Friday, October 8, 2010

You again ?


'poster'">

"Tell us about a person whom you didn’t really like in your past. He/She can be the nasty classmate who kept stealing your Hello Kitty erasers, the senior who kept stuffing you into rubbish bins, or anyone else who has made your life unpleasant in the past."

Memandangkan aku punya English memang porak peranda, so izinkan lah aku tulis dalam bahasa melayu ye. :)

Masa sekolah rendah, aku memang sangat becok (even now still tak berubah) and character aku memang ada sikit kasar maybe sebab dalam adik beradik, atas aku ada 4 abang. Memang cikgu pun sampai naik pening tengok aku, dah la pakai tudung selekeh, dengan tudung tak lipat, jalan macam gangster. huh ! Tapi tu masa aku darjah 2 la.

So ada satu hari tu, cikgu dah tak tahan agaknya dengan perangai aku, so dia pindahkan aku duduk sebelah budak lelaki yang bernama Mister I, mana la tau kowt aku berubah jadi pendiam kan. And rajin buat homework sebabnya budak tu memang pandai. Asyik asyik nombor 1 aje dia dapat dalam exam.

So after seminggu duduk sebelah dia, cikgu dah bole nampak perubahan aku. Memang aku tak tipu, aku berubah jadi pendiam and dah rajin buat homework. Bila cikgu ajar, elok aje bagi tumpuan kan. Meja aku dengan Mister I ni betul betul tepi pintu. Time tu meja susun dua-dua, so dia duduk bahagian dalam, aku duduk bahagian luar.

Bila cikgu mengajar, nak pandang blackboard tu kena la macam senget kan badan sikit, so Mister I ni akan ada belakang aku la kan, ada satu hari ni, tiba tiba member belakang tegur

"Mirna, Mister I buat jahat !"

Time tu aku memang dah dengar dia gelak setan dah, tapi aku tak expect pulak aku mangsanya.

Sekali aku toleh, nampak dia tengah pegang gunting then sengeh-sengeh sambil tutup mulut bila aku pandang dia. And aku macam, GOSH ! apa kau dah buat. Aku tak dapat tangkap lagi apa maksud dia ketawa tu.

Then member aku bagi tau dia gunting tudung aku, sekali aku tarik tudung bahagian belakang, hamek kau ! ada 3 kesan gunting. bole pulak dia gelak gelak kan? Ohh man..

Disebabkan Mister I ni pun memang seorang yang lembut, so aku maafkan je la. Still pakai tudung tu even dah koyak, kata pun hati kering kan, belasah je la. Hahaha.

Then masuk darjah 3, masa semua orang sebok nak masuk class masa 1st day sekolah, Mister I ni tak ada, aku tunggu sebab aku nak duduk dengan dia lagi. Then dapat tau dia dah tukar sekolah. Tape la, maybe dia pindah rumah ke ape kan.

Then selang berapa tahun kemudian, aku Form 3, terjumpa balik Mister I dekat tempat tuisyen. And the best part is aku baru perasan dia masa lagi sebulan nak PMR, padahal tuisyen since awal tahun and class dia and aku berhadapan, macam mana tak perasan pun tak tau kan.

Then pernah ada sehari tu kawan dia prank dia, semua kawan-kawan dia masuk class aku and time tu dia datang lambat, once dia bukak pintu class aku dia akan nampak aku dulu baru kawan-kawan dia, sebab diorang duduk betol-betol belakang aku. Dia bukak je pintu, nampak aku, terus keluar then nampak tangan dia je lambai-lambai isyarat panggil kawan dia. Hahahaha

Kawan dia keluar pergi dekat dia then after masuk, kawan dia bagi 1 kertas dekat aku dia tanya kenal ke budak tu, of course la kenal ! Budak yang gunting tudung aku masa sekolah rendah. hahaha. Punya la dia segan nak masuk class aku, sanggup study sorang-sorang dekat class depan. Hahaha

Then after PMR memang tak jumpa apa la, then hari tu saja search nama dia dekat Facebook, jumpa la. Aku add tapi dia tak approve, mungkin segan dia tak habis lagi kowt. Tapi daripada info dia dekat Facebook, aku dapat tau yang dia study dekat Taylor College and now ada dekat oversea sambung study but tak tau dia ambik course apa.

Member ramai cakap dia dah lain, macam taknak kawan dengan budak low standard, tapi aku tatau la sejauh mana kan. Apa-apa pun wish u luck friend. And aku takkan pernah lupa kau sampai bila bila sebab gunting tudung aku. U owe me !!! Hahahaha.


No comments: