Friday, December 3, 2010

Contest by cicak dan lelabah


Seorang budak perempuan yang comot ketika itu mempunyai seorang sahabat baik. Hari-hari pasti akan datang bertandang ke rumah masing-masing untuk bergosip. Pada suatu hari si kawan memperkenalkan social network "Myspace" yang amat popular pada masa itu kepada si budak. Si kawan ajar itu dan ini kepada si budak.


Berbekalkan sedikit ilmu dari si kawan tadi, si budak pun mula la bertatih sendiri dalam membuat coding sendiri. Pada masa itu, si budak dalam diam memasang niat untuk menjadikan Myspace nya lagi menarik berbanding si kawan. Macam-macam dia pandai buat dari glitters ke cursor dan boleh dikatakan setiap minggu tukar background dan lagu. =.='


Ketika usia menginjak alam remaja selepas tamatnya zaman sekolah, si budak diperkenalkan dengan Facebook pula. Namun Facebook tidak sama seperti Myspace, dimana kita bole tukar profile menggunakan coding dengan kehendak sendiri. Jadi selama hampir setahun si budak berhenti daripada menggunakan coding.


Kemudian, dia diperkenalkan pula dengan Blogger. Baru la kelam kibut dia memerah otak kembali untuk mengingat sebanyak yang mungkin coding-coding yang selalu digunakan satu ketika dulu dan berlatih semula menggunakan photoshop. Namun semuanya sia-sia apabila semua pada hari ini semakin mudah dan pantas, hanya click itu dan ini serta merta ia akan bertukar. Namun itu semua tidak cukup memuaskan hati si budak.


Sehingga lah satu hari dia ber-blogwalking dan terjumpa satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger juga merupakan sahabatnya yang dikenali ketika hadir untuk temu duga satu ketika dulu.




Bakat yang dimiliki oleh si blogger aka si penganjur ini amat diyakini oleh si budak, ini kerana setiap hasil kerja si blogger sangat kena dengan citarasa si budak. Dia sungguh yakin untuk menyertai contest ini, dengan harapan dapat mengubah wajah storie morie nya. Dimana sebelum ini, si budak hanya men-download template yang cantik dari mana-mana link yang dia dapat.


Storie morie yang selama ini sering bertukar wajah, ini kerana si budak tidak jumpa lagi sebarang template yang betul-betul dapat membuatkan dia kagum dengan storie morie nya sendiri. Sentiasa mencari mencari dan teruskan mencari dengan harapan suatu hari keajaiban akan berlaku ke atas storie morie nya.


Jadi dengan ini si budak ingin meng-tag sahabatnya yang lain untuk join contest ini. Sepakat membawa berkat. Calon-calon pemenang yang di-tag adalah :



Jadi, mari lah bersama-sama menyertai contest ini dan dengan harapan aku akan menang.. Ohh maksud aku, KITA akan menang. =.=' Contest by Sri Ramadana . ♥


2 comments:

sri said...

aww!! i love your entry.. hehe :D
thanks for joining.. best of luck bebeh! ^^,

lexthary dalova said...

hahahah. welcome ! *gosok2 tgn. harap menang weyhh. wink wink. heee