. no wonder la sekali kau beli rupa macam borong aje, dah fanatik kan duit pun banyak. Bag paris tu pun harga sebijik dia beli dekat LV, sploh dia dapat kat PH. Haa kau !



Ni total dia. Dia sorang je eyh beli ni. No card no buku tiga lima. CASH !! Aku teringin jugak nak tanya, bape eyh gaji kau sebulan, 25% share tok aku bole?? Memang tak arr kan. Huhuhu. esok esok datang lagi eyh, aku doa kau murah rejeki.. :P





Thursday, March 24, 2011

Cecite cecite !


Kau tengok la jam dah pukul berapa ni. And aku tak tidur lagi. Date dengan assignment kesayangan laa, apa lagi.(nak muntah!). Actually malas nak post blog, tapi selagi aku tak type rasa macam tak keruan. Haishh !! Mengada-ngada betul laa. So harus type untuk bagi aku tenang balik. Boleh eyh macam ni weyh? 

Aku takde nak cite ape pun sebenarnya. Just nak cite sikit aje la dan jugak nak share siikitt masalah kat sini. 

Start dengan part "nak cite sikit je". Camni, semalam kan birthday aku. Tapi aku ada class. Should be dari pukul   9 sampai 12, tapi pagi tu hujan lebat gila so aku tak dapat pegi sambung la tidur. Next class pukul 3 petang. Memang lama gila gap kan. Masa aku bangun tidur dalam 12 lebih macam tu, aku tengok rumah kosong je. sunyi. 

Macam sedih je. birthday tapi family takde. Macam je la tapi aku relax jerr. Then masa kat college berapa kali diorang nyanyi lagu birthday kat aku pun taktau, tu nasib baik dorang tak pedajal aku nyanyi time sir tengah lecture kan. Kalau tak memang aku duduk bawah meja la jawabnya, ishh! segan laa >.<

Bila balik rumah dalam pukul 6 tu aku macam tak keruan. What a bored life la, birthday tapi tak keluar mana-mana or even cake pun aku tak nampak batang hidung. So roger sana, roger sini. Semua tak dapat nak keluar. Fine, aku malas nak serabut kan kepala. Yang orang dalam rumah pun tak balik-balik lagi. Time ni dah sedih banyak sikit. So aku decide nak tidur je, malas nak fikir kan. Elok naaww la tu anak dara tidur time maghrib.


Dalam pukul 8 lebih macam tu aku dah terbangun. Termenung aje, fikir ape? Fikir masa depan. HAHAHA. Memang tak la, aku fikir kenapa laa sunyi sangat ni. Then tetiba abang aku ketuk pintu cakap akak aku panggil. Nada suara panggil aku macam warden penjara panggil banduan. Dah la tengah mamai, aku boleh termenung lagi sampai abang aku panggil lagi sekali. Fine, aku dengan muka sememeh, rambut serabai turun bawah. Belum sempat aku sampai last 3 anak tangga...... HAPPY BIRTHDAY TO U. HAPPY BIRTHDAY TO UUUUUU. HAPPY BIRTHDAY TO MIRNA... HAPPY BIRTHDAY TO UUU. 

Sumpah aku malu gila. Semua dok nyanyi lagu birthday dekat aku, aku lari pegi dapur. Woihh !! malu arrr ! nyanyi slow-slow dah la kan. Tape la, bersyukur. Pandai semua berlakon. Aku baru nak sentap kan. HAHAHA. tapi yang sedihnya....



Kau tengok la cake dia senget. huwaaa !! kakak aku drift sampai jadi camni. "sorry dik,cake kau senget". tsk tsk tsk. Tape la, bersyukur lagi. better than nothing kan. Thanx semuaa. Sayang korang. hikss !


Ok now nak cite part yang "masalah siikkitt" tu. Laa ni mak aku demam. Tinggi temperature badan dia. And tadi pegi hospital. Doctor cakap mak aku high cholesterol and also high blood pressure. Bukan itu aje, mak aku jugak ada tumor dekat rahim dia. Aku takut nak face ni semua. Even doctor kata baru peringkat awal but hey ! Siapa yang tak risau mak dia sakit kan.

Dah la aku dapat msj dari abang aku time kau tempat keje. Dia bagi tau semua ni. Hati aku dah tak sedap dah, nak balik tengok mak aku. Then msj dy cite kat dia semua. Then tadi sampai je rumah terus masuk bilik mak aku tengok dia tengah tidur. Belum sempat aku nak tutup pintu dia balik dia dah bukak mata. So duduk sebelah dia rasa badan panas gila, then tanya ok ke tak. dah makan ke blablabla. Mak aku pun macam tak larat je. Then paksa jugak dia makan, mama cakap nak tomyam, so aku pegi beli makanan dekat dia. Dah settle dia makan, letak 1 bottle besar air siap-siap dalam bilik dia. 

Aku ada tanya mak aku, ada fikir apa-apa ke yang buat sampai high blood pressure ni? Dia cakap takde, maybe sebab asyik tidur lambat then bangun awal. Aku dah tau sebab apa. Ni semua sebab dia main sudoku sampai 1 2 pagi then pukul 5 dah bangun nak pegi keje. Ya allah mak aku ni laa ! No more sudoku after 10 lepas ni ok mom? Hahahaha. keji gilaa. 


ok la, get well soon ye mama. Jangan buat orang risau tau, biasa dia tuuuu. I mama



Thursday, March 17, 2011

Hidup senang jadi biadap.





Aku : Best kan budak-budak zaman sekarang ni, hidup senang sangat.

Babe : Hidup senang tu yang kepala otak jadi bodoh


Siapa setuju angkat tangan !! Randomly budak-budak sekolah zaman sekarang aku tengok, serious memang up-to-date gilaa. I mean bukan dari segi fashion, maybe ada la tapi tak banyak. Yang aku maksud kan, up-to-date dengan gadjet. Kau boleh tengok betapa ramai nya usung dslr time diorang hang out. Dengan handphone nak BB aje, nak Iphone aje. If aku tak silap, first time aku pakai phone masa form 1 kowt. 3310, handphone yang zaman tu siapa pakai memang dah gah gila tapi sekarang cuba kau bagi budak-budak tu 3310, mau dibalingnya dekat anjing.


Tapi tu bukan topic yang aku nak cakap kat sini, aku nak cakap pasal manners budak-budak sekolah zaman sekarang. 


Aku kan kalau kat pavi tu, setiap hari sabtu mesti sakit mata. Nak-nak lagi sepanjang 2 bulan ni aku setiap sabtu ada class, travel dari college nak ke pavi aje dah menguji kesabaran aku. Aku tak paham la apa masalah budak-budak ni, dressing nak feeling orang dah kerja aje, yang perempuan agaknya panas sangat negara dia ni, kuar pakai singlet dengan short yang dah ala-ala spentot dah aku tengok. Tak kisah la kan, kau nak telanjang sekali pun, heran pulak aku tapi perangai tuh, biaq elok sikit laa.


Nak dijadikan cerita, sekarang ni kan cuti sekolah. So aku memang dah expect, hari rabu ni mesti pavi ramai dengan budak-budak ni. memang betol ok. Kau tau la dia punya ramai macam mana kan, macam tengah ada demonstrasi ke apa je dekat entrance tuh. 


So rabu after class aku datang pavi. Travel naik train and monorail semua ok,takde masalah. Then dah sampai kat entrance tu, I was like. huh ! gila banyak budak-budak ni. Datangnya setakat nak bergambo aje, bukan nak beli. Takpe, aku paham, aku pun tak mampu nak shopping dekat pavi tuh, setakat cotton on tu je la. 


Then time aku ada dekat dalam, ni otw nak pegi shop la ni, depan aku ada la 1 group budak-budak lebih kurang antara form 1 - form 3 la kowt, ada dalam 5 6 orang macam tu. Jalan dah gangster habis dah ni, diorang ni semua jalan macam diorang aje nak guna tempat tu. Boleh ke 5 6 orang jalan melintang sekali, aku dah la rushing nak pegi keje, nasib la badan ni macam papan, so boleh selit. Ntah macam mana ada sorang budak terlanggar aku. Pendek aje, bahu aku pun tak sampai, then dah langgar takde sorry tapi lagi cakap "hak alahhh". Wahhh, kemain kau kan, then aku toleh belakang, aku pandang dia atas bawah, sambung jalan.


Tetibe kawan sebelah dia cakap, "jeling jeling, aku cium kang baru tau". Walawwweyhhhh !!! Takut nyewww kitewww. Sumpah aku rasa nak tenyeh-tenyeh mulut budak tu, kecik-kecik dah biadap. Ingat aku tak dengar agaknya, then aku toleh belakang lagi, pandang dia, terus dia pandang kiri, pandang atas. Eyh eyh, tadi bukan kata nak cium ke? Aku kat depan la, yang pandang atas pandang tepi apahal?? Looserr..


Settle yang tu, pukul 10 after aku balik keje. Otw nak ke train klcc. Dari pavi ke klcc aku menapak, since its wednesday and ramai orang kan, so tak la takut sangat. Sampai dekat aquaria. Again ada 1 kumpulan budak-budak ni. Umur lebih kurang macam yang tadi, oh yang tadi semua lelaki, ni ada 2 orang pompuan. Rasa selamat la sikit, ye la sebab dah malam then jalan tu pun tak la ramai sangat orang. 


Then dah sampai dekat taman klcc tu, aku tengah reply msj, tetibe sorang budak lelaki daripada group ni tadi, datang himpit aku kat belah kanan, sorang lagi kat belakang. Ni sumpah dah mepampau gila vavi ni. Time tu ntah macam mana spontan, tangan sebelah kanan ada botol air, aku hayun botol tu. memang sipi je lagi nak kena kepala dia. "jangan nak kurang ajar sangat boleh tak". Then budak tu pegi balik dekat group dia, serious time ni nafas aku turun naik. Then aku dengar sorang budak pompuan cakap "macam bagus nak sound-sound orang". Owhh. habis tu, perangai kau tu elok sangat la. bagus sangat?


Perrghhh !! Hebat betul budak-budak zaman sekarang. Waa "respect" sama lu la dherrr !!!


Bila dah jadi cam ni kan, aku teringat time kat PLKN. Ada sorang budak lelaki ni. Badan dia "comel-comel" sikit banyak, kulit dia gelap2. Muka dia halus sikit dari kertas pasir. Then yang aku paling ingat, gigi depan dia sebatang takde. Dia ni, suka sangat tegur aku, tapi aku tak suka layan sebab aku kan sombong. Eh ?


Tak la, bukan sombong, cuma aku tak suka melayan budak lelaki yang perangai lebih kurang macam "orang" yang bergayut kat pokok tu. Perak gila nampak perempuan, pantang lalu kuar segala bunyi. Hai awk, sorang je ke, awak sombong la. then buat bunyi-bunyi tikus tu. Omagoddd... Cuba kau record, 10 tahun lagi kau tengok depan anak cucu kau, mesti vangga kan.


Ada la 1 hari tu, aku pergi kiosk, dalam hutan pun ada kiosk, hebat tak. HAHAHA. Aku pegi dengan kawan aku, berdua aje. Tak ramai orang time tu, semua dalam surau sembayang, aku macam biasa la, ada reason, tapi aku pelik dengan budak lelaki ni dengan geng dia, macam mana boleh terlepas keluar, was-was la mak nok. Then dia datang dekat aku, "hai, awak ni mirna kan. company charlie kan?" . and fyi, tu dah kali ke berapa aku dengar dia tego aku macam tu pun aku tatau. As usual, aku buat bodoh aje. Dah settle aku beli barang, aku blahh dengan kawan aku. 


Ingat kan dia dah diam after tu, tapi memang tak laa. Dia siap jerit, "hak alahh, macam bagus. orang tegur nak buat muka bodoh pulak, kau ingat kau cantik sangat ke?????". Sumpah aku tak paham, sepatah huruf pun aku tak cakap tetiba nak hangin dengan aku, dah orang taknak cakap dengan kau nak emo-emo pulak kan. Ada aku cakap aku cantik ke? Tetiba nak cakap macam tu apehal kauuuuu??


Ingat aku diam dekat situ je?? memang tak laa. Dia ni separuh dari geng dia, sama class dengan aku. And time dekat plkn ni, setiap kali before habis class dia akan ada 1 session dimana kau bole luahkan ape sahaja yang kau rasa. Tak kisah apa-apa tapi after keluar class, zip mulut, x bole cite kat orang lain. Ada la satu hari tu, aku berani kan diri bangun and cakap kat depan.


Aku cakap la, kenapa orang lelaki perangai macam ni. Suka buat perempuan macam tu, sound-sound orang. Padahal tak kacau dia pun. Dah orang taknak cakap dengan kau, tak payah la emo, kan ramai lagi perempuan yang lain. kakak dengan makcik dining pun ramai, pegi la try kan. Then aku cakap lagi, lumrah lelaki memang ego menggunung, kenapa? rasa tercabar ke bila kau tegor perempuan tu banyak kali tapi dia tak layan kau? kalau rasa tercabar, cuba cermin diri kau sikit, perangai macam mana. kalau dah orang taknak layan kau, tak payah la nak sound-sound orang, jatuhkan maruah orang je. Then semua budak perempuan dengan cikgu-cikgu sekali tepuk tangan.


And you know what???? esok nya, bukan 1 geng dia benci aku, tapi 1 company dia. Perghhh !!! Rasakan, setiap kali lepas makan, aku nak balik dorm, kena lepas dulu meja-meja makan budak lelaki, time aku lalu. siap jerit-jerit cakap macam bagus la apa la blablablabla. fine..


Selang 2 ke 3 minggu macam tu, salah sorang dari geng budak lelaki ni,datang kat depan class nak cakap something. Siap bawak kertas kau. Wasiat ape la yang dia nak baca kan tu. Dia cakap, kepada wirawati yang budget bagus, kau tak payah la nak berlagak sangat sound-sound orang lelaki. Kau tu bukan cantik pun, ramai je orang tak suka dengan kau sebenarnya, perangai biar la elok sikit. Muka tak payah la nak ketat, dah la tak cantik, jadi tambah tak cantik je kami tengok. Wahai wirawati, harap kau dapat sedarkan diri kau, jangan nak berlagak sangat blablablabla.


Time ni satu class pandang aku. Eyhh, aku tak terasa pun. dia cakap "wahai wirawati", ape aku sorang je ke wirawati kat dalam class tu??? Tapi aku tau, sebenarnya dia cakap dekat sapa. Ingat aku terus diam, sembah sujud kaki dia minta maaf?? Memang tak la, terus aku bangun lepas dia cakap tu, aku cakap sikit je, tak banyak. Kepada wira-wira sekalian, korang kan bagus, pandai, hebat, tapi kalau seorang perempuan tegur pasal "lelaki" kau tak payah nak emo sangat la kalau kau TAK BUAT. Bersatu gila korang ni, and one more thing, kalau hebat sangat, kenapa kekanda datang ke depan bawak kertas?? Nak make sure takde silap spelling ke???


Terus budak perempuan semua gelak gila vavi. Aku bukan bengang pasal apa pun, aku just tegakkan yang aku tak salah. Siapa yang mulakan dulu. Aku bercakap dengan kau pun tak pernah, sentuh kau pun tak pernah dah tu malukan aku depan kawan-kawan kau. Nak kawan dengan aku, wa tara hal, tapi tak payah nak jerit-jerit dari jauh hai awak hai awak. ingat aku biawak ke apa. 


And benda ni berlarutan sampai laaa nak habis plkn. At least, ada jugak memory yang aku nak ingat kan. hahaha. Last but not least, wa minta maaf if entry ni buat brader-brader terasa, aku just nak share cerita je, if tak suka, you know where the button close is. Thank you. ^^,


Tuesday, March 15, 2011

Tekanan !!!!


Aku tension gila sekarang ni. 

Ada 4 assignment nak hantar. Seminggu satu.

Masa tak cukup. 

Lecturer macam nak tak nak tolong, kang salah kena potong markah.

Bawak lappy pegi college dengan harapan, time break tunggu exchange class boleh buat. mana tau, college blocked website yang tak masuk akal.

Setaka nak blocked social network aku memang takde hal, tapi kalau dah sampai aku nak search company untuk assignment ni pun kau blocked, ape motif kau pasang wifi kat college??

F word for you, tq.

Thursday, March 3, 2011

Kau jealous pehal ?


Mak aku now ni bising sebab susah nak nampak anak dia ni ada kat rumah. Rumah tu dah macam hotel bagi aku, mak aku cakap la. Dia tak tau betapa penat nya aku, rasa nak resign je dari keje but I know I have TO ! so tahan kan aje la. Nak buat macam mana kan ma, at least takde la orang tak jejak rumah langsung kan.


Kenapa cakap asyik bizi je ni??? Ok, seriously this month until early of April busy gile vavi. Tu pun after that takde la free sangat tapi at least tak sepadat macam sekarang ni la. What I mean here is, bulan ni aku ada 4 assignment nak kena sumbit. Ada setengah eraly of April. Still pending 2 assignment daripada 4 ni. Tapi yang dah dapat ni pun aku tak start buat lagi, tapi dah kumpul info la. Boleh taham membunuh jugak la soalan dia. Nasib dalam 4 assignment ni guna info yang sama, so semua pun sekali jalan je buat research. Phewww !


Memamng agak terkejar jugak la sana sini. Mana nak keje lagi kan. Tu nasib baik dapat bos yang baik hati tu, kalau tak mau gila aku. Even aku keje, dia bagi aku tebar segala paper aku if aku nak study. Kau ada ? :D


But if study keje study keje study keje mau bengkak kepala otak aku ni. Langsung tak sempat nak bernafas. Seriously aku last hang out dengan member aku on December, now you tell me, sekarang ni kita kat dalam bulan apa?? Baru aku perasan dah lama aku tak keluar jejalan.


Tapi.. yang buat aku bengang. In time aku tengah busy and time pack macam ni la movie tu nak keluar cite best best kan. Time aku tengh holiday, takde langsung cite yang menarik attention aku. Kau memang camni eyh? Memang pendengki. pencemburu. pembusuk hati. dan sewaktu dengannya. aku benci la dengan kau, serious ! tak tipu.



this is the most movie yang aku nak tengok. Tengok trailer dia, suara Christina tu boleh tahan meremang bulu roma aku tapi aku memang suka dia pun. suara dia sedap kan? 



Tapi........!!! Bila aku nampak trailer cite ni, ohh my macam mana ghupe raja tu handle country dia kalau dia gagap?? Serious macam curious gila kan. So now aku dah confuse, nak tengok yang mana. Nak marathon aku memang takde hal, tapi masa tu. MASA. kau tau la dia busuk hati macam mana kan. grrr !!!




Ni lagi satu cerita yang aku nak tengok. Macam best. Dah kuar lama, aku takut dah takde je kat cinema nanti, nak beli CD memang tak la. Sejak bila aku ni rajin nak mengadap TV kat umah ni, nak harapkan Top Chef siaran ulangan pukul 00.00 je la. 


Tell u that aku bukan kaki movie. Tak kisah la cinema ke dalam TV ke ape ke. Serious i am not. Tapi aku selalu percaya dengan instinct aku, sekali aku tengok trailer cite tu, if aku kata best yes, memang betul. Contoh macam last year, Ngangkung kuar. Aku tengok poster dia je, dah terkinja-kinja cakap nak tengok. Tapi biasa la, again salahkan MASA, so tak jadi tengok. Sekarang ape cite dengan Ngangkung ? Box Office. Pecah Panggung. Kutipan tertinggi. perghh ! serious bara ok.


So now ni, macam mana aku nak handle ni. Aku nak tengok semua movie ni tapi. arrghh ! tension kan. Akak aku esok flight pegi Bandung. So tadi pagi dia pegi immigration ntah apa masalah passport dia ntah, so dia pegi awal sebab nak siap awal, esok flight dia tengah hari so takut tak sempat if anything happen. Tengah dalam keadaan yang gila macam now ni, dia lagi nak bagi aku tension. 

1st message : I snap picture for my new passport already and I look COMEL SANGAT
2nd message : Alhamdulillah dah siap, boleh la flight esok. heheheheheheheheheh


Kadar kevavian ketara keterlaluan. Sebab dia ajak aku pegi tapi again MASA tak dan. ohh ye, and both this message dia sent masa aku kat dalam class tengah pulun study untuk test yang killing gila and tengah buat excel yang panjang macam bodo. So kat mana aku boleh cepat kan time terus masuk 1st JUNE 2011. Bulan 3, 4  and 5 memang bulan tension sedunia. Lepas siap semua assignment, ready for final on May. Pfftttt !!!!


Wednesday, March 2, 2011

Sebenarnya umur aku 23 tahun. Terima Kasih :)


Hari ni memang macam biasa la, was an exhausted day ever. Every tuesday and thursday is a sucks day. ahaa ! So pagi tadi aku gagahkan jugak pergi class even rasa ngantuk gila. Nak buat macam mana, before this macam dah banyak je aku ponteng class, so lagi 2 bulan je nak final ni, sila jadi best student jap. @.@


Tengah aku buat tutorial dalam class, ada mesej masuk. Agak pelik, pepagi buta siapa pulak nak text aku ni. Tengok-tengok number college, aku dalam hati dah cakap jangan la "class cancel", sekali betul ok. Terus macam aku rasa nak pergi gegar college tu. Apa masalah lecturer semua ni??? Selalu sangat cancel class?? cirit ke apa??


After class pukul 11.30 tu terus pergi ke library nak cari sikit sources untuk assignment sebab dekat rumah line connection macam cik-bais. Bukan blinking aje, tapi LANGSUNG takde. Tension, fed up semua ada. Baru feeling nak tunjuk dekat semua orang even aku kerja but still ada motivation untuk study. Wahh gitu kan. Tapi terus takde semangat bila tengok line connection takde. Fineee..


Then after dah check itu ini, pergi Mcd lunch dengan Rathi sambil discuss assignment tu sikit then balik. Hajat ingat nak pegi tempat keje bole ambik cek then bank in terus, boleh aku dapat duit awal tapi sebab panas melampau, tak kuasa aku nak berjalan laa. Baik balik tidur lagi best. Tapi dah balik rumah macam rasa seram je nak tidur sebab aku sorang je kat rumah. Looser tak, padahal time tu pukul 3 petang. Apakah ??


So aku tengok tv je even mata dah stim gila minta tidur tapi tahan sampai mak aku balik pukul 4. After mak aku balik, aku makan then terus baring golek-golek konon nak tidur la. Rasakan kau, mata fresh gila. Penat aku pusing kiri, pusing kanan. Arghh !! Tension, tak boleh tidur dah. So aku bangun sambil tu aku tengok keliling rumah. Nak buat apa ni. Line internet takda. Nak study memang tak laa petang-petang macam ni. Then baru aku teringat dah lama tak facial. Then aku prepare barang-brang nak facial, facial sakan kau, siap dengan boiling water bagai. HAHAHA. 


After aku dah habis facial dalam pukul 7 macam tu akak aku balik muka memang macam dah separuh mati dah aku tengok. Ape ke hal nya dengan dia ni, rupanya dia cakap penat. Banyak keje nak kena buat kat office blablabla. Then cakap nak orang urut dia apa la. Then aku cakap, pegi la carrefour, masuk duit RM10 kau duduk la kat kerusi urut rest and go tu sampai lebam. Dia taknak sebab yang sakitnya kepala, so dia minta aku teman dia pegi jusco untuk pegi bali massage. 


Aku memang macam malas gila sebab baru nak enjoy duduk rumah seharian kan, so tape la, teman kan aje. Then sampai sana tengok-tengok ada saloon betul-betul sebelah bali massage tu. Memang baik punya pot ni, aku pun memang dah naik rimas dah dengan rambut since aku memang dah lama gila tak jejak saloon. So tadi pegi la buat.


Ramainya orang lelaki... then aku ada nampak private room, terus request nak cut hair dekat dalam tu boleh tak. Dia kata ok je. Weeee. sukaa. 



Aku malas nak edit. See aku pegi pun muka tak pakai apa, nama pun baru lepas facial so kesah apa kan. hehehe. Ni kat dalam private room dia tu la while waiting orang yang nak cut rambut aku.


Then masuk la sorang cina pompuan ni, nak shampoo dulu rambut aku. Before tu dia tanya nak buar scrub tak, tambah RM3 je. Ok la, fine 3ringgit je pun. Dia shampoo sental macam apa aje aku rasa, pedih ok. Dah tu habis buih shampoo semua masuk dalam baju aku, dengan kuku dia tajam. Gila kuat menyental, dia ingat kepala aku ni bontot kuali agaknya. Then dia cakap rambut aku macam dah rosak kat bawah-bawah tu, alang2 nak try buat treatment tak, ada promotion. Aku pun macam dah lama gila tak ke saloon kan, tape la sekali jalan. Buat la treatment.


Dah habis bilas rambut, datang pulak budak cina lelaki. Yang ni orang nak cut rambut aku. Tanya nak rambut macam mana blablablabla. Sambil cut rambut tu dia tanya aku

Guy : U umur berapa ? study lagi or dah kerja
Aku : both pun i buat. study lagi tapi ada buat part time. umur haa? err this year 20 woo (sambil senyum-senyum sebab rasa geli cakap aku 20 @.@)
Guy : Haa?? Really u 20?? (part ni dia mmg macam tekejut gila)
Aku : (?????) Yup, this year 20. why ?  nampak tua eyh?
Guy : no no no. bukan. muka u haa, talak nampak macam 20 pun
Aku : ya la, means tua la kan?
Guy : no. how to say haa (sambil fikir gila jauh). muka macam u tak nampak macam 20 la. nampak macam, how to say that haa. haishh! muka u nampak macam 23 24 macam tu la.


WHAT THE HELL????? Agak la sikit dherr. Nak kelentong aku pun. Terus sentap ok ! Terus aku ambik magazine tak cakap langsung dengan dia. Benci la !!!



Hai... umur auntie baru 23 tahun 8)

p.s aku menyesal gila spent duit dekat saloon ni. dah la buat aku sentap. then service tak best. tatau la maybe sebab dah nak tutup ke apa. tapi memang tak best. keje macam tak ikhlas. best lagi saloon yang biasa pegi dekat ampang point tu even "akak" yang buat tau. Benci !! T.T