Monday, January 31, 2011

Terkunci dalam rumah??


Pssst. Psssst. Nak tau tak. nak tau tak. Hari ni kan. I'm HOME..!!! hahaha. Poyooo gila, bunyi macam baru balik feeling study obersee pulak kan. ngahaha. Tade, hari ni aku off duty and no class. Dah lama tak merasa duduk rumah je satu hari. keh keh keh


Since hari sabtu hari tu lagi aku dah kira, berapa jam lagi nak masuk hari isnin. Gelabah gila nak kira bapa jam kan. ngahaha. So dah pasang nawaitu nak tidur lambat. bangun lambat. Kira macm qada' laa tidur tidur yang tak cukup since last week pun assignment ngorat aku ajak borak sampai pukul 3 4 pagi. Sadiss betul! T.T


So malam tadi aku dapat tau hari ni (isnin) mak aku ada appointment doctor, so takde siapa teman dia. Tapi aku tau bukan dari mak aku, tapi mega yang bagi tau. Poyo la mak aku ni konon taknak kacau aku sebab tak selalu cuti. Mampos kena tembak cakap mak sendiri poyo kan. Hahaha. Tape laa, since aku ni anak yang baik kan kan kan kan. So aku teman mak aku pergi hospital tadi. Dah la pagi, hujan pulak tu. Tau la aku ni liat nak mampos bangun pagi kan. 


Dalam pukul 8 lebih macam tu aku dah terjaga, ni malaikat yang kejut ke apa. Malaikat berkata "Bangun bangun, teman mak kau pergi hospital". O.o 


Memang tak laa kan, aku terjaga sebab ada la orang tu call aku bagi tau yang dia dah bape kali pergi toilet sebab food poisoning. Makan kalau tak bagi aku sikit macm tu la. Nak gelak pun tak sampai hati, orang tengah sakit kan. cehcehceh. 


So dekat dekat pukul 9 macam tu mak aku gerak suruh mandi semua. Bagus kan. 9.30 appointment, pukul 9 baru gerak aku. Biasa la, janji melayu. Betul tak?? Ayat mak aku masa kejut aku tidur lagi tak boleh blaa

Mama : Adik, bangun. Boleh bangun tak?
Aku : Ye ye. dah bangun *sambil bukak pintu bilik
Mama : *senyum. Boleh bangun ke? Cakap nak teman mama pergi hospital. Siap la cepat.

Kau tengok ayat drama. NGAHAHAHA. Aku senyum je la sambil geleng kepala. Bukan sebab taknak teman, tapi tak paham dengan mak aku sorang ni. hahaha

Dah siap-siap semua, kakak aku dah awal keluar, so aku budget rumah memang takde orang la kan. Masa nak kunci rumah aku tanya mak aku ada orang tak kat dalam. Nak confirm kan. Then mak aku jawab sambil tu dia jalan nak keluar, nampak jiran depan rumah tengah terpacak depan pintu hantar suami dia nak pergi kerja. Haa haa. pagi-pagi lagi dah nak gossip letteww. Aku ni pun sayup sayup je la dengar dia cakap apa. Tapi yang pasti aku dengar dia cakap "kunci je laa"


Memang la dia jawab yang betul soalan aku. Sebab aku tanya. "Ma, kat dalam ada siapa siapa tak? Orang nak kunci solex ni". So kira betul la kan dia jawab?? Fine. Aku dengan tak bersalah kunci je la solex tuh. Then gerak terus.


Bila dah ada dekat hospital, and aku tengah baca paper time tu sementara tunggu mak aku habis appointment. Tetiba aku teringat yang macam ada makhluk je dalam rumah. Ingat punya ingat baru aku perasan. Ya Allah!! Mega tak pergi kerja lagi, tapi aku kunci rumah dari luar. Mampposs. hahaha


Aku sebenarnya nak tergelak gila babi sebab aku terbayang yang si mega ni tengok je luar ikut tingkap sebab tak boleh nak bukak pintu kan tapi atas rasa bersalah aku call elok-elok. Sekali aku call tak angkat, so aku biar dia call aku balik sebab maybe dia tengah mandi ke apa ke kan. Tak lama lepas tu dia call aku balik guna nombor rumah

Mega : Weyh, kau call aku ke tadi?
Aku : Hak ahh. Kau kat rumah ke weyh? (soalan bodoh tak?)
Mega : Yee la, tengah siap-siap ni. Kenapa?
Aku : (tahan gelak :D) Ohh takde. nak cakap ni. Aku terkunci solex laa.
Mega : Hahhh??? Kau ni kan. dah la aku kerja pukul 2. ni mak aku pesan suruh singgah jalan TAR nak beli kain customer dia. Ni macam mana dah terkunci. Kau lama lagi ke. Bodoh la kau ni, pegi kunci apahal. hak alahh
Aku : Kau tanya nenek kau. Aku tanya ada orang tak, dia cakap kunci je. mana aku tau. Aku pun lupa kau ada kat rumah.
Mega : Dah ahh. bye


Hahahaaha. Lepas end call terus aku gelak gelak. Mesti orang kiri kanan ingat aku gila kan gelak sorang sorang. Hahaha. Tapi masalahnya aku tak tahan. Aku rasa macam lawak gila. Tak lama lepas tu kakak aku yang sulung call, ni mak mega. Aiyookkk tatau. dia bagi tau mak diaaa. aiyokk. haa haaa. taktau. 

Onang : Weyh, kau kunci anak aku kat dalam rumah kan
Aku : hahahahahahahha. Apa pulak orang. dah tanya mama, mama cakap kunci je. Mana la orang tau
Onang : Aku dah la nak minta tolong dia pergi beli kain. Kau ni, mama tu lama lagi ke
Aku : Relax laa dher. tak kowt. agak lama dah kat dalam
Onang : relax relax. aku ketuk kepala kau baru tau
Aku : Yee. Jap lagi balik  la
Onang : KAng balik terus. Jangan nak menyinggah. Cakap dengan mama tu


Eyh eyh eyh. suka hati la nak pergi mana kan. Hahahaha. Tapi memang tak laa. Lepas je maka aku keluar dari bilik teraphy tu aku cakap laa yang mega terkurung kat dalam rumah

Mama : Hahhhh?? Yang kau pegi kunci kenapa??
Aku : semua nak salahkan orang. orang dah tanya mama tadikan ada orang tak kat dalam. mama cakap kunci je. orang kunci la
Mama : Memang la. mama cakap kunci la pintu tu, mega ada kat dalam.
Aku : Ntah. tak dengar pun

Lepas tu bantai aku dengan mak aku terus gelak gila babeng. hahaha. Lepas tapau makanan sikit terus tahan taxi, nasib baik tak tunggu lama. 


Sampai je rumah tengok rumah dah terbukak. Tengok si mega tu tengah pakai tudung kan.Aku tanya la dia mana dapat kunci? Dia cakap cari laaa!! siap tengkin tengking. Hahahaha. Marah nampak kak. Senyum laa. auuu cak. smileeee.



3 comments:

dekyah said...

hahahhahaha~ sumpah lawak dohh ! hehehe

lexthary dalova said...

kau rasa salah aku ke? tak kan?? :D

dekyah said...

hahaha. memang x punnn.. hahahah