Thursday, November 18, 2010

Hoihhh ! Sedapp nyaa..!


Renggang-renggang kan jari supaya bole menaip dengan kelajuan 180km/hour sebab terlalu banyak ceritera nak dikongsi. Macam biasa, sekali dapat on9 memang rasa masa yang ada macam tak cukup. Rasa macam, eyh eyh eyh, kenapa masa jalan laju sangat ni, slow la sikit. kan ???


First thing aku nak cerita. Hari sabtu hari tu makan *** dengan mega. Spicy tak ada, digantikan dengan apa crunch entah aku tak ingat. Try laa yang tu, tamau la makan original, macam budak kecik je kan. So makan yang crunch tu, spicy crunchy kowt tak silap aku. Boleh la sedap dia, but I prefer with spicy biasa sebab spicy crunch ni macam banyak sangat je dia punya rempah.


Order dinner plate, add on ala carte chicken rice and soup. Ni kes sesak nafas bila dah pertengahan bulan so buat cara sharing-is-caring. Hahaha. Aku makan 2 ketul ayam and nasi with soup tu sikit je sebab mega habiskan banyak.


Perut aku happy sebab kenyang. Sampai ke malam kenyang dia. Hohh, bahagia nyaa kan. So malam tu after aku habis on call pukul 2, terus nak tido. Before that aku memang ada rasa perut macam angin-angin aje kan. Ingat tak ada apa. Aku tengok calender, owh visitor sudah dekat. Mungkin penangannya.


Tapi..................... Jam dah pukul 3, aku tak tahan. aku berlari ke toilet..



Ya Allahh. Aku rasa sakit dia macam nak beranak. Tapi lupa nak tanya mama macam tu ke rasa masa nak keluarkan aku. Sumpah.. sakit dia, sampai ke hati kau rasa. Rasakan dinding-dinding tu aku pegang. Tapi dinding flat aje, macam mana nak pegang??? Tumbuk pulak, still sakit tahap melampau !!!



Aku tengok tapak tangan aku putih, macam tak ada darah, mata aku dah start berpinar. Banyak nye air keluar dari badan, tuhan je tau betapa perit nya aku. Bila rasa dah ok, aku masuk tidur balik, tapi sejuk sampai ke tulang rasa. Dan aku semakin yakin ni mesti penangan si visitor.


Esok pagi-pagi pergi TM point untuk settle kan hal streamyx yang menyusahkan hidup aku tu. Before pergi train singgah beli buah dekat stall depan college. Suddenly aku rasa badan aku goyang-goyang ke kanan ke kiri. Aku rasa macam gelap-gelap. Auntie tu tanya ok ke tak, aku kuat kan diri jugak, kang pengsan dekat situ siapa pulak nak angkat.


Terus naik train. Hajat di hati nak cepat-cepat sampai tempat kerja. Perjalanan semakin perit, dah sampai Bukit Bintang, aku tambah kelajuan kaki aku even aku tau aku dah tak ada tenaga. Niat nak beli makanan untuk lunch pun aku cancel, dah tak larat jaahh.. Dalam hati aku istighfar je, kenapa ni. Apa tak kena ni. Teruk nye penangan si visitor kali ni.


Sampai Fahrenheit aku dah tak tahan, lari pergi toilet dia. Menggigil bukak pintu toilet. Rasakan..!! Sekali lagi macam malam tadi tapi tambah lagi 50% sakit daripada malam tu. Lebih kurang setengah jam jugak aku habiskan masa dekat situ. Call supervisor, dia pun panik. Huwaaa !! Help me mummy !!!


Even aku melalak pun, orang takkan bole tolong sakit aku kan? So dah agak-agak diri aku stable and bole continue jalan, aku sambung perjalanan. Before keluar toilet sempat tengok muka, mak aih ! Pucat nya.. Sampai tempat kerja, supervisor aku pun panik tengok muka aku pucat. Aku rasa nak mati aje time tu, tak de tenaga. So decide balik awal je hari tu, half day je kerja.


Balik rumah golek golek atas katil, tak bole tidur, aku turun tengok tv. Aku nampak mega tidur dalam comforter, macam orang demam. After dia bangun aku tanya kenapa. rupa-rupanya dia pun kena macam aku jugak. Tapi dia kena pukul 10 pagi dekat office, and sekali je dia kena.


So... ni bukan la penangan si visitor, tapi penangan makanan yang kiotang makan tu lah. Sharing is caring kan, yes kami memang caring. sakit macam nak mati pun sama-sama rasa tapi aku laa yang lebih sebab aku kan makan ayam tuh 2 ketul. Huwaaa.!!


Aku bukan nak cakap benda tu bole buat orang sakit perut la. Maybe la perut kitorang ni tak boleh nak terima sebab campur banyak sangat rempah. Tapi orang lain makan elok je, tetap penuh jugak tempat tuh. Heeee..




No comments: