Sunday, January 30, 2011

Kau tak makan eyh?


Soalan sebegitu ghupe teramat la bosan aku nak jawab. Aku rasa macam nak hang note dekat badan aku ni and tulis "AKU BUKAN TAK MAKAN, TAPI DAH TERLEBIH MAKAN. FAHAM TAK?!!"


Tetibe nak emo, padahal aku belum cerita lagi kan kenapa. Tak, macam ni cerita dia. Aku dah bosan, telinga dah berasap setiap kali orang tanya macam tu dekat aku.




Kau rasa keding sangat ke?? Tengok depan-depan memang aku pun admit kurus gila. Tapi tu la, aku pun taktau apa masalah. Nak kata aku tak makan? Jin pun takut tengok aku makan. Kat tempat kerja selalu aku makan memang macam hantu. Memula makan mee hoon sup, direct after tu terus makan laksa. Selang 2 jam lepas tu makan crisp pulak, tak pun aku cari jajan. Then nanti dah agak lama sikit beli lagi makanan. Kadang tu sampai semput-semput aku makan


Tapi still macam ni. Aku taktau la dia sesat ke apa. Orang cakap jangan makan malam-malam, nanti gemuk. Aku??? Memang tak laa. Pukul 2 pagi tu aku bedal nasi. Jangan makan benda ada kolestrol, nanti gemuk. Aku??? Terbayang KFC. Sedap jee. Jangan baring lepas makan, tak baik. Kadang-kadang sambil makan bole tertidur. Caye kee?? Memang tak laaa! Gila tak senonoh kau


Serious aku makan banyak. Then ramai suggest suruh aku ambik Appeton Gain Weight. Tapi, benda tu untuk bukak selera makan. Kau imagine kalau dengan selera yang ada now pun aku bole makan kalah jin, kalau makan benda untuk bagi bukak selera, agak-agak aku dapat kalahkan siapa? Miss Jumbo 2010 pun resign aku rasa!


Ada jugak yang suggest jumpa doctor tengok kowt-kowt ada masalah ke apa. Tapi aku kan biziwomen, takde masa laa. Suruh doctor tu datang jumpa aku la, bole?


Aku nak naikkan badan sikit. Tinggi and shape dah ok just nak ada isi sikit je. Aku kira BMI aku. Sangat laa jauh weyh, tak sampai 10 kowt aku rasa. Wondering kenaa jadi macam ni. Nak kata keturunan?? Kakak aku kembang je semua.


Maybe tunggu umur 20++ baru naik tak pun kau try kawin then confirm naik. Try kawin konon, ingat macam main masak-masak ke??? Tension eyh bila fikir.


Ada classmate aku suggest ambik Herbalife, maybe bole gain weight. The thing is, aku tak minum susu. Aiyerrrr!! Aku tak suka benda-benda manis sangat. Kembang tekak. Ada jugak yang cakap maybe sebab aku makan banyak mana pun, aku guna balik jadikan tenaga. Sebab ye la, kan keje and class, pergi mana-mana pun aku jalan kaki so maybe sebab tu la. Berapa aku makan, dia guna jadi tenaga balik.


Tapi aku nak naik sikit badan. Buruk laa. If pakai baju mesti ada terlebih-lebih. Seluar pun tiap kejap nak kena tarik, longgar. T.T Hope nanti dah 20++ badan akan naik. Korang ada tips tak??


No comments: