Sunday, February 6, 2011

Ma, kenapa pelik sangat ?



Semalam aku tidur dengan omak den. Ngee. Aku tatau laa kenapa. Kadang-kadang aku pukul 3 4 baru nak tidur. Bila dah time-time macam tu baru nak lelap, mula la kepala otak ni jadi setan dok hasut kan. Cuba kau tengok atas, cuba tengok cermin. eyh macam ada orang ketuk tingkap la. Benci kan, pyscho sorang-sorang. Then bila baru nak tutup mata, dengar suara cicak pun aku dah terkejut. Mencik gilaa!


So semalam tidur dengan mama. Sebab semalam satu hari aku tak nampak mak aku, aku balik kerja pukul 10, dia pergi rumah besan dia, anak nak kawin, ada malam berinai. Dah pukul 1 mak aku tak balik-balik lagi, so after pegi toilet, aku nampak lampu bilik mak aku dah bukak. Eyhh dah balik laa. Heee! Terus masuk bilik ambik bantal tidur dengan mak aku.


Tengok mak aku pun tengah baring-baring sambil baca buku apa ntah. So aku baring bawah ketiak dia. 

Mama : Punya besar katil ni, bawah ketiak jugak kau nak.
Aku : Biar laa. Ambik berkat. Heee


Terus mak aku jeling, then sambung baca buku dia. Suka jeling-jeling kan, juling nanti baru mama tau. Ngeee.  Aku still tak boleh tidur. Pusing kiri. pusing kanan. meniarap. tertelentang. Macam-macam style la aku buat sampai mak aku naik fed up sebab tak aman dia nak baca buku, kati asyik goyang je kan. Heee. Terus dia tutup buku dia.


Mak aku dah nak tidur, aku ajak borak. Macam macam la aku tanya dia. Macam-macam cerita dengan dia. And sekarang ni mak aku risau sangat dengan manusia dalam negara ni. Sebab mak aku kata rata-rata sekranag ni Cina ramai, melayu sikit aje. Takut satu hari nanti diorang yang berkuasa, melayu jugak yang susah. Ye kee?? memandai je kowt mak aku ni?? =.=''


Yang bagusnya, ada lah dalam setengah jam dah borak dengan aku baru dia tanya esok keje shift apa. Then aku cakap la noon, owh ok. noon takpe kalau morning kau tidur sekarang. Kang esok bangun mula la pening-pening la itu la ini la. Grrrrr !!


Aku : Ma, nak tau tak. Tadi ada satu customer cina ni. Dia dengan kawan dia, lepas tengok beg kan dia cakap leng hor
Mama : Leng hor tu apa ? 
Aku : Alaa, tadi beria sebut pasal cina semua bagai, takkan tu pun taktau. Maksud dia cantik.
Mama : Mana la tau. Owh dia kata beg cantik ke
Aku : Tu la, orang pun ingat memula dia cakap beg yang cantik. Sekali dia tepu bahu orang dia cakap, u ni cantik la, u arab eyh?
Mama : *ketawa gila vavi* Cantik ke???
Aku : Ye laa, tau tak cantik. Tapi ni bukan first time orang cakap muka mina macam Arab. Kita ada darah arab ke ma? 
Mama : Banyak la kau punya darah arab. Mana tak cantik, tengok la mak dia kan.
Aku : tido tido tido


Hahaha. Poyo gila mak aku. Cantik ke kak???? Anak dah sembilan, ada hati lagi tu. Haha. Tapi serious, takde la ramai mana tapi kalau dah lebih dari sorang tu kira ramai tak ? Even mak arab pun pernah tanya aku ada mixed arab ke. Ya habibi ya habibi.


Lain pulak cerita kalau orang yang baru kenal aku, tau nama aku. Eyh kau orang indon eyh. ke ada darah indon. Hak alahh. indon indon. Then malam tadi aku tanya la mak aku.


Aku : Maa, kenapa nama orang pelik sangat ?
Mama : Apa yang pelik ? Sedap je. Alih-alih nanti orang ingat adik beradik dengan Bunga Cinta Lestari (ketawa bukan main algi masa ni)
Aku : Ishh ! orang serious ni. Masa sekolah ramai kawan cakap orang indon. Kenapa mama bagi nama pelik sangat
Mama : Tak la. yang Mirna tu mama letak sempena negeri Mina, yang dekat Mekah tu. Itu tempat idaman mama nak adik pergi satu hari nanti. 
Aku : Tu Mina, bukan Mirrrrna
Mama : Yeee, tapi mama akan panggil "mina". See, sekarang semua orang pun panggil mina kan. Ke ada yang panggil Mirna?
Aku : Ada je. cikgu-cikgu yang menyakat masa kat sekolah tu. tak habis-habis dia tekan huruf R tu. Practice lidah kowt.
Mama : Lestary tu pulak, maksud macam melestarikan impian nak sampai ke Mina. Nak mengekalkan impian mama supaya nanti adik sampai ke Mina tu. So jadi lah MIRNA LESTARY


Kreatif jugak mak aku ni kan. Tinggi sungguha ngan-angan mu. Insyaallah ye ma, ada rezeki sampai la. Tapi kan dulu aku cukup tak suka nama aku. Sebab selalu kena buli dengan budak-budak sekolah cakap nama aku macam indon indon. Sakit hati, so dolu-dolu nickname aku is Nadia. What the hell kan. Bila ingat balik aku rasa macam diri ni looosserr gila. Hahahah. Motif of the story ?? Sila sayang nama anda, sebab mak kau takkan bagi nama kau macam tu je. Mesti ada maksud tersirat :)


2 comments:

rj Etika said...

hahaha...mama u cool gile. btw, nama u siyes unik. sedap weh. ;)

lexthary dalova said...

hahaha. dia mmg mcm tu. kerek sikit. unik tp dlu i benci gila dgn nama tu. Hello, my name is nadia. hahaha. looser gilaaa