Tuesday, February 22, 2011

Nama adik saya SUDOKU-N cikgu =.='



Nanti aku nak suruh akak aku cari tissue toilet yang macam ni. Cam best jerr kan. At least terisi jugak la masa kau tu disambil tunggu "saham" kau tu untung ke tak. 


Ni aku nak cite ni, now dekat rumah aku dilanda satu musim. Bukan musim buah tapi musim penyakit berjangkit. Penyakit berjangkit main sudoku, word seek and cross puzzle word. Gila la.Ni akak aku punya pasal. Pulul dia, pukul dia. Hari tu, aku tak ingat la bila, early of month kowt, dia beli satu plastik penuh dengan puzzle, word seek and sudoku. 


Aku time tu nak pegi keje, punya la aku pelik ape benda la yang penuh satu plastik ni. Heran jugak aku, sejak bila umat dalam umah ni suka buat benda yang berfaedah macam ni? Selama ni benda berfaedah dorang tidur tak pun asyik la mengadap FB tu sampai ke pagi. Kau tau la bila orang baru ada FB ni kan, batak lebih sikit =.=''


Memula mak aku dia marah kat kitorang. Kau boleh tengok tau environment time semua tengah mengadap benda ni, kalau aku suka word seek. Word seek dia best, ada shape-shape. best owh. Kau cari word tu, dia susun dalam bentuk petak. tak pun bentuk macam jigsaw. and tak pun dia kosong kan vowel, kau cari. Memang best gila la. Yang lain addict dengan sudoku, yang aku ni tak suka sangat sebab nanti tak dapat aku macam emo gila vavi. Hahaha. 


Memula mak aku bising sebab bila semua mengadap benda ni, rumah macam takde orang. Senyap jee. Maybe suara TV je la yang kau dengar tapi TV tu pun mak aku je la yang tengok. Tak habis-habis dengan sinetron dia tu. Aku wondering, mak-mak ni memang kalau tengok sinetron tu terus addict ke? Fed up dengan mak aku kalau dia dah start pegang remort.


Tu memula la, dia macam tension je sebab dia aje yang tengok TV. Ntah macam mana ada la sehari tu, kakak-kakak aku semua tido umah, dah pukul 11 lebih macam tu, mak aku dah bosan sebab dah takde cite dia nak tengok. Then dia pulak tak ngantuk. Kakak-kakak aku ni diorang baring buat macam bentuk bulatan kat hall tu then sesama baut sudoku. Tetiba mak aku mencelah kan "ape la yang korang buat ni, best sangat ke?"


Then akak aku bagi dia buat, ambik kau. Sekali dah buat dia addict terus. Kalau dulu pukul 1 aku tak tidur lagi dia punya membebel, ya allah ! Tapi sekarang ni, pukul 3 pun dia tak tidur lagi. Dok "mendodoi" si sudoku-n ni. Gila laa. 


Kalau dia punya khusyuk tu kan, sampai muncung dia makin lama makin panjang. Sampai bole sangkut hanger. Muahaha. Aku kan hari-hari memang WAJIB beli metro. Mau gila aku sehari tak dapat metro. Kat dalam tu kan ada word seek dengan teka silang kata tu, even sikit, digagahkan jugak ok. Mak aku akan baut yang kat metro tu dulu baru dia buat sudoku. 




Ni masa ni dah dekat pukul 3 kowt. Aku nak shut down lappy, sekali tengok mak aku dok gigih lagi kira sudoku dia. Kau nampak kan metro bersepah sebelah dia tu, ha tu dia sah sudah dengan benda dalam metro tu. Agak la pukul 3 tak stop lagi, padahal time ni, esok tu dia ada appointment dengan doctor pukul 9 pagi. Pukul 3 dia dok dengan sudoku dia lagi. 


Aku : Ma, nak pukul 3 dah tu. Esok2 sambung
Mama : jap la, sikit lagi. esok bukan keje pun.

Wahhhh !! dah pandai menjawab yee. Kalau tak. bising mengalahkan ape je suruh semua tidur awal, sekarang????


Then esok tu dia cakap dengan aku tak larat nak bangun. Sakit kepala. Nak postpone jumpa doctor. Suke hati jee kan. Dia ingat ayah aku ada share kowt dengan hospital tu. And until now, tu la teman dia time boring. So aku rasa memang satu idea yang bernas untuk minta akak aku beli tissue toilet macam kat atas tu. tapi..... nanti if turn mak aku kat dalam, gasak la semua sembelit nak tunggu dia keluar toilet kan. =.=''



2 comments:

dekyah said...

main sudoku ni best la.
aku since men benda ni mase form 4.
mak aku pun skg da addict dgn sudoku.
dia menguatkan daya ingatan kita :)

lexthary dalova said...

hahahaha. agak la. rumah aku mmg dah fever gila babi dengan benda ni.