Wednesday, December 22, 2010

Musim apa ni ??




Sekarang ni musim orang sakit ke ? Kakak aku mula dengan demam, then flu . Bila dah elok terus sakit kepala and now batuk macam gila. Aku pun kena tempias jugak . And now ni sakit tekak macam apa entah. Batuk tak sangat, tapi suara hilang pergi vacation ke ape ? Pedih nya tekak .


And time aku kerja sorang-sorang laa dia nak sakit. Kesian customer kena dekatkan telinga dengan aku sebab suara halus sangat umpama bapok lorong haji taib. pffft. Even suara takde, ditambah dengan bulan mengambang lagi, sales tetap meletup. HAHAHA. Bagus bagus.


Tak kurang jugak yang dok membahan. Situasi satu. Aku tengah on9 dekat hall, kakak aku yang sakit tu baring atas sofa. Dia batuk macam nak terkeluar jantung, then bila batuk dia dah macam senyap sikit, aku pulak sambung. datang kakak aku yang lagi sorang dia cakap " Haaa lawan lawan. Cepat aku nak tengok siapa menang" Bodo gilaaa.


Situasi dua, aku call Fra sebab semalam call macam gila dia tak angkat, tidur mampos gamaknya. So tadi call dia sebab nak minta tolong sikit. Dia ni memang laa kan, hidup tak pernah nak serious. Tengah aku bercakap pasal apa yang aku nak minta tolong, dia bole cakap " Fuiyoohh, suara u sexy laaa " Memang babun betul ! Huh!


Situasi tiga, abang aku baru balik dari mana tatau. Then aku tanya, vaio bila siap. Dia bole jawab soalan aku tapi dengan cara orang bisu bercakap. Tak pernah tengok orang bisu bercakap? Ok, let say dialog dia, "Aku tatau siap bila " Kau cakap dialog ni tapi lidah kau gulung. Lebih kurang macam tu laa. Then before dia masuk bilik dia bole main cak-cak. " Dik, cakk ! cakk ! Haaa ! Brrrr ! " Bodo gila !! part brr tu tak bole bla, apa kau ingat tengh buat iklan coca cola ???


Apaa laa nasib. Tapi aku memang prefer sakit tekak dari flu. Kalau flu, perghh, rasa nak pergi cabut je hidung ni rasanya. Dekat comot momot, hingus meleleh. Huh ! Sungguh menjatuhkan reputasi. And tadi mama buatkan air asam limau dengan kicap then suruh minum. Ohhh man !! memang tak laa kan. =.=''


No comments: