Sunday, January 23, 2011

Jom belajar automatik !


Hujung minggu macam ni biasa la, rumah aku memang penuh dengan toyol-toyol sekalian. Anak abang and kakak aku. Hujung minggu biasa memang tidur rumah sebab pagi ahad tu dia akan kerah mak lang dia pergi Taman KLCC pagi-pagi buta. Elok la tu, badan mak lang kau pun dah makin kembang aku tengok. Tapi kadang-kadang "taman" atas katil pun jadi jugak diorang ni. =.=''


Nak dijadikan cerita, aku dalam ramai-ramai anak buah aku kan. Yee, ramai sangat. now dah 12 dah anak buah aku. Percaya tak? Caya tak?? sila lah percaya and tahun ni akan bertambah lagi DUA ! huhh! Makin haru laa rumah ni jawabnya. Dah laa masing-masing kecik tapi perangai, masyallah..Ok, dalam ramai-ramai toyol ni, aku paling rapat dengan anak abang aku no2. Kitorang paggil dia kak ngah, tapi dia ni ikut gedik dia laa. Nama Siti Nur Aliya Maisarah, kadang-kadang gedik gelarkan diri dia, Ya. kadang-kadang, Alia or sometimes Sarah. Menyampah aku. 


Aku paling rapat dengan dia ni. Sebab masa dia dalam perut mak dia lagi, aku dah aim. Aku memang nak kamcheng gila dengan kau, since kita turutan nombor yang sama. HAHAHA. Aku anak nombor 9, dia cucu nombor 9. Sungguh tak boleh blaa. And bila dia dah besar sekarang ni, sumpah mulut macam murai. Ada jee benda dia nak cakap. Then suka menari goyang-goyang bontot, nyanyi segala lagu yang aku tak paham. Tahun ni nak masuk 5 tahun, dah taska dah.



Aku tak paham apa masalah blog ni. 3 kali aku tukar tapi tak jugak tegak. Senget kan la sikit kepala eyh. Haa ni la si gedik tu. Kau tengok laa tu. =.=''


Tadi aku balik keje, dia datang kat aku, sondol-sondol sambil tengok dalam handbag aku. Sebab biasa if dia ada dekat rumah memang aku akan bawak something.

Gedik : Cik na tak bawak apa-apa ke untuk kak ngah ? (macam dia sorang je ada dekat rumah kan)
Aku : Tak. Tapi cik na ada simpan dalam poket, kalau nak kena posing ambik gambar dulu
Gedik : Alaa, senang jee.



Snap I



Snap II

Kau tengok la tu. Ada banyak lagi, tapi tak kuasa aku nak upload since benda ni pun senget-senget kan. Tak feel betul la. Haishh. 




Lepas dah gertak, kalau buat muka buruk lagi, takmau bagi "benda" tu. Fine, dia senyum tapi kena pegang kepala sebab asyik gerak-gerak macam ikan menggelupur aje.


Gedik : Penat dah ambik gambar, mana benda yang cik na nak bagi
Aku : Eyhh belum lagi. Baca ABC dulu baru dapat
Gedik : *sigh sambil buat muka toya dia. Siang-siang kak ngah dah baca, malam-malam takkan kena jugak
Aku : Nak ke tak. nak ke tak?
Gedik : Ye laaa A B C D E F G H I J K O P blablabla
Aku : eyhh?? Lain macam je bunyi. Sipa ajar kau lepas K terus O hah?? LMN kau mana? 
Gedik : L P Q
Aku : MN dulu.
Gedik : Haishhhh. L M N

Part ni dia tekan sebijik-sebijik LMN tu. =.=''

Abang dengan kakak dia tengah belajar jugak. Yang abang dia aku kerah suruh baca sifir. Dan dan dia pun nak jugak, padahal ABC pun tak lepas tu. 

Gedik : Kak ngah pun nak belajar macam abang dengan kakak la
Aku : eleh kau, ABC pun tak lepas, ada hati tu.
Gedik : Tak pe laa. Jom belajar automatik (sambil jerit dengan tangan waving dekat atas)

Automatik ??? Apakahh???

Aku : Matemaik laa gedik. (sambil gelak ketuk-ketuk meja)
Gedik : Eyhh, silap. hee. matemaik ( sambil senyum malu-malu. sooo gedik)
Aku : Ok, kak ngah tau sifir bapa.?
Gedik : Haa, kak ngah tau sifir 1. kak ngah tau. (part ni satu rumah ketawa gila babeng)
Aku : bongok. 1 darab 1 bape kak ngah?
Gedik : 1 darab 1 sama dengan 2 ! (penuh confident)


Semua gelak terbahak-bahak lepas tu. aihhh la kak ngah. dah la gedik, kerek pulak tu. Kang aku pang kang baru kau tau. hahaha



Haii. jom kapel. :)






No comments: