Thursday, December 23, 2010

Kenapa ?


Dulu......
Dia seorang lelaki yang begitu aku banggakan, persetankan apa yang orang cakap dikiri dan kanan. Pada mata aku dia cukup sempurna. Segala kemahuan aku dituruti. Kemana aku mahu pegi mesti akan dibawa.


Dulu......
Dia seorang yang bertanggungjawab pada "mataku". Cukup sifatnya. Pagi keluar mencari rezeki. Malam menonton tv bersama aku dan wanita yang dicintainya.


Dulu......
Dia seorang yang penyabar. Tutur katanya cukup dijaga. mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak mungkin. Jika dia berasa marah sekalipun, dia hanya berdiam sambil menghisap rokok sebatang demi sebatang.


Dulu......
Kerap dia datang menjenguk aku di asrama. tidak ketinggalan buah tangan untuk anaknya. Tidak pernah sekali pun "menidakkan" permintaan anaknya untuk berjumpa dengannya di asrama. Walaupun cuma berjumpa 10 minit setelah menempuh perjalanan yang berjam-jam. 


Kini......
Siapakah lelaki itu ? Aku seakan tidak mengenali lagi empunya badan yang sasa itu. Kenapa bermacam-macam  perkara yang baru aku dapat tahu selepas kejadian yang menghancurkan hatiku itu. Benarkah apa yang sedang diperkatakan orang itu ? Benarkah apa yang sampai ke telinga aku itu ? Atau seseorang telah mencuri dan meminjam badan dan muka kau malah seluruh anggota badan kau dan cuma hati dan perasaan saja yang ditukarnya ? 


Kini......
Kenapa aku perlu beridiri di atas kaki sendiri untuk meneruskan minit-minit hidup aku ? Kenapa wanita yang kau cintai suatu ketika dahulu dibiarkan terkontang-kanting walau kudratnya tidak seberapa ? Malah jika dia diserang pelbagai penyakit, diteruskan juga usahanya demi mencari sesuatu untuk meneruskan hidup dia. Walau pelbagai penyakit yang datang menguji, wanita itu tetap tabah. Tabah demi anak-anaknya.


Kini......
Kenapa sewaktu kejadian yang telah menghancurkan hatiku itu sedang hangat dan sukar untuk aku terima, kau melepaskan pelbagai kata kesat terhadap wanita itu ? Yang mana satukah diri engkau yang sebenar ? Begitu rapuh hati kau terhadap wanita itu. Wanita yang telah banyak berkorban untuk kau. 


Kini......
Kenapa kini kau persetankan apa yang aku adukan kepada kau ? Masihkah ada hati dan perasaan yang layak digelar "ayah" didalam diri kau terhadap kami ? Mengapa beribu alasan yang kau berikan setiap kali kami menceritakan masalah kami. Malah kau jawab kepada kami jalan kehidupan kau jauh lebih susah daripada kami sekarang. Habis siapa perempuan yang menemani hidup kau sekarang ini ? Pasir kah makanan yang kau berikan kepadanya saban hari ?


Walaupun naluri seorang lelaki sentiasa mahu dibelai dan dikasihi, kau tidak layak untuk melayan wanita itu sebagaimana kau melayaninya sekarang ini. Apa kau tidak ada semasa dia mengeluarkan zuriat kau dari rahimnya ? Tahukah kau sakitnya itu seperti nyawa dihujung tanduk ? Alangkah bagusnya jika Allah itu memberi kau peluang untuk merasakannya. 


Bukan niat aku untuk memburukkan atau membuka pekung didada. Tetapi, kejadian seperti ini bukan lah engkau seorang sahaja yang melakukan keatas seseorang yang dipanggil "wanita". Terlalu banyak contoh yang ada didepan mata. Apakah kaum kau semuanya sebegitu ? Adakah wanita ini selayaknya cuma disakiti?


Walau seburuk mana kau. Walau entah dimana kau kini. Walau sesakit mana aku kau uji. Hati ini, tetap merindui kau hari demi hari. Dan kini, wajarkah aku melupuskan perasaan itu ? Aku terasa dipanggil untuk mencuba namun aku takut kelak di masa tua kau, dihati ku ini sudah tiada ruang untuk kau. Seolah-olah sudah terpahat perkataan "NO ENTRY" disitu. Jadi sekarang bagaimana ?


Aku doakan engkau bahagia dengan hidup baru kau. Tidak lupa aku doakan semoga Allah membuka hati kau untuk kembali ke pangkal jalan. Ada yang menyarankan aku supaya menjadikan mahkamah sebagai orang tengah, tetapi aku tidak akan sesekali melakukannya. Kerana Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku mampu hidup dalam keadaan selesa. Kaki ku ini masih kuat untuk memerah keringat untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Semoga berbahagia :)

1 comment:

ucha said...

x elok ckp mcm 2 mirna:(...wlaupun mcm mna pun dia ayah mirna....ingt la k....jngn cite kbrukan dia.....bersbar k.....