Wednesday, February 2, 2011

Kau yang terencat sebenarnya !




Tengok entry bukan main emo lagi kan. Ni aku nak cerita laa ni.*sambil lipat lengan baju* . Korang tau tak apa itu down syndrome ?? Dia ada scale dia kan, contoh dalam 100 orang ada la sorang yang kene.


Aku ada sorang anak buah, she's my eldest sister's daughter. Anak nombor dua. Even dia ni jenis macam tu, tapi kitorang tak manjakan dia, still ajar dia kemas rumah, cuci pinggan, lipat kain and kerja rumah yang lain la kan. Aku ni jenis tak boleh tengok orang jenis macam ni ke, orang tua ke, orang yang muka kesian kesian ke. Aku tak boleh tengok, aku jadi sayu. Tapi kalau muka kesian tetiba kena tangkap jual ganja, memang aku pangkah la besar-besar kan.


Ok, nak dijadikan cerita laa kan. Hari ni aku kerja sorang, since Pavilion pun bagi notice boleh tutup awal. So hari ni entah aku mimpi apa, aku bangun awal gila, siap awal gila dan sampai pun awal gila. Tadi masa aku sampai, ada la kedai yang belum bukak. Rata-rata semua tengah bukak, tengah housekeeping.


Then tengah aku bukak-bukak, lap lap semua. Aku ternampak la sorang perempuan yang jenis macam ni lari-lari arah nak pergi concierge counter. Agak dah berumur sikit la, perempuan cina. Dia lari punya bersungguh, sambil pegang ticket parking dengan resit. Sebab kalau kau shop dekat Pavilion, RM200 in a single recipe, kau boleh claim untuk 2 hours free parking. So aku perhati je budak perempuan ni sampai la kelibat dia hilang.


So aku sambung la kerja aku balik. Then tetiba aku dengar suara orang jerit-jerit. Masa tu baru pukul 10.10 kowt. Padahal telinga aku bersumbat and aku bukak volume paling kuat, bayangkan aku boleh dengar orang jerit clear ! Memula macam nak marah la kan, siapa la yang vangang sangat memekak pepagi ni. Then aku pusing belakang, nampak budak perempuan tadi tengah jerit-jerit panggil orang kat bawah, aku tatau la siapa.


Time tu aku dah terfikir dah, siapa la yang bijaksana lagi cerdik yang suruh budak jenis macam ni pergi cop parking. So dia jerit-jerit panggil orang kat bawah sambil lambai-lambai ticket parking dengan resit tu and macam cakap dia tak jumpa la tempat nak cop parking tu. Aku tak rasa pun dai jerit, sebab aku rasa memang cara dia cakap macam tu. Sebab sepanjang dia nak turun bawah pergi dekat orang yang dia panggil tadi, sampai la dia naik balik momentum suara dia sama ok. Kuat gila. 


So tak lama lepas tu dia naik dengan seorang lelaki la. Nak kata dah tua, aku rasa boleh tahan la, dalam age 50 to 60 but still kuat lagi and pakai baju Tommy Hilfiger and memang smart habis la. Dia jalan dengan budak perempuan tadi cakap-cakap sambil yang lelaki tadi tunjuk jalan dekat dia. Diorang pergi sesama and budak perempuan tu pegang je tangan dia. 


Aku dah terfikir dah, kan boleh pergi sendiri. Kenapa kau jadi manusia paling bangang sangat pergi suruh budak special macam tu yang pergi????? Tak ke bodoh namanya tu?? Yang aku punya la kesian dekat budak tu sebab ye lah, dia dah kira patah balik la kan? Dah la time dia jalan tu bole nampak kaki dia memang tak kuat. 


Tak salah nak ajar budak macam tu berdikari, tapi dengan cara yang betul la. Jangan kau main lepas je tapi tak perhati. Buat nya time dia tengah lari-lari tu tersadung ke apa, siapa nak jawab? Kau yang sihat, berakal tu fikir la elok-elok. Teman la dia ke, tak pun sorok-sorok follow dia dari belakang. Haihh ! Panas betul hati aku. =.=''


No comments: