Tuesday, January 4, 2011

Ceritera kebinatangan..



Dah pukul bape ni tapi aku tak tido lagi. Ni haa tengah tolong Dy gundut tu buat assignment dia sebab dia guna tempat aku kerja now as sources dia. So tengah bosan-bosan sambil tunggu dia tanya apa yang patut, aku teringat dalam handphone ada a few pic si hewan-hewan yang menggeramkan (ayat baru ?)


Kan kawan depan rumah aku ni suka kucing. Rumah dia banyak gila kucing, serius ! Dah macam muzium kucing pun ada. And two last week kowt, 2 ekor kucing dia beranak and total kitten yang baru 8 ekor if aku tak silap =.=' . Gilaa banyak. Then kelmarin aku pergi rumah dia, ohemgee. Ada lagi yang baru beranak, 4 ekor. Yang 4 ekor ni dapat tengok dekat-dekat sebab dia letak kat dapur,dalam kotak. Maybe sangkar dah tak muat.


Aku wondering kebanyakkan kitten dia yang lahir, aku paling suka yang warna grey. And yang tu mesti agresif terlebih. Macam sekor ni, umur lebih kurang garfield yang aku post hari tu (click sini). Nama dia Abu, dia ada adik lagi sekor. Masa lahir 4 ekor tapi 2 dah mati, so diorang ni je yang tinggal. And dua2 ni agresif nak mampos. Pernah sekali tu, ni masa diorang kecik lagi la, dia main-main dekat plastik, time tu si adik ni tengah tengok apa yang ada dalam plastic tu. Then datang si abu ni, dia pergi tutup lubang plastik tu dengan tangan dia, meronta-ronta kepala adik dia dalam plastik tu sebab lemas. HAHAHA.


Gila nakal ok, then diorang kejar satu sama lain, masuk bawah kerusi, panjat sana panjat sini. Then si Abu ni terpijak pinggan yang ada air, zzuuupp !! dua-dua terus lari bawah meja. Haa, tau takut. hahaha. Tapi sekarang dah besar dah dua-dua. Gatal pun boleh tahan, dua-dua pun jantan, lagi laa kan. Sekarang ada port baru diorang ni main, nun atas atap, jenuh la nak panggil turun. Bila kita panggil dia, dia pandang atas then depan then kiri kanan, feeling tengah tengok pemandangan dari atap rumah. pffft.



Ni kitten yang baru lahir tu, aku suka warna grey ni sebab dia nampak macam pakai stokin kan. comel gila. Then lagi satu, dia ni tade nama lagi, tapi if kita panggil dia, dia akan tengok then miow mioww. sooo cute ! poom!


Hahaha. masa ni lawak, aku nak snap pic diorang. Tapi disebabkan dapur tu gelap, so aku on kan lampu camera. Then tengah aku nak focus dekat si kelabu ni, dia bole buat macam ni. Silau sebab lampu tu. Hahaha. Then nak tengok lampu tu ada lagi ke tak, dia bukak mata seblah sikit-sikit. Sumpah aku rasa nak lenyek kucing yang bijak macam ni.



One happy family at home. Heee. ni la dia yang kitten paling latest. Eyh baru aku perasan, 5 ekor heh, bukan 4. wuuu. ni adik beradik si kelabu tadi laa. 



Ni kisah lain pulak. Yang oren hitam tu nama dia chutchut, yang hitam putih tomtom. Kucing paling manja dalam kalangan kucing. Nakal ya ampun. Chutchut tu emak kepada si tomtom. yee, sila percaya anak hampir 2 kali ganda daripada mak dia. Hahaha. Time ni tomtom nampak mak terus dia landing depan mak dia macam tu, then mak dia jilat-jilat. alaaahaii. dah besar-besar pun nak menggedik ! Tapi if tomtom ni buat benda bagi orang marah, memang si chutchut tampar je terus. hahaha


Motif gambar ni adalah benda yang dibulatkan tu, yang bulat warna merah tu. Haaa, kau nampak ayam, sila abaikan manusia 3 jenis tu. ohh ayam... Ni picture masa kitorang pergi rumah akhmil, wedding kakak dia. Then ni dekat tempat park kereta. Tepi tu macam ada reban ayam. Ada la dalam 4 5 ekor ayam. Tapi kan, sekor ayam if makan 10 orang, memang kenyang habis. Tak payah kerat 16. Kerat 10 je terus. sure kenyang seketul sorang. Aku tengok ayam tu, aku dok aim part drumstick dia je. kalau dapat tu, perghhh. Kenyang gila. Taktau la tuan dia bagi makan apa, gemuk gilaa !


Hahahaha. Korang bosan tak baca pasal hewan? If bosan bolehh blahh dari blog aku. Hamboihh bahasa kan, dah la lately ni traffic semakin selowwww. wuuu. Aku rasa nak bagi nama si kelabu td reyrey laa. kah kah kah. grey jadi reyrey. Tapi comel jugak kan. 


Heeee. tu je. bahbai :D

2 comments:

cik fara said...

comel nye weyy yg klabu uhh . panggil dy tokeinn sbb dy pkai stokin. tehee ;p

lexthary dalova said...

hahaha. tokeinn. lagi x bole blahh kan. tapi dia mmg comel kan kan kan :D