Thursday, December 23, 2010

cik, mirna ada ?



Aku nak tergelak pun ada jugak tadi masa tengok analystic dekat nuffnang. Hahahaha. kau nampak tak kat atas tu? Yang atas sekali tu. Taktau laa if mirna mana dia nak cari. Tapi ayat dia search macam kelakar. "ade mirna". Nasib tak tulis "dekat mana-mana yang ada mirna" =.=''


Hahaha. ok ok. aku bukan nak marah ke apa. Just aku rasa lawak gila. Blog yang bodoh-bodoh lagi tak matang ni ada jugak orang cari. And blog yang selalu tempat aku cerita pasal marah ke, suka ke, emo lebih ke but still ada nak baca. Isk isk isk. Terharu gilaa. Nanti dapat duit nuffnang aku belanja kuaci satu sorang ok? Senyum laaa. :D


And baru aku perasan yang semalam puna post bapak gila emo. Haa! Tu laa. Aku ni malam-malam dia pelik sikit. Kau jangan nak bagi aku baca or dengar or tengok benda-benda yang emo emo ni. Memang nanti aku pun ter-emo sekali. Tu post semalam tu macam mana bole jadi, sebab aku baca 1 blog ni. Gila punya bahasa. baku habis, tu yang buat terdetik hati aku nak tulis macam tu. Type memang tak hengat, tadak stop. Kan best kalau type assignment macam tu. =.="


Kenapa ?


Dulu......
Dia seorang lelaki yang begitu aku banggakan, persetankan apa yang orang cakap dikiri dan kanan. Pada mata aku dia cukup sempurna. Segala kemahuan aku dituruti. Kemana aku mahu pegi mesti akan dibawa.


Dulu......
Dia seorang yang bertanggungjawab pada "mataku". Cukup sifatnya. Pagi keluar mencari rezeki. Malam menonton tv bersama aku dan wanita yang dicintainya.


Dulu......
Dia seorang yang penyabar. Tutur katanya cukup dijaga. mahu memberi contoh yang baik kepada anak-anak mungkin. Jika dia berasa marah sekalipun, dia hanya berdiam sambil menghisap rokok sebatang demi sebatang.


Dulu......
Kerap dia datang menjenguk aku di asrama. tidak ketinggalan buah tangan untuk anaknya. Tidak pernah sekali pun "menidakkan" permintaan anaknya untuk berjumpa dengannya di asrama. Walaupun cuma berjumpa 10 minit setelah menempuh perjalanan yang berjam-jam. 


Kini......
Siapakah lelaki itu ? Aku seakan tidak mengenali lagi empunya badan yang sasa itu. Kenapa bermacam-macam  perkara yang baru aku dapat tahu selepas kejadian yang menghancurkan hatiku itu. Benarkah apa yang sedang diperkatakan orang itu ? Benarkah apa yang sampai ke telinga aku itu ? Atau seseorang telah mencuri dan meminjam badan dan muka kau malah seluruh anggota badan kau dan cuma hati dan perasaan saja yang ditukarnya ? 


Kini......
Kenapa aku perlu beridiri di atas kaki sendiri untuk meneruskan minit-minit hidup aku ? Kenapa wanita yang kau cintai suatu ketika dahulu dibiarkan terkontang-kanting walau kudratnya tidak seberapa ? Malah jika dia diserang pelbagai penyakit, diteruskan juga usahanya demi mencari sesuatu untuk meneruskan hidup dia. Walau pelbagai penyakit yang datang menguji, wanita itu tetap tabah. Tabah demi anak-anaknya.


Kini......
Kenapa sewaktu kejadian yang telah menghancurkan hatiku itu sedang hangat dan sukar untuk aku terima, kau melepaskan pelbagai kata kesat terhadap wanita itu ? Yang mana satukah diri engkau yang sebenar ? Begitu rapuh hati kau terhadap wanita itu. Wanita yang telah banyak berkorban untuk kau. 


Kini......
Kenapa kini kau persetankan apa yang aku adukan kepada kau ? Masihkah ada hati dan perasaan yang layak digelar "ayah" didalam diri kau terhadap kami ? Mengapa beribu alasan yang kau berikan setiap kali kami menceritakan masalah kami. Malah kau jawab kepada kami jalan kehidupan kau jauh lebih susah daripada kami sekarang. Habis siapa perempuan yang menemani hidup kau sekarang ini ? Pasir kah makanan yang kau berikan kepadanya saban hari ?


Walaupun naluri seorang lelaki sentiasa mahu dibelai dan dikasihi, kau tidak layak untuk melayan wanita itu sebagaimana kau melayaninya sekarang ini. Apa kau tidak ada semasa dia mengeluarkan zuriat kau dari rahimnya ? Tahukah kau sakitnya itu seperti nyawa dihujung tanduk ? Alangkah bagusnya jika Allah itu memberi kau peluang untuk merasakannya. 


Bukan niat aku untuk memburukkan atau membuka pekung didada. Tetapi, kejadian seperti ini bukan lah engkau seorang sahaja yang melakukan keatas seseorang yang dipanggil "wanita". Terlalu banyak contoh yang ada didepan mata. Apakah kaum kau semuanya sebegitu ? Adakah wanita ini selayaknya cuma disakiti?


Walau seburuk mana kau. Walau entah dimana kau kini. Walau sesakit mana aku kau uji. Hati ini, tetap merindui kau hari demi hari. Dan kini, wajarkah aku melupuskan perasaan itu ? Aku terasa dipanggil untuk mencuba namun aku takut kelak di masa tua kau, dihati ku ini sudah tiada ruang untuk kau. Seolah-olah sudah terpahat perkataan "NO ENTRY" disitu. Jadi sekarang bagaimana ?


Aku doakan engkau bahagia dengan hidup baru kau. Tidak lupa aku doakan semoga Allah membuka hati kau untuk kembali ke pangkal jalan. Ada yang menyarankan aku supaya menjadikan mahkamah sebagai orang tengah, tetapi aku tidak akan sesekali melakukannya. Kerana Alhamdulillah sehingga ke hari ini aku mampu hidup dalam keadaan selesa. Kaki ku ini masih kuat untuk memerah keringat untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Semoga berbahagia :)

Wednesday, December 22, 2010

Inventing My Own iPad Application for Maxis







To have a smart gadget is everyone dreams today in this globalize era. Perfect with everything inside and everything is all in one. In the time you can save your money, u are able to save your time too. It is doesn’t matter you are from babies to adult or you are a housewives to a successful peoples. Everyone deserves to have something that can make their life getting much easy.


So with Ipad Apple from Maxis you can get all that just like one two three. Sure you that you can get all the information, news and gossips only from your finger. Easy right ? But as a human being, nothing will make you satisfied.  For example, with your salary 2k per month, sure you will dreams to get 3k or 4k salary per month. And once u get 3k or 4k salary per month, sure you want more more more and even more for a better life.


 In this so much technologies era, everyone needs something that can make them get highest satisfaction with what they have. And on the same time we need to create something that can help human finish all their work in the fastest and easiest way.  So here i want to introduce my application which is focus more to a designer and cartoon designer.


Introduce my “Human Figure Scanner (HFS)” as one of the application in Ipad. This application will help the entire cartoonist a lots. Why I’m saying like that, this is because HFS is come with 360 degrees laser will make the cartoonist can complete their work in a short time. This 360 degrees laser is covering on the Ipad screen.


Let say the cartoonist want to draw a basketball player shooting the ball to the net. If use the manual way, they need to draw each of the situation. From the player holding the ball, bend their knees, raise their hands and throw the ball. This step by step method will take a long time for them. So by using HFS, they can make it as simple as one two three.


What they need to do is, put the Ipad in front of them while they want to shooting the ball, then just shooting the ball to the net without hesitate. Here the 360 degrees laser will do their job, which means they will scan all your action and transform to an animation. So you just needs to do a small adjustment on your animation if you are not satisfied with them.


I just give a simple example so that you can imagine how amazing my application is. So there’s a lots of benefit for this application especially the cartoonist and designer. For designer, let say they want to put their dress on the animation body, so they just wear the dress and stand in front of the Ipad then the HFS laser will scan while on the same time automatically turn to animation. Easy right.


With this application, the designers and cartoonist, they will save their time a lot and on the same time they will save the cost too. Cost for paper, pencil, colours and so much more. With Human Figure Scanner, you can get your idea turn to what you want drastically. So you don’t worry if you will forget your brilliant idea, get your Ipad now and sketch !


Now you can transfer all your idea just in a few minute. No more eat, sleep and even bath in front of your imac just to think how to finish all your design and animation. Wherever you are, you can do your job perfectly. Left your imac at home and bring your Ipad wherever you go.


Maxis contest participant badge

contest by Maxis. Click here for more info Maxis Contest.

Musim apa ni ??




Sekarang ni musim orang sakit ke ? Kakak aku mula dengan demam, then flu . Bila dah elok terus sakit kepala and now batuk macam gila. Aku pun kena tempias jugak . And now ni sakit tekak macam apa entah. Batuk tak sangat, tapi suara hilang pergi vacation ke ape ? Pedih nya tekak .


And time aku kerja sorang-sorang laa dia nak sakit. Kesian customer kena dekatkan telinga dengan aku sebab suara halus sangat umpama bapok lorong haji taib. pffft. Even suara takde, ditambah dengan bulan mengambang lagi, sales tetap meletup. HAHAHA. Bagus bagus.


Tak kurang jugak yang dok membahan. Situasi satu. Aku tengah on9 dekat hall, kakak aku yang sakit tu baring atas sofa. Dia batuk macam nak terkeluar jantung, then bila batuk dia dah macam senyap sikit, aku pulak sambung. datang kakak aku yang lagi sorang dia cakap " Haaa lawan lawan. Cepat aku nak tengok siapa menang" Bodo gilaaa.


Situasi dua, aku call Fra sebab semalam call macam gila dia tak angkat, tidur mampos gamaknya. So tadi call dia sebab nak minta tolong sikit. Dia ni memang laa kan, hidup tak pernah nak serious. Tengah aku bercakap pasal apa yang aku nak minta tolong, dia bole cakap " Fuiyoohh, suara u sexy laaa " Memang babun betul ! Huh!


Situasi tiga, abang aku baru balik dari mana tatau. Then aku tanya, vaio bila siap. Dia bole jawab soalan aku tapi dengan cara orang bisu bercakap. Tak pernah tengok orang bisu bercakap? Ok, let say dialog dia, "Aku tatau siap bila " Kau cakap dialog ni tapi lidah kau gulung. Lebih kurang macam tu laa. Then before dia masuk bilik dia bole main cak-cak. " Dik, cakk ! cakk ! Haaa ! Brrrr ! " Bodo gila !! part brr tu tak bole bla, apa kau ingat tengh buat iklan coca cola ???


Apaa laa nasib. Tapi aku memang prefer sakit tekak dari flu. Kalau flu, perghh, rasa nak pergi cabut je hidung ni rasanya. Dekat comot momot, hingus meleleh. Huh ! Sungguh menjatuhkan reputasi. And tadi mama buatkan air asam limau dengan kicap then suruh minum. Ohhh man !! memang tak laa kan. =.=''


Saturday, December 18, 2010

Holiday kee cuti ??


Yeayyy !! Dah cuti . Haaaa, gila batak kan. Orang dah nak habis cuti, aku baru nak cuti . Pfft ! Today hari sabtu, orang gila je pergi class and YES aku salah sorang. Time ni jugak la dia nak buat replacement class kan. Adoiii. So tadi jugak dapat jadual untuk second sem. Hohoho. Sumpah aku rasa macam tak percaya je dah past 1 sem @.@


Second semester jadi gila lagi laa kita, ada class dari selasa sampai la sabtu. Huihh ! Tak cemerlang gemilang terbilang tatau laa aku kan. Wuuu. Tarikh Final pun dah dapat tau bila. Kecut perut je. So next sem tak boleh ponteng banyak class dah. (pffftt)


So korang cuti ni buat apa ? Pergi mana ? T.T aku rasa soalan ni macam dah basi je. Haihh. Tape-tape. sedapkan hati, aku cuti kan. Macam biasa laa. Jadi nepal dan bangla. Heee. Kerja.kerja.kerja.kerja sampai kau pitam. Hohoho. ni dah hujung tahun ni, lagi la ramai manusia, yang datang dari segala pelusuk.


Semalam after class pergi makan Secret dengan Siti and Miza. Sementara tunggu Siti siap, aku main dengan kucing dia. Siapa yang pencinta kucing tu, if datang rumah Siti ni, SURE kau meroyan punya. Memang macam muzium kucing dah aku tengok. Banyak gilaaa. And few days ago baru je lahir lagi 7 ekor. Gosh, semua comel-comel.


Tapi yang paling menarik tertarik kau memang debab is Garfield. Or nama gedik yang rasa nak sepak, FilFil. Huh ! 7 bulan lepas aku main dengan dia, besar tapak tangan je. Minum pun ikut botol susu lagi. Sekarang ??? Ya ampun....



.: kau tengok.. Geram tak ??? hahahah :.


Kau tengok laa dulu kecik aje. Sekarang ?? Haishh. Sumpah aku rasa nak letup. =.=''



Hahaha. yang ni sama kan. Pandai tengok camera. Ngahaha. Sila jerit siapa yang pencinta kucing. Hahaha. Tapi dia punya pemalas kan, kau rasa nak campak je dia. Aku main hanger dengan dia, dia bole tengok aje. atas bawah kiri kanan atas bawah. Agak-agak dia bosan, siap tengok aku goyangkan hanger tu sambil mendagu. Geram gila !


Orang lain lompat pagar, keluar masuk rumah. Dia bole tengok aje. Muka macam orang yang bosan, ngantuk. Dushh! Memang rasa nak lenyek.


.: Macam ni. Macam ni :.


Hahaha. Comel kan. Heee. tu je aku nak update. Actually baru balik kerja ni. And aku tak seberapa nak sihat, gedik betol badan ni. Ni mesti Encik gerhana dah nak turun ni. Ok laa. Bahbaiiii...




Sunday, December 12, 2010

Mama mmmiiiaaa !!



Jam dah menunjukkan lebih pukul 12 dah tu, so memang dah masuk 12.12.10 laa kan ? Heee. Tarikh ni tarikh besday mak kitaa. Hahaha. Mama suka cakap birthday "besday" owhh. Lidah tak bekung ke apa. Muahaha. Jahat gila cakap mak lidah tak bengkung.


Ni dok pulun entry awal-awal ni sebab esok takut tak sempat nak post sebab esok adalah hari bangla sedunia, aku kerja full shift. Huh ! Sempena birthday mama ni, esok maybe pergi makan tak seberapa nak besar satu family laa kowt. Tadi aku call sorang-sorang bala tentera mama, pau setiap sorang duit untuk bagi mama birthday gift. Ngahaha


.: Cuba teka mana satu mak kita :)) :.


Heee. yang sebelah kiri tu mak kita, sebelah kanan tu akak i. Akak yang macam singa tapi gaduh macam mana pun, ajak jugak shopping and makan TGI. Tsk! hahaha. Dia ni bole jadi PA i. Semua dia control. huisshh! Sayang betol kan. Sila ramai-ramai doa dia cepat kawin, teringin sangat nak tengok dia happy, siapa ada calon bole mesej aku dekat facebook. Kah kah kah.


Ok, back to our mama's story. Heee. Mama dah 57 tahun owh. Kental gila semangat mama dapat keluarkan 9 orang dari rahim dia. Hebat, memang hebat. Tepuk sikit. Macam-macam dia face dalam hidup dia, even aku anak bongsu and lahir-lahir je mesti la tak banyak benda yang aku tau kan.


Mama, thanx for being my SUPERWOMAN. You are my everything. Even sometimes ada buat mirna bengang laa jugak kan, tapi tape, setakat mama punya "kunyah-kunyah aka nugget" mama tu, tada hal laa ma. Thanx sebab support mirna masa nak habiskan SPM after mama and papa.................................. and even result jatuh sikit, tapi mama still support. Thanx thanx and thanx.


Happy birthday beloved mom. You are 57 now. wow wow wow. @.@ . Thanx for everything u done for me and the rest of your children. May god bless you and pray for your health. Mama jangan sedih-sedih hokeh ! Chill la maa, nanti mirna belikan nugget 10 kontena =.='



I LOVE YOU MOM !! ♥

Tuesday, December 7, 2010

Shontelle montel dan.....


Suka hati aku je bagi nama orang Shontelle montel kan. Hahahaha. Semalam after aku pergi bank in duit sales, ada photographer suruh aku queue dekat Guess Pavilion untuk jumpa artis yang nyanyi lagu dalam Step Up 3. I was like.. hurhhh?? Siapa..??


Then dia tunjuk poster and on the same time aku dengar lagu "Impossible". Owh, tau la siapa kan sebab aku memang suka melampau lagu tu. Aku senyum tayang gigi je laa dekat orang tu, then dia cakap dapat free cd and autograph blablabla. So aku pergi kedai, inform dekat jess and datang queue. Gila semangat kan. Padahal bukan big fan pun.


And siapa yang beratur tu memang tak payah nak tolak-tolak laa, memang boleh kira pakai jari je berapa orang yang queue. Gila kesian weyhh. Apa kau rasa if kau artis then datang nak launch new album, sekali fans yang datang, alahhaaiii. wuuuu . Maybe Shontelle ni ramau yang belum kenal kowt, ye laa dia pun still baru kan then ramai cakap dia copycat style Rihanna and Beyonce. Yee kee?? Ontahhh lee =.='


Ok laa dia bila tengok depan-depan. Muka gilaa runcing. Dia sangat wangi and i can smell Chanel on her. Hahaha. gila psycho kan. So here some of the photos. Ada banyak lagi tapi aku malas nak upload. heee.



.: Mata terpaksa di-censored-kan, ini kerana salah orang yang ambik, dia bole cakap pic tu cantik, bila aku tengok, mata aku apehal stim weyhh !! :.



.: The poster and CD :.



.: Penggedik minta sign dekat phone jugak =.=' :.


Enough about Shontelle montel, then on last saturday kowt if tak silap. Pelakon korea dalam cerita yang aku suka tu, Boys over Flower. Kim Hyun Joong (maafkan kami if salah spell nama =.=') . Dia datang launch apa ntah pasal The face shop dekat Pavilion. Manusia... ya allah kau tak payah cakap. Dah macam semut aku tengok dah. Tu belum kira lagi yang auntie-auntie dok jerit nama dia. AUNTIE ok. Wuuu. gila kuat penangan dia kan.




Ni aku gila kat belakang and ni dah zoom paling habis dah. Why are you sooo tempting.. Gosh ! Ngahahaha. Sumpah tinggi gilaa weyhh. wuuu.. Who will be the next on Pavilion ??? 8)





Friday, December 3, 2010

Contest by cicak dan lelabah


Seorang budak perempuan yang comot ketika itu mempunyai seorang sahabat baik. Hari-hari pasti akan datang bertandang ke rumah masing-masing untuk bergosip. Pada suatu hari si kawan memperkenalkan social network "Myspace" yang amat popular pada masa itu kepada si budak. Si kawan ajar itu dan ini kepada si budak.


Berbekalkan sedikit ilmu dari si kawan tadi, si budak pun mula la bertatih sendiri dalam membuat coding sendiri. Pada masa itu, si budak dalam diam memasang niat untuk menjadikan Myspace nya lagi menarik berbanding si kawan. Macam-macam dia pandai buat dari glitters ke cursor dan boleh dikatakan setiap minggu tukar background dan lagu. =.='


Ketika usia menginjak alam remaja selepas tamatnya zaman sekolah, si budak diperkenalkan dengan Facebook pula. Namun Facebook tidak sama seperti Myspace, dimana kita bole tukar profile menggunakan coding dengan kehendak sendiri. Jadi selama hampir setahun si budak berhenti daripada menggunakan coding.


Kemudian, dia diperkenalkan pula dengan Blogger. Baru la kelam kibut dia memerah otak kembali untuk mengingat sebanyak yang mungkin coding-coding yang selalu digunakan satu ketika dulu dan berlatih semula menggunakan photoshop. Namun semuanya sia-sia apabila semua pada hari ini semakin mudah dan pantas, hanya click itu dan ini serta merta ia akan bertukar. Namun itu semua tidak cukup memuaskan hati si budak.


Sehingga lah satu hari dia ber-blogwalking dan terjumpa satu contest yang dianjurkan oleh seorang blogger juga merupakan sahabatnya yang dikenali ketika hadir untuk temu duga satu ketika dulu.




Bakat yang dimiliki oleh si blogger aka si penganjur ini amat diyakini oleh si budak, ini kerana setiap hasil kerja si blogger sangat kena dengan citarasa si budak. Dia sungguh yakin untuk menyertai contest ini, dengan harapan dapat mengubah wajah storie morie nya. Dimana sebelum ini, si budak hanya men-download template yang cantik dari mana-mana link yang dia dapat.


Storie morie yang selama ini sering bertukar wajah, ini kerana si budak tidak jumpa lagi sebarang template yang betul-betul dapat membuatkan dia kagum dengan storie morie nya sendiri. Sentiasa mencari mencari dan teruskan mencari dengan harapan suatu hari keajaiban akan berlaku ke atas storie morie nya.


Jadi dengan ini si budak ingin meng-tag sahabatnya yang lain untuk join contest ini. Sepakat membawa berkat. Calon-calon pemenang yang di-tag adalah :



Jadi, mari lah bersama-sama menyertai contest ini dan dengan harapan aku akan menang.. Ohh maksud aku, KITA akan menang. =.=' Contest by Sri Ramadana . ♥


Thursday, December 2, 2010

Haluuu meloowww.


Storie morie agak senyap kebelakangan ini. Dah berhabuk dah gamaknya. Ni kes tuan dia entah kemana pun tatau. Sejak bila dah pandai malas nak on9. Dari siapa berjangkit pun tatau laa. Asyik asyik sibuk. Sibuk aje laa yang memanjang dia tu.


Bila on9 pun just blogwalking. Tu pun on9 dalam class Quantitative analysis and System dalam class Mr Alex. Hamboihh kau. Tapi, macam-macam cerita dah aku tengok Yang bikin wa panas buntut sekarang ni, contest by Sri . Hahahah. Tunggguuu u. ada masa i buat post tu ok. Ada orang nak kasi makeover storie morie ni free from head to toe. Siapa taknak kan. Heee


Ok itu saja. Gonna update more soon. December, please be nice to me bebeh. ♥